Anda di halaman 1dari 5

FACULTY OF BUSINESS, ECONOMICS AND ACCOUNTANCY

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

International Trade & Development (BC30503)


SEMESTER 2, 2019/2020

INDIVIDUAL ASSIGNMENT
(article review)

PREPARED TO:

Sir Safri Bin Saiman


Hereby, we declare that the work contained in this assignment is our own, except
where acknowledgement of sources is made.

PREPARED BY:
No. Name Matric No. Signature
1 MOHAMMAD BIN MUSTARI BB17110188

SUBMISSION DATE:
_______________________________
Artikel yang ditulis oleh Amit Mudgil mengenai mengapa harga minyak mentah jatuh ke

paras $0.00 bagi setong. Sebelum pergi lebih mendalam mengenai apa yang menyebabkan

harga minyak mentah jatuh ke paras terendah dalam sejarah. Terdapat tiga jenis minyak

utama yang menjadi penanda aras (Benchmark). Ia nya adalah Brent,WTI (West Texas

Intermediate) dan Dubai Crude, namun Brent dan WTI adalah yang sering digunakan.

Tujuan istilah ini dicipta oleh OPEC (organisasi negara-negara pengeluar minyak utama

dunia) kerana ingin menjadikan harga minyak bergantung kepada sentiment pasaran. Dari

segi kualiti minyak WTI mempunyai kandungan sulphur yang lebih padat berbanding

dengan Brent. Semakin tinggi kandungan sulphur maka semakin berkualiti la sesuatu

minyak tersebut. Selain itu Brenth selalu digunakan dipasaran Eropah dan Asia, manakala

bagi WTI adalah digali di telaga minyak Amerika Syarikat.

Tujuan utama penulisan artikel yang dilakukan oleh Amit Mudgil adalah untuk

mengenalpasti sebab utama yang mempengaruhi harga minyak WTI jatuh sehingga ke

paras $00.00 bagi satu tong minyak. Menurut penulis artikel harga minyak WTI jatuh ke

paras yang tidak masuk akal adalah disebabkan oleh lebihan penawaran Surlpus. COVID-19

(Coronavirus) merupakan sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran

pernafasaan. Virus ini berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian,

terutamanya dalam kalangan orang tua dan oran yang mempunyai masalah kesihatan. Virus

ini telah dikesan pada pertengahan bulan desember 2019. Bagi mengekang penularan virus

yang mudah berjangkit adalah dengan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP

/MCO) bagi memutuskan rantaian jangkitan virus. Pelaksanaan (PKP/MCO) meninggalkan

implikasi yang besar ke atas tahap penggunaan Global. Ianya secara tidak langsung

menyebabkan aktiviti-aktiviti ekonomi seperti perkilangan, pelancongan, penerbangan,

pengangkutan dan sebagainya tidak dapat dijalankan. Wabak ini mula dikesan di negara

tembok besar China dan China antara negara yang terawal melaksanakan perintah kawalan

pergerakan dan telah memberi kesan terhadap penggunaan minyak mentah dunia. Hal ini
demikian kerana, China antara negara pengguna minyak terbesar dunia sehingga digelar

“pengerak atau enjin pertumbuhan ekonomi dunia”. Apabila PKP dilaksanakan di negara

tersebut ini akan merencatkan dan memberhentikan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan

meninggalkan kesan buruk kepada penggunaan minyak mentah di negara tersbut. Apabila

berlaku penurunan terhadap permintaan minyak global ini akan meninggalkan kesan

terhadap harga WTI dan menyerat harganya ke paras terendah dalam sejarah. Oleh

demikian, harga minyak WTI bergantung kepada berapa lama dan berapa banyak negara

yang melaksanakan perintah kawalan pergerakan.

Selain itu, berdasarkan artikel yang diberikan punca utama berlaku penurunan harga

minyak WTI ke $00.00 adalah disebabkan oleh penawaran lebihan bagi minyak WTI.

Dengan lebihan penawaran bekalan minya WTI yang ada di pasaran perlu disimpan

ditempat penyimpanan minyak. Di Amerika Syarikat pusat penyimpanan minyak utama

adalah di Cushing yang merupakan hab penyimpanan minyak mentah. Hab penyimpanan

telah melebihi kapasiti iaitu 70% bersamaan dengan 53 juta tong minyak, manakala ruang

selebihnya telah ditempah oleh pedagang. Kekurangan tempat penyimpanam minyak

mentah WTI telah memberi tekanan kepada harga minyak tersebut. Lebihan pengeluaran ini

boleh dilihat apabila Amerika Syarikat masih menghasilkan sejumlah besar minyak mentah

WTI pada 12.3 juta tong setiap hari. Memburukan lagi keadaan apabila permintaan

terhadap minyak menurun yang disebabkan oleh Pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP.

Selain itu, punca utama berlakunya kejatuhan minyak WTI keparas negatif adalah

disebabkan oleh kontrak niaga. Kontrak niaga hadapan adalah 1000 tong minyak mentah

yang akan dihantar ke tempat penyimpanan minyak di Amerika Syarikat. Tempoh bagi

setiap kontrak minyak adalah selama sebulan, pelabur yang memilik kontrak pada bulan Mei

tidak mahu menanggung kos penyimpanan dan kos penghantaran. Ini menyebabkan

pelabur terpaksa membayar pihak lain untuk mengambil pegangan mereka.


Pada pandangan saya kesan jika harga minyak mentah terus berada di paras

terendah semasa Pandemik COVID-19, ianya akan mendatangkan kesan positif dalam

jangka masa pendek dan kesan negatif bagi jangka masa panjang. mengmbil contoh dalam

konteks Malaysia, rakyat Malaysia akan menikmati kesan jangka masa pendek iaitu kuasa

beli mereka akan meningkat akibat daripada penurunan harga bahan bakar tersebut. yang

mana setiap kali mereka membeli bahan bakar tangki kenderaan mereka akan sentiasa

penuh. Selain itu, penurun harga “Emas Hitam” ini juga akan meninggalkan kesan positif

kepada syarikat penerbangan. Dengan kejatuhan permintaan terhadap penerbangn

domestik dan komersial yang disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakkan oleh

kebanyakkan negara, ini telah merencatkan pendapatan syarikat-syarikat penerbangan.

Namum, apabila berlakunya kejatuhan minyak mentah ini akan sedikit sebanyak akan

melegakan syarikat penerbangan. hal ini demikian kerana, syarikat penerbangan seperti

Malaysia Airline dan Air Asia mampu menawarkan penerbangan tambang murah kepada

penumpang dan menjimat kan kos penerbangan syarikat.

Disebalik faedah yang dinikmati oleh rakyat ketika harga minyak di paras yang

paling rendah negara telah mengalami kerugian dari segi pendapatan negara. Penyumbang

utama kepada pendapatan negara adalah daripada PETRONAS, namum apabila berlaku

penurunan harga bahan bakar didunia secara konsisten ini akan meninggalkan kesan

kepada pendapatan PETRONAS sendiri. Apabila berlaku penurunan pendapatan PETRONAS

mereka terpaksa mengurangkan sumbangan mereka kepada Malaysia pada masa hadapan.

Pada tahun 1974 hinggan 2012 telah menyumbang kepada bajet negara sebanyak RM732

billion. Dapat dibayangkan dengan isu Pandemik COVID-19 yang telah menelan kos

perbelanjaan yang agak besar sebelum ini, ianya akan memburukkan lagi keadaan ekonomi

Malaysia apabila harga minyak mentah dunia terus merundum. Pada masa hadapan ianya

juga akan menjejaskan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi tahun 2020/2021 dalam

menangani COVID-19.
Secara kesimpulannya, berdasarkan artikel yang ditulis oleh Amit Mudgil menyatakan punca

utama yang menyebabkan berlaku kejatuhan harga minyak mentah (WTI) ke paras $00.00

bagi setiap satu tong adalah di sebab kan oleh lebihan penawaran ( surplus). Lebihan

penawaran ini berlaku apabila kebanyakkan negara di dunia melaksanakan Perintah Kawalan

Pergerakkan bagi mengekang penularan Pandemik COVID-19. Akibat pelaksanaan PKP ini

telah menurunkan permintaan terhadap minyak mentah global. Selain itu, berdasarkan

artikel tersebut tangki atau hab di Amerika Syarikat simpan minyak mentah telah penuh

antara penyebab utama berlaku nya kejatuhan minyak mentah WTI secara mendadak. Yang

mana telah melebihi kapasiti sebanyak 70%. Dan kejatuhan WTI juga adalah berpunca

daripada kontrak niaga pada bulan Mei.

Jika kejatuhan minyak mentah berterusan semasa penyebaran Pandemik Covid-19

ianya bakal mendatangkan kesan positif dan negatif. Antara kesan positif adalah

meningkatkan kuasa beli pengguna, dengan kejatuhan harga minyak mentah penggunaa

mampu mengisi bahan bakar kenderaan dengan tangki yang penuh pada harga yang lebih

rendah. Selain itu, syarikat penerbangan juga menerima faedah jika harga minyak mentah

terus jatuh. Syarikat penerbangan seperti Malaysia Airline dan Air Asia mampu menawarkan

harga tambang murah berikutan kejatuhan harga “Emas Hitam” tersebut. Namun, kejatuhan

harga komaditi ini akan meninggalkan kesan yang buruk kepada pendapatan syarikat

minyak seperti Petronas. Penurunan pendapatan ini akan menjejaskan sumbangan

PETRONAS terhadap Malaysia dan secara langsung akan meninggalkan kesan kepada pakej-

pakej rangsangan ekonomi yang bakal diperuntukan bagi mendepani Pandemik COVID-19.

Pada pandangan saya bagi membendung masalah kejatuhan harga minyak mentah dunia ini

Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) seharusnya berganding bahu

mencari jalan penyelesaian secara global

Anda mungkin juga menyukai