Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,

22200 BESUT, TERENGGANU

NAMA : NUR HAFIZAH BINTI ADZHAR


960830-09-5028

KUMPULAN / UNIT : 8 PISMP BAHASA ARAB (SK)

EDUP 3083
ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL GURU

NAMA
PENSYARAH : ENCIK MOHD ANUAR BIN HUSAIN
ENCIK AZMAN BIN MOHAMED NOR

JABATAN : JABATAN ILMU PENDIDIKAN

TARIKH
HANTAR : 8 MAC 2020

MARKAH KESELURUHAN

/100
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

TAHUN 2020

MAKLUMAT PELAJAR

NAMA NUR HAFIZAH BINTI ADZHAR

NO.KAD 960830 – 09 - 5028


PENGENALAN

AMBILAN JUN 2016

KURSUS BAHASA ARAB

ALAMAT TAMAN BESERI MURNI KANGAR, PERLIS

NO.TEL 018 - 7666896

i
ISI KANDUNGAN

BIODATA PELAJAR i

ISI KANDUNGAN ii

PENGHARGAAN iii

TUGASAN KERJA KURSUS

TUGASAN 1

1.0 CIRI – CIRI GURU PROFESIONAL 2-3

2.0 ISU TATAKELAKUAN GURU YANG BERKAITAN PERINTAH AM :


BAB D 3-6

3.0 ISU – ISU YANG DIHADAPI OLEH GURU NOVIS 7-9

BIBLIOGRAFI 9

LAMPIRAN 10 - 12

ii
PENGHARGAAN

‫بسم هللا الرمحن الرحيم‬

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan hanyalah kepada Allah S.W.T. kerana


dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya dapat saya menyiapkan kerja kursus Asas
Kepimpinan dan Pembangunan Profesional Guru (EDUP 3083) ini dengan jayanya. Jutaan
terima kasih ditujukan buat para pensyarah bagi subjek ini Encik Azman Bin Mohamed Nor
dan Encik Mohd Anuar Bin Husain atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya
dan rakan-rakan sepanjang kami menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Sekalung penghargaan juga saya curahkan buat sahabat-sahabat saya atas


kerjasama dan bantuan yang dihulurkan sepanjang proses menyelesaikan tugasan ini. Tidak
lupa juga buat ahli keluarga saya terutamanya kedua-dua ibu bapa saya atas sokongan dan
dorongan yang diberikan untuk saya menyiapkan kerja kursus ini.

Besar harapan saya agar hasil karya ini mampu mendatangkan manfaat buat diri saya
dan para pembaca.

Sekian, terima kasih.

iii
TUGASAN 1

1
1.0 CIRI – CIRI GURU PROFESIONAL

Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan kemajuan


sesebuah negera. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang tidak akan tercapai sekiranya
guru – guru yang berkualiti dan bermutu tinggi tidak dapat dilahirkan. Oleh itu, salah satu
perubahan dan persediaan yang perlu dilakukan ialah menerapkan nilai – nilai profesion guru
dalam dalam diri para pendidik khususnya dalam bidang pengajaran itu sendiri supaya
dihayati dengan sepenuhnya. Guru yang berkualiti dan bermutu akan menjadi aset bernilai
buat negara dalam mencorak rakyat yang mampu mendepani cabaran – cabaran abad ke –
21 ini secara global dan memenuhi aspirasi negara.
Antara ciri-ciri guru profesional yang perlu dititik beratkan ialah guru yang mempunyai
ketinggian peribadi. (Mamat, 2018) Guru yang yang mempunyai ketinggian peribadi akan
melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik dengan bersungguh – sungguh dan
menganggapnya sebagai satu ibadah. (Aroff, 2008) Oleh yang demikian mereka sentiasa
berfikiran positif dalam melakukan sebarang tugas yang diberikan dan tidak mudah melenting
apabila diberikan tugasan. Mereka juga melakukan setiap tugasan itu dengan seronok dan
hati yang terbuka kerana menganggapnya satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan
baik. Menurut Ainon Mohd (2003) guru yang profesional juga menunjukkan minat yang tinggi
untuk mengajar dan lebih demokratik, mudah berhubung dengan murid dan bijak
berkomunikasi, sentiasa merendah diri, lebih terbuka, serta sopan tutur kata dan mudah
menyesuaikan diri terhadap perubahan. Mereka membentuk murid, memperkukuh kekuatan
murid dan mengenal pasti masalah murid dan mengatasinya.
Selain itu, antara ciri seorang guru profesional ialah berpengetahuan luas.
Pengetahuan tersebut merangkumi pengetahuan berteraskan ikhtisas pendidikan, psikologi,
komunikasi , pengurusan bilik darjah serta pengetahuan semasa. Pengetahuan tentang hal –
hal pendidikan dan pengurusan bilik darjah amat penting bagi memastikan murid dapat diurus
dengan sempurna semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala pengetahuan –
pengetahuan tentang kemanusiaan seperti psikologi dan komunikasi amat diperlukan oleh
guru di sekolah bagi memastikan layanan dan kemesraan serta menyelesaikan apa jua
masalah murid yang wujud dengan baik di samping dapat mengelakkan konflik di dalam bilik
darjah. Sementara itu, pengetahuan yang luas tentang isu semasa bakal menjadikan minda
guru akan sentiasa mengikut peredaran zaman dan bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan yang mendatang. Guru bercirikan perkara di atas pastinya guru yang pakar di
bidang pengurusan serta bidang profesionnya.

