Anda di halaman 1dari 5

Kajian Michigan

University Kajian yang telah dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Michigan University

pada masa yang sama dengan di Ohio State University, juga mempunyai objektif yang

serupa, iaitu mengenal pasti ciri-ciri perilaku atau perlakuan pemimpin yang berkaitan

dengan prestasi ataupun keberkesanan. Kumpulan pengkaji ini juga menemui dua dimensi

perilaku yang diberi nama orientasi pekerja dan orientasi pengeluaran. Pemimpin yang

berorientasikan pekerja menekankan perhubungan manusia dan pemimpin berorientasikan

pengeluaran menekankan aspek tugas atau bahagian teknikal. Penemuan pengkaji ini

memihak kepada pemimpin yang berorientasikan pekerja. Mereka mendapati pemimpin yang

berorientasikan pekerja menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dan juga kepuasan kerja

lebih tinggi.

Selain kajian yang telah dilakukan oleh Ohio State University, terdapat juga kajian

tingkah laku yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Michigan University. Kajian dijalankan

pada masa yang sama dengan Kajian OSU. Kajian Michigan mempunyai objektif yang sama,

iaitu mengenal pasti ciri-ciri tingkah laku pemimpin yang berkaitan dengan prestasi atau

keberkesanan. Kumpulan pengkaji ini menemui dua dimensi tingkah laku iaitu orientasi

pekerja dan orientasi pengeluaran. Pemimpin yang berorientasikan pekerja menekankan

perhubungan manusia, dan pemimpin berorientasikan pengeluaran menekankan aspek tugas

atau bahagian teknikal (Katz & Kahn, 1966).

Menurut Lensis Likert (1969), pemimpin yang mengamalkan pendekatan berorientasikan

pengeluaran dianggap sebagai seorang yang autokratik dan bergantung kepada kuasa

kedudukannya untuk mempengaruhi pekerja bawahan. Pemimpin-pemimpin seperti ini akan

menggunakan sistem kawalan yang ketat untuk memastikan pekerja bawahan sentiasa

mengikuti prosedur dan tatacara kerja untuk menentukan prestasi yang baik dapat dicapai.
Pemimpin yang mengamalkan pendekatan berorientasikan pekerja dianggap sebagai seorang

yang demokratik, membuka ruang kepada pekerja bawahan untuk melibatkan diri dalam

proses membuat keputusan dan melakukan penurunan kuasa kepada mereka. Pemimpin-

pemimpin seperti ini sentiasa mewujudkan suasana kerja yang selesa dan harmoni, dan

menunjukkan sikap mengambil berat terhadap pertumbuhan diri serta pencapaian pekerja-

pekerja bawahannya.

Kajian Michigan mendapati kumpulan kerja yang paling produktif cenderung mempunyai

pemimpin yang berorientasikan pekerja berbanding orientasi pengeluaran. Mereka mendapati

bahawa pemimpin yang berkesan mempunyai hubungan sokongan dengan pekerja-pekerja

cenderung untuk membuat keputusan berkumpulan, dan menggalakkan pekerja menetapkan

matlamat prestasi yang tinggi (Stoner, et. al. 1995).

Pelbagai gaya kepimpinan telah ditakrifkan sebagai hasil daripada kajian tingkah laku

pemimpin. Salah satu kajian awal berbanding tiga gaya kepimpinan iaitu Autoritarian

Demokratik dan Laissez-Faire. Penyelidikan terbaik gaya kepimpinan, berlaku serentak di

The Ohio State University dan University of Michigan. Di setiap universiti, penyelidik

mengenal pasti dua tingkah laku pemimpin yang pada dasarnya sama, walaupun kedua-dua

siasatan dijalankan secara bebas. Kedua-dua dimensi kepimpinan telah membentuk

instrumen, yang dikenali sebagai Pengurusan Grid, yang telah digunakan untuk penyelidikan

dan latihan.
Persamaan antara kajian oleh Universiti Iowa, Kajian Ohio State University,

dan Kajian Universiti Michigan dan Blake dan Mouton,s Managerial

(Leadership Grid).

1. Kajian-kajian awal tentang tingkah laku kepimpinan telah dijalankan oleh pelbagai

pihak. Antaranya, kajian oleh Universiti Iowa, Kajian Ohio State University, dan

Kajian Universiti Michigan dan Blake dan Mouton,s Managerial (Leadership Grid).

2. Kajian dijalankan pada masa yang sama dengan Kajian oleh Universiti Iowa, Kajian

Ohio State University, dan Kajian Universiti Michigan dan Blake dan Mouton,s

Managerial (Leadership Grid).

3. University Kajian yang telah dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Michigan University

pada masa yang sama dengan di Ohio State University, juga mempunyai objektif yang

serupa, iaitu mengenal pasti ciri-ciri perilaku atau perlakuan pemimpin yang berkaitan

dengan prestasi ataupun keberkesanan.

4. Kumpulan pengkaji ini juga menemui dua dimensi perilaku yang diberi nama

orientasi pekerja dan orientasi pengeluaran walaupun menggunakan definisi yang

berlainan.

5. Ketiga – tiga kajian ini dibuktikan dengan penyelidikan yang kukuh dan penyelidikan

yang berulang.
Universiti Gaya berorentasikan Gaya berorentasikan
kerja pekerja/ Rakyat
University of Michigan Gaya dua dimensi

Job-centered Employee-centered
(Autokratik) (Demokratik)
Ohio State University Gaya dua dimensi Empat gaya kepimpinan yang asas:
struktur rendah – timbang rasa tinggi;
struktur pemula (pertimbangan rasa)
struktur tinggi – timbang rasa tinggi;
(initiating structure) Consideration
struktur tinggi – timbang rasa rendah;
dan struktur rendah – timbang rasa
rendah
Universiti Iowa Mengkaji tiga jenis kuantiti kerja
tingkah laku atau gaya
kualiti tugas dan
kepimpinan iaitu
kepuasan lebih tinggi
autokratik, demokratik,
dan laissez-faire
Blake dan Mouton,s Gaya dua dimensi Lima gaya kepimpinan:
Managerial (Leadership
keprihatinan terhadap keprihatinan terhadap I. Pengurusan laissez-faire (1, 1); 
Grid).
pengeluaran. manusia II. Pengurusan Country Club (1, 9); 
Oleh Robert Blake dan
III. Pengurusan Kerja (9, 1); 
Jane Mouton (1964)
IV. Pengurusan Kumpulan (9,9); dan 
V. Pengurusan Sederhana (5,5). 
Perbezaan antara kajian oleh Universiti Iowa, Kajian Ohio State University, dan

Kajian Universiti Michigan dan Blake dan Mouton,s Managerial (Leadership

Grid).

Rujukan
1. Abdullah, S. Y., Abdul Rashid, M. & Abdul Ghani, A. (2007), Guru sebagai pemimpin,
K. Lumpur: PTS Professional.

2. http://www.amaljaya.com/

3. Northouse, P. G. (2013). Leadership: Theory and practice (6th ed.). Thousand Oaks:


SAGE

4. Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon (2013). Asas Kepimpinan &


Perkembangan Profesional. Terbitan: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

Anda mungkin juga menyukai