Anda di halaman 1dari 17

BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN 3

2. DEFINASI PENGURUSAN 4

3. PROSES PENGURUSAN 5

3.1 Perancangan 5

3.2 Penyusunan 6

3.3 Pengarahan 6

3.4 Pengawalan 6

4. DEFINISI ORGANISASI 7

4.1 Organisasi Sebagai Unit Sosial 7

4.2 Penyatuan Usaha Dan Hubungan Di Kalangan Pekerja 8

4.3 Ciri-Ciri Organisasi 8

5. RINGKASAN ORGANISASI YANG DIPILIH 10

6. ULASAN AMALAN BERBANDING TEORI 10

6.1 Perancangan 11

6.2 Penyusunan 11

6.3 Pengarahan 12

6.4 Pengawalan 12

1|Page
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

7. TEORI-TEORI PENGURUSAN YANG BERKAITAN 13

7.1 Organisasi Birokrasi 13

8. CABARAN DALAM PENGURUSAN 13

8.1 Mengubah Pemikiran Kakitangan 14

8.2 Menerapkan Nilai-Nilai Murni Dan Intergriti Dalam Jabatan 14

8.3 Tuntutan Pelanggan YangSemakin Kompleks 15

8.4 Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian 15

8.5 Cabaran Teknologi Maklumat 16

8.6 Kod Etika Kerja Yang Lemah 16

8.7 Ekpektasi Stakeholders Kian Meningkat 16

8.8 Pembangunan Modal Insan 17

8.9 Mengurus Kepelbagaian 17

9. KESIMPULAN 18

10. ULASAN 19

11. RUJUKAN 20

2|Page
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

1.0 PENDAHULUAN

Pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil

atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan

tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab penyelia

atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi. Kita pernah mendengar kata-kata

seperti "Masalah yang timbul itu adalah dari pihak pengurusan". Pernyataan seperti ini di

maksudkan kepada mereka yang menduduki tingkat atas di dalam organisasi, padahal

kelemahan dan masalah yang timbul itu berpunca dari semua pihak pada peringkat

pengurusan.

Kejayaan mengurus sesebuah organisasi boleh diukur dari aspek kecekapan,

keberkesanan, produktiviti dan kualiti produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh

organisasi. Kecekapan organisasi boleh diukur dari aspek kuantiti input yang digunakan oleh

organisasi itu untuk menghasilkan satu unit pengeluaran atau perkhidmatan. Organisasi dapat

disifatkan tidak berkesan apabila ia gagal mencapai matlamatnya disebabkan oleh

pelaksanaan rancangan yang lemah atau kerana kegagalan pihak pengurusan meramal

perubahan persekitar organisasi dengan lebih tepat.

2.0 DEFINISI PENGURUSAN

Pengurusan pada amnya dapat didefinisikan sebagai proses perancangan, penyusunan,

pengarahan dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber

organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Pengurusan juga boleh didefinisikan sebagai

3|Page
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

proses penyelarasan dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang

dikehendaki dengan berprestasi sepenuhnya.

Proses dan matlamat adalah dua aspek penting di dalam pengurusan dalam

menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti

dengan satu aktiviti yang lain supaya semua matlamat organisasi itu dapat dicapai

sepenuhnya. Tanpa pengurusan yang betul, pelbagai masalah mungkin akan timbul baik dari

segi kewangan, pemprosesan dan juga inventori.

Kita pernah mendengar dari media massa tentang beberapa organisasi perniagaan

khususnya yang telah gagal bukan semata-mata kerana masalah persaingan tetapi juga

disebabkan oleh pergolakan di dalam organisasi itu sendiri. Antaranya adalah tidak ada

persefahaman antara pihak atasan dengan peringkat bawahan, perancangan dan ramalan yang

tidak tepat, pembaziran sumber atau penyusunan struktur yang mengelirukan.

3.0 PROSES PENGURUSAN

Pada amnya proses pengurusan dapat dibahagikan kepada empat sahaja iaitu perancangan,

penyusunan, pengarahan dan pengawalan.