2
Ciri profesional yang dikemukan ini sangat penting untuk diterapkan di dalam diri para
pendidik. Hal ini kerana, guru merupakan agen perubahan yang perlu memainkan peranan
berkesan dalam mencorakkan masa depan pendidikan negara. Oleh itu, para pendidik perlu
sentiasa peka dalam meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Sehubungan
dengan itu, para guru dituntut agar sentiasa profesional dalam menjalankan amanah mereka
sebagai seorang pendidik untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan mana – mana
salah laku yang termaktub dalam peraturan etika profesion keguruan.

2.0 ISU TATAKELAKUAN GURU YANG BERKAITAN PERINTAH AM : BAB D

Hal ini kerana, saban hari sering kali kedengaran profesion seorang guru dipertikaikan
dek kerana salah laku itu sendiri. Paparan mengenai isu salah laku guru sering dilaporkan.
Antara isu etika guru yang sering kedengaran adalah seperti isu kesantunan guru, isu
penampilan guru, isu guru berniaga di sekolah, pengurusan kewangan, pengurusan masa dan
kerjaya sambilan guru. Isu – isu ini boleh menjejaskan profesion keguruan itu sendiri. Oleh
itu, guru – guru perlulah mematuhi “Peraturan – peraturan Pegawai Perkhidmatan Awam :
Kelakuan dan Tatatertib” yang telah digariskan.
Menurut laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan dalam Berita Harian
secara online serta di ulas oleh Laman Blog Perkhidmatan Awam (2007), Kementerian
Pelajaran telah menerima 200 aduan berhubung pelbagai salah laku guru di seluruh Negara
sejak tahun 2007. Sumber menjelaskan bahawa antara kesalahan yang dilakukan oleh guru
ialah tidak hadir bertugas (37%), cabul dan gangguan seksual (17%), terbabit dalam rasuah
dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15%), penyalah-gunaan dadah (9.5%), kecurian (6%),
jenayah syariah (7%) dan keterhutangan serius (1%). Peningkatan bilangan guru-guru di
Malaysia yang terbabit dalam kes salah laku sesungguhnya mendatangkan kesan yang amat
buruk jika masalah ini dibiarkan berterusan.
Antara yang dapat dikesan daripada permasalahan ini adalah merosotnya
kewibawaan profesion perguruan. Dekad ini, guru bukan sahaja bertindak sebagai pendidik
malah bertindak sebagai pengganti ibu bapa, kaunselor, pembimbing dan rakan. Sentuhan
guru terhadap pelajar melalui hati, emosi dan perasaan juga mendorong kejayaan pelajar.
Peranan guru begitu penting memandangkan beliau merupakan individu yang paling dekat
dengan murid semasa mereka berada di sekolah. Namun, apakah pandangan ibu bapa di luar
persekitaran sekolah yang mengharapkan guru menjadi penggantinya, melihat kes-kes salah
laku yang berlaku di kalangan guru di sekolah? Adakah masyarakat di negara kita akan terus
menyanjung, menghormati dan mempercayai profesion perguruan sebagai suatu jawatan
yang mulia apabila guru-guru sekarang terjurus untuk terbabit dalam salah laku?

3
Berikut merupakan keratan akhbar yang bagi beberapa isu yang akan dikupaskan.

Tarikh : 3 Mac 2017


Tajuk : “Guru Wanita didakwa cederakan murid tahun tiga”
Sumber : Astro Awani Online

Berdasarkan isu yang dilaporkan ini, guru tersebut jelas telah melanggar kod etika
keguruan kerana melakukan perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada muridnya.
Merujuk kod etika perguruan di Malaysia, guru perlu menjalankan tanggungjawabnya kepada
pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara. (Noriati A. Rashid, Pong
Ying Boon, Kiet Wah Wong, 2010) Keadaan ini jelas menunjukkan perbuatan guru tersebut
bertentangan dengan akauntabiliti keguruannya terhadap murid. Seorang guru perlulah
mengutamakan kebajikan dan keselematan murid daripada hal – hal lain. Guru tidak boleh
melakukan sesuatu yang boleh membahayakan nyawa dan keselematan muridnya. Tindakan
ini samgat bertentangan dengan kod etika perguruan. Guru perlulah bersikap lebih rasional
dalam melakukan sebarang tindakan dan memupuk rasa sayang kepada murid.

4
Tarikhkh : 19 Julai 2018
Tajuk : “Guru direman 7 haru”
Sumber : Berita Harian Online

Berdasarkan isu yang dilaporkan ini, guru tersebut jelas telah melanggar kod etika
keguruan kerana melakukan perbuatan yang boleh memburukkan dan mencemar nama
baikmperkhidmatan awam. Merujuk kod etika perguruan di Malaysia, guru tidak boleh
terloibat dengan sebarang masalah gangguan seksual. Perbuatan yang dilakukan oleh guru
ini sangat bertentangan dengan etika keguruan. Guru sepatutnya menunjukkan contoh
teladan yang baik kepada anak muridnya. Guru perlulah berusaha menunjukkan penampilan
diri, peraturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa. Hal ini kerana, sikap dan tingkah
laku guru di sekolah akan menjadi ikutan dan secara tidak langsung akan diterapkan di dalam
jiwa murid. (Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon, 2013)

5
Tarikh : 7 September 2018
Tajuk : “Guru Besar seleweng dana RMT, JPN lapor SPRM”
Sumber : Berita Harian Online

Berdasarkan isu yang dilaporkan ini, guru tersebut jelas telah melanggar kod etika
keguruan kerana tidak jujur dan tidak amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan. Guru
tersebut telah menyalahgunakan duit peruntukan yang diberikan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT). Nilai amanah perlu ada pada setiap guru kerana tugas guru adalah sangat
berat dalam mengurus dan menjaga kepentingan harta benda awam. Guru perlulah
membelanjakan harta awam yang telah diamanahkan mengukut peraturan yang telah
ditetapkan. Bahkan Islam sendiri telah menyebut sesuatu amanah yang diberi perlulah
ditunaikan dengan sebaik – baiknya.

6
3.0 ISU – ISU YANG DIHADAPI OLEH GURU NOVIS

Rentetan daripada isu – isu yang berlaku ini menyebabkan proses penghasilan guru
perlu diperhalusi semula supaya keluaran guru yang dihasilkan kelak merupakan mereka
daripada golongan yang terpilih dan berkualiti. Hal ini kerana tugas guru pada hari ini tidak
terhad kepada mengajar di dalam kelas sahaja bahkan guru juga perlu memegang beberapa
portfolio dalam sesuatu jawatankuasa dan memegang sesuatu jawatan yang tidak berkaitan
dengan pengajaran di dalam kelas. Lantaran itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) berhasrat
melaksanakan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk memastikan
agar guru – guru permulaan sentiasa berketrampilan bagi memenuhi keperluan pendidikan
semasa. (Tengku Sarina Aini, 2017)
Walau bagaimanapun menurut Tengku Sarina Aini (2018) mendedahkan bahawa
sesetengah guru – guru novis masih lagi bergelut untuk memainkan peranan dan
tanggungjawab mereka dengan berkesan sebagai pendidik baru kerana mereka menghadapi
masalah dan cabaran dalam menterjemahkan pengetahuan berasaskan teori pedagogi
mereka ke dalam amalan pengajaran sebenar. Oleh itu, saya bersetuju dengan kenyataan
Jamil (2002) yang menyatakan guru pelatih mulai bosan, tidak lagi berminat menjadi guru,
tidak berpuas hati dengan sistem yang diamalkan, mendapati ketidakadilan dalam
pengurusan sekolah, berasa tidak mendapat apa – apa dengan jawatan yang disandang
setelah berkhidmat selama 20 tahun dan lebih.
Kenyataan ini disokong lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Tengku Sarina Aini
(2018) lagi di dalam kajian beliau “Pengalaman Pengajaran Guru Novis Pendidikan Islam”
mendapati guru – guru novis Pendidikan Islam tersebut menghadapi krisis dalam tempoh 5
tahun awal perkhidmatan iaitu tekanan akibat berjauhan daripada keluarga, pengurusan
tingkah laku pelajar dan tekanan bebanan kerja. Faktor – faktor ini menyebabkan guru – guru
novis mula merasakan tekanan berada dalam dunia pendidikan dan tidak mampu
menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan dengan baik.
Bahkan terdapat kajian lain yang membincangkan mengenai guru – guru novis dari
aspek pelaksanaan PdPc di dalam kelas dan luar kelas, hubungan sosial mereka dengan
pihak pentadbir dan guru – guru serta kerja- kerja pentadbiran yang perlu dilakukan di luar
waktu PdPc. (Tengku Sarina Aini, 2018) Masalah – masalah seperti ini masih juga berlaku
dek kerana suasana yang berbeza daripada suasana semasa latihan. Oleh itu, sebagai
seorang guru pelatih kita perlu bijak mengatasi masalah ini dengan positif dan berusaha
membina hubungan yang positif dengan pihak sekolah. Bahkan pihak sekolah juga
berperanan untuk membantu guru novis dalam melengkapkan diri mereka dengan kemahiran
profesional yang tidak diperolehi melalui kurikulum di institut perguruan.

7
Namun demikian tidak dapat dinafikan juga kewibawaan sesetengah guru novis yang
mampu menunjukkan prestasi dan mutu kerja yang baik. Malahan mampu menyesuaikan diri
dengan baik dalam dunia pendidikan yang sebenar. Misalnya, kejayaan Cikgu Ahmad
Fakhrurrzai yang mencipta alat “Ahmad Kecek” bagi membantu murid – murid OKU kelas
pendidikan khas integrasi darjah satu hingga enam di Sekolah Kebangsaan Datu Hashim,
Pengkalan Chepa. (Alias, 2020) Tambahan lagi kejayaan Cikgu Hariz Hazwan Wahab yang
mengetuai Sk Bruit, Sarawak merangkul johan dalam Pertandingan Inovasi, Competition,
Presentation, Exhibition (COMPEX) 2019 Peringkat Kebangsaan membuktikan bahawa guru
novis juga mampu untuk menyesuaikan diri dan menunjukkan prestasi yang baik seawal
tempoh perkhidmatan mereka. (Tugong, 2019)
Tuntasnya, seseorang guru itu haruslah bersikap positif dalam menghadapi cabaran-
cabaran yang ada pada masa kini. Guru juga perlu menghapuskan sikap negatif dalam
melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Seseorang guru
yang berjaya menghayati tanggungjawabnya akan dapat menangani cabaran dalam dunia
pendidikan pada hari ini. Guru-guru yang mempunyai etika guru yang baik akan sentiasa
menjalankan tugasnya dengan baik dan ini merupakan semangat untuk seseorang guru
dalam menangani cabaran profesion. Oleh itu, guru perlulah menghayati etika guru dalam
mengatasi cabaran yang dihadapi pada masa kini.

8
BIBLIOGRAFI
Alias, N. A. (3 Februari, 2020). Harian Metro Online. Retrieved from "Ahmad Kecek" Bantu Murid
OKU Dengar dan Bercakap:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/541032/ahmad-kecek-bantu-murid-oku-
dengar-bercakap-metrotv
Aroff, A. R. (2008). Pendidikan Moral : Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: UPM.
Aziz, M. A. (7 September, 2018). Berita Harian Online. Retrieved from Kes:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/470921/guru-besar-seleweng-dana-rmt-
jpn-lapor-sprm
BERNAMA. (3 Mac, 2017). Astro Awani Online. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/guru-wanita-didakwa-cederakan-murid-tahun-tiga-134297
BERNAMA. (19 Julai, 2018). Berita Harian Online. Retrieved from
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/451262/guru-direman-7-hari
Kasim, T. S. (2017). Stres dan Cabaran yang Dihadapi oleh Guru Pelatih Semasa Latihan Mengajar.
Akademi Pengajian Islam.
Mamat, D. M. (2018). Etika Perguruan Berasaskan Pemikiran Imam Abu Hanifah : Kajian Tinjauan
Terhadap Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Islam Di Selangor. e-Prosiding Persidangan
Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan .
Noriati A. Rashid, Pong Ying Boon, Kiet Wah Wong. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru . Shah Alam: Oxford Fajar.
Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon. (2013). Asas Kepimpinan & Perkembangan
Profesional. Puchong: Penerbitan Multimedia.
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, F. S. (2018). Pengalaman Pengajaran Guru Novis Pendidikan Islam :
Implikasi terhadap Reka Bentuk Kurikulum Latihan Pendidikan Guru. Jurnal Pendidikan
Malaysia.
Tugong, A. (27 Jun, 2019). Utusan Borneo Online. Retrieved from Sk Bruit : Johan Pertandingan
Inovasi COMPEX 2019: https://www.utusanborneo.com.my/2019/06/27/sk-bruit-johan-
pertandingan-inovasi-compex-2019

9
LAMPIRAN

10
11
12

Anda mungkin juga menyukai