Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini meyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek ,rohani, emosi
dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk
Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid
yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama,
bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah (SPTS).

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan
ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang
sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan
produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan
ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid
agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M1S agar setiap murid
menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan
sukan seiring dengan keperluan akademik.

RASIONAL

Dasar 1M1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan
penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas
rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang
diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat
pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-
aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat
melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.

Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakkan pertandingan yang sihat, semangat muhibbah,
kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan
yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu
padu serta memupuk semangat cintakan negara.

Dasar 1M1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri
dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan focus atau penekanan
dalam melahirkan modal insan secara holistik kea rah pembinaan masyarakat Malaysia yang
berdaya saing tinggi.

MATLAMAT

Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan
yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk
budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan
gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

KONSEP

Dasar 1M1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid
Tahap 2 di sekolah rendah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan
secara terancang dan sistematik. Dasar 1M1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas
perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M1S diwujudkan untuk merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar:

 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan,
khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif

 Membangunkan sukan sekolah kearah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-
kurangnya satu jenis sukan di sekolah

 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang
lebih tinggi

PRINSIP PELAKSANAAN

Pelaksanaan Dasar 1M1S mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut:

 Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan
wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M1S
diwajibkan untuk murid tahun 4 hingga tahun 6. Murid Pra Sekolah hingga tahun tiga
digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil.16/2010
bertarikh 1/12/2010).
 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang yang
ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan
dan persetujuan pihak sekolah.
 Asas kepada 1M1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani
hendaklah diguna sama bagi program 1M1S.
 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.
 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan
emosi murid.
 Ibu bapa dan agensi luar/rakan sukan adalah digalakkan untuk meyumbang kepada
pembangunan sukan sekolah.
 Pihak sekolah mengoptimumkan penggunaan prasarana dan segala kemudahan bagi
meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.
 Pihak sekolah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti
sukan di sekolah dan luar sekolah. Segala prosedur dan langkah-langkah keselamatan
hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
 PENDEKATAN PELAKSANAAN

Pelaksanaan Dasar 1M1S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:

 Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif
dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang
ditawarkan dibawah 1M1S berunsurkan aktiviti yang melibatkan fizikal.
 Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti
rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sukan yang didahului
oleh kejohanan merentas desa dan sukantara menjadi aktiviti teras sukan di
sekolah.
 Pertandingan antara kelas dan rumah sukan. Penyertaan murid dalam kejohanan
MSSd/MSSN/MSSM dan peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti
1M1S.
 OBJEKTIF

Dasar 1M1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti
berikut:

 Meningkatkan kecergasan jasmani


 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
 Memupuk perpaduan antara kaum
 Membentuk budaya sukan di kalangan murid
 Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal
 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan
fizikal
 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
TAFSIRAN OPERASIONAL

Dalam melaksanakan Dasar 1M1S, tafsiran istilah-istilah adalah seperti berikut:

Bil Istilah Tafsiran


.
1. Murid Seseorang dari peringkat Pra Sekolah hingga
Tingkatan 6, yang kepadanya pendidikan atau
latihan sedang diberikan di sesuatu institusi
pendidikan
2. Murid berkeperluan Mana-mana murid yang mempunyai masalah
khas pembelajaran, masalah pendengaran, masalah
penglihatan dan masalah kurang upaya fizikal
3. Sukan Aktiviti fizikal terancang, berunsur kemahiran
dan pertandingan yang melibatkan komitmen
serta semangat kesukanan. Sukan pada amnya
adalah berdasarkan peraturan-peraturan
tertentu
4. Guru penasihat sukan Mana-mana guru yang dilantik atau
ditugaskan oleh pihak sekolah untuk
mengurus dan mengendalikan aktiviti kelab
sukan dan permainan
5. Jurulatih sukan Mana-mana orang berpengalaman, minat dan
sekolah memilik sijil kejurulatihan dalam sukan
spesifik yang dilantik atau dibenar oleh pihak
sekolah atau pihak yang berkaitan untuk
melatih dan menyediakan pasukan sukan
sekolah

 
Mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan banyak mendatangkan kebaikan dalam hidup
kita.  Namun, kebanyakan pelajar di Malaysia tidak begitu mementingkan penglibatan dalam
aktiviti sukan kerana beranggapan aktiviti itu hanya membuang masa.  Lagipun masyarakat lebih
memandang pencapaian akademik sebagai ukuran.  Jadi, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) mengambil langkah proaktif untuk mengikis pendapat jumud ini selaras dengan Dasar
Sukan Negara melalui pelaksanaan program 1 Murid 1 Sukan(1M1S) yang menuntut penglibatan
aktif dan komitmen penuh pelajar dalam satu sukan atau lebih mengikut kemampuan.  KPM
telah mewajibkan setiap sekolah melaksanakan program ini agar  minat pelajar terhadap aktiviti
sukan dapat dipupuk sejak kecik. ( 101 pp )

Tujuan utama kerajaan melaksanakan program 1M1S ini adalah untuk melahirkan pelajar yang
sihat fizikal dan mental.  Pelajar yang bersukan akan bergerak aktif dan mengeluarkan peluh di
samping mencerna lebihan tenaga yang tersimpan dalam badan.  Badan akan menjadi lebih
cergas jika selalu melakukan aktiviti fizikal dan otak pula menjadi cerdas kerana peredaran darah
yang membawa oksigen ke otak menjadi lebih lancar.  Keadaan ini mampu mencetus fenomena
yang segar kepada pelajar untuk belajar.  Pelajar tidak lagi tertekan kerana hanya menjadi ulat
buku sebaliknya dapat meluahkan tekanan ketika bersukan.  Masalah obesiti dalam kalangan
pelajar juga dapat diatasi jika pelajar bersukan secara konsisten sejak kecil.    Jelaslah bahawa
dengan melakukan aktiviti sukan, badan akan menjadi cergas dan otak pula semakin cerdas. 
( 118 pp)

Selain itu, program 1M1S ini penting dalam usaha mencungkil bakat terpendam para pelajar dan
menjadi pelapis atlet negara.  Ada pelajar yang tidak sedar akan bakat yang dimiliki oleh diri
sendiri dan hanya dapat dikesan oleh guru.   Jika mereka tidak diwajibkan untuk terlibat dalam
program seperti ini, sudah pasti bakat mereka akan hilang begitu saja.  Kemungkinan negara juga
kehilangan atlet yang tersohor jika mutiara yang ada itu tidak digilap sebaiknya.  Guru
berperanan untuk mengenal pasti bakat pelajar, menggilap dan menonjolkan kehebatan yang
dimiliki sehingga ke persada antarabangsa.  Peluang yang lebih adil dapat disediakan kepada
pelajar yang tidak mampu menonjol dalam akademik tetapi mampu mengharumkan nama negara
dalam bidang sukan dan menjana pendapatan yang lumayan.  Jelaslah bahawa program 1M1S ini
menjadi platform untuk mengenal pasti bakat terpendam yang ada dalam diri setiap pelajar. ( 131
pp )

Kerajaan juga ingin mendidik pelajar-pelajar agar menyahut aspirasi 1 Malaysia menerusi
budaya bersukan.  Semasa menjalani aktiviti sukan, pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan
budaya akan bersama-sama melakukan aktiviti dan semasa dalam pertandingan pula, mereka
akan bersatu hati untuk mencapai matlamat ke arah kejayaan.  Pada masa itu, mereka akan
belajar erti bertoleransi, bekerjasama, semangat berpasukan dan semangat setiakawan.  Mereka
juga akan faham erti bersatu teguh bercerai roboh.  Perasaan suka duka yang dialami akan
dikongsi bersama-sama.  Jalinan persahabatan yang dibina ketika menjalani aktiviti sukan
diharap akan berkekalan selama-lamanya.  Di sini jelas terbukti bahawa aspirasi 1Malaysia
mampu tercapai melalui hubungan yang terjalin ketika bersukan tetapi dengan syarat sukan
tersebut tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja dan situasi ini sebenarnya mampu
diperbetulkan di peringkat sekolah.  (116 pp )

Kesimpulannya, program 1M1S ini merupakan satu langkah yang sangat baik dan mendatangkan
banyak manfaat kepada pelajar-pelajar.  Pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat sepatutnya
memberikan sepenuh kepercayaan terhadap pelaksanaan program ini.  Ibu bapa wajar
memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka dan tidak hanya menekankan pencapaian
akademik sahaja.  Pihak sekolah pula disarankan agar melaksanakan program ini dengan sebaik
mungkin, bukan sekadar melepaskan batok di tangga.  Pelajar pula perlu diterapkan dengan
nilai menghargai kepentingan bersukan dalam diri masing-masing.  Jika semua perkara ini
diasimilasikan, nescaya Dasar Sukan Negara akan mencapai matlamatnya.   ( 87 pp)
MANFAAT DASAR 1 MURID 1 SUKAN

     Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti
sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan
sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan
sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua
strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah
Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan
semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi
hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi
Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh halyang
demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan
mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras
dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.
Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi
kepentingan bersama.

        Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang
menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar
pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan
berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk
sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini
bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid
dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap murid termasuk murid
berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil
bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S  diwajibkan untuk Tahun 4
hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah
menengah. Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai
program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan mahu
membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.
Tegasnya, modal insan yang syumul dan holistik dapat dilahirkan melalui dasar ini.

       Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid
sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana
badan sihat otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang
dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana
kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan
lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang
menghidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat
merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan menghidap pelbagai penyakit yang
berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan
golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang
keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan
memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan
cerdas sepanjang masa. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk melalui dasar
ini.

     Jika kita singkap dari perspektif yang berbeza, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk
memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan
merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia
sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 55 tahun kebelakangan ini. Kerajaan
sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara
Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan.
Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan.
Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan
agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani
aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah
terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia.

        Seperkara lagi, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan
akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid
mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang
atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku kerana terlalu
mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan bahawa aktiviti
sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Persepsi seperti itu perlu dikikis dari kamus
kehidupan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa untuk melakukan kecergasan
fizikal seperti bermain bola sepak, berenang, menyertai acara balapan dan sebagainya demi
kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang dari badan yang cergas. Dengan memiliki
badan yang sihat, murid-murid dapat fokus pada pelajaran mereka. Mereka dapat menjana idea
yang bernas dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Secara implisitnya, murid akan beroleh
kejayaan dalam bidang akademik mereka. Pendek kata, murid dapat mencapai keseimbangan
antara kejayaan akademik dengan kejayaan sukan melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan yang
diperkenalkan ini.

      Pada masa yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke
arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat
dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu
sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan
dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu
aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung
dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu
menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej
negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara kita seperti Datuk
Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya
diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena sukan negara ke persada
antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat dicapai menerusi dasar
ini.

       Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak membawa 
kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan
galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan
oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak sekolah pula
haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan
objektif yang ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau
sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun begitu, sokongan daripada ibu bapa juga penting
untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Mudah-mudahan,
hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan
akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Biarlah matahari terus bersinar,
biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk bersaing di
peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-
negara lain di persada antarabangsa.
Ketua Pengarah Pelajaran melalui surat bertarikh 22 februari 2010 telah mengarahkan semua pelajar
menyertai sekurang-kurangnya satu sukan   mulai tahun 2011.

   Bagi memastikan hasrat ini dicapai, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan sebuah
Jawatankuasa Pembangunan Sukan di Sekolah.
   Ahli-ahlinya terdiri daripada wakil pelbagai pihak yang berkepentingan dalam sukan di negara kita.

   Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran sendiri yang akan merancang, melaksana
dan memantau program membangunkan sukan
   di sekolah-sekolah.

   Semua Pengetua, PPD dan JPN diarahkan supaya mengambil tindakan terhadap pelaksanaan dasar ini
sejajardengan hasrat kita untuk Konsep
   1Malaysia dan mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.

   Dasar 1M1S ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
   Ia juga selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat,
iaitu bermula dari peringkat sekolah melalui
   2 strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

   Matlamat
   i. membangunkan modal insan melalui penyertaan semua murid dalam aktiviti sukan sepanjang tahun
  ii. memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup
sihat dan cergas

   Objektif
   - meningkatkan kecergasan jasmani
   - membentuk sahsiah, jati diri,disiplin dan nilai murni
   - memupuk perpaduan di antara kaum
   - membentuk budaya sukan dalam kalangan murid
   - memenuhi naluri semulajadi murid
   - memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
   - mewujud landasan ke arah kecemerlangan sukan

   Penilaian
   - Sistem penilaian yang sedia ada berasaskan kepada:
      i.   kehadiran
      ii.  jawatan serta sumbangan
      iii. penglibatan
      iv. pencapaian
   ** Perubahan pada sistem penilaian ini akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1
mulai tahun 2012.

   Surat Siaran oleh KPM


     i. KP/KPPM/5 (49) bertarikh 26 Julai 2010 : memberi kebenaran khas kepada guru-guru dan murid-
murid yang melaksanakan pelajaran
                                                               Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) memakai pakaian rasmi
sukan sepanjang hari berkenaan.
    ii. KP.BSSK.302-02/03/002(17) bertarikh 14 Januari 2010 : Jadual Pelaksanaan Program Sukan dan
Permainan Sekolah Sepanjang Tahun
                                                                                   yang dikeluarkan perlu diikuti sepenuhnya.

   ** Setiap sekolah dikehendakki menggunapakai semua arahan seperti yang terkandung dalam Surat-
surat pekeliling Ikhtisas dan Surat-Surat
        Siaran yang dikeluarkan oleh KPM.
SU: Objektif Dan Rasional 1 Murid 1 Sukan

PENGENALAN

Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti


sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif
dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras
dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan
hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk
Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina
kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi Sukan untuk
Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus
dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang
demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu
landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu
padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong
semangat 1 Malaysia.

MATLAMAT

Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk,


2.1 Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan
murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
2.2 Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

OBJEKTIF
Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
3.1 Meningkatkan kecergasan jasmani.
3.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3.3 Memupuk perpaduan di antara kaum.
3.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
3.5 Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
3.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
3.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

KONSEP
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmon is dari SGyi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Ke arah
ini, konsep Dasar 1 M1 S adalah diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:
4.1 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan
dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
4.2 Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid
dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
4.3 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap
ke tahap yang lebih tinggi.

PRINSIP PELAKSANAAN
Pe!aksanaan Dasar fM1 S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:
5.1 Setiap murid termasuk rTlurid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah
kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis
sukan. Dasar 1 M1 S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah
rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau
bagaimanapun murid Murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program
ini berdasarkan kemampuan sekolah.
5.2 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang
ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan
pihak sekolah;.
5.3 Asas kepada 1 M 1 S adaiah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan
jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M1S.
5.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su
kan.
5.5 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani,
Jasmani, dan Emosi murid.
5.6 Ibu bapa dan agensi luarl rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang
kepada pembangunan sukan sekolah.
5.7 Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan
sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi
penyertaan aktif setiap murid. 

PENDEKATAN PELAKSANAAN
Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1 M1 S, setiap sekolah mempunyai
pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan
sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1 M1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan
berikut:
6.1 Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif
dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang
ditawarkan di bawah 1 M1 S
hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
6.2 Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti
rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului
oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
6.3 Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah,
dorm asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan
MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.

PENILAIAN

7.1 Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang
berasaskan:
•          Kehadiran;
•          Jawatan Serta Sumbangan;
•          Penglibatan; dan
•          Pencapaian.
•           
7.2 Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa dengan murid
Tahun 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012.

 PERSEDIAAN SETIAP AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN

Sekolah hendaklah:
8.1 Mengadakan mesyuarat perancangan 1M1S sebelum penggal pertama
persekolahan,
8.2 Menyediakan takwim tahunan dan penjadualan mingguan aktiviti sukan sekolah
untuk sepanjang tahun,
8.3 Mengagihkan tugas guru mengikut sukan yang ditawarkan di Sekolah,
8.4 Mendaftar dan mengagihkan setiap murid mengikut rumah sukan dan kelab sukan,
dan
8.5 Mewujudkan mekanisme pemantauan pelaksanaan 1M1S. 
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) telah dilancarkan sejak 2010 sebagai tahun pengenalan
dan sejak tahun 2011, pelaksanaannya menjadi wajib.

Persoalan pokok di sini, adakah ia dasar yang relevan kepada sekolah. Jawapannya ya, sudah
pasti kerana ia dasar kementerian.

Persoalan lain adakah ia relevan kepada guru? Jawapannya tidak. Ia tidak relevan kepada guru.
Ia adalah dasar khusus untuk murid sekolah. Dasar 1M1S merupakan satu usaha menggerakkan
generasi muda negara supaya dapat bergerak aktif secara fizikal sambil memperoleh ilmu
pengetahuan tentang sukan yang diceburi. Walau bagaimanapun, kejayaan perlaksanaan dasar
1M1S, memerlukan komitmen guru walaupun ia tidak relevan kepada individu guru itu. Buat
sementara waktu, guru bukan berlatar belakangkan sukan (bukan guru opsyen PJK atau Sains
Sukan) terpaksa diarahkan untuk melaksanakan dasar ini berlandaskan garis panduan yang
ditentukan, bukannya berasaskan kemampuan sedia ada guru. Guru PJK dan guru Sains Sukan
tidaklah seramai mana di sekolah-sekolah harian.

Jika guru tersebut tidak pernah dan tidak mengetahui sukan tertentu, beliau mesti, patut, tidak
boleh tidak, bertanggungjawab menambah pengetahuan demi menjalankan tugas yang didasari
oleh arahan peringkat atasan. Oleh itu soal dasar 1M1S mesti relevan secara langsung kepada
individu guru tidak relevan juga. Atas dasar tugas rasmi, semua guru yang terbabit mesti
menjalankan tugas TERMASUK menambah baik diri sendiri. Jika guru tersebut berdalih atau
sengaja tidak bersungguh-sungguh, dikhuatiri beliau menjadi ‘duri dalam daging’ atau boleh juga
dipanggil ‘sabotuer‘, sama ada beliau sedar atau tidak.

Murid tidak akan dapat menghayati dan menyempurnakan pengalaman hidup mereka dalam
sukan pilihan kerana guru yang dipertanggungjawabkan tidak komited dan tidak bersungguh-
sungguh atas alasan tidak munasabah. Mana mungkin kita guru menasihat murid supaya berani
belajar subjek baru dan susah dan meneroka ilmu baru, pada masa yang sama kita sendiri
bertindak tidak ikhlas dengan mengelak mendapatkan ilmu baru dan meneroka pengalaman baru
pula. Bukankah itu ‘hipokrit’?

Apa-apapun artikel ini adalah wacana saya tanpa menyebut mana-mana individu secara khusus.
Ia adalah juga satu muhasabah diri kerana saya juga kelompok guru bukan-sukan. Saya adalah
guru yang meminati sukan bola sepak, badminton dan ragbi, tetapi pengalaman terbaik saya
pernah perolehi hanyalah semasa di sekolah menengah dan di universiti. Di sekolah saya sempat
mendapat peluang bermain ragbi walaupun badan kecil kurus. Bola sepak memang kerap
bermain di kampung, dan di sekolah. Badminton? Pengalaman paling manis tetapi memalukan
ialah ketika masih siswa di UPM. Saya, melalui pujukan rakan-rakan turut mendaftar sebagai
peserta pertandingan badminton. Pusingan awal dah kalah, complete set! Sebabnya saya bukan
pemain berkebolehan tinggi, sebaliknya hanyalah peminat.
Apa sumbangan pengalaman tersebut kepada saya sebagai guru 1M1S? NIL. Okaylah, mungkin
setakat 10%, itupun dalam hal ada cerita untuk memujuk pelajar. Tapi tak semestinya berkesan.
Bagaimana saya nak jalankan tugas sebagai guru 1M1S, menjadi jurulatih sukan bola sepak atau
badminton atau ragbi? Nampaknya langkah-langkah berikut perlu saya lakukan seberapa segera
yang boleh, iaitu:

1. Ikuti kursus kejurulatihan sukan yang saya pilih (atau sekolah tentukan) – BELUM

2. Cari buku bacaan berkaitan bagaimana melatih murid/pemain sukan tersebut – TIADA BUKU
DIKEHENDAKI?

3. Dapatkan buku modul 1M1S yang disediakan kementerian – ADA melalui kursus tetapi isi
kandungan tak cukup baik, dan tersalah cetak pula.

4. Dapatkan buku digital modul 1M1S yang disediakan kementerian – SUDAH ADA, tetapi
bilangan muka surat yang banyak memerlukan bajet besar untuk mencetak kualiti boleh baca.
Nak baca di laptop? Patutkah? Bukankah kita di padang. Cetak sedikit demi sedikit? Patutkan
individu guru menampung kos cetakan buku tersebut dan dipancing dengan perkataan
‘pengorbanan’ (licik!).

5. Tak buat apa-apa langsung – MUSTAHIL, kerana saya guru komited kepada pelajar

6. Carian internet dalam bentuk video – CADANGAN TERBAIK SETAKAT INI! Memang
video tak boleh bawa ke padang, tetapi sekurang-kurangnya melalui tontonan video memberi
gambaran lebih jelas bagaimana nak buat aktiviti latihan sukan tersebut dan lakukannya semula
di padang.

7. Beli Ipad atau tablet – ringan dan mobile. CADANGAN LAGI TERBAIK. Dengan syarat ada
cukup wang, bolehlah beli tablet android + 3G. Boleh bawah tablet seperti Samsung Tab 10.1
atau Motorola Xoom 10.1 (android 3). bolehlah baca modul dalam format PDF dalam tablet dan
juga boleh rujuk menonton video kejurulatihan terus melalui tablet tadi. Jadilah jurulatih serba
boleh. Masalah? baca balik, kalau guru sendiri kurang faham, tunjukkan tablet tu kepada murid
untuk mereka baca dan mungkin akan ada pelajar yang boleh bantu menjelaskannya. Takpun,
ulang tayang video di youtube yang berkenaan lagi dan lagi dan lagi dan simulasikan atau tiru
sahaja kaedah yang ditunjukkan di video tadi.

Akhir kata, saya bukan pandai, saya juga bukan buat-buat pandai. Artikel ini adalah pemikiran
saya, muhasabah saya. Dalam Inggeris, ‘thinking loudly’ barangkali.

Jumpa lagi di dalam artikel akan datang.

Anda mungkin juga menyukai