3.1 Perancangan

Sebelum pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi, perancangan hendaklah

dibuat terlebih dahulu. Pada peringkat perancangan, perkara yang perlu

dititikberatkan adalah seperti tujuan, objektif dan strategi organisasi.

Tujuan dan objektif utama sesebuah organisasi adalah mengenal pasti perkara

yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi itu berdasarkan matlamat penubuhan

4|Page
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

organisasi tersebut, prestasi yang diinginkan seperti kadar pertumbuhan organisasi

atau peratusan keuntungan serta lain-lain lagi.

Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan jelas, organisasi perlu

mencari jalan serta strategi untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti yang

diharapkan itu. Pihak pengurusan akan membincangkan tentang strategi pemasaran

yang meliputi perletakan harga, perluasan pasaran atau perbezaan barangan agar

organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar. Langkah seterusnya, pihak

pengurusan harus mengatur program atau projek mengikut strategi yang telah

dirancang berasaskan matlamat organisasi itu sendiri.

3.2 Penyusunan

Penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi serta kakitangan. Struktur

organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti pemasaran, kewangan,

pemprosesan dan lain-lain. Tingkat atau hierarki autoriti dijalankan melalui

penyelarasan peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat. Perancangan sumber

manusia melibatkan pengambilan dan pemilihan kakitangan, orientasi & latihan,

penilaian prestasi, sistem pampasan gaji, upah & faedah, program peningkatan

produktiviti & kualiti, program keselamatan & kesihatan kakitangan dan juga

program kebajikan & perkhidmatan kakitangan.

3.3 Pengarahan

Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan

dengan teratur dan sempurna dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat

ini faktor-faktor motivasi, kepimpinan dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian

oleh pihak pengurusan.

5|Page
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

3.4 Pengawalan

Pengawalan merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi

telah dicapai mengikut perancangan. Masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan

langkah tertentu diambil faktornya di dalam organisasi iaitu keinginan dan sifat

kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi

perhatian serta sentiasa diawasi.

Apabila organisasi telah diwujudkan mengikut keempat-empat ciri seperti

yang diterangkan di atas, masalah yang akan timbul ialah bagaimana organisasi itu

harus diuruskan dengan sempurna, berkesan dan mencapai matlamat yang

dirancangkan. Oleh itu sebelum meninjau dengan lebih mendalam tentang konsep

pengurusan secara menyeluruh, eloklah sekiranya kita memahami dengan lebih jelas

tentang organisasi dan ciri-cirinya.

Kefahaman yang mendalam tentang konsep organisasi itu juga penting kerana

pengurusan dan organisasi merupakan satu hubungan yang tidak dapat dipisahkan.

Wujudnya sesebuah organisasi itu sama ada organisasi besar atau kecil, awam atau

swasta adalah dengan memerlukan pengurusan serta pengendalian aktiviti-aktiviti

organisasi.

4.0 DEFINISI ORGANISASI

Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang

bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu,

kumpulan dan organisasi.

4.1 Organisasi Sebagai Unit Sosial

6|Page
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

Apabila organisasi itu dianggap sebagai unit sosial, ini bermakna ia mempunyai

beberapa orang pekerja yang telah diberi peranan tertentu untuk menjalankan sesuatu

tugas. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain bagi

menyiapkan sesuatu tugas itu. Sekiranya mereka ini menjalankan tugas tanpa

memerlukan perkhidmatan dan kerjasama daripada pihak lain sudah tentu tugas yang

dijalankan itu tidak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki sama ada dari segi

masa, kualiti, kuantiti dan penentuan-penentuan lainnya.

4.2 Penyatuan Usaha Dan Hubungan Di kalangan Pekerja

Sesebuah organisasi memerlukan pekerja yang menyatu padukan usaha mereka

supaya mencapai matlamat yang dikehendaki. Sekiranya tiada perpaduan di kalangan

pekerja sudah tentu organisasi itu tidak dapat menjalankan aktivitinya dengan

berkesan dan sempurna serta organisasi akan menjadi kucar-kacir tanpa sebarang

haluan yang tertentu. Penyatuan usaha di kalangan kakitangan hendaklah wujud di

dalam sesebuah organisasi bagi menjamin organisasi itu dapat bergerak dengan

sempurna, tersusun dan berkesan. Penyelarasan melalui peraturan dan prosedur yang

dibuat dapat meningkatkan hubungan antara satu fungsi dengan satu fungsi yang lain

dan antara individu dengan individu yang lain.

4.3 Ciri-Ciri Organisasi

Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang

tersendiri. Misalnya, sebuah universiti seharusnya melambangkan tempat untuk

menimba ilmu, pusat penyelidikan dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi

perkhidmatan serta sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk

bimbingan, khidmat nasihat dan pengajaran juga pembelajaran. Untuk mencerminkan

7|Page
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah

memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya dan orang

awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza

dengan organisasi-organisasi lain yang juga mempunyai objektif tertentu.

Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia

mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua

organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat)

aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi

besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat

autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang

bertanggungjawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih

tinggi lagi.

Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis

pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan

mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di

bahagian pentadbiran pula terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran dan

kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara

pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.

Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur

seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan

pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian di dalam sesebuah

organisasi, peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan

kepada kakitangan dengan jelas dan nyata. Keempat-empat ciri yang disebutkan di

atas hendaklah wujud di dalam sesebuah organisasi. Penentuan sama ada organisasi

8|Page
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

itu berkesan, efisien atau tidak, bergantung kepada sejauh mana keempat-empat ciri

itu diselenggarakan, disusun dan diamalkan.

5.0 RINGKASAN ORGANISASI YANG DIPILIH

Polis Diraja Malaysia (PDRM ) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada

pegawai dan anggota berbagai pangkat dan ianya beribu pejabat di Bukit Aman, Kuala

Lumpur. Pertubuhan ini adalah terpusat iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am ke

perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. PDRM mempunyai lapan jabatan iaitu Jabatan

Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri

dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil,

Jabatan Pengurusan, Pasukan Petugas Khas dan Jabatan Logistik. Jabatan-jabatan ini diketuai

oleh pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis (Jeneral Tiga Bintang).

Secara amnya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan

dan pentadbiran PDRM. Jabatan Siasatan Jenayah pula memainkan peranan dalam

penyiasatan kes-kes jenayah serta menjalankan tangkapan dan pendakwaan pesalah-pesalah.

Manakala Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik memikul tanggungjawab dalam penyiasatan dan

pendakwaan kes-kes yang berhubung dengan masalah pengedaran dan penyalah gunaan

dadah. Bagi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil adalah menjalankan penyiasatan, menangkap

dan mendakwa penjenayah kolar putih. Jabatan Logistik pula sebagai jabatan yang

menyokong PDRM dari segi kewangan, bekalan, persenjataan dan lain-lain. Jabatan

Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA) berperanan sebagai

9|Page
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

'operational wing' PDRM dan terakhir sekali adalah Cawangan Khas sebagai jabatan yang

bertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat dan risikan keselamatan.

6.0 ULASAN AMALAN BERBANDING TEORI

Dalam PDRM, amalan yang diamalkan adalah dengan menentukan prinsip seperti

pembahagian kerja mengikut pengkhususan. Dalam sistem pengurusan PDRM jelas

menampakkan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu. Terdapat pelbagai jabatan yang

memisahkan tugas antara satu sama lain

6.1 Perancangan

Sebelum organisasi itu menjalankan kegiatannya, ia mesti merancang iaitu

menentukan terlebih dahulu perkara yang hendak dicapai olehnya. Ini termasuklah

menetapkan tujuan, objektif, strategi, program, projek dan kerja yang akan dimainkan

oleh organisasi itu. Dalam PDRM segala perancangan hala tuju, objektif serta tujuan

telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan.

6.2 Penyusunan

Di dalam penyusunan, sumber manusia dan bahan disusun serta dibahagikan

mengikut gabungan yang tepat bagi menentukan perancangan itu berjalan dan

mencapai matlamatnya. Ini termasuklah menyusun tingkat kuasa, membahagikan

unit-unit atau bahagian serta memilih kakitangan untuk memenuhi jawatan yang

diwujudkan. Penyusunan ini dibuat dengan membahagikan PDRM kepada lapan

10 | P a g e
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

jabatan yang berbeza dengan tugas yang tersendiri. Pentadbiran diperingkat daerah,

kontijen serta Bukit Aman disusun dengan cara sistematik bagi kelancaran tugas.

6.3 Pengarahan

Pengarahan memberikan panduan, bimbingan, dan perangsang kepada tenaga pekerja

untuk mencapai matlamat organisasi. Perkara yang dilakukan termasuklah memberi

kepimpinan, dorongan dan berkomunikasi di dalam organisasi. Setiap jabatan

mempunyai ketuanya sendiri serta terdapat pelbagai peringkat pangkat pegawai serta

anggota yang ditugaskan bagi memberi panduan , bimbingan dan perangsang kepada

anggota bawahan dalam menjalankan tugas.

6.4 Pengawalan

Pengawalan merujuk kepada langkah-langkah mengawasi prestasi, membandingkan

keputusan dengan matlamat organisasi juga mengambil tindakan yang betul. Kawalan

dalam menjalankan tugas dibuat di setiap bahagian dengan meletakkan pegawai yang

lebih kanan untuk menyelia anggota dibantu oleh anggota yang berpangkat kopral

keatas. Pada masa sekarang setiap anggota mempunyai satu fail yang diberi nama

‘Fail Kawalan Disiplin dan Dadah’. Setiap anggota akan dinilai dari segi prestasi serta

disiplin masing-masing.

7.0 TEORI-TEORI PENGURUSAN YANG BERKAITAN

Pengurusan sebenarnya telah lama berlaku cuma kira-kira pada akhir tahun 1800 atau awal

tahun 1900 barulah ahli-ahli pengurusan membincangkan teori-teori pengurusan dalam

organisasi. Pada ketika itu teori Pengurusan Klasik diperkenalkan iaitu berdasarkan kepada

Pandangan Rasional Ekonomi. Ini terbit dari idea Adam Smith yang membuat andaian

11 | P a g e
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

bahawa manusia berusaha adalah untuk meninggi atau memaksimumkan pulangan

ekonominya.

7.1 ORGANISASI BIROKRASI

Konsep birokrasi ini diasaskan oleh Max Weber untuk memastikan penyalahgunaan

kuasa tidak berlaku. Untuk itu, Weber menentukan prinsip seperti pembahagian kerja

mengikut pengkhususan. PDRM hendaklah menjadi pemegang badan penguatkuasa

undang-undang yang utama di negara ini. Begitu juga dalam melaksanakan tugas serta

tanggungjawab harian berdepan dengan orang ramai dalam menyelesaikan pelbagai

masalah serta aduan. Perkara ini bukan bertujuan untuk menunding jari kepada

sesiapa tetapi sebenarnya untuk menyedarkan semua pihak bahawa kita mempunyai

tanggungjawab dan amanah yang amat berat bagi memastikan PDRM menjadi badan

penguatkuasa undang-undang yang terulung di negara ini.

8.0 CABARAN DALAM PENGURUSAN

Cabaran utama pengurusan adalah memastikan faktor kritikalnya iaitu sumber manusia dapat

melaksanakan segala fungsi-fungsi dan strategi-strategi organisasi dengan cemerlang. Dalam

hal ini, cabaran-cabaran dalaman dan luaran yang dikenalpasti dalam pengurusan adalah

seperti:-

8.1 Mengubah Pemikiran Kakitangan

Pemikiran kakitangan perlu berubah sejajar dengan perubahan persekitaran yang

berlaku dengan pantas. Oleh itu pemikiran kakitangan yang menganggap bahawa

bekerja hanya untuk makan gaji sahaja harus ditukar dengan sebaliknya iaitu

berkidmat untuk menyelesaikan masalah rakyat dan kes-kes yang dilaporkan.

