Anda di halaman 1dari 13

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan dan menghuraikan tentang metodologi kajian
termasuk subjek kajian, kaedah penyelidikan, instrumen kajian, kajian rintis, kesahan dan
kebolehpercayaan, prosedur pengumpulan data .Kemudian diikuti prosedur analisis terhadap
data, bagaimana membuat transkripsi data yang diguna untuk menghasilkan data-data yang dapat
dirumuskan sebagai maklumat dan dapatan kajian yang akan dikemukakan dalam bab keempat
yang berikutnya.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah kajian kes yang berbentuk kajian deskriptif dalam proses mendapatkan data
dan maklumat yang berkaitan. Kajian kes digunakan untuk memahami subjek yang dikaji dengan
mendalam serta memperincikan suatu kes secara menyeluruh. Menurut Syed Mustapa, Ismail
Raduan, dan Bushro Ali (2018) kajian kes dijalankan atas disebabkan oleh aktiviti, peristiwa
atau masalah yang menggambarkan keadaan yang sebenar atau seperti yang dibayangkan dan
termasuk kekangan seseorang yang akan hadapi di tempat kerja atau di satu keadaan yang
dialami oleh penyelidik. Sehubungan itu, jenis kajian kes yang dipilih oleh penyelidik adalah
kajian kes intrinsik supaya penyelidik dapat melihat fenomena secara intrinsik untuk
mendapatkan pemahaman yang lebih terperinci mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
guru pendidikan khas masalah pendengaran di program pendidikan khas integrasi di sekolah
harian biasa (Norizan Yusof 2016) . Penyelidik juga memilih kajian kes intrinsik ini supaya
dapat mengenalpasti perkara sebenar di sebalik sesuatu kejadian yang berlaku.

Fasa pertama kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan dua
kaedah pengumpulan data iaitu kaedah temu bual serta pemerhatian sebagai data utama. Dua
kaedah ini bertuju kearah kelima-lima faktor yang terlibat dalam kajian ini yang dipercayai
antara cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan khas masalah pendengaran. Sehubungan itu,
data temu bual pula berdasarkan pandangan keseluruhan seseorang guru mengenai cabaran yang
dihadapi olehnya serta disokong oleh data pemerhatian yang lebih berdasarkan kepada faktor
bilik darjah dan kemahiran guru pendidikan khas masalah pendengaran.

Manakala fasa kedua, kajian kes intrinsik ini pula menggunakan pendekatan kuantitatif
dengan menggunakan kaedah soal selidik sebagai kadeah pengumpulan data terhadap guru
pendidikan khas masalah pendengaran. Tumpuan instrumen soal selidik ini untuk mengesahkan
kelima-lima faktor yang terlibat dalam cabaran guru pendidikan khas masalah pendengaran. Data
fasa kedua soal selidik ini bertujuan untuk menyokong dapatan dalam kajian fasa pertama.

Oleh itu, menerusi kajian kes, penyelidik dapat mengenalpasti cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh guru pendidikan khas dalam mendidik murid-murid masalah pendengaran di
program PPKI. Seterusnya penyelidik juga dapat melihat sendiri situasi sebenar seorang guru
pendidikan khas masalah pendengaran di program PPKI. Kesemua maklumat yang diperolehi
daripada beberapa instrumen dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif untuk memaparkan
gambaran sebenar mengenai cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan khas masalah
pendengaran dalam program PPKI.

3.3 POPULASI KAJIAN/PENSAMPELAN

Rajah 1 menunjukkan prosedur yang digunakan dalam persampelan kajian ini. Etikan,
Sulaiman Abu Bakar dan Rukayya Sunusi (2016) berpendapat bahawa sampel kajian kualitatif
ini berbeza dengan sampel kajian kuantitatif kerana sampel yang diambil mewakili populasi,
lokasi kajian dijalankan, manakala responden kualitatif kajian ini dipilih secara bertujuan
(purposive sampling). Oleh itu, responden kajian ini dipilih mengikut kriteria-kriteria yang
ditetapkan sesuai dengan tujuan kajian akan dijalankan. Sehubungan itu, menurut Mohd Izham
(2006) pensampelan dalam kajian kes tidak memberi penekanan kepada jumlah responden malah
penekanan diberi terhadap spesifikasi ciri amalan yang dilakukan. Sementelahan, pengkaji juga
perlu memberi penekanan terhadap batas masa kerana kajian ini merupakan kajian mixed
method yang terdiri daripada dua bentuk data kajian.
Oleh itu, penyelidik hanya memilih 1 daripada 32 jumlah sekolah aliran perdana yang
mempunyai program PPKI di Daerah Klang. Hal ini demikian, sekolah yang terpilih ini sahaja
mempunyai program PPKI masalah pendengaran dan guru-guru yang mengajar MBK masalah
pendengaran di daerah tersebut. Daripada sebuah sekolah ini hanya 4 orang guru pendidikan
khas masalah pendengaran daripada 10 guru pendidikan khas masalah pendengaran telah dipilih
untuk ditemu bual serta bagi sesi pemerhatian PdPc. Selain itu, sampel kajian ini juga terdiri
daripada homogenous sampling di mana responden-responden kajian ini mempunyai ciri-ciri
spesifik yang sama. Menurut Sulaiman Abu Bakar, Ilker dan Rukkaya (2016) homogenous
sampling merupakan sampel kajian yang mempunyai ciri-ciri yang sama dari aspek umur,
budaya, skop kerjaya, pengalaman dan sebagainya.

Seterusnya bagi pengumpulan data kuantitatif pula, pengkaji menggunakan pensampelan


dimensional. Sehubungan itu, pensampelan dimensional biasanya digunakan dalam kajian kes.
Sebilangan kecil sahaja subjek mempunyai ciri-ciri khas yang diminati oleh penyelidik dan
setersunya dijadikan sebagai responden kajian. Dalam penggunaan pensampelan dimensional ini
penyelidik perlu memastikan bahawa sekurang-kurangnya seorang daripada sampel kajian perlu
mempunyai ciri-ciri yang ditentukan oleh penyelidik (Monette dan Sullivan 2005 ). Dalam kajian
ini, penyelidik memilih populasi kajian untuk data kualitatif dengan menetapkan beberapa ciri
seperti jantina, opsyen Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan opsyen bukan Pendidikan
Khas Masalah Pendengaran. Jadual () menunjukkan prosedur pensampelan dimensional dalam
pemilihan subjek kajian untuk data kualitatif. Berdasarkan jadual subjek bagi setiap kumpulan
responden dipilih berdasarkan pemilihan secara kebetulan, iaitu subjek yang mempunyai ciri-ciri
tersebut yang ditemui dahulu dipilih sebagai responden kajian dalam pendekatan kuantitatif ini.

Jantina Guru Opsyen Pendidikan Masalah Pendengaran


Ya Bukan
Lelaki 2 2
Perempuan 2 2

Temu bual
4 orang
Data Utama
Persampelan Pemerhatian Dapatan Kajian
Soal selidik
Data sokongan
8 orang

3.3 INSTRUMEN KAJIAN (KUALITATIF dan KUANTITATIF)

Data kajian mixed method ini dikumpul dengan menggabungkan kaedah pengumpulan data
dalam bentuk kualitatif daripada beberapa guru pendidikan khas masalah pendengaran yang
berkhidmat di sebuah sekolah yang terpilih. Data kuantitatif juga turut dikumpul untuk
menyokong data kualitatif. Data kualitatif dilaksanakan melalui cara temu bual dan
pemerhatian manakala data kuantittif pulaz dalam bentuk soal selidik. Oleh hal yang demikian,
beberapa instrumen perlu disediakan untuk membolehkan proses pengumpulan data berjalan
dengan lancar

3.3.1.Temu Bual

Penyelidikan kajian kes adalah secara konsisten digambarkan sebagai bentuk


penyelidikan kualitatif yang paling sesuaui untuk penyelidikan menyeluruh, holistik dan secara
mendalam mengenai isu yang kompleks ( Creswell, 2011 ; Flyvjerg, 2011; Merriam, 2009;
Simon, 2009; Stake,2006 ; Yin,2014). Sehubungan itu, teknik temu bual merupakan teknik yang
sangat popular dan relevan untuk sesebuah kajian kuantitatif kerana ini teknik ini membantu
penyelidik untuk mengumpulkan data walaupun jangkaan dan andaian penyelidik serta proses
persediaan temu bual serta bidang kesimpulan berbeza pada permulaanya (Gudkova 2017).
Sehubungan itu,data kualitatif utama dalam kajian ini adalah data berdasarkan temu bual.
Terdapat empat orang guru pendidikan khas masalah pendengaran yang berkhidmat di program
pendidikan khas integrasi di sebuah sekolah akan ditemu bual oleh penyelidik. Tumpuan temu
bual terus menjurus kepada lima faktor cabaran guru pendidikan khas masalah pendengaran
iaitu aspek murid, bahan kurikulum, ibu bapa serta pengetahuan seseorang guru itu dalam
bidang tugasnya(Jadual. Tambahan pula, temu bual ini berbentuk berstruktur serta dijalankan
secara formal. Oleh itu,terlebih dahulu, penyelidik mengadakan temu janji bersama responden-
responden yang terpilih demi menentukan tarikh dan masa untuk mengadakan temu bual.
Tambahan pula, soalan-soalan adalah sama bagi setiap responden supaya maklumat yang
dikumpul dapat dibezakan dengan tepat. Selain itu soalan-soalan temubual ini dibina secara
berstruktur serta dihasilkan seperti soal selidik.

Penyelidik juga membincangkan tujuan temubual, jangka masa yang diambil serta
mendapatkan kebenaran untuk merakamkan temu bual itu daripada responden-responden kajian.
Penyelidik juga bertanggungjawab untuk memberi keyakinan kepada responden kajian agar
setiap perbualan hanya untuk kegunaan kajian dan akan dirahsiakan. Sehubungan itu, teknik
mencungkil (probing) digunakan untuk mendapatkan makkumat melalui mengemukakan soalan
pertanyaan terbukaaitu subjek bebas menyatakan pandangan mereka berasaskan pertanyaan-
pertanyaan yang diberikan kepadanya. Tambahan pula, menurut Syafrimen Syafril (2018)
soalan-soalan temu bual ini mengandungi soalan-soalan berbentuk ideal position question di
mana pertanyaan seperti ini dapat memunculkan pelbagai tafsiran. Manakala data temu bual
merupakan data utama dalam kajian ini, manakala data pemerhatian merupakan hanya sebagai
data sokongan demi memastikan bahawa data temu bual itu benar secara kukuh.
Jadual 1 Inventori Protokol Temu Bual

Kod Kategori Subkategori


PP Pembelajaran & Pengajaran Pencapaian murid

Kesesuaian kurikulum
KG Kemahiran Guru Pengawalan kelas

Kekurangan pengetahuan

Pengguasaan Bahasa Isyarat

SI Sokongan Ibubapa Kerjasama ibu bapa


SK Sokongan sekolah Pihak Pentadbir

Guru aliran perdana


FD Fizikal Bilik Darjah Pemenuhi ciri-ciri akustik
SP Sumber Pelajaran Bahan Bantu Belajar

Penggunaan Buku Teks

3.3.2 Pemerhatian

Pemerhatian juga merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengukur pomboleh ubah
penyelidikan serta boleh mengamati perubahan-perubahan tingkah laku seseorang subjek dalam
kajian ini. Jenis teknik pemerhatian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah pemerhatian
bukan peserta dan jenis ini hanya memerlukan tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian.
Sehubungan itu, demi membuat pemerhatian yang teliti terhadap segala gerak geri individu serta
persekitaranya, tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum. Tambahan pula,
pemerhatian bukan peserta ini juga menunjukkan tingkah laku yang tulen kerana responden
kajian mungkin tidak menyedari kehadiran. Oleh itu, kaedah pemerhatian ini menjadi
pengukuh, pelengkap dan bukti kebenaran data temu bual yang dijalankan (Marican 2005).
Sehubungan itu, pemerhatian ini juga dilaporkan oleh pengkaji dalam laporan yang
digabungkan dengan nota lapangan. Rakaman pemerhatian PdPC pula akan dijalankan untuk
mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan khas masalah pendengaran
di PPKI.

3.3.3 Soal Selidk

Fasa kedua yang dicadangkan dalam kajian ini adalah soal selidik untuk mengumpul
maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Sehubungan itu, soal
selidik akan ditujukan kepada 8 responden dalam kalangan guru-guru pendidikan khas masalah
pendengaran dari Program Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di salah sebuah sekolah di
kawasan daerah Klang. Data kajian akan dikutip dengan menggunakan borang soal selidik yang
mengandungi 55 item untuk memperoleh maklumat responden dari kalangan guru-guru
pendidikan khas masalah pendengaran. Di samping itu, item-item dalam instrumen soal selidik
ini dibina dengan mengadaptasikan soal selidik kajian Mohd Najib Ghafar dan Sanisah
Jahaya(2016).

Soalan-soalan soal selidik ini berbentuk tertutup di mana mempunyai jawapan pendek
seperti memilih beberapa pilihan yang disediakan. Soalan soal selidik berjenis ini biasanya
sesuai untuk memperoleh maklumat tertentu sahaja. Penggunaan jenis item soal selidik ini
boleh dijawab dengan mudah, ini hanya mengambil masa yang pendek. Tambahan pula, set
soalan berbentuk tertutup ini tidak akan mengalih pandangan responden daripada tajuk yang
disoalkan dan ini juga disusn dan dianalisis menjurus kepada objektif.

Sehubungan itu, soal selidik ini dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu Bahagian A:
Demografi responden dibentuk untuk mengumpul maklumat tentang diri seperti jantina,umur,
opsyen guru pendidikan khas masalah pendengaran dan tempoh perkhidmatan dalam PPKI
Masalah Pendengaran. Bahagian B pula berfokus terhadap faktor akademik seseorang guru
pendidikan khas, Bahagian C pula menyentuh tentang efikasi guru. Soal selidik ini juga
diteruskan dengan aspek luaran yang mempengaruhi seseorang guru pendidikan khas masalah
pendengaran iaitu bahagian D mengenai aspek fizikal bilik darjah, bahagian E sokongan pihak
sekolah serta bahagian F aspek sokongan ibu bapa MBK. Tambahan lagi, penyelidik juga
menyentuk soal selidik ini mengaitkan aspek murid seperti aspek tingkah laku MBK masalah
pendengaran serta aspek sumber pelajaran yang lebih kepada kesesuain kurikulum dan
penggunaan bahan bantu belajar.
Jadual 2 Inventori Protokol Soal Selidik

Kod Kategori Sub Kategori Jumlah Item


PP Pengajaran dan Pembelajaran Perancangan Pelaksanaan P&P 2
(P&P) Penggunaan Bahasa Isyarat 4
Malaysia/ Kod Tangan Bahasa
Malaysia
Kesesuaian kurikulum 3

KG Kemahiran Guru Pengalaman Guru 3


Penguasaan Bahasa Isyarat 4

Pengawalan Kelas 2
Penambahbaikan Diri 2
FBD Fizikal Bilik Darjah Kesesuaian Ciri-ciri bilik darjah 6
untuk MBK Masalah
Pendengaran
SPS Sokongan Pihak Sekolah Pentadbir 6
Guru-guru aliran perdana 1
Sokongan Ibu bapa Harapan ibu bapa 2
Kerjasama 7

T Tingkah laku negatif 5


TL Tingkah laku
Kerjasama MBK 2
SP Sumber Pelajaran Buku teks/Buku latihan 2

Bahan Bantu Belajar(BBB) 4


Jumlah 55

3.4 KAJIAN RINTIS

Demi memastikan soalan-soalan yang dalam instrumen kajian ini selaras dengan objektif kajian
dan tema soalan kajian, penyelidik perlu menyiapkan instrumen kajian sebelum
menyerahkannya kepada penyelia (Vogel dan Rodi 2017). Setelah instrumen kajian kualitatif ini
disahkan oleh penyelia, pengkaji akan melaksanakan kajian rintis. Sehubungan itu, kajian rintis
ialah kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian rintis ini akan dijalankan
untuk menguji tahap kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu instrumen kajian serta dapat
menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Oleh
itu, penyelidik perlu melaksanakan kajian rintis sebelum instrumen soalan selidik ini
ditadbirkan dalam kajian sebenar. Tambahan pula, reliabiliti dalam borang soal selidik dapat
ditentukan melalui kaedah konsintensi supaya melibatkan hubung kait soalan dalam instrumen
soal selidik dengan soalan lain untuk menguji tabiat atau pendapat yang sama. Kajian rintis
kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah aliran perdana yang mempunyai Program
Pendidikan Khas Integrasi di negeri Perak kepada seramai 6-10 guru. Hal ini demikian, In
(2017) berpendapat bahawa kajan rintis dijalankan pada skala yang lebih kecil daripada skala
penuh dalam kajian sebenar.

3.4 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Sebelum memulakan kajian ini, penyelidik telah merancang beberapa langkah persediaan yang
perlu diambil dan diikuti, bermula dari awalk kajian hinggalah proses penulisan laporan akhir
kajian yang lengkap. Tatacara kajian ini adalah seperti berikut:

a) Membuat rujukan dan kajian perpusatakaan untuk menentukan bidang yang akan
dikaji.
b) Membuat permohonan penyelia disertasi dan pengesahan bidang penyelidikan
serta perlantikan penyelia.
c) Menyediakan kertas cadangan penyelidikan selepas berbincang dan mendapat
kelulusan daripada penyelia.
d) Mengemukakan permohonan kebenaran melakukan kajian di tempat kajian
bersama-sama dengan contoh instrumen kajian kepada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
e) Membuat tinjauan awal di tempat kajian.
f) Membuat permohonan rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri Perak untuk
melakukan kajian di sekolah yang dikenal pasti, setelah mendapat kebenaran
daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
g) Selepas mendapat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor ,
penyelidik memohon kebenaran daripada pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan
Tengku Bendahara Azman (1) untuk menjalankan kajian di sekolah tersebut dan
menerangkan tujuan kajian.
h) Menyediakan instrumen kajian iaitu set soal selidik pelajar, soalan temu bual dan
borang pemerhatian.
i) Mendapatkan persetujuan daripada guru-guru pendidikan khas di PPKI untuk
ditemu bual dan dirakam perbualan mereka serta menyatakan rakaman ini adalah
rahsia dan untuk kajian penyelidik sahaja.
j) Mengedarkan set soal selidik kepadda guru-guru pada tarikh dan masa yang
ditetapkan di bawah kendalian penyelidik sendiri
k) Membuat beberapa sesi pemerhatian di dalam bilik darjah responden semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di PPKI untuk melihat penglibatan,
persediaan dan cabaran mereka dalam melaksanakan PdPC.
l) Memastikan semua item soal selidik dijawab oleh responden dan menganalis data
dari soal selidik tersebut dengan menggunakan perisian komputer Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.
m) Membuat transkripsi rakaman temu bual guru dan menganalisis hasil rakaman
tersebut.
n) Membuat interpretasi dan kesimpulan semua data yang diperolehi dari soal
selidik,, temu bual guru pendidikan khas dan pemerhatian di dalam bilik darjah.
Seterusnya menulis laporan akhir kajian.

3.5 PENGANALISISAN DATA


Penganalisisan data merupakan suatu proses memeriksa, membersih, mentransformasi dan
membina model data yang diperoleh. Data yang diperoleh itu digunakan untuk membuat
kesimpulan kajian ini. Penganalisisan data juga merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh
penyelidik untuk memberikan makna pada data yang telah dikumpulkan. Penganalisisan data
kajian ini dilaksanakan dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif.

3.5.1 Analisis Data Kualitatif

Fikiran yang kreatif, kritis amat diperlukan oleh seseorang penyelidik dalam proses analisis dan
interprestasi data kualitatif. Demi menghasilkan rangka pola-pola atau bentuk-bentuk tertentu,
mengorganisasikan data dalam proses penganalisisan adalah amat penting. Manakala, proses
interprestasi data pula memberi makna terhadap pola atau bentuk yang dikenalpasti dalam kajian
ini. Penganalisisan data kualitatif kajian ini melibatkan dua jenis tadbiran data iaitu data temu
bual dan pemerhatian. Penganalisisan data kualitatif dilakukan secara berterusan sepanjang
penyelidikan. Proses penganalisisan data kuantitatif ini terbahagi kepada dua iaitu peringkat
semassa dan peringkat selepas proses pengumpulan data. Hal ini kerana pengumpulan dan
penganalisisan data merupakan proses interaktif dan berlaku dalam kitaran bertindih (McMillan
dan Schumacher 2010).

