Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE-3

(18 FEBRUARI 2019 – 15 MAC 2019)

NAMA PELAJAR : FRENNIELLANILVEN ANAK FABIAN

OPSYEN/KUMPULAN : PISMP MT1 JUN 2015

NAMA SEKOLAH : SK TABUAN JAYA

TARIKH : 8 MAC 2019

1 Isu/Masalah/Peristiwa

Menjalankan Projek Sifir Berirama bagi Tahap 2

2 Pandangan dan perasaan terhadap isu /masalah/peristiwa

Pelaksanaan projek dimulakan dengan bengkel pengenalan sifir berirama kepada


murid-murid tahap 2. Berdasarkan perancangan, bengkel tersebut sepatutnya
dijalankan semasa waktu Asah Permata, pukul 6.50 sehingga 7.20 pagi hari Selasa di
tapak perhimpunan. Namun begitu, pada waktu yang sama sebuah pertandingan
membaca anjuran Pusat Sumber Sekolah turut diadakan. Hal demikian menyebabkan
masa yang diperuntukkan untuk bengkel tersebut dianjak kepada masa pertama
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), iaitu pada pukul 7.20 hingga 7.50 pagi.

2 Antara isu/masalah/peristiwa
Punca/ sebab

Bengkel pengenalan dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan cara sebutan serta


irama bagi sifir 2 hingga sifir 12. Namun begitu, pelaksanaannya menemui
kepincangan. Hal demikian kerana, pertandingan membaca yang diadakan pada hari
yang sama telah mengambil masa yang agak panjang. Sebagai akibatnya masa yang
diperuntukkan bagi perlaksanaan pengenalan sifir berirama ini menjadi singkat. Hal
demikian menyebabkan hanya tiga buah lagu sahaja yang dapat diperkenalkan
kepada murid-murid. Tambahan lagi, saya turut menghadapi masalah teknikal, di
mana speaker tidak dapat digunakan, saya terpaksa perkenalkan lagu sifir tersebut
tanpa iringan muzik.
3 Kekuatan/kelemahan

Berdasarkan perlaksanaannya, saya dapati kelemahan yang boleh saya dapati ialah
kurangnya persediaan oleh saya sendiri. Sepatutnya saya pertimbangkan dengan
guru matapelajaran Tahap 2 bagi mengambil dua masa pertama PdPc bagi kelas-
kelas yang terlibat. Akibatnya hanya tiga sifir yang dapat diperkenalkan kepada murid-
murid, dan saya dapati semasa lagu sifir dimainkan semasa waktu rehat, murid sukar
mengikutinya kerana mereka tidak biasa dengan melodi lagu tersebut. Tambahan lagi,
saya sepatutnya menguji sambungan speaker tersebut terlebih dahulu. Oleh kerana
kelemahan saya tersebut, perlaksanaan program pengenalan tidak berjalan dengan
lancar. Namun begitu, kekuatan yang boleh saya perhatikan ialah murid-murid
menunjukkan minat untuk melibatkan diri secara aktif sepanjang program tersebut.

4 Cadangan idea untuk menyelesaikan isu

a. Membuat persedian yang rapi sebelum program dijalankan.

5 Tempoh masa untuk menyelesaikan isu


Dua minggu
6 Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan

a. Memantau murid menyanyikan lagu sifir sepanjang projek dijalankan.


b. Membimbing murid menyanyi mengikuti melodi yang telah dimainkan melalui
radio sekolah.
c. Meminta seorang murid untuk memimpin nyanyian sifir melalui radio sekolah.

7 Tindakan susulan
Saya akan meminta pandangan rakan-rakan serta guru pembimbing bagi projek yang
akan dijalankan.
8 Penglibatan/ sumbangan
Saya akan berusaha untuk menangani isu ini. Langkah menangani akan membawa
kebaikan kepada internship yang sedang dijalankan.

Disemak oleh Guru Pembimbing : Disahkan oleh Pensyarah Penyelia :

Tandatangan :.................................. Tandatangan :....................................


Nama : ……………………………….. Nama : …………………………………

Tarikh : ……………………………….. Tarikh : ………………………………...

Anda mungkin juga menyukai