Pembelajaranberasaskanprojek 130321233959 Phpapp01
Pembelajaranberasaskanprojek 130321233959 Phpapp01
Disunting oleh:
Dr Fadzilah Abd Rahman
Dihasilkan oleh:
Siti Nazurana Bt Konaen
GS32349
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
1
Penghargaan 1
Pengenalan Modul 2
Objektif 3
Manual Penggunaan Modul 3
Latar Belakang Pendidikan 4-7
Latar Belakang Kajian Pembelajaran 8
Berasaskan Projek
Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek 9-14
Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Projek 14-15
Kelebihan Dan Kekurangan Pembelajaran 15-19
Berasaskan Projek Dalam P&P
Strategi Perlaksanaan 19-40
Rancangan Pengajaran (RPH)
Pemarkahan Projek Pelajar 41
Contoh Borang Penilaian 42-44
Soalan berasaskan Projek 45-46
Hasil Projek Pelajar 47- 58
Kesimpulan 59-61
Bibliografi 62
Lampiran
2
PENGHARGAAN
‘Selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta kepada para
sahabat’
Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah kursus
Perkaedahan Lanjutan dalam Pengajaran Bahasa Melayu (EDU5234), Dr Fadzilah Bt
Abd Rahman, yang banyak memberi dorongan dan bimbingan dalam menyiapkan
kertas kerja bertajuk ‘Strategi Pengajaran Berasaskan Projek dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu’ ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dan sedia
berkongsi pendapat semasa menyiapkan kertas kerja ini. Budi dan jasa kalian amat
disanjung tinggi.
Terima Kasih
3
Modul merupakan satu set pembelajaran yang disediakan untuk membantu mencapai
objektif pembelajaran dan direkabentuk untuk pelajar belajar sendiri. Menurut Muhammad
Rosyid (2010), modul merupakan bahan ajar cetak yang dirancang untuk dapat dipelajari
secara mandiri oleh peserta pembelajaran. Modul disebut juga media untuk belajar mandiri
kerana di dalamnya telah dilengkapi petunjuk untuk belajar sendiri. Ertinya, pembaca dapat
melakukan kegiatan belajar tanpa kehadiran pengajar secara langsung.
Modul Pengajaran Berasaskan Projek ini ditulis sebagai salah satu tugasan yang perlu
dilaksanakan oleh semua pelajar yang mengambil kursus Perkaedahan Lanjutan dalam
Pengajaran Bahasa Melayu (EDU5234), Sesi 2 2011/2012. Modul ini disediakan untuk
membantu guru dalam mengajarkan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan strategi
Pengajaran Berasaskan Projek.
Penggunaan modul pada masa kini menjadi semakin terkenal dalam kalangan guru-
guru kerana ia memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dan dapat memberikan
penekanan yang lebih mendalam kepada pelajar tentang isi-isi pelajaran. Dalam pendidikan
di sekolah, strategi, pendekatan dan teknik pengajaran memainkan peranan yang penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu mata
pelajaran banyak dikaitkan dengan kepelbagaian dan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang digunakan. Segala strategi yang digunakan akan mencerminkan pengajaran seorang
guru itu. Justeru itu, guru perlu kreatif merancang strategi pengajaran agar memperoleh
pengajaran yang berkesan. Salah satu strategi yang disarankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah strategi berasaskan pelajaran berasaskan projek.
4
Objektif Pembinaan Modul
Terdapat banyak objektif pembinaan sesebuah modul dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah:
Modul ini menekankan tentang strategi pengajaran berasaskan Projek dalam Pengajaran
Peribahasa Melayu Tingkatan Satu KBSM. Penulis menyediakan satu modul pengajaran
lengkap berkaitan pembelajaran berasaskan projek yang menjurus kepada strategi pengajaran
berasaskan projek Buku Skrap dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Tingkatan
Satu. Terlebih dahulu akan dinyatakan objektif pengajaran ini.
5
PENGENALAN
6
tersusun. Ketiga pula ialah memastikan agar dasar dilaksanakan dengan berkesan khususnya
dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan
dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.
Dalam arus pendidikan di Malaysia pada masa kini, pendidikan memainkan peranan
yang sangat penting sebagai agen perubah bagi masyarakat dalam sesebuah negara.
Pendidikan merupakan kayu pengukur kedudukan seseorang dalam masyarakat, menentukan
tahap keilmuan yang dimiliki, serta berperanan dalam banyak perkara, khususnya sebagai
garis panduan dan juru pandu masyarakat ke arah kehidupan yang lebih bertamadun. Justeru,
pihak Kementerian Pelajaran telah mewujudkan pelbagai inisiatif dalam meningkat dan
memartabatkan profesion keguruan supaya para guru mampu melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia dan berkeupayaan memberikan sumbangan
kepada kemakmuran negara.
Tugas utama guru adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar.
Untuk mencapai maksud tersebut, guru perlu menggunakan cara yang paling sesuai dan
berkesan. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah
dan teknik pengajaran adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama atau silih berganti.
Terdapat berpuluh-puluh kaeadah dan teknik pengajaran. Guru perlu biijak memilih kaedah
atau teknik pengajaran yang paling sesuai. Pemilihan yang betul akan menjadikan proses
penyampaian maklumat lebih menarik dan berkesan. Setiap kaedah dan teknik ppengajaran
ini ada kelebihan dan kekurangan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) , tidak ada satu kaedah
yang boleh dikatakan sebagai kaedah yang terbaik. Namun Pierce dan Lorber (1977)
memberikan beberapa faktor yang boleh digunakan untuk memilih kaedah pengajaran yang
boleh digunakan oleh guru. Faktor tersebut ialah:
1. Objektif pengajaran.
7
2. Bahan pengajaran dan pembelajaran
Bahan pengajaran dan pembelajaran ialah isi pelajaran dan alat serta bahan bantu mengajar
yang digunakan semasa mengajar. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak
disampaikan. Sekiranya isi pengajaran itu berbentuk kemahiran, seperti kemahiran
mendengar dan bertutur dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kaedah dan teknik yang
sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-kemahiran tersebut. Sekiranya guru
perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendaklah sesuai digunakan dengan
teknik yang dipilih. Alat bantu mengajar boleh diubahsuai mengikut kaedah yang dipilih.
