Anda di halaman 1dari 6

Teknik terapi yang digunakan 1.Melalui pemerhatian Melalui pemerhatian, pembelajaran hanya akan berlaku jika adanya penumpuan.

Antara faktor yang mempengaruhi perhatian ialah: ciri-ciri model termasuk nilai-nilai murni, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian kegunaan sesuatu pemerhatian dan faedah yang dapat setelah melalui proses penumpuan kemahiran pemerhati

2. Mengingat Pemerhatian harus berupaya mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan. Mengikut bandura, butir-butir tingkah laku boleh dikekalkan dalam ingatan dengan menggunakan bahasa dan imaginasi. 3. Reproduksi Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditiru oleh seseorang pelajar. Kecekapan mengulangi tingkah laku orang lain bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tiruan motor pemerhati Kemahiran mengingat dengan tepat

4. peneguhan/ motivasi Individu biasanya meniru dan melakukan semula tingkah laku yang diperhatikan sekiranya ia mendatangkan kepuasan, peneguhan positif atau ganjaran. Murid-murid tidak akan melakukan semula tingkah laku sekiranya ditegur atau di denda Jenis-jenis peneguhan yang mampu untuk memotivasikan perlakuan tingkah laku yang telah ditiru ialah: Peneguhan secara langsung misalnya pujian atau hadiah Peneguhan secara tidak langsung (vicarious reinforcement), misalnya melihat orang lain menerima hadiah Peneguhan diri (self- reinforcement), iaitu motivasi instrinsik yang merangkumi proses: Pemerhatian-menetapkan piawai tingkah laku-menilai diri-

memperolehi kepuasan diri-peneguhan diri Peneguhan diri memerlukan keupayaan konsep kendiri yang positif, serta keupayaan manipulasi diri, iaitu self-regulation dalam bahasa inggeris. Mengurang atau menghapuskan tingkah laku yang kurang sesuai Menangani reaksi yang membimbang Meningkatkan kawalan kendiri Meningkatkan kemahiran mengendur Menguasai kemahiran social Meningkatkan kompetensi fungsi seksual Menguasai kemahiran dalam latihan asertif

5. Pandangan Islam terhadap teori pembelajaran

Menurut perspektif islam dalam hal penekanannya terhadap signifikansi fungsi kognitif dan fungsi pancaindera sebagai alat- alat penting untuk belajar adalah sangat penting. Kata- kata kunci seperti yaqilun, yatafakkarun, yasmaun dan sebagainya yang terdapat dalam al-quran merupakan bukti tetap pentingnya dalam meraih ilmu pengetahuan. Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi (1984) adalah akidah yang berdasarkan ilmu

pengetahuan bukan berdasarkan penyerahan diri secara membabi buta. Hal ini tersirat dalam firman Allah, maka ketahuilah bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah (surah Muhammad :19).

Menuntut ilmu ialah suatu ibadat umum kerana amalan ini adalah diwajibkan oleh Islam. Al-Quran menyebut banyak kali ayat yang menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan sangatlah penting bagi semua orang. Hadis Rasulullah s.a.w menyatakan dengan terus terang bahawa kita semua wajib menuntut ilmu sama ada ilmu dunia atau akhirat. Dalam kehidupan kita ada banyak benda yang kita tidak mengetahui. Sebaliknya orang yang berilmu itu adalah lebih mulia daripada orang yang tidak mengetahui. Sebaliknya adalah berdosa kalau kita menyembunyikan ilmu daripada orang lain. Mempelajari dan mengajar ilmu adalah ibadat kerana diwajibkan oleh Tuhan. Menurut Imam Al Ghazali r.a menyebut tentang ilmu mahmudah sebagai ilmu yang baik dan berfaedah di dunia dan di akhirat. Al Quran meletakkan para ilmuan di tempat yang tinggi dan mulia dan mewajibkan semua orang mencari ilmu di merata tempat. Ada ilmu yang Qadim iaitu yang kekal dan ilmu hadis. ilmu baru kurniaan Allah s.w.t kepada semua makhluk. Islam memandang umat manusia sebagai makhluk yang dilahirkan dalam keadaan kosong, tidak berilmu pengetahuan akan tetapi Tuhan memberi potensi yang bersifat jasmaniah dan rohaniah untuk belajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan serta teknologi yang canggih untuk kemudahan umat manusia itu sendiri.

Perlaksanaan teknik

1. Guru sebagai role model dan model simbolik. Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya.

2. Modifikasi tingkah laku. Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.

3. Peniruan tidak langsung. Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih dan yang harus ditolak.

4. Contoh dan hasil kerja yang baik. Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka

5. Permainan dan simulasi. Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar.

6. Rakan sebaya sebagai model. Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.

Harapan Membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.

Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.

Membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sosial dan afektif.Selain itu, mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar. Bila guru menunjukkan perbuatan yang baik,kelakuan itu akan ditiru dan menjadi identity kepada pelajar. Jika perwatakan guru menjerumus kepada keburukan, tidak mustahil gaya itu akan diperhatikan lalu di ikuti. Bak kata pepatah,guru kencing berdiri,murid kencing berlari.

Guru juga hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang. Ada antara murid yang mempunyai masalah keluarga dan meniru kelakuan ahli keluarga dan membawa ke sekolah.Jadi guru seharusnya memahami murid tersebut dan memberikan kasih saying agak dia merasakan dirinya di sayangi dan tidak meniru perwatakan yang tidak baik untuk di tiru.

Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar. Guru merupakan orang yang hamper dengan murid-murid. Seharusnya guru masak dengan kerenah mereka. Justeru guru perlu berkongsi dengan murid apa yang dirasai agak murid dapat menikmati suasana yang gembira di dalam kelas

Anda mungkin juga menyukai