Sehubungan itu, data temu bual kajian ini disokong dengan data pemerhatian selepas
pengumpulan data. Penganalisisan data kualitatif ini berkaitan dengan mengubah data mentah
dengan mencari, menilai, mengenali, mengekodkan serta menerangkan corak tren, tema dan
kategori. Ini kerana data kualitatif ini dikumpul daripada pelbagai sumber iaitu temu bual dan
pemerhatian, maka demi memahami data yang luas skopnya serta tidak tersusun ini,satu kaedah
pengurusan data perlu digunakan. Sehubungan itu, penyelidik menganalisis data-data yang
diperolehi daripada temu bual dan pemerhatian secara manual berpandukaan Model Interaktif
Komponen Analisis Data, Miles dan Huberman (1994) seperti ditunjukkan dalam Rajah(2).
Berdasarkan Model Interaktif komponen analisis data, data kualitatif daripada temu bual dan
pemerhatian dapat dianalisis dan dihuraikan dalam 4 komponen iaitu komponen mengumpulkan
data, menguncupkan data, mengolah data dan membuat kesimpulan. Pertamanya, penyelidik
akan memeroleh data daripada pelbagai sumber (Ahmad Rijali,2019). Penyelidik perlu membuat
transkrip temu bual serta membuat catatan lapangan. Seterusnya, pengkaji akan membina kod
terhadap data yang dikumpul pada peringkat penguncupan data supaya menyusunkan data-data
tersebut. Kod-kod yang dihasilkan oleh penyelidik perlu merujuk kepada tarikh,tempat, nama
peserta dan topik yang berkaitan. Langkah pembersihan data merupakan penguncupan data, iaitu
penyelidik akan membaca data berulang-ulang kali serta memahami maksud yang tersurat dan
tersirat daripada data berkenaan. Seterusnya, penyelidik akan mengolah data yang diterima dan
membentangkan semula berdasarkan persoalan kajian. Akhirnya, penyelidik akan membuat
kesimpulan daripada penyelidikan dengan membina model-model berdasarkan data yang telah
diberikan tema atau kategori yang tertentu.

Sehubungan itu, penyelidik perlu mengikuti beberapa langkah untuk membina tema
berdasarkan data temu bual dan pemerhatian. Pertamanya, penyelidik perlu membina tema bagi
sesuatu data daripada kata kunci ataupun rangkai kata yang kian diulang. Penyelidik juga perlu
membina tema yang dapat ditafsirkan dalam pelbagai maksud dan aspek serta membina
hubungan antara tema yang dibina dengan tema lain.

3.5.2 Analisis Data Kuantitatif


Proses penganalisisan data kuantitatif sama ada untuk statistik deskriptif mahupun statistik
inferens dapat dilakukan secara manual atau menggunakan perisian komputer. Sehubungan itu,
proses data kuantitatif pula dilakukan melalui analisis berkomputer menggunakan Statistical
Package For The Social Sciences (SPSS) versi 22. Dengan panduan SPSS, data dapat dihasilkan
dalam bentuk jadual-jadual statistik seperti kekerapan, cross tabulation, deskriptif dan carta.
Sehubungan itu, data kuantitatif kajian ini hanya dianalisis secara deskriptif kerana data
kuantitatif ini hanya merupakan data sokongan dalam kajian ini. Data kuantitatif yang dianalisis
secara deskriptif akan menghuraikan ciri-ciri pembolehubah serta membantu penyelidik untuk
membuat kesimpulan tentang data numerikal. Statistik deskriptif ini juga membantu penyelidik
untuk menggambarkan atau menerangkan data kuantitatif dalam bentuk terkawal.

4.0 Penutup

Bab ini membincangkan aspek metodologi yang digunakan dalam kajian ini dari segi reka
bentuk kajian, kaedah, populasi, persampelan, instrumen kajian serta tatacara penganalisisan data
secara kuantitatif dan kualitatif. Bab ini juga memperincikan pelaksaan kajian rintis bagi
memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrument kajian yang bakal digunakan oleh
penyelidik.

Anda mungkin juga menyukai