Misalnya, penggunaan papan tulis atau carta boleh digunakan dalam pelbagai kaedah. Cuma
masa menggunakan alat tersebut perlu diubahsuai, sama ada pada peringkat awal, pertengaha,
atau akhir pengajaran.
Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 hingga 40 minit, atau
60 hingga 80 minit sekiranya pelajar tersebut diberikan dua masa yang berturutan. Dengan
jangka masa yang ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam
jangka masa tersebut. Ada kalanya kaedah yang dipilih itu perlu diubahsuai agar tidak
melebihi masa yang diperuntukkan. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangan
dalam bentuk perbahasan, sebaik-baiknya gunakan dua masa pelajaran. Jumlah pelajar yang
terlibat dan masa menyampaikan hujah diambil kira agar perbahasan dapat dijalankan dalam
jangka masa yang sepatutnya.
Kaeadah dan teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara
perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina, dan peringkat pencapaian atau
keupayaan pelajar. Kaedah yang rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yang
memerlukan pelajar mencari penyelesaian bagi sesuatu masalah, tidak sesuai bagi pelajar di
peringkat rendah. Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh
mempengaruhi kaedah yang hendak digunakan. Kelas yang agak ramai jumlah pelajar,
biasanya menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Walau
bagaimanapun, guru boleh mengubahsuai kaedah agar jumlah pelajar tidak menjadi halangan
bagi memilih kaedah. Misalnya sekiranya guru memilih teknik permainan, pelajar boleh
dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti masing-
masing. Kumpulan-kumpulan kecil ini akan lebih mudah dikawal.
8
Menurut Rashid Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Tugas utama seorang pengajar
atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini,
pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang
menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini
bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat
pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi
pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan
mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, ia juga
harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar
serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar,
guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan.
Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan
penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu
menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat
sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh
guru. Oleh yang demikian, pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara
berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan
konsep-konsep secara mudah dan berkesan.
9
Latar Belakang Kajian Pembelajaran Berasaskan Projek
Project Based Learning (PBL) merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara
guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan
projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan
Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan
banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu.
Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney (1997), menggalakkan pelajar
mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa
seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.
Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria
mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.
Proses pembelajaran yang berjaya memberi impak yang lebih positif kepada pelajar
bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah teknik pengajaran yang dijalankan oleh
seseorang guru. Salah satu pendekatan P&P yang boleh digunakan bagi meningkatkan mutu
dan pengetahuan pelajar ialah melalui teknik Pembelajaran Berasaskan Projek. Pembelajaran
sebegini bukan sahaja member ruang kepada pelajar menunjukkkan kemampuan dan
kreativiti, malah memberi peluang untuk pelajar mengembangkan lagi pengetahuan yang
sedia ada.
Secara tidak langsung, konsep pembelajaran ini memberi peluang kepada para pelajar
untuk menunjukkkan keupayaan diri kerana setiap pelajar mempunyai tahap kecemerlangan
akademik yang berbeza dan tidak sama di antara satu sama lain. Pembelajaran ini juga
dikenal pasti mampu mewujudkan kemahiran sosial yang lebih baik kerana pembelajaran ini
membuka peluang untuk pelajar bergaul lebih rapat dan mampu mengeratkan hubungan
sesama ahli kumpulan. Salah satu konsep pembelajaran berasaskan projek ialah, pelajar harus
membuat tugasan secara berkumpulan, maka disinilah wujudnya peluang untuk pelajar
berkomunikasi di antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
10
Konsep Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek
Menurut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang
teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakn untuk
menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain itu, projek juga boleh
dibuat berdasarkan keperluan topik dan mengikut minat murid. Pengajaran dan pembelajaran
berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan di bawah bimbingan
guru. Kementerian pelajaran Malaysia melalui “Handbook, project Based Learning”
menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori
ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu.
Kaedah melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian lapangan atau dunia
sebenar.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), projek bermaksud rancangan kerja
atau aktiviti pembangunan yang hendak dijalankan atau sedang dijalankan dan kajian
terperinci tentang sesuatu bidang atau subjek.
Secara umumnya, projek merujuk kepada kajian dan aktiviti yang disepadukan bagi
menghasilkan satu susunan bahan yang berkaitan satu tema mengikut minat dan
kecenderungan orang yang menjalankan projek itu. Sesuatu projek mungkin berjalan selama
tempoh masa yang lama seperti beberapa bulan atau beberapa minggu atau beberapa hari
sahaja, bergantung kepada minat, kecenderungan, kemampuan dan kematangan peserta
projek itu. Projek akhirnya akan dipamerkan atau digunakan untuk menggalakkan
perbincangan dalam bilik kuliah atau diterbitkan dalam bentuk tesis, buku, makalah atau
jurnal. Suatu hasil yang praktik juga digalakkan daripada projek yang dijalankan. Strategi
berasaskan projek membolehkan pelajar menjalankan aktiviti mengikut minat dan
kecenderungannya sendiri.
11
Menurut Abd Ghafar Md Din (2009) di dalam bukunya yang bertajuk „Prinsip dan
Amalan Pengajaran’, beliau mendefinisikan pengajaran adalah satu proses penyampaian iaitu
untuk menyampaikan maklumat. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan sebagai kaedah
dan teknik pengajaran. Sistem aktiviti ini sebenarnya dirancang dan diolah oleh guru untuk
menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada murid-murid
dalam suasana yang dinamakan bilik darjah. Sebagai satu proses, pengajaran melibatkan
penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang membolehkan pelajar mempelajari dan
menguasainya secara berkesan.
Menurut Abd Ghafar Md Din (2009), mengajar bermaksud menukar tingkah laku dan
kelakuan murid-murid melalui ilmu pengetahuan atau kepercayaan baharu. Untuk mencapai
hasrat ini, proses pengajaran harus dapat dilaksanakan secara berkesan, iaitu melalui prosedur
yang sistematik yang telah terlebih dahulu dirancangkan. Perhatian harus diberi kepada aspek
perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Setiap murid yang terlibat dalam proses
pembelajaran mempunyai potensi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang tersendiri.
