Anda di halaman 1dari 2

BAB 7 / REKA BENTUK INDUSTRI

KONSEP REKAAN PERABOT

1) Konsep Antik
Konsep ini berasaskan gaya reka bentuk zaman terdahulu dan reka bentuknya tidak terbatas pada
sesebuah negara.Ia dapat dikenali melalui gaya,reka bentuk danjuga bahan binaan.Konsep ini lebih
dipengaruhi reka bentuk perabot yang berusia lebih 100 tahun.

2) Konsep Klasik

Konsep ini merujuk kepada gaya reka bentuk yang terhad usia penghasilannya.Reka bentuknya agak
ringkas dan menggunakan warna yang gelap sebagai identiti.Konsep ini dipengaruhi oleh gaya negara
pengahasilan perabot tersebut.

3) Konsep kontemporari

Konsep ini direka bentuk berlandaskan reka bentuk perabot tahun 1920-an sehingga 1970-an.Walaupon
konsep ini kelihatan seperti perabot berkonsepkan klasik,namun reka bentuknya dipengaruhi oleh gaya
reka bentuk moden.
4) Konsep Kontemporari

Konsep ini memiliki pelbagai gaya iaitu gaya Art Deco,moden,Scandinavia,Italia dan reka bentuk perabot
pada abad ke-90.Ia juga memiliki ciri reka bentuk ringkas dan senang dipadankan dengan susun atur dan
persekitaran

5) Konsep Ultramoden
Konsep ini lebih kelihatan abstrak dengan penggunaan bahan dan warna yang pelbagai dalam reka
bentuknya.Ia juga banyak dipengaruhi oleh gaya futuristik dan moden.

Anda mungkin juga menyukai