Anda di halaman 1dari 2

NURUL AFINI BINTI MARZUKI

PISMP 6.09

USRAH (JUMAAAT-3 APRIL 2020)


ULASAN VIDEO TAZKIRAH PAGI JUMAAT

Berdasarkan tazkirah Ustaz Khairul Anuar yang telah saya tonton, saya dapat simpulkan
bahawa perkara yang sedang kita hadapi sekarang ini iaitu ancaman virus corona atau Covid-
19 ini sebenarnya merupakan musibah dari yang Maha Esa. Kita dapat lihat bahawa
masyarakat di Malaysia mahupun di seantero dunia kini sedang berusaha untuk mencari jalan
penyelesaian bagi mengatasi pandemik Covid-19 ini. Kita dapat lihat bahawa umat Islam
terutamanya berusaha mencari penawar bagi penyakit ini selain berdoa kepada Allah kerana
hanya Dialah yang satu-satunya boleh mengangkat kesusahan yang sedang kita hadapi
ketika ini. Menurut Ustaz Khairul Anuar, beliau berkata bahawa hidup adalah ujian Allah.
Semua perkara yang berlaku di atas dunia ini juga adalah atas ketentuannya. Oleh itu, melalui
ancaman penyakit Covid-19 ini, pastinya telah memberi kesedaran kepada manusia bahawa
hanya Dialah yang boleh membantu kita dalam sebarang musibah yang berlaku.

Tanpa kita sedari, sebelum ini kita terlalu meletakkan pergantungan terhadap manusia
semata-mata. Kita sepatutnya sedar bahawa makhluk lain selain Allah tidak dapat membantu
menyelesaikan wabak penyakit berjangkit yang sedang berlaku ini. Sebagai hamba Allah dan
orang yang beriman, kita seharusnya meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada Allah.
Kita perlu yakin bahawa setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Meskipun negara kita sangat membangun dan mengikuti arus kemodenan seperti mempunyai
teknologi yang canggih, persenjataan yang hebat dan sebagainya, kita tidak boleh melawan
ancaman atau serangan virus corona yang datang tanpa diundang ini. Malah, negara-negara
maju di dunia seperti Itali yang mempunyai kemudahan perubatan hebat dan tercanggih di
dunia sendiri tidak mampu untuk menangani wabak Covid-19 ini. Bahkan negara-negara
seperti Amerika Syarikat, Sepanyol dan Jerman sehingga kini menjadi negara yang paling
ramai dijangkiti Covid-19.

Seterusnya, kedatangan musibah di dunia ini sebenarnya menunjukkan kasih sayang


Allah kepada hambanya. Kita dapat lihat di Malaysia sendiri, kematian yang berlaku akibat
jangkitan Covid-19 ini kebanyakannya melibatkan jemaah tabligh yang menghadiri
perhimpunan ijtimak di Masjis Seri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini. Hal ini menunjukkan
kasih sayang Allah kepada orang yang beriman supaya Allah dapat mengangkat darjat
mereka. Manakala bagi orang yang melakukan maksiat, Allah berkehendak untuk memberi
kafarah kepada mereka serta untuk orang yang derhaka pula adalah sebagai balasan atas
kederhakaan mereka. Oleh itu, kita sebagai hambaNya perlulah sedar bahawa ujian yang
NURUL AFINI BINTI MARZUKI
PISMP 6.09

datang ini menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah yang Maha Esa. Apa sahaja boleh
berlaku dengan ketentuannya.

Di samping itu, Ustaz Khairul Anuar turut menyentuh tentang hikmah berlakunya
Perintah Kawalan Berkurung (PKP) ini. Antaranya adalah untuk menjaga hubungan dengan
Allah. Pada saat kita ditimpa kesusahan seperti ini, kita sebagai hambaNya haruslah kembali
kepada Allah. Kita sepatutnya memperbaiki kekurangan dan kesilapan yang kita lakukan
apabila diuji dengan mendekatkan diri kepadaNya. Kita harus merebut peluang dan
kesempatan yang ada ini untuk melakukan ibadah kerana pastinya peluang sebegini tidak
selalu datang dalam hidup kita. Tambahkan amalan dengan cara sentiasa membaca al-
Quran, solat berjemaah secara berjemaah bersama keluarga serta solat di awal waktu. Selain
itu, beliau juga berkata bahawa hikmah PKP ini berlaku adalah supaya kita dapat memperbaiki
hubungan dengan manusia. Kita boleh menambah baik hubungan dengan meluangkan masa
bersama keluarga seperti ibu bapa dan adik-beradik yang lain. Pada masa yang sama, kita
harus mengambil peluang untuk bersedekah pada waktu ini bagi membantu golongan yang
kurang berkemampuan.

Bukan itu sahaja, melalui Pkp ini, kita juga telah memperoleh pelbagai ilmu yang
sangat bermanfaat kepada kita seperti kita mengetahui doa-doa ketika ditimpa musibah, cara
menguruskan jenazah dan cara kuarantin dalam Islam yang diajar oleh Nabi. Melalui situasi
ini, kita juga dapat mengetahui bahawa Islam sebenarnya telah memberi panduan lebih awal
tentang cara-cara berkuarantin ini. Akhir sekali, kita perlu menghargai masa dan usia yang
diberikan Allah kepada kita. Pada masa yang sama, kita perlu muhasabah diri dan bersyukur
dengan segala nikmat yang diberikanNya seperti nikmat kesihatan, harta, makanan dan
sebagainya. Kesimpulannya, penyakit Covid-19 ini sememangnya dapat menjadikan kita
sebagai seorang mukmin yang lebih baik, mukmin yang lebih menghargai masa dan usia,
mukmin yang menghargai keluarga dan mukmin yang semakin dekat dengan Allah.

Anda mungkin juga menyukai