Anda di halaman 1dari 5

1.

Minggu/ Hari/ Tarikh Minggu 14 / Isnin/ 15 April 2019


2. Kelas/ Masa / Mata Pelajaran 1 Zamrud / 9.00 pagi-10.00 pagi / Bahasa Melayu
3. Tema/ Tajuk Standard Pembelajaran Keselamatan/ Kita Selamat di Sini/ 2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera
ii)pantun
4. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat membaca dan menyatakan nilai pengajaran yang
terkandung dalam pantun yang dibaca.
5. Aktiviti PDP 1. Murid diminta membaca serangkap pantun yang diketahui. Murid dibimbing mengingat pantun yang
mudah seperti pantun yang terdapat dalam lagu “Rasa Sayang Eh”.
2. Murid melafazkan pantun yang terdapat dalam buku tulis secara berkumpulan.
3. Murid berbincang dalam kumpulan dan mengenal pasti nilai pengajaran yang terdapat dalam pantun.
4. Murid menulis nilai pengajaran yang terdapat dalam pantun pada papan putih mini. Wakil kumpulan
membacakan nilai pengajaran yang telah ditulis di hadapan kelas.
5. Murid lain menyemak nilai pengajaran yang dibaca oleh rakan dengan bimbingan guru.
6. Murid lain mengisi lembaran kerja yang diberi dengan nilai pengajaran yang betul berdasrkan pantun.
6. Pengisian Kurikulum
6.1 : Ilmu / Nilai Pendidikan Kesihatan/ Patuh kepada arahan
6.2 : EMK / KB / BCB Kritis dan Kreatif/ Menghubungkait/ menaakul / membaca
7. Bahan Bantu Mengajar Buku Teks/lembaran kerja/ papan mini/ pen marker
8. Penilaian PDP / Pentaksiran PDP Penilaian : Murid menulis nilai dan pengajaran daripada pantun.
Pentaksiran : Murid membaca pantun dan menyatakan nilai pengajaran daripada pantun.
9.Refleksi / Impak dan Kerja Rumah
1. Minggu/ Hari/ Tarikh Minggu 14 / Selasa / 16 April 2019
2. Kelas/ Masa / Mata Pelajaran 1 Zamrud / 7.30 pagi-8.30 pagi / Bahasa Melayu
3. Tema/ Tajuk Standard Pembelajaran Keselamatan/ Kita Selamat di Sini/ 3.2.4 Menulis secara imlak; iii) ayat

4. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Menulis secara imlak 3 ayat yang dibaca dalam petikan.


5. Aktiviti PDP 1. Murid membaca petikan secara mekanis dengan bimbingan guru.
2. Murid mengeja perkataan yang disebut oleh guru secara spontan berdasarkan teks yang dibaca.
3. Secara berpasangan, murid menulis perkataan dan frasa yang disebut oleh rakan mereka berdasarkan
teks yang dibaca. Murid menyemak ejaan rakan.
4. Murid menulis ayat yang dibaca oleh rakan mereka dalam kumpulan yang sama secara berganti-ganti.
5. Guru membacakan ayat berdasarkan teks. Murid menulis semula ayat dalam buku tulis.

6. Pengisian Kurikulum
6.1 : Ilmu / Nilai Pendidikan Moral/ Prihatin/ Bertanggungjawab
6.2 : EMK / KB / BCB Kritis dan Kreatif/ Menghubungkait/ menaakul / mendengar aktif/ menulis
7. Bahan Bantu Mengajar Buku Teks/lembaran kerja/ papan mini/ pen marker/kertas A4
8. Penilaian PDP / Pentaksiran PDP Penilaian : Murid menulis ayat secara imlak dengan betul
Pentaksiran : Murid menulis ayat secara imlak.
9.Refleksi / Impak dan Kerja Rumah
1. Minggu/ Hari/ Tarikh Minggu 14 / Rabu / 17 April 2019
2. Kelas/ Masa / Mata Pelajaran 1 Zamrud / 10.50 pagi-11.50 pagi / Bahasa Melayu
3. Tema/ Tajuk Standard Pembelajaran Keselamatan/ Kita Selamat di Sini/ 5.1.4 Memahami, mengenal pasti dan menggunakan kata tugas mengikut
konteks;
ii) kata perintah

4. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Membina ayat dengan menggunakan kata tanya dengan betulnya berdasarkan gambar.

5. Aktiviti PDP 1. Guru bersoal jawab dengan murid. Murid diminta mengenal pasti perkataan yang disebut oleh guru
secara berulang-ulang. Guru kaitkan dengan tajuk pelajaran.
2. Murid menyenaraikan kata tanya berdasarkan ayat yang ditanya dalam buku teks yang dibaca dalam
bentuk peta buih.
3. Secara berkumpulan, murid membina ayat tanya berdasarkan gambar .
4. Murid menulis ayat tanya yang dibina dan mempamerkan di hadapan kelas.
5. Murid membuat latihan membina ayat tanya berdasarkan kata tanya yang diberi.

6. Pengisian Kurikulum
6.1 : Ilmu / Nilai Pendidikan Moral/ Prihatin/ Patuh kepada arahan
6.2 : EMK / KB / BCB Kritis dan Kreatif/ Menghubungkait/ menaakul / mendengar aktif/bertutur/ menulis
7. Bahan Bantu Mengajar Buku Teks/lembaran kerja/ papan mini/ pen marker/kertas A4
8. Penilaian PDP / Pentaksiran PDP Penilaian : Murid membina ayat tanya berdasarkan kata tanya
Pentaksiran : Murid membina ayat tanya berdasarkan gambar secara berkumpulan.
9.Refleksi / Impak dan Kerja Rumah
1. Minggu/ Hari/ Tarikh Minggu 14 / Khamis / 18 April 2019
2. Kelas/ Masa / Mata Pelajaran 1 Zamrud / 8.00-9.00 pagi / Bahasa Melayu
3. Tema/ Tajuk Standard Pembelajaran Keselamatan /Kita Selamat di Sini / 5.1.4 Memahami, mengenal pasti dan menggunakan kata tugas mengikut
konteks;
ii) kata perintah

4. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Membina ayat dengan menggunakan kata perintah dengan betulnya berdasarkan gambar.

5. Aktiviti PDP 1. Guru diminta meneliti gambar yang dipamerkan . Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan
gambar. Guru kaitkan dengan tajuk pelajaran.
2. Guru memberi arahan kepada murid menggunakan kata perintah. Murid diminta mengenal pasti kata
perintah berdasarkan arahan-arahan yang dibei oleh guru.
3. Secara berkumpulan, murid membina ayat perintah berdasarkan gambar menggunakan kata perintah
yang telah disenaraikan.
4. Murid menulis ayat perintah yang dibina dan mempamerkan di hadapan kelas.
5. Murid membuat latihan membina ayat perintah berdasarkan kata perintah .

6. Pengisian Kurikulum
6.1 : Ilmu / Nilai Pendidikan Moral/ Prihatin/ Patuh kepada arahan
6.2 : EMK / KB / BCB Kritis dan Kreatif/ Menghubungkait/ menaakul / mendengar aktif/bertutur/ menulis
7. Bahan Bantu Mengajar Buku Teks/lembaran kerja/ papan mini/ pen marker/kertas A4
8. Penilaian PDP / Pentaksiran PDP Penilaian : Murid membina ayat perintah berdasarkan kata tanya
Pentaksiran : Murid membina perintah yag berkaitan dengan gambar gambar secara berkumpulan.
9.Refleksi / Impak dan Kerja Rumah
1. Minggu/ Hari/ Tarikh Minggu 15 / Ahad / 21 April 2019
2. Kelas/ Masa / Mata Pelajaran 1 Zamrud / 8.00-9.00 pagi / Bahasa Melayu
3. Tema/ Tajuk Standard Pembelajaran Keselamatan /Selamat di Jalan Raya /1.2.1 Bertutur dengan sebutan yang betul dan intonasi secara
bertatasusila.

4. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :


Bertutur tentang cara-cara melintas jalan dengan selamat berdasarkan gambar dan frasa yang dibaca.

5. Aktiviti PDP 1. Murid menonton video animasi tentang keselamatan jalan raya. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang video yang ditonton.
2. Murid membaca frasa pada grafik yang ditunjukkan. Murid berbual-bual dengan rakan dan guru tentang
gambar tersebut.
3. Dalam kumpulan masing-masing, murid diminta membuat simulasi perbualan tentang keselamatan
jalan raya berdasarkan dialog bergambar yang dibaca.
4. Murid bertutur berdasarkan gambar dan frasa dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai
secara bertatasusila.

6. Pengisian Kurikulum
6.1 : Ilmu / Nilai Pendidikan Keselamatan Jalan Raya/ Prihatin/ Berhati-hati
6.2 : EMK / KB / BCB Kritis dan Kreatif/ Menghubungkait/ menaakul / mendengar aktif/bertutur
7. Bahan Bantu Mengajar Buku Teks/laptop/ lembaran dialog bergambar
8. Penilaian PDP / Pentaksiran PDP Penilaian : Murid bertutur tentang cara-cara melintas jalan dengan selamat
Pentaksiran : Murid bertutur tentang cara-cara melintas jalan dengan selamat melalui simulasi yang dilakukan.
9.Refleksi / Impak dan Kerja Rumah

Anda mungkin juga menyukai