Anda di halaman 1dari 1

NADIA FASHA BINTI MOHD DRUS / P76345

Tidak dapat dinafikan bahwa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran
matematik pada masa kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep matematik
yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar di dalam bilik darjah maupun di luar bilik darjah.
Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh
dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh
pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran
boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan
pengalaman harian. Ia juga dapat memberi pengertian baru kepada konsep pembelajaran yang
ingin dipelajari.

Model pembelajaran matematik terdahulu yang menekankan belajar mengikut ingatan


merupakan satu model yang kurang berstruktur. Cara itu kurang mampu mewujudkan
pertalian antara dunia abstrak matematik dan dunia nyata pelajar. Oleh yang demikian
wujudnya masalah kefahaman konsep dalam matematik berserta langkah penyelesaian yang
kurang tepat kepada masalah. Untuk mengatasi kelemahan ini satu alternatif kepada kaedah
pengajaran matematik iaitu pengajaran dan pembelajaran yang berpaksikan kefahaman
konsep digunakan sebagai satu penggerak atau mekanisma penyampaian digunakan.

Menurut Shahabuddin et al (2007), pemahaman konsep matematik dilihat juga dari segi
penguasaan guru dalam isi kandungan pelajaran dan cara untuk menyelesaikan masalah. Guru
perlu menguasai isi kandungan pelajaran dan kaedah penyelesaian masalah dengan baik serta
dapat mengaplikasikan model- model yang sesuai semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

Muath Shiyyab (2001) menekankan pemahaman konsep dalam pengajaran matematik dimana
salah satu item dalam konstruk penekanan konsep iaitu guru memberi tumpuan kepada apa
yang pelajar tahu dan bukannya apa yang mereka tidak tahu. Guru seharusnya mengambil
kira apa yang pelajar tahu dan seterusnya dapat meningkatkan interaksi antara pelajar agar
pembelajaran menjadilebih seronok dan bermakna. Persekitaran pembelajaran
konstruktivisme dapat meningkatkan mutu PdP melalui pemahaman kendiri terhadap konsep
dan pengetahuan matematik.

RUJUKAN

Muath Shiyyab. (2001). Observational Study for Mathematics Instruction in Jordanian


Secondary School. Tesis Doktor Falsafah. University of Texas, Austin.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi strategi
dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai