Anda di halaman 1dari 8

Salah satu video yang tersebar ialah tentang akan terdengar suara yang kuat

pada hari Jumaat pertengahan bulan Ramadan. Seterusnya apabila dilihat


pada kalendar, pertengahan bulan Ramadan (15 Ramadan) itu jatuh pada
tahun ini. Video berdurasi 1 minit 58 saat itu dipercayai dibuat oleh Sahabat
Aswaja memandangkan namanya terpapar pada video itu.


1
Ketika kami sudah menjawab status hadis yang digunakan, ada pihak
yang menuduh kami dengan berkata, “Kamu tidak percayakan hari kiamat!”
Subhanallah! Kepada Allah  jua kami mengadukan hal ini. Isunya bukan
tidak percayakan hari kiamat bahkan kami mengakui bahawa kiamat itu pasti
terjadi tanpa keraguan! Isunya ialah apabila adanya PENETAPAN MASA
TERTENTU (contoh: sekian tahun, sekian bulan, sekian hari) terhadap tanda-
tanda kiamat itu. Inilah isunya sekarang! Kita perlu tahu bahawa perkara
tentang kiamat termasuk dalam perkara ghaib yang hanya diketahui oleh
Allah . Selepas Allah , hanya Rasulullah  sahaja yang berautoriti mem-
beritahu tentang perkara ghaib kerana baginda menerima wahyu sementara
manusia biasa tidak mempunyai autoriti itu.

Berita tentang tanda-tanda hari kiamat telah datang kepada kita


melalui hadis yang sahih. Kami beriman kepada semua tanda-tanda kiamat
sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah , tiada keraguan padanya!
Namun Rasulullah  hanya memberitahu tanda-tanda sahaja tanpa mem-
perincikan masanya kecuali ada hadis yang mengatakan hari kiamat akan
berlaku pada hari Jumaat. Namun tidaklah diperincikan bila Jumaat itu.
Apabila Allah  dan Rasul-Nya  tidak memperincikan bila tanda-tanda
kiamat itu akan berlaku, apakah kita lebih mengetahuinya? Usahlah kita
mendahului Allah  dan Rasul-Nya  dalam urusan agama ini!

Kami menemukan matan (teks) hadis ini sebagaimana berikut:

ِ ‫ َحدَّ َثنِي َع ْبدُ ا ْل َو َّه‬:‫ َحدَّ َثنَا َأ ُبو ُع َم َر َع ِن ا ْب ِن َ َِلي َع َة َق َال‬:‫اد‬


‫اب ْب ُن‬ ٍ ‫َح‬
َّ َ ‫َق َال ُن َع ْي ٌم ْب ُن‬
ٍ ‫ث ْاَلمدَ ِاِن َع ِن اب ِن مسع‬ ِ ‫ار‬
ِ ‫اْل‬ ِ ِ ٍ ِ ٍ
، ‫ود‬ ُ ْ َ ْ ِّ ْ َ َ ْ ‫َاِن َع ْن َأبِيه َع ِن‬ ِّ ‫ُح َس ْْي َع ْن ُُم َ َّمد ْب ِن َثابِت ا ْل ُبن‬
‫ ومتيز‬،‫َت َص ْي َح ٌة ف رمضان فإنه تكون َم ْع َم َع ٌة ف شوال‬ ْ ‫ إذا كان‬:‫ َق َال‬ ‫َع ِن النَّبِ ِّي‬

2
‫ وما‬:‫ قلنا‬:‫ قال‬...‫ و ُت ْس َف ُك الدِّ ما ُء ف ذي اْلجة واملحرم‬،‫القبائل ف ذي القعدة‬
‫ هذه ف النصف من رمضان ليلة اجلمعة فتكون هدة توقظ‬:‫الصيحة يا سول اهلل؟ قال‬
،‫النائم وتقعد القائم وخترج العواتق من خدورهن ف ليلة مجعة ف سنة كثرية الزالزل‬
‫ وسدوا‬،‫ وأغلقوا أبوابكم‬،‫فإذا َص َّل ْي ُت ْم ال َف ْج َر من يوم اجلمعة فادخلوا بيوتكم‬
،‫ سجدً ا‬۶‫ َو ُسـدُّ ْوا آ َذا َن ُك ْم إذا َأ ْح َس ْس ُت ْم بالصيحة َف َخ ُّر ْوا هلل‬،‫ و َد ِّث ُر ْوا َأ ْن ُف َس ُك ْم‬،‫كواكـم‬
ِ ‫اهلل ْال ُقدُّ ْو‬
‫ ربنا القدوس؛ َف َم ْن َي ْف َع ُل َذلك‬،‫س‬ ۶ ‫ان‬ َ ‫ ُس ْب َح‬،‫س‬ِ ‫اهلل ْال ُقدُّ ْو‬
۶ ‫ان‬ َ ‫َو ُق ْو ُل ْوا ُس ْب َح‬
.‫ َو َم ْن ََل ْ َي ْف َع ْل َذلِ َك َه َل َك‬،‫ن ََجا‬

Nu‘aim bin Hammad berkata: Telah menceritakan kepada kami Abu


Umar, daripada Ibnu Lahi‘ah, dia berkata: Telah menceritakan kepadaku
Abdul Wahab bin Husain, daripada Muhammad bin Tsabit al-Bunani,
daripada ayahnya, daripada al-Harits al-Hamdani, daripada Ibnu Mas‘ud
, daripada Nabi  bahawa baginda bersabda:
“Apabila telah muncul suara pada bulan Ramadan, maka akan
terjadi huru-hara pada bulan Syawal. Kabilah-kabilah saling bermusu-
han (berperang antara suku atau golongan) pada bukan Zulkaedah dan
terjadi pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharam…”
Kami bertanya, “Suara apakah itu, wahai Rasulullah?”
Beliau menjawab, “Suara kuat pada pertengahan bulan Ramadan.
Pada malam Jumaat akan kedengaran suara kuat yang membangunkan
orang yang tidur, menyebabkan orang yang berdiri jatuh terduduk, para
gadis keluar dari tempatnya, pada malam Jumaat yang tahun itu terjadi
banyak gempa bumi. Jika kamu melaksanakan solat Subuh pada hari
Jumaat, masuklah kamu ke dalam rumah, tutup pintu-pintunya, sumbat
segala lubang yang ada dan selimutilah diri kamu, sumbatkan telinga
kamu. Jika kamu merasakan ada suara yang masih kedengaran, maka

3
sujudlah kamu kepada Allah dan bacalah: Maha Suci Allah al-Quddus,
Maha Suci Allah al-Quddus, Tuhan kami al-Quddus. Hal ini kerana
sesiapa yang melakukannya, dia akan selamat. Sesiapa yang tidak me-
lakukannya, dia akan binasa.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Nu‘aim bin Hammad dalam kitabnya al-
Fitan (1/228, no. 638) dan Ala’uddin al-Muttaqi al-Hindi dalam kitabnya
Kanz al-‘Ummal (no. 39627).

Status hadis: Hadis ini maudu’ (palsu) kerana pada sanadnya terdapat
perawi yang dituduh kazzab (pendusta) dan bermasalah sebagaimana yang
dibincangkan oleh para ulama hadis. Perinciannya seperti berikut:

1. Nu‘aim bin Hammad

Seorang perawi yang daif (lemah). Al-Nasa’i berkata, “Dia seorang


(perawi) yang lemah.”1 Abu Daud berkata, “Nu‘aim bin Hammad
meriwayatkan 20 hadis daripada Nabi  yang tidak mempunyai
sanad dan tiada asal (la asla lahu).” Al-Azdi berkata, “Dia termasuk
orang yang memalsukan hadis bertujuan membela sunnah, bahkan
membuat kisah-kisah palsu tentang keburukan al-Nu’man (iaitu
Imam Abu Hanifah ) yang kesemuanya adalah dusta.”2 Seterus-
nya al-Zahabi berkata, “Tidak boleh bagi sesiapa pun berhujah
dengannya. Dia telah menyusun kitab al-Fitan dan memenuhi kitab
itu dengan pelbagai keganjilan dan kemungkaran.”3

2. Abu Umar

Nama penuhnya ialah Hammad bin Waqid al-Isya al-Safar, guru


kepada Nu‘aim bin Hammad. Dia dinilai lemah oleh para ulama

1
Al-Du‘afa wa al-Matrukin 1/101 no. 589.
2
Mizan al-I’tidal 4/267.
3
Siyar A’lam al-Nubala 10/609.

4
semisal Yahya bin Ma‘in yang berkata, “Lemah.” Al-Bukhari berkata,
“Munkarul hadis (hadisnya munkar).” Abu Zur‘ah dan selainnya
berkata, “Layyin (lemah).” Al-Fallas berkata, “Banyak salah dan
waham (ragu-ragu).”4

3. Ibnu Lahi‘ah (Abdullah bin Lahi‘ah)

Seorang perawi yang daif (lemah). Dia mempunyai sebuah perpus-


takaan peribadi yang menempatkan kitab-kitab hadis yang ditulisnya.
Namun, perpustakaan itu telah terbakar. Justeru, para ulama hadis
mengatakan dia telah mengalami masalah pada ingatannya selepas
kitab-kitabnya terbakar. Al-Nasa’i berkata, “Seorang (perawi) yang
lemah.”5 Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, “Dia mengalami masalah pada
ingatannya selepas kitab-kitabnya terbakar.”6

4. Muhammad bin Tsabit al-Bunani

Seorang perawi yang daif (lemah). Hal ini disebutkan oleh al-Hafiz
Ibnu Hajar, Ibnu Hibban dan al-Nasa’i. Al-Nasa’i berkata, “Dia
seorang (perawi) yang lemah.” Yahya bin Ma‘in berkata, “Dia seorang
perawi yang tidak ada apa-apanya.”7 Ibnu Hibban berkata, “Tidak
boleh berhujah dengannya dan tidak boleh meriwayatkan apa-apa
daripadanya.”8 Al-Azdi berkata, “Dia seorang yang gugur periwaya-
tannya.”9

4
Mizan al-I’tidal 1/600.
5
Al-Du‘afa wa al-Matrukin 1/64 no. 346.
6
Taqrib al-Tahzib 1/319 no. 3563.
7
Al-Kamil fi Du‘afa al-Rijal 6/136 no. 1638.
8
Al-Majruhin 2/252 no. 928.
9
Tahzib al-Tahzib 9/72 no.104.

5
5. Al-Harits bin Abdullah al-A’war al-Hamdani

Seorang perawi yang dituduh kazzab (pendusta). Hal ini disebutkan


oleh al-Sya’bi, Abu Hatim dan Ali bin al-Madini. Al-Nasa’i berkata,
“Dia bukan seorang perawi yang kuat (ingatannya).”10 Al-Hafiz Ibnu
Hajar berkata, “Al-Sya’bi telah mendustakan pendapat akalnya, dan
dia juga dituduh berfahaman Rafidah (Syiah) sementara pada hadis-
nya terdapat kelemahan.”11 Ali bin al-Madini berkata, “Dia seorang
pendusta.” Abu Hatim berkata, “Dia tidak dapat dijadikan hujah.”12

6. Abdul Wahab bin Husain

Seorang perawi yang majhul (tidak dikenali). Al-Hakim berkata, “Dia


seorang perawi yang majhul.”13 Al-Zahabi berkata, “Dia mempunyai
riwayat hadis palsu.”14

Perincian para perawi hadis di atas memaparkan betapa rapuhnya hadis


ini. Lebih-lebih lagi dalam perkara ghaib, kita tidak boleh menjadikan hadis
bermasalah sebagai hujah. Seandainya seorang perawi yang bermasalah sahaja
sudah menjatuhkan kredebiliti sebuah hadis, bagaimana pula dengan enam
perawi yang bermasalah ini? Justeru, tidak menghairankan apabila sebahagian
ulama hadis semisal Ibnu al-Jauzi dalam kitabnya al-Maudu‘at, al-Zahabi
dalam kitabnya al-Talkish, Ibnu Qayyim dalam kitabnya al-Manar al-Munif,
al-Albani dalam kitabnya al-Da‘ifah menyebutkan kepalsuan hadis ini.
Seharusnya kita berhati-hati dengan riwayat seperti ini.15

10
Al-Kamil fi Du‘afa al-Rijal 2/186 no. 370.
11
Taqrib al-Tahzib 1/146 no. 1029.
12
Siyar A’lam al-Nubala 4/152 no. 54.
13
Al-Mustadrak no. 8590.
14
Lisan al-Mizan 2/139.
15
Lihat Syaikh Abdullah al-Faqih dalam Fatawa al-Syabakah al-Islamiyah no.
41701.

6
1. Ibnu al-Jauzi berkata, “Hadis ini adalah pendustaan di atas nama
Rasulullah .”16

2. Al-‘Uqaili berkata, “Hadis ini tidak memiliki dasar daripada hadis


yang diriwayatkan oleh para perawi yang dipercayai, atau daripada
jalan yang kuat dan benar.”17

3. Al-Sayuti menyebutkan hadis semisal ini dengan pelbagai redaksi


dan kesemuanya bermasalah belaka.18

4. Syaikh Abdul Aziz bin Baz berkata, “Hadis ini tidak mempunyai
dasar yang benar, bahkan hadis ini batil dan dusta.”19

5. Syaikh al-Albani berkata, “Hadis ini palsu. Diriwayatkan oleh


Nu‘aim bin Hammad dalam kitab al-Fitan.”20

Hadis ini juga telah dinilai oleh panel dari Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan, sebuah badan berautoriti yang menjelaskan kefahaman
Islam kepada masyarakat awam. Mereka mengatakan, “Melihat kepada
beberapa pandangan ulama di atas, maka kami cenderung untuk menga-
takan bahawa hadis berkaitan suara di bulan Ramadan adalah tidak
sahih (palsu) dan kita sama sekali tidak dibenarkan menyandarkan
kepada Rasulullah  serta menyebarkannya kepada orang lain melain-
kan untuk menyatakan akan kepalsuannya.”21

16
Al-Maudu‘at 3/191.
17
Al-Du‘afa al-Kabir 3/52.
18
Lihat al-Lali’ al-Masnu‘ah 2/387-388.
19
Majmu’ Fatawa Bin Baz 26/339-341.
20
Silsilah al-Ahadits al-Da‘ifah wa al-Maudu‘ah no. 6178, 6179.
21
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2462-irsyad-al-hadith-siri-
ke-274-status-hadith-suara-pada-bulan-ramadhan

7
Kami menutup tulisan ringkas ini dengan membawakan hadis Nabi :

»‫ث بِ ُك ِّل َما َس ِم َع‬ ِ ِ


َ ُ ‫« َك َفى بِا ْل َم ْرء كَذ ًبا َأ ْن‬
َ ِّ‫ُيد‬
“Cukuplah seseorang dikatakan berdusta apabila dia
menyebarkan apa sahaja yang dia dengar.” 22

ِ ‫« َم ْن ك ََذ َب َع ََل َف ْل َي َت َب َّو ْأ َم ْق َعدَ ُه ِم َن الن‬


»‫َّار‬ َّ
“Sesiapa yang berdusta atas namaku, maka siapkan tempat
duduknya dalam neraka.” 23

Semoga kita dilindungi Allah  daripada dosa berdusta di atas nama


Rasulullah . Praktikkan sikap ‘nanti dahulu’ daripada terus menyebarkan
sesuatu hadis. Budayakan amalan jangan terus sebar, selidiki dahulu! Semoga
Allah  mengampuni dan merahmati kita semua.

22
Riwayat Muslim no. 5.
23
Riwayat al-Bukhari no. 107.

Anda mungkin juga menyukai