Anda di halaman 1dari 1

Contoh Jawapan

1. Modeling : Guru perlu menjadi suri teladan kepada murid-murid. Guru perlulah sentiasa
menunjukkan perlakuan yang menunjukkan sifat kasih sayang dan ambil berat terhadap
murid seperti bertegur sapa dengan murid-murid dan mengucapkan ‘ Selamat pagi’ , ‘Apa
khabar’ dan sebagainya. Selama-lamanya, murid-murid juga akan mempunyai kebiasaan
untuk menegur sapa kepada orang lain. Ali akan dipengaruhi oleh tindakan guru dan
mengamalkan amalan tersebut.

2. Dialog : Guru boleh meminta murid-murid untuk berbincang tentang cara mengambil berat
orang lain dan bagaimana melaksanakan cara-cara tersebut dalam kehidupan seharian.
Seterusnya, murid akan diminta untuk membuat refleksi diri tentang penerapan nilai kasih
sayang dalam diri sendiri. Ali dapat membuat refleksi dan mengetahui bahawa tindakannya
adalah tidak baik dan cuba mengubahkan sikapnya supaya sentiasa menyayangi dan
mengambil berat orang lain.

3. Amali : Guru boleh mengadakan aktiviti untuk memupuk nilai kasih sayang dalam kalangan
murid-murid termasuk Ali. Contoh aktiviti yang boleh diadakan ialah aktiviti ‘Angel and mortal’.
Melalui aktiviti seperti ini, Ali dapat mempunyai pengalaman menerima sayang (cared for) dan
dapat melatih dan mengamalkan amalan untuk memberi sayang (carer).

4. Kepastian : Apabila Ali menunjukkan sikap kasih sayang terhadap orang lain, guru haruslah
memberi galakkan dan kepastian kepadanya supaya Ali dapat meneruskan tindakan kasih
sayang tersebut

Anda mungkin juga menyukai