12 | P a g e
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

Melaksanakan fungsi pengurusan sumber manusia sebagai organisasi yang

cemerlang seharusnya menjadi cabaran kepada setiap kakitangan. Memandangkan

pengurusan sumber manusia adalah denyut nadi dan jantung perkhidmatan awam

maka pemikiran kakitangan perlu berubah selaras dengan perubahan persekitaran

yang berlaku dalam perkhidmatan awam.

8.2 Menerapkan Nilai-Nilai Murni Dan Intergriti Dalam Jabatan.

Walaupun program penerapan nilai murni banyak dilaksanakan tetapi masih banyak

terdapat perkhidmatan yang tidak berkualiti dan tidak mesra pelanggan. Sistem

penyampaian tidak memenuhi kehendak orang ramai dan tidak mesra pengguna akan

memberi kesan kepada imej organisasi. Dalam menyampaikan perkhidmatan, layanan

adalah perkara yang paling penting. Tanggapan orang akan bermula dari layanan yang

diberi. Integriti merupakan perkara yang paling penting dan amat dititikberatkan

dalam jabatan. Anggota yang tidak berintegriti pula hanya akan mencemar nama baik

jabatan.

8.3 Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan.

Mempertingkat sistem penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi ekspektasi tinggi

daripada pelanggan adalah amat penting. Ianya dilakukan dengan memperkemas

proses serta prosedur kerja secara berterusan bagi mengurangkan karenah birokrasi

serta kelewatan dan juga melaksanakan perwakilan kuasa bagi pembuatan keputusan

dalam perkhidmatan awam. Pada masa sekarang PDRM telah menambah baik ‘report

sistem’ bagi melancarkan proses perkhidmatan dan aduan boleh dibuat dimana-mana

sahaja bagi memudahkan orang ramai.

8.4 Cabaran Teknologi Maklumat

13 | P a g e
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

Kemajuan teknologi yang pesat, globalisasi, perubahan ekonomi dan lain-lain

memerlukan perubahan dari aspek pengurusan dan pentadbiran bagi sesebuah

organisasi. Perubahan cara bekerja dan penyampaian sistem perkhidmatan yang

berkesan adalah amalan terbaik. Ini akan memberi kesan kepada proses penyampaian

perkhidmatan dan kecemerlangan.

Sehubungan itu, organisasi perlu menyesuaikan fungsi yang dilaksanakan

supaya lebih cekap dan berkesan. Teknologi maklumat bukan sahaja telah mengubah

sistem penyampaian perkhidmatan tetapi juga telah mencorakkan ekspektasi

masyarakat terhadap penyediaan perkhidmatan dari segi kecekapan dan kepelbagaian

bentuk penyampaian.

8.5 Kod Etika Yang Lemah

Masih terdapat kakitangan yang mempunyai kod etika kerja yang lemah dan tidak

mematuhi kod-kod etika kerja yang telah ditetapkan. Antara sikap yang negatif ialah

datang kerja lewat, kerap ambil cuti sakit, mengetik kad perakam waktu untuk orang

lain, keluar minum pada waktu kerja, berniaga dalam pejabat dan lain-lain lagi.

Dengan adanya unit tatatertib yang memantau displin kakitangan, masalah ini

dilihat boleh diatasi dengan adanya peranan pegawai dalam memberi teguran kepada

anak buah sekiranya berlaku pelanggaran kod etika.

8.6 Pembangunan Modal Insan

Pengurusan sumber manusia perlu mempertingkatkan keupayaan kompetensi untuk

menjalankan pelbagai tanggungjawab. Cabaran yang perlu ditangani adalah untuk

menyediakan pelapis-pelapis kepimpinan melalui program pembangunan kepimpinan

dan perancangan penggantian. Cabaran lain juga ialah untuk melahirkan pemimpin

14 | P a g e
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

dan pengurus yang memiliki ciri-ciri transformasi, boleh menjadi idola (mendapat

kepercayaan, penghormatan dan berkeyakinan), memperlihatkan tingkahlaku yang

utuh (kebolehan menerangkan keperluan masa hadapan dan merancang untuk

mencapainya), mencetuskan rangsangan keintelektualan (inovasi dan kreativiti) yang

berterusan juga dapat mengurus anggota perkhidmatan awam bagi memberi semangat

kepada anggota untuk menjana potensi sebenar mereka.

