Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

SEMESTER 2 (SESI JAN – JUN) TAHUN 2020

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DENGAN KEPUJIAN


(MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH)

MTES3152
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KERJA KURSUS
TUGASAN 2
PROPOSAL PROJEK
(INDIVIDUAL) – 20 MARKAH

Nama pelajar : Muhammad Zul Fahmi Bin Wahab


Angka giliran : 2017272940129
No. kad pengenalan : 970106145257
Program/Ambilan/Kumpulan : PISMP Ambilan Jun 2017 (Matematik)
Nama pensyarah : Ms. Ng Seok Moay
Tarikh hantar : 20.02.2020
Kelas : Matematik 5
TAJUK PROPOSAL PROJEK

CUBES DALAM GOOGLE CLASSROOM(GC)

TUJUAN

1. Kertas ini disediakan bagi tujuan untuk mencapai beberapa objektif iaitu:

a) Membantu murid dalam menyelesaikan masalah ayat Matematik tambah


melibatkan dua nombor dalam lingkungan 10 000 dengan menggunakan kaedah
CUBES melalui platform google classroom
b) Memudahkan murid untuk memahami dan menyelesaikan ayat matematik
tambah dalam lingkungan 10 000 dengan mengggunakan kaedaah CUBES
melalui Google Classroom.
LATAR BELAKANG PROJEK

Projek ini dicipta untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah
rendah berkaitan dengan topik penambahan dalam subjek Matematik khusus penyelesaian
ayat matematik. Seperti yang diketahui, masih lagi terdapat murid-murid yang tidak dapat
menguasai cara menyelesaikan ayat matematik dengan betul, Secara tidak langsung,
apabila isu ini dapat diatasi, kemungkinan murid-murid tidak akan dapat meneruskan
pembelajaran dengan baik. Hal ini kerana terdapat topik-topik lain yang melibatkan
kemahiran penyelesaian masalah. Cadangan saya adalah dengan memperkenalkan salah
satu kaedah pembelajaran yang menarik bagi memudahkan murid-murid untuk mempelajari
topik penambahan khususnya dalam ayat matematik, dan juga topik-topik yang lain dengan
menggunakan aplikasi google classroom. Google classroom menggunakan streamline
sebagai salah satu pendekatan dalam pembelajaran. Ia boleh digunakan sebagai medium
dalam perlaksanaan Flip Classroom, Interactive Learning dan sebagainya. Dalam masa
yang sama, saya berharap Google Classroom dapat meluaskan lagi jurang pembelajaran
dan juga memperbaiki lagi pendidikan di dalam Malaysia bagi mengharumkan lagi nama
negara di persada dunia dalam bidang pendidikan.

ISU-ISU DIPEROLEHI DARIPADA BACAAN ARTIKEL

Kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat sering dianggap sebagai salah


satu aset yang terpenting yang perlu ada pada diri murid dalam usaha menjadikan mereka
modal insan yang progresif dan mampu memenuhi kehendak serta cabaran masa depan
(Roslina, T, Subahan & Effandi, 2010). Matematik dan penyelesaian masalah berperanan luas
dalam kehidupan seharian murid-murid. Menurut model Polya (1957) memerlukan murid untuk
berfikir tentang apa yang dicari, apa maklumat berguna yang diberi, operasi yang diperlukan
untuk menyelesaikan masalah dan memastikan jawapan yang diperolehi adalah logic (Bruun,
2013)
Menurut (Samsudin&Fatimah,2004) kejayaan menyelesaikan masalah banyak
dipengaruhi oleh keupayaan murid untuk membina perwakilan masalah yang sesuai. Tambahan
pula, kemahiran membaca untuk memahami soalan adalah penting semasa proses penakulan
penyelesaian masalah berayat. Pelbagai soalan kemahiran berfkir aras tinggi(KBAT)
diperkenalkan. Oleh itu, lebih banyak soalan berbentuk ayat diberikan seperti di dalam buku
teks mahupun buku-buku kerja yang berada di pasaran.
Menurut Samsudin Drahman dan Fatimah Saleh (2004) menyatakan bahawa
kebanyakan murid belum berupaya menguasai kemahiran penyelesaian masalah sedangkan
mereka menguasai operasi asas matematik. Disebabkan itu, murid akan berasa kecewa dan
kurang keyakinan dengan kebolehan diri mereka. Melalui pemerhatian pengkaji terlihat
kebanyakan murid kadang kala tidak membaca soalan yang diberikan. Seterusnya, menurut
kajian (Susanti, 2014) mendapati pelajar berasa sukar untuk menyelesaikan masalah berayat
dan antara kesukaran yang dihadapi yang dihadapi mereka adalah membaca dan
menterjemahkan data, menentukan dan mewakilkan data dan membuat kesimpulan dan
penghujahan.

SKOP PROJEK

Skop projek ini adalah untuk menghasilkan suatu platform streamline yang berbentuk
suatu inovasi bahan digital untuk membantu murid menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa
perlu bersemuka dengan guru. Dalam menghasilkan projek ini, saya berusaha bersungguh-
sungguh dalam menghasilkan bahan inovasi digital ini dengan menggunakan perisian Google
Classroom. Dalam menghasilkan bahan ini, saya telah menggunakan Model Pembelajaran
Trialogikal di mana bahan yang saya hasilkan merupakan hasil titik peluh sendiri dalam
menghasilkan artifak yang mampu memberi khidmat kepada masyarakat umum.

Pertama sekali, saya menggunakan platform Google Classroom iaitu ‘drawing’ untuk
menterjemahkan penggunaan kaedah CUBES dalam menyelesaikan penambahan berbentuk
ayat. Kaedah CUBES diperoleh daripada sebuah blog pendidikan yang ditulis oleh Skye
Baldwin (2016), blog ini menerangkan penggunaan kaedah CUBES terhadap pelajarnya di
Australia. CUBES merupakan akronim untuk kaedah penyelesaian masalah yang membantu
murid mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil iaitu nombor, soalan dan kata kunci. Ia
membantu murid untuk memahami soalan dengan lebih mendalam sebelum membuat
penilaian, iaitu mengenal pasti operasi yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan soalan
Dalam menghasilkan projek ini, saya telah meneliti secara teliti beberapa rujukan agar
bahan yang saya hasilkan suatu bahan yang berguna kepada masyarakat. Menurut Rosli omar
(2003), bahan yang dihasilkan berupaya memberi peluang kepada murid untuk memberi fokus
kepada beberapa konsep penting projek ini. Bahan saya hasilkan ini mampu memberi ingatan
jangka masa yang panjang kepada murid-murid yang menggunakan platform yang dihasilkan
ini. Ini merupakan suatu benda yang penting kerana melalui perisian Google Classroom ini,
murid tidak bosan untuk menonton vedio pembelajaran yang dihasilkan oleh guru mereka
melalui telefon pintar/komputer riba masing-masing. Menurut Tan, S. C (2014), bahan artifak
yang dihasilkan juga perlu menyediakan platform untuk interaksi antara individu dengan aktiviti
kolaboratif. Melalui perisian ini, murid-murid mampu mengurangkan interaksi bersemuka secara
formal dengan guru dan mereka boleh berbincang sesama sendiri setelah tugasan tersebut
diedarkan kepada semua murid.
Ciri-ciri yang seterusnya yang mampu dicungkil melalui projek ini juga adalah ianya
mampu memberi fokus terhadap penyelesaian masalah. Salah satu daripada perisian Google
classroom ini adalah ianya mampu untuk memberi fokus kepada semua subjek yang diajar
kepada murid dan ianya juga amat berguna kepada masyarakat umum dalam kehidupan
seharian.
Saya juga dapat melihat beberapa kebaikan melalui penghasilan bahan ini di mana
ianya mampu mewujudkan perkongsian ruang perbincangan yang berfokuskan kepada ilmu
pengetahuan. Melalui bahan ini, saya yakin dan percaya bahawa ruang perbincangan yang
berfokuskan kepada sesuatu permasalahan akan timbul dalam kalangan murid kerana ianya
membawa satu platform pembelajaran yang interaktif. Di samping itu, bahan yang disebarkan
ini juga mampu meningkatkan pengetahuan seluruh ahli kumpulan.

PELAN PERLAKSANAAN PROJEK

Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat yang mana pada mulanya adalah
proses mengenali masalah yang dihadapi oleh murid. Seterusnya, saya mencari jalan
penyelesaian kepada masalah tersebut.
Bagi memulakan pengajaran ini, saya akan memberikan ‘class code’ sebagai satu
syarat untuk memasuki kedalam group saya di dalam Google Classroom. Di dalam perisian
yang dicipta oleh saya sebagai guru mereka terdapat vedio pengajaran, lembaran kerja, nota-
nota yang boleh dirujuk semasa mereka berada di rumah mahupun dimana sahaja mereka
berada.
Proses pengujian dilakukan dengan mencuba projek ini kepada rakan sekelas terlebih
dahulu sebelum digunakan di sekolah. Sekiranya berlaku masalah, saya akan perbaiki dan
cuba kembali sehingga betul-betul boleh digunakan di sekolah.
Projek ini mampu membantu meningkatkan minat murid untuk menyiapkan lembaran
kerja yang diberikan oleh guru untuk dilakukan di rumah. Hal ini kerana jika murid terlupa apa
yang diajar oleh guru, murid boleh melihat kembali video-video pengajaran yang telah
disediakan bagi memudahkan murid menjawab soalan. Murid tidak perlu lagi pertolongan
daripada ibu bapa mahupun adik beradik, tetapi mereka hanya perlu membuka semula Google
Classroom saya untuk mengimbas kembali pembelajaran semasa di dalam kelas. Projek ini
juga membantu murid menjawab soalan dengan betul kerana diberi bimbingan oleh video
pembelajaran guru.
Rujukan yang dilakukan oleh saya adalah dengan merujuk seorang pensyarah di
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang mana saya diberi tunjuk ajar menggunakan
aplikasi ini. Selain itu, saya juga membuat rujukan di internet untuk menambah baik lagi
kemahiran penggunaan aplikasi ini serta mempelbagaikan kaedah pengajaran yang ingin
disampaikan.

PELAN UNTUK UJI PROJEK

Keberkesanan inovasi ini akan diuji dengan cara memberi soalan pra ujian untuk
dijawab oleh murid tanpa bantuan Google classroom. Seterusnya, soalan pasca ujian diberikan
kepada murid dengan bantuan bahan bantu belajar digital (Google Classroom).

PELAN PEMASARAN PROJEK

Projek ini dapat digunakan secara menyeluruh tidak kira peringkat umur iaitu melibatkan
murid sekolah rendah, menengah dan tidak terkecuali mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi.
Google classroom ini akan dikomersialkan dalam kalangan pendidik atau pensyarah supaya
ianya dapat dilaksanakan semasa pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sewaktu ketiadaan
guru. meningkatkan permintaan dalam kalangan pendidik untuk mendapatkan bahan inovasi
digital ini, saya selaku pengasas kepada bahan ini akan menyediakan bengkel teknik
Bagi penggunaan Google classroom. Pihak saya juga akan mengeluarkan buku manual
untuk menjadi petunjuk kepada pengguna.
ANGGARAN KOS

Keseluruhan kos yang terlibat bagi projek ini adalah dibawah RM 10.00 yang
merangkumi kos bahan cetakan dan langganan internet.

PENUTUP

Projek inovasi yang dicipta ini diharapkan dapat mempertingkatkan lagi


kecekapan terhadap Matematik khususnya murid-murid Tahun 3, yang melibatkan
konsep penambahan dalam menyelesaikan ayat matematik.
Projek bahan digital ini sangat membantu pengguna khususnya golongan
pendidik dalam membantu menjayakan sesi PdPc di dalam bilik darjah. Selain itu,
Google classroom yang berkonsepkan bahan digital interaktif ini juga mampu
membantu murid-murid menyelesaikan permasalahan Matematik sewaktu ketiadaan
guru.

Disediakan oleh,

(MUHAMMAD ZUL FAHMI BIN WAHAB)


Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Tarikh: 17.02.2020

Anda mungkin juga menyukai