Kepakaran guru mengeksploit pengetahuan dan pengalaman mereka dengan cara
mempelbagaikan teknik dan cara pengajaran, disesuaikan pula dengaaan keperluan murid,
merupakan satu seni yang paling berharga kepada murid-murid tersebut. Melalui bakat dan
seni mengajar yang tersendiri, guru-guru mampu mengetengahkan satu bentuk pengajaran
yang sempurna. Kebolehan menggunakan kreativiti sendiri seperti ini perlu dilatih dan
seterusnya dikuasai untuk membolehkan terciptanya satu bentuk pengajaran yang lebih
berkesan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Pengajaran merupakan satu sistem
aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawa
perubahan dalam kalangan mereka. Secara umumnya, pengajaran adalah perihal mengajar,
segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek
yang dipentingkan dan lain-lain yang berkenaan dengannya).
12
Dalam proses pembelajaran formal, ia melibatkan pelbagai kegiatan, umpamanya memerhati,
meninjau, membaca, menyoal, memahami, mengingati, menyemak, merujuk, merumus,
membuat keputusan dan sebagainya. Secara umumnya, belajar membawa maksud
penyiasatan untuk kenyataan. Ia melibatkan idea atau aturcara yang belum lagi diketahui oleh
individu. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baharu, penyelesaian
kepada sesuatu masalah, dapatan terhadap perhubungan-perhubungan baharu atau gerakerja
yang berfaedah boleh dianggap sebagai belajar. Biasanya, dalam sesuatu proses
pembelajaran, seseorang itu mungkin mendapat nilai-nilai lain selain yang utama yang
dikehendakinya pada masa itu.
Secara umumnya, pembelajaran bermaksud satu proses mengakumulasi maklumat
dan pengalaman secara berterusan, yang berlaku dalam diri seorang sejak dilahirkan. Proses
ini berlaku dalam dua bentuk, iaitu sama ada disedari ataupun tidak disedari. Biasanya,
pembelajaran melibatkan organ deria untuk mengesan semua bentuk pengalaman dan ilmu
pengetahuan yang berselerak di persekitaran. Sewaktu organ-organ ini digunakan, seseorang
akan memilih rangsanga-rangsangan yang sesuai dan diperlukan daripada persekitaran itu,
kemudian diproses dalam otak untuk dijadikan pengalaman yang bermakna. Tindakan
mempraktikkan pengalaman yang baru diperoleh itu dianggap sebagai perubahan tingkah
laku, dan ini menggambarkan satu pembelajaran yang sebenar.
13
Definisi Pengajaran Berasaskan Projek
.
Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan
tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya
melibatkan kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran berasaskan
projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk
projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri
serta amalan penerokaan oleh murid.
Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William
Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang
dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek
boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam
pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat
mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.
Perkataan 'projek' yang digunakan dalam kajian ini merupakan kata kunci utama
dalam istilah pembelajaran berasaskan projek. Menurut Moursund (2003), pelajaran
berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang melibatkan
pelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan mempersembahkannya kepada pelajar
lain, guru dan pihak lain. Di dalam bilik darjah, pengembangan kreativiti memerlukan
persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan guru sebagai pemudah cara
(Craft, 2000). Walau bagaimanapun, projek pembangunan produk kreatif melibatkan masa
lama dan jadual waktu anjal (Moursund, 2003).
14
Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
sesuatu bidang atau domain interdisiplinari. Projek pelajar boleh dilaksanakan secara
berpasukan kerana proses interaksi sosial yang dilalui pelajar memberi kebaikan kepada
diri mereka. Dari segi keberkesanan kerja secara berpasukan, telah banyak kajian
menunjukkan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik daripada
pembelajaran secara individu (Johnson dan Johnson, 1999).
Dalam kaedah ini, pelajar biasanya diberi kebebasan untuk memilih. Tema bagi
projeknya, dipilih dari senarai tema yang disediakan. Dari situ, pelajar mengumpul segala
maklumat dan bahan yang berkaitan projek yang akan dijalankan. Untuk melakukan ini,
pelajar mungkin terpaksa menjangkau dan melangkah bidang yang pelbagai dan luas. Tema
dipilih sedemikian supaya penyatu paduan antara beberapa disiplin boleh berlaku. Dengan
cara ini, projek dapat meluaskan skop pemikiran pelajar.
Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah
memahami isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Melalui kaedah ini,
pelajar akan dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian
dalam suatu situasi sebenar bagi mendapatkan hasil yang diharapkan. Biasanya pelajar akan
menjalankan projek selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Dengan
menjalankan kerja-kerja projek ini, pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih luas di
samping mengembangkan potensi diri mereka secara global dan menyeluruh, selain
mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai.
Kaedah projek ini adalah berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil pembelajaran
murid akan menjadi lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk
melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik. Dengan
hal yang demikian, kaedah projek ini menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui
aktiviti permainan, kerja praktikal, kajian dan lawatan. Melalui kaedah ini, murid-murid
dapat menjalankan aktiviiti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu
situasi yang sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan.
Di bawah program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM), kerja projek merupakan suatu rancangan kerja berdasarkan
topik yang digemari oleh murid-murid. Di mana, ia merupakan lanjutan kepada aktiviti
pembelajaran selepas mereka telah mempelajari sesuatu topik atau menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu.Secara am, tujuan menentukan strategi ini adalah untuk membolehkan
15
murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran mereka serta
menguasai kemahiran dengan berkesan.
Menurut Norasmah Othman & Shuki Osman (2009), Kaedah projek merupakan
kaedah yang telah diubahsuai daripada kaedah menyelesaikan masalah. Melalui kaedah ini
pelajar akan berpeluang merasai sendiri pengalaman pembelajaran dengan melakukan sendiri
aktiviti-aktiviti pembelajaran. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lain seperti kaedah
permainan, kerja praktikal, penyelesaian masalah dan luar kelas. Melalui kaedah ini, guru
berupaya menimbulkan minat di kalangan pelajar bagi melaksanakan sendiri beberapa aktiviti
dalam bentuk dan situasi yang sebenar. Kaedah ini boleh dilakukan, sama ada secara
berseorangan ataupun berkumpulan.
Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea
konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui
kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah
menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk-
tajuk yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan
cara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak
sebagai pembimbing.
16
Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek
17
Kelebihan dan Kekurangan Pembelajaran Berasaskan Projek
Selain itu, semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui
kerja projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar turut melibatkan diri secara
aktif dalam membuat dan menyediakan projek secara berkumpulan dan menanamkan sikap
koperatif dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di
dalam kumpulan, dengan ini, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dan
dipupuk.
Antara kelebihan lain yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan
kolaboratif dalam kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar.
18
Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para pelajar.
Kebiasaannya guru akan meminta setiap pelajar membentangkan hasil tugasan yang mereka
lakukan untuk sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan
para pelajar ketika berhadapan dengan rakan-rakan lain.
Seterusnya, strategi ini mempunyai beberapa kelebihan lain, antaranya ialah minat
pembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk, serta mampu mengembangkan
kemahiran psikomotor dan daya kreatif murid-murid. Tambahan pula, melalui projek ini, ia
dapat memberi peluang kepada murid mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang
berfaedah. Projek ini juga mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik
yang khusus, Memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut, mengajar
mereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan individu, mengalakan mereka untuk
sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta
menunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.
Selain daripada itu juga, pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan
masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktiviti
yang dijalankan bermakna dan berilmiah.
Kaedah projek ini mempunyai beberapa kelebihan lain, di antaranya adalah minat
pembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk. Di samping itu murid dapat
menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan sesuatu.
Tambahan pula ia memberi peluang kepada murid menggunakan masa lapang yang
berfaedah. Apabila sesuatu objek dihasilkan dengan baik, dan dipamerkan akan
membolehkan murid menikmati rasa kejayaan serta kebanggaan. Perasaan ini akan
mendorong murid supaya berusaha secara berterusan dengan lebih tekun lagi.
19
Walaupun terdapat banyak kebaikan di dalam aktiviti pembelajaran berasaskan
projek, namun terselit juga beberapa kelemahannya. Misalnya strategi berasaskan projek ini
memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan. Murid-murid dan guru terpaksa
meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek. Sebagaimana
maklum, sesebuah projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu
untuk dilaksanakan. Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa dihabiskan
semata-mata untuk menyiapkan projek ini.
Seterusnya, kelemahan strategi berasaskan projek dalam pengajaran yang lain ialah
mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan. Ini kerana aktiviti secara
berkumpulan adalah menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan ini ia
akan memudahkan sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalam
pengajaran yang diberikan. Permasalahan ini juga turut menyumbang kesulitan kepada
pengajaran guru. Ini kerana kaedah perbincangan yang diterapkan menyulitkan para guru
untuk mengenalpasti tahap kefahaman setiap pelajar. Sepertimana yang kita ketahui, daya
intelek dan tahap kefahaman setiap pelajar adalah berbeza. Dengan ini, ia akan menyebabkan
sesetengah pelajar yang tidak menguasai tahap kefahaman terhadap pengajaran yang
diberikan terus hanyut dan lemah untuk menguasainya. Keyakinan dan kesungguhan pelajar
untuk berusaha memahami pengajaran yang diberikan akan terus berkurang sehingga boleh
menyebabkan pelajar tersebut lalai dalam memperoleh ilmu pengetahuan terhadap aspek
yang diajar. Oleh itu, guru harus memastikan setiap pelajar mengambil bahagian dalam
tugasan yang diberikan dan memantau setiap kumpulan sambil bersoal jawab dengan setiap
pelajar dalam kumpulan.
Melalui pembelajaran berasaskan projek, ianya memerlukan guru yang serba boleh dan
menambah beban tugas guru kerana peranannya amat penting dalam menjayakan sesuatu
projek. Kelemahan yang terakhir ialah, Murid-murid yang menghasilkan projek yang kurang
menarik tidak mendapat peluang untuk mempamerkan projek yang mereka hasilkan, hal ini
20
akan menyebabkan mereka berasa kecewa kerana menganggap hasil kerja mereka tidak
diiktiraf. Perasaan negatif ini mungkin mendatangkan kesan yang buruk terhadap
pembelajaran mereka pada masa hadapan.
Strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan
projek adalah seperti gambarajah di bawah.
Memberikan
Tugasan Tugasan Perlu
Mengikut Mengambil Kira
Penyerahan Kurikulum Keupayaan Dan
Projek Kemampuan Pelajar
Yang Terlibat
Pembentangan, Pen
Menentukan Jadual
ilaian Dan
Kerja
Pemurnian Tugas
Penilaian
Dilaksanakan Guru Perlu Memberikan
Sepanjang Tempoh Bimbingan dan
Projek Pemantauan
21
Sesebuah projek boleh dilaksanakan secara perseorangan atau secara berkumpulan. Guru
perlu memastikan bahawa langkah-langkah berikut diberi perhatian agar kaedah projek dapat
dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan agar mencapai hasil pelajaran yang memuaskan.
Perkara tersebut ialah:
1. Objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan
kemahiran murid-murid. Sesuatu projek perlu mempunyai objektif-objektif tertentu.
Dengan adanya objektif-objektif ini guru dan pelajar mempunyai hala tuju yang betul
dan dapat menilai pencapaian mereka.
2. Adakan rancangan yang baik dan lengkap seperti membahagikan kerja untuk setiap
kumpulan demi menjamin kelicinan perlaksaannya.
3. Menentukan cara mempamerkan hasil-hasil kerja murid, cara menyimpannya dan
penggunaannya sebagai alat bantu mengajar pada masa akan datang.
Projek buku skrap ini dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Projek ini dilaksanakan selepas murid mempelajari peribahasa Melayu. Guru akan
menguji kefahaman mereka terhadap apa yang mereka pelajari di dalam kelas. Projek buku
skrab ini bertajuk, “Menguji Kefahaman Pelajar Terhadap Pembelajaran Peribahasa Melayu”.
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas,
mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa merangkumi
simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan serta bahasa kiasan yang
perlu di ajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah
dilakukan berdasarkan kesesuaian falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Melayu
khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Penguasaan bahasa melayu ini merupakan
lanjutan daripada penguasaan peribahasa pada peringkat sekolah rendah. Peribahasa
hendaklah diajar dalam konteks. Buku-buku peribahasa Melayu boleh dijadikan sebagai
sumber rujukan. Pengajaran peribahasa perlu digabungjalinkan dengan pengajaran bahasa.
Contohnya, guru boleh menggunakan peribahasa yang mempunyai nilai yang sesuai dengan
tema atau topik yang dibincangkan. Pelajar juga digalakkan menggunakan peribahasa dalam
penulisan.
22
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Melayu
23
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :
Kemahiran Berfikir
Kecerdasan Pelbagai
Kemahiran Bahasa
Refleksi :
24
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KAEDAH PENGAJARAN
LANGKAH ISI & CATATAN
PENGAJARAN PEMBELAJARAN
25
dalam tempoh masa memulakan projek.
yang ditetapkan.
26
tentang perkara yang
dipelajari.
SET INDUKSI
Guru memberikan tugasa mengikut kurikulum iaitu menggunakan kurikulum Bahasa Melayu.
Seterusnya, guru memberi gambaran mengenai tajuk pengajaran iaitu menguji kefahaman
pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Peribahasa Melayu. Tugasan yang diberikan
oleh guru ini mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat, dimana
objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan kemahiran
murid-murid di dalam kelas. Guru haruslah melaksanakan projek ini, setelah mereka selesai
mengajar dan yakin pelajar faham apa yang mereka pelajari. Ketika ini, guru akan
mengimbas kembali sesi pengajaran peribahasa Melayu yang pernah dibuat di dalam kelas.
Guru menerangkan apakah maksud peribahasa Melayu, menyenaraikan jenis-jenis peribahasa
Melayu, serta menerangkan tajuk tugasan secara terperinci. Guru turut menetapkan tarikh
serahan projek iaitu 3 minggu setelah projek bermula.
Guru membahagikan para pelajar kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan ini terdiri
daripada lima orang ahli. Guru mengarahkan setiap kumpulan melantik ketua kumpulan
masing-masing. Ketua kumpulan ini akan bertanggungjawab membahagikan tugasan kepada
ahli kumpulan yang lain agar semua ahli kumpulan terlibat dalam projek yang dilaksanakan.
Setelah selesai, setiap kumpulan akan diberikan tugasan yang sama iaitu mencari 50 jenis
peribahasa melayu beserta maksud dan bina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap
peribahasa untuk menunjukkan bahawa pelajar faham akan maksud dan penggunaannya.
Tema projek untuk setiap kumpulan adalah sama iaitu peribahasa Melayu, namun tajuk
projek setiap kumpulan adalah berbeza. Kumpulan 1 perlu mencari 50 peribahasa tentang
Ayam beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 2 perlu mencari 50 peribahasa tentang
Hati beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 3 perlu mencari 50 peribahasa tentang kaki
beserta maksud dan contoh ayat. Kumpulan 4 perlu mencari 50 peribahasa tentang anak
27
beserta maksud dan contoh ayat. Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan
projek ini.
Sebelum menjalankan projek ini, guru perlu menguji kefahaman para pelajar terhadap
pengajaran peribahasa melayu. Ujian kefahaman dilakukan berdasarkan latihan pemahaman
yang diberikan. Hal ini bertujuan untuk memastikan para pelajar mahir dan mampu
menguasai ilmu peribahasa Melayu agar mereka berjaya melaksanakan projek yang
diberikan. Contoh latihan pemahaman adalah seperti di bawah.
LATIHAN PEMAHAMAN
Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan soalan yang diberi. Para pelajar dikehendaki
memilih peribahasa yang sesuai berdasarkan konteks dan situasi yang terdapat di dalam ayat.
1. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami
pelajaranyang sedang diajar.
A. terang hati
B. sampai hati
C. cekal hati
D. ada hati
A. Ayam tambatan
B. Buah hati
C. ringan tulang
D. tulang empat kerat
28
3. Mat Deris begitu ................ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama
terbiar.
A. ada hati
B. cekal hati
C. kecil hati
D. rendah hati
4. Sejak peristiwa itu Puan Salwa .............. untuk membenarkan anaknya menyertai
perlawananbola sepak.
A. jauh hati
B. kecil hati
C. berat hati
D. patah hati
5. Kawan-kawan sekelian, kita mestilah .............. dengan kejayaan mereka kalau mereka
bolehmengapa kita tak boleh.
A. ambil hati
B. iri hati
C. cekal hati
D. besar hati
6. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik
kita akan dapat ..............
A. bekas tangan
B. tanda mata
C. buah hati
D. mengadu nasib
7. Sahabat yang baik tidak patut ................ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.
A. membuka tembelang
B. membuka langkah
C. membuka mulut
D. membuka kaki
8. Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau di
belakang rumah.
A. berkaki ayam
B. berkaki bangku
C. berkaki botol
D. berkaki bola
29
9. Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak
Encik Zalikerana tingkahlakunya yang baik.
A. ibu angkat
B. anak emas
C. buah hati
D. ibu tiri
10. Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu
berusahamencari kerja.
A. makan angin
B. memilih bulu
C. makan tidur
D. bermain mata
11. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .
12. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti .............
13. Pasukan Bolasepak Kedah tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka
mendakwa pengadil itu ............... .
A. berat perut
B. berat badan
C. berat mata
D. berat sebelah
A. curi hati
B. curi tulang
C. curi ayam
D. curi kerja
15. " .................... apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.
A. Dengar telinga
B. Dengan lihat
30
C. Pasang telinga
D. Pasang mata
16. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .
17. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti ............
A. curi hati
B. curi tulang
C. curi ayam
D. curi kerja
19. Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan
hal oranglain.
A. buah mulut
B. murah mulut
C. mulut besar
D. bawa mulut
20. Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya.
A. hati batu
B. kepala batu
C. batu keras
D. batu api
31
LANGKAH 3 ( Sesi perbincangan)
Sesi perbincangan adalah satu aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar untuk
mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Sesi perbincangan yang
dirancang dengan rapi akan mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis di kalangan
pelajar. Aktiviti seperti ini akan menghasilkan pelajar yang mahir berkomunikasi dan yakin
dalam menyampaikan buah fikirannya kepada orang lain. Perbincangan juga menolong
pelajar memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan membantu guru mengesan sejauh
mana kefahaman mereka. Untuk mengambil bahagian mereka terpaksa membaca dan berfikir
tentang topik yang akan dibincangkan dan menyampaikan apa yang difahaminya. Contoh
hasil perbincangan setiap kumpulan adalah seperti berikut.
32
PERIBAHASA MELAYU.
ARAHAN:
1. Bahagikan pelajar kepada 4 kumpulan dengan cara membilang nombor 1- 4 berturutan.
2. Setiap kumpulan melantik seorang ketua.
3. Ketua kumpulan mencabut undi bagi mendapatkan tugasan kumpulan.
4. Setiap kumpulan menyiapkan tugasan selama 20 minit.
5. Ketua kumpulan membentangkan hasil dapatan
6. Setiap kumpulan menghasilkan buku skrap pada minggu yang seterusnya.
TUGASAN KUMPULAN:
Kumpulan 1
Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan ayam beserta makna dan contoh ayat
berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam,
gunting, kertas A4 dan Pensel warna.
3. Ibu Ayam
Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.
Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.
33
Contoh Ayat: Hafeezat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana
kasutnya telah hilang
5. Ajak-Ajak ayam
Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak
ayam.
6. Ayam Tambatan:
Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam
pasukan permainan).
Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor
kerana kehandalannya menjaringkan gol.
7. Ayam Jalak
Maksud: Orang yang berani.
Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya
menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.
9. Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling
Maksud: tidak senang melihat kebahagiaan orang lain
Contoh ayat: oleh kerana hajatnya untuk mengahwini gadia idamannya itu tidak
tercapai, maka pemuda itu telah beriktiar sedaya upayanya untuk merosakkan
pasangan suami isteri itu dengan menggunakan bomoh-bomoh. Tindakannya ini sama
seperti ayat „ayam tidur senang di dalam reban musang yang susah beredar
sekeliling.
10. Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga
perginya.
Maksud: orang dagang itu, bagaimana senang di negeri orang, ingat juga akan
negerinya sendiri
Contoh ayat: abu bakar seorang ahli perniagaan yang Berjaya di brunei, tetapi dia
umpama Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan
juga perginya..
34
Kumpulan 2
Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan kaki beserta makna dan contoh ayat
berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mahjong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam,
1. Kaki Arak
Maksud: Orang yang suka minum arak.
Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk
membeli arak.
2. Jalan Kaki
Maksud: Berjalan tanpa kenderaan.
Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari
rumahnya tidak jauh.
3. Kaki Bangku
Maksud: Tidak pandai bermain bola.
Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.
4. Kaki Buli
Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.
Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang
diketuai oleh Hamzah.
5. Kaki Gaduh
Maksud: Orang yang suka bergaduh.
Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di
kampungnya.
6. Kaki Gunung
Maksud: Di bahagian permulaan gunung.
Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan
pendakian ke puncak.
7. Kaki Judi
Maksud: Orang yang suka bermain judi.
Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya
di meja judi.
35
8. Kaki Langit
Maksud: Langit di bahagian bawah.
Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja.
9. Kaki Rambu
Maksud: Orang yang suka merayau.
Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika
sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu.
Kumpulan 3
Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan anak beserta makna dan contoh ayat
berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mah-jong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam,
1. Anak Air
Maksud: Sungai kecil.
Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk
mengairi tanaman.
2. Anak Baju
Maksud: Baju dalam.
Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.
3. Anak Buah
Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa
kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.
Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.
4. Anak Emas
Maksud: Orang yang sangat disayangi.
36
Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan
kesetiaannya
5. Anak Gahara
Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku
Puteri Halijah.
6. Anak Haram
Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.
Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.
7. Anak Jantan
Maksud: Lelaki yang berani.
Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan
kebenaran demi maruah keluarganya.
8. Anak Kandung
Maksud: Anak sendiri.
Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.
9. Anak Tunggal
Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.
Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya.
37
Melalui Aktiviti pembentangan, guru boleh memupuk semangat keberanian dan
menyemai semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar. Berdasarkan langkah 3 dan 4,
secara tidak langsung, guru telah berjaya menggabungjalinkan tiga kemahiran, iaitu
kemahiran lisan (berbincang sesama pelajar, bersoal jawab dengan guru, pembentangan),
kemahiran membaca (membaca dan menganalisis peribahasa dan pembentangan), kemahiran
menulis (menyenaraikan contoh peribahasa beserta makna dan contoh ayat), menerapkan
nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab dalam tugas masing-masing,
keberanian, mampu menerima pendapat orang lain dan sebagainya.
PENUTUP
Guru megarahkan para pelajar menangguhkan pelaksanaan projek kerana masa kelas
telah tamat. Projek akan bersambung pada minggu hadapan. Guru meminta setiap ahli
kumpulan membawa bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat buku skrap.
38
5. Pelajar mengamalkan sikap bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan projek
yang diberikan.
6. Projek buku skrap ini, mampu menjadikan pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif
dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
Kemahiran Berfikir
Kecerdasan Pelbagai
39
Refleksi :
1. Pelajar menulis 50 Peribahasa Melayu beserta maksud dan contoh ayat di dalam buku
skrap.
2. Memperlihatkan semangat bekerjasama diantara ahli kumpulan dalam menyiapkan
buku skrap.
3. Dapat memupuk kreativiti dan inovatif para pelajar.
4. Menghasilkan buku skrap mengikut terma-terma yang telah ditetapkan.
KAEDAH PENGAJARAN
LANGKAH ISI & CATATAN
PENGAJARAN PEMBELAJARAN
40
Langkah 1 Membahagikan 1. Pelajar duduk secara 2. Mendengar aktif
(5 minit) pelajar mengikut berkumpulan.
kumpulan Kumpulan 1
masing-masing peribahasa tentang
Ayam
Kumpulan 2
Peribahasa tentang
Hati
Kumpulan 3
Peribahasa tentang
Kaki
Kumpulan 4
Peribahasa tentang
Anak
1. Pelajar
Langkah 2 Menghasilkan 1. Dapatan kajian yang mengumpulkan dapatan
(40minit) buku skrap diperoleh berdasarkan
maklumat
pembentangan pada
minggu lepas 2. Pelajar
dikumpulkan. menyediakan
2. buku skraf dihasilkan
Buku skrap yang lengkap
mengikut kreativiti
setiap ahli kumpulan. berasaskan topik
3. Setiap ahli kumpulan
perlu bekerjasama
dalam menyiapkan
projek ini.
4. Buku skrap yang
telah siap akan
diserahkan kepada
guru.
41
1. Guru akan membuat
Penutup Guru membuat 1.Guru akan memberikan penilai terhadap hasil
(5 minit) penilaian markah berdasarkan
pembentangan pelajar dan
terhadap projek ketepatan maksud peribahasa
yang dihasilkan dan contoh ayat, kekemasan, hasil projek buku skrap
dan daya kreativiti pelajar yang dihasilkan oleh setiap
dalam menghasilkan buku
kumpulan
skrap
2. Guru menyimpulkan
Pelajaran.
3.Guru memberi pujian dan
dorongan kepada murid
supaya berusaha membaiki
kelemahan diri.
4.Buku skrap yang cantik dan
kreatif akan di pamerkan di
dalam kelas.
SET INDUKSI
Gambaran mengenai projek yang akan dilakukan. Guru menerangkan cara pelaksanaan
projek, iaitu projek buku skrap. guru menyediakan (atau menyuruh murid-murid
menyediakan) bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan dan meminta para pelajar
mengeluarkan semua bahan-bahan yang akan digunakan.
LANGKAH 1
LANGKAH 2
42
berdasarkan kerja sepasukan setiap kumpulan. buku skrap yang telah siap dihasilkan akan
diserahkan kepada guru mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
Guru akan membuat penilaian terhadap buku skrap yang telah dihasilkan oleh setiap
kumpulan. Guru akan memberikan markah berdasarkan ketepatan maksud peribahasa dan
contoh ayat, kekemasan, dan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan buku skrap.
Penilaian projek ini dapat mengukur proses meta-kognitif dan sikap pelajar dan
memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik. Selain daripada itu juga dapat
membantu pelajarmengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini
sebaik mungkin. Antara jenis-jenis penilaian projek pula ialah latihan dan soalan „open-
ended‟ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main peranan). Selain daripada
itu Extended tasks assignment iaitu menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan
ujikaji, membina model. Selain daripada apa yang dinyatakan Portfolio juga merupakan salah
satu jenis penilaian yang membawa maksud koleksi tugasan berdasarkan prestasi dan akhir
sekali tugasan prestasi sebagai contoh drama, lakonan, persembahan, poster atau model. Guru
menyimpulkan pelajaran. Diakhir pembelajaran, guru memberi pujian dan dorongan kepada
murid supaya berusaha membaiki kelemahan diri. Buku skrap yang cantik dan kreatif akan di
pamerkan di dalam kelas.
43
PEMARKAHAN PROJEK
Pembelajaran berasaskan projek buku Skrap ini menyumbangkan kepada 100% markah.
Pembahagian markah adalah seperti berikut:
(a) BukuSkrap
1. Isi kandungan buku skrap 40%
- Peribahasa yang menepati tajuk setiap kumpulan
- Ketepatan maksud
- Contoh ayat
2. Hiasan dan dekorasi buku skrap 10%
(b) Pembentangan 25%
(c) Latihan pemahaman 10%
(d) Penglibatan Pelajar 15%
- Kerjasama dalam kumpulan
- Keterlibatan dalam perlaksanaan projek
PENILAIAN PROJEK
44
Penilaian terhadap pelajar dibuat berdasarkan:
- Kreativiti
- kemahiran merancang
- integrasi pengetahuan
- kebolehan membuat tugasan bersama orang lain
- pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentuk sesuatu
- melaksana dan menghasilkan sesuatu
- pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
- aktiviti yang bermakna
Antara jenis penilaian yang boleh digunakan oleh guru di dalam pengajaran berasaskan
projek ialah ialah melalui kaedah pemerhatian, latihan harian, penilaian berasaskan projek,
bersoaljawab secara lisan, dan juga penilaian melalui portfolio.
Portfolio ialah satu cara mengumpul koleksi pelajar yang menunjukkan usaha pelajar,
kemajuan dan prestasi dalam satu atau beberapa bidang. Portfolio ini terdiri dari bahan-bahan
yang menunjukkan kemajuan pelajar terhadap, pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu
jangka masa (Ryan & Kuhs, 1993). Juga, merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang
memberi gambaran lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar (Harlin, 1992).
Oleh yang demikian, menerusi tema peribahasa Melayu, projek buku skrab yang
dihsilkan oleh para pelajar inilah yang membantu guru, menilai dan menyemak sejauh mana
pemahaman, penguasaan dan penglibatan mereka dalam melaksanakan aktiviti dan tugasan
yang diberikan.
45
Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian boleh dilakukan melalui cara bersoal jawab secara lisan, penglibatan
murid, menunjuk cara, memerhati perlakuan dan tindakan murid. Contohnya, dalam
pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek buku skrap, guru boleh melakukan pemerhatian
ketika murid-murid sedang menjalankan aktiviti pembentangan, guru dapat melihat sama ada
murid faham atau tidak apa yang mereka bentangkanan. Selain itu, guru boleh bersoaljawab
secara lisan untuk menilai kefahaman mereka terhadap peribahasa-peribahasa yang
dibentangkan oleh kumpulan lain. Contoh borang penilaian adalah seperti dibawah.
Kumpulan 2
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Markah : ........................................
Nama dan tandatangan guru: Tarikh:......................................
...............................................................
46
................................................................
Kumpulan 4
Kumpulan anda dikehendaki mencari 50 peribahasa berkenaan hati beserta makna dan contoh ayat
berdasarkan bahan yang disediakan iaitu kertas mah-jong, marker pen, buku skrap, kertas warna, pensel, gam,
gunting, kertas A4 dan Pensel warna.
3. Peribahasa :__________________________
Maksud : ___________________________________.
Contoh Ayat:
____________________________________________________________
___________________________________________________
4. Peribahasa :__________________________
Maksud : ___________________________________.
Contoh Ayat:
____________________________________________________________
___________________________________________________
5. Peribahasa :__________________________
Maksud : ___________________________________.
Contoh Ayat:
____________________________________________________________
___________________________________________________
6. Peribahasa :__________________________
47
Maksud : ___________________________________.
Contoh Ayat:
____________________________________________________________
___________________________________________________
7. Peribahasa :__________________________
Maksud : ___________________________________.
Contoh Ayat:
____________________________________________________________
___________________________________________________
8. Peribahasa :__________________________
Maksud : ___________________________________.
Contoh Ayat:
____________________________________________________________
___________________________________________________
9. Peribahasa :__________________________
Maksud : ___________________________________.
Contoh Ayat:
____________________________________________________________
___________________________________________________
48
HASIL PROJEK PELAJAR
RA
RAJ AH:
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
KESIMPULAN
Tujuan menggunakan kaedah projek dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk
menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar
supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan kaedah mengajar perlulah
berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna
kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan
guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah, teknik dalam satu-satu
pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan.
Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat. Guru
haruslah melaksanakan projek ini setelah mereka selesai mengajar dan yakin pelajar
faham apa yang mereka pelajari. Projek hanya akan dijalankan setelah guru benar-
benar yakin para pelajar mampu menguasai bidang peribahasa dengan baik.
61
pengajaran peribahasa Melayu. Setiap kumpulan perlu mencari 50 peribahasa Melayu
beserta maksud dan bina satu contoh ayat yang sesuai bagi setiap peribahasa untuk
menunjukkan bahawa pelajar faham akan maksud dan penggunaannya.
Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan. guru
harus memastikan setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan projek
ini. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua kumpulan. Ketua kumpulan ini
akan bertanggungjawab membahagikan tugasan kepada ahli kumpulan yang lain agar
semua ahli kumpulan terlibat dalam projek yang dilaksanakan.
Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek. Guru
haruslah memberi bimbingan ketika setiap kumpulan melakukan perbincangan
mereka di dalam kelas. Seterusnya, guru memantau peranan setiap ahli kumpulan
yang terlibat.
62
Guru akan memberikan markah berdasarkan ketepatan maksud peribahasa dan contoh
ayat, kekemasan, dan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan buku skrap.
Penilaian projek ini dapat mengukur proses meta-kognitif dan sikap pelajar dan
memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik. Selain daripada itu juga
dapat membantu pelajarmengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan
kelebihan ini sebaik mungkin. Antara jenis-jenis penilaian projek pula ialah latihan
dan soalan „open-ended‟ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main
peranan). Selain daripada itu Extended tasks assignment iaitu menulis puisi,
melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model. Selain daripada apa
yang dinyatakan Portfolio juga merupakan salah satu jenis penilaian yang membawa
maksud koleksi tugasan berdasarkan prestasi dan akhir sekali tugasan prestasi sebagai
contoh drama, lakonan, persembahan, poster atau model.
Penyerahan projek. Projek yang berjaya dihasilkan oelh setiap kumpulan akan
diserahkan kepada guru dalam bentuk buku skrap mengikut tarikh yang telah
ditetapkan. Buku skrap yang cantik dan kreatif akan di pamerkan di kelas.
penyampaian sesuatu subjek khususnya dalam pengajaran Bahasa Melayu. Perancangan untuk strategi
berasaskan projek dalam pengajaran haruslah mengambil kira faktor-faktor yang ada supaya aktiviti
pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Dalam konteks pengajaran berasaskan projek, ia
lebih menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Keadaan ini mampu mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Hasilnya, guru dan pelajar dapat mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran seperti yang diperlukan dan dapat melahirkan pelajar yang lebih
bersikap berdikari dalam memperolehi sumber pengetahuan semasa proses pengajaran dijalankan.
menghuraikan latar belakang pendidikan di Malaysia serta latar belakang pembelajaran berasaskan
projek. Konsep serta ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek turut dijelaskan oleh pengkaji. Selain itu
modul ini juga mengandungi kebaikan dan keburukan pengajaran berasaskan projek.
63
Pengkaji turut menerangkan secara terperinci tentang strategi yang digunakan oleh
guru dalam mengaplikasikan pengajaran berasaskan projek ini. Diharapkan modul ini dapat
membantu guru-guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih santai dan
mampu diterima oleh para pelajar. Pembelajaran melalui kaedah ini bukan hanya berfokus
kepada penghasilan produk tugasan, penyelesaian masalah atau laporan berteraskan projek
yang dijalankan tetapi memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran baharu yang
dibina dan digunakan dalam menghasilkan tugasan projek. Hal ini demikian kerana, melalui
melaksanakan projek yang diberi serta membuat refleksi berkenaan proses yang dilakukan
64
BIBLIOGRAFI
Atan Long Ph.D (1980), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Ibrahim Saad (1982), Isu Pendidikan Di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asia.
Dr Abu Bakar Nordin, (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Henimann (Malaysia) Sdn Bhd
Leonard M.S Yong, Karen L (1996), Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal & Aplikasi
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Pengajaran dalam Bilik Darjah Kaedah Dan
Mok, Soon Sang (1996). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah
Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah
Sulaiman Ngah Razali (2001). Pedagogi Teori dan Praktikal. Dewan Bahasa dan Pustaka
Abd. Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan Publication
& Distrib.
Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2003), Pedagogi Strategi
Mok Soon Sang (2008), Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan
Multimedia
Noraini Idris & Shuki Osman (2009), Pengajaran dan Pembelajaran,Teori dan Praktis.
65
http://dukeamienerev.blogspot.com
http://whatta.ipgmksm.edu.my/pdf/PROJEK.pdf
http://peribahasamelayu.com/
http://www.ipuisi.com/koleksi-peribahasa-melayu-simpulan-bahasa-dan-maksud
http://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2011/07/peribahasa-melayu-simpulan-bahasa-
dan.html
http://www.slideshare.net/aflah/pembelajaran-berasaskan-projek-1699550
66
CONTOH PENGHASILAN BUKU SKRAP
67
68
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Melayu
Kemahiran Berfikir
69
Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali, menilai, penjanaan idea,
Kecerdasan Pelbagai
Refleksi :
KAEDAH PENGAJARAN
LANGKAH ISI PENGAJARAN & CATATAN
PEMBELAJARAN
70
kumpulan kumpulan
6. Setiap kumpulan
diberikan tajuk yang
berbeza.
Kumpulan 1
peribahasa tentang
Ayam
Kumpulan 2
Peribahasa tentang
Hati
Kumpulan 3
Peribahasa tentang
Kaki
Kumpulan 4
Peribahasa tentang
Anak
71
peribahasa yang
berlainan.
12. Ahli kumpulan akan
menggabungkan hasil
dapatan mereka.
72
15. Guru menyoal murid
tentang perkara yang
dipelajari.
73