Dalam perkara ini PDRM telah mengambil langkah yang sewajarnya dalam

menanggani tuntutan pelanggan yang semakin kompleks dan dinamik dengan

memberi latihan yang secukupnya serta mewujudkan pusat latihan serta maktab polis

bagi menjalankan kursus kepada kakitangan.

8.7 Menguruskan Kepelbagaian

Teknologi bukan sahaja telah menghasilkan cara baru dalam menjalankan tugas dan

menyampaikan perkhidmatan tetapi telah juga menambah kepada kompleksiti operasi

dan cara berkerja. Ini menuntut fungsi yang pelbagai yang seterusnya turut menuntut

kepelbagaian bakat dan kemahiran yang lebih luas. Oleh itu organisasi harus

mempertingkatkan kepelbagaiaan tenaga kerja sektor awam dengan pelbagai

kemahiran dan kompetensi untuk menjalankan pelbagai tugas.

9.0 KESIMPULAN

Berdasarkan apa yang dibincangkan di atas dapat dihuraikan dalam topik ini ialah konsep

biokrasi yang diasakan oleh Max Weber adalah digalakkan kepada organisasi-organisasi yang

lain mengikutinya kerana dengan adanya pengkhususan, pekerja dapat menjadi mahir kerana

hanya mempunyai tumpuan kepada tugas-tugas yang tertentu sahaja. Walaupun begitu,

terdapat juga kelemahan yang ketara dapat dilihat dalam konsep ini.

15 | P a g e
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

Dalam melakukan pengkhususan kerja sekiranya berlaku pertukaran jawatan serta

kerja, ianya menyusahkan pekerja serta kakitangan dalam organisasi kerana jika berlaku

kenaikan pangkat di bidang yang lain, pegawai yang hanya tahu dalam satu-satu bidang

tertentu sahaja tadi secara mendalam susah untuk menyesuaikan diri dengan tugas baru yang

ianya tidak berpengetahuan asas denganya sekaligus mengundang kepincangan dalam

pengurusan.

10.0 ULASAN

Pengurusan adalah satu bidang yang luas, merangkumi bidang-bidang sains sosial seperti

sosiologi, sains, politik, ekonomi, dan juga psikologi. Kemahiran di dalam pengurusan bukan

sahaja diperolehi melalui bacaan dan kefahaman tentang konsep dan prinsip-prinsip yang

telah dikemukakan di dalam buku-buku teks tetapi kemahiran juga dapat diperolehi melalui

pengalaman yang dialami oleh pihak pengurusan semasa menjalankan tugas. Peranan

pengurus bukan sahaja tertumpu kepada aspek pengawasan dan pengawalan kakitangan,

bahkan ia juga merangkumi tugas yang tidak tercatat di dalam gambaran tugasnya seperti

peranan sebagai penyampai maklumat atau sebagai pendorong kakitangan ataupun sebagai

seorang pemimpin juga seorang tokoh.

Budaya pengurusan organisasi cemerlang harus dibentuk melalui strategi-strategi

seperti mempraktikkan gaya pengurusan yang telus di semua peringkat pegawai. Selain itu,

kepimpinan melalui teladan diwujudkan dan budaya kerja yang berasaskan pencapaian &

profesional juga adalah penting dengan memenuhi kehendak pelanggan. Pelaksanaan sistem

pengurusan yang berkualiti juga dilaksanakan dengan meningkatkan penghayatan dan

16 | P a g e
BPMN1013 PENGANTAR PENGURUSAN

amalan nilai-nilai murni di kalangan pegawai serta anggota dapat menjadikan organisasi

pembelajaran (learning organisation) sebagai satu budaya organisasi yang menyediakan

saluran komunikasi di antara pengurusan, pegawai dan anggota organisasi itu sendiri.

17 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai