Anda di halaman 1dari 1

DEFINISI PROFESIONALISME KEGURUAN

Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain)
sebagaimana yang sewajarnya ter¬dapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional.
“Profesionalisme” itu sendiri berasal daripada perkataan “profesi” yang bermaksud suatu bidang
pekerjaan. Menurut Philips (1991:43) memberikan definisi profesionalisme sebagai individu yang
bekerja sesuai dengan standar moral dan etika yang ditentukan oleh pekerjaan tersebut.
            Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, ‘profesion’ merupakan suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan latihan yang khas, pendidikan, kecekapan, kemahiran yang tinggi. Mok Soon Sang (1996)
pernah menyatakan konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang dilaksanakan oleh inividu
yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang bermutu, dedikasi dan sebagainya. Menurut
Kamus Dewan Edisi Ke-4, profesion keguruan merupakan pekerjaan yang berkaitan dengan peranan
tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Profesion keguruan merupakan satu pekerjaan yang
membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap pelajar dan masyarakat.
            Amalan nilai dan akhlak yang terpuji hendaklah disematkan dalam profesion keguruan
terutamanya pada perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini. Bagi menyediakan guru
menjadi individu yang berguna serta mampu menyumbang kepada negara pada masa hadapan,
penerapan nilai-nilai murni murni oleh guru kepada pelajar sangat penting. Misalnya para guru
hendaklah menjadi kreatif serta inovatif dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar memandangkan
pelbagai peranti boleh digunakan untuk mengembangkan lagi idea guru-guru mahupun para pelajar.

Anda mungkin juga menyukai