Anda di halaman 1dari 7

Penjelasan dalam psikologi saintifik

Saintis ingin mengetahui bagaimana dan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Dalam
keinginan ini , saintis ingin mengetahui tentang dunia yang kita huni. Seorang pemerhati
yang casual atau biasa tidak akan berasa kecewa jika sesuatu pemerhatian tidak dapat
dihuraikan tetapi seorang saintis yang professional mempunyai keinginan yang tinggi untuk
membuat pemerhatian sehingga penerangan boleh didapati atau masalah tersebut selesai.
Dalam bab ini kita akan lihat penerangan daripada pandangan seorang saintis yang
berorientasikan eksperimen. Kajian beliau adalah tentang social loafing atau mengelak dari
melakukan tugas. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk memahami mengapa orang
kurang bekerja di dalam kumpulan daripada mereka bekerja perseorangan.

Memahami dunia

Social loafing

Peperhatian yang umum adalah manusia yang bekerja dalam kumpulan selalu
menyeleweng dalam usaha mereka. Bibb Latane, ahli psikologi sosial sedar tentang perkara
ini dan membuat keputusan untuk membuat kajian untuk mengetahui jika terdapat bukti
yang menunjukkan bahawa manusia yang bekerja dalam kumpulan kurang bekerja keras
dan beliau menamakan fenomena ini sebagai social loafing.

Latane dan rakan-rakannya menjalankan beberapa eksperimen yang sistematik untuk


mengkaji fenomena ini. Pertama mereka menunjukkan social loafing juga berlaku dalam
situasi eksperimen yang lain dan ia juga berlaku dalam beberapa budaya yang berlainan,
malah ia juga berlaku di kalangan kanak-kanak. Oleh itu mengelakkan tugas adalah satu
ciri yang pervasif kepada mereka yang bekerja dalam kumpulan.

Dia menghubungkan kerja ini kepada teori yang lebih umum tentang perilaku manusia.
Bukti daripada eksperimen menunjukan punca kepada pengelakan tugas ini berpunca
daripada peresapan tugasan kepada orang lain. Manusia yang bekerja bersendirian rasa
bertanggungjawab untuk menyiapkan tugas manakala individu yang bekerja secara
kumpulan berasa tanggungjawab itu harus diresapkan kepada orang lain.
Salah satu faedah daripada penyelidikan adalah penemuan boleh digunakan kemudian
untuk menyelesaikan sesetengah masalah yang praktikal. Dengan mengukur prestasi
individu dalam kumpulan kita dapat menghapuskan masalah social loafing dan boleh
meningkatkan produktiviti.

Source of understanding

Penetapan kepercayaan

Sains dan psikologi saintifik merupakan cara yang sah untuk memperolehi pengetahuan
tentang dunia di sekeliling kita. Ahli falsafah Charles Sandler Peirce telah membandingkan
cara saintifik untuk mengetahui dengan tiga kaedah untuk memperkenbangkan kepercayaan
iaitu kaedah kuasa, pegangan (tenacity) dan priori. Menurut beliau cara yang ringkas untuk
menetapkan kepercayaan ialah untuk mengambil pendapat orang lain tentang kepercayaan.
Autoriti akan memberitahu yang mana benar dan yang mana salah. Tetapi kepercayaan ini
akan berubah dengan perubahan masa. Oleh kerana kebanyakkan orang tidak menyiasat
dan tidak cukup pengetahuan, mereka percaya kepada autoriti.

Method yang kedua ialah dimana seseorang dengan teguh menafi untuk mengubah
pengetahuan yang diperolehi tanpa menghiraukan bukti yang bertentangan. Metod ini
dipanggil sebagai tenacity atau pegangan. Walaupun berpegang kepada kepercayaan tetapi
ia tidak selalunya rasional dan ia tidak mempunyai nilai.

Kaedah nonsaintifik yang ketiga ialah priori. Priori merujuk kepada sesuatu yang
dipercayai tanpa kajian terdahulu dan peperiksaan. Dalam metod ini usul-usul terdahulu
dipercayai dan ini adalah lanjutan daripada autoriti.

Metod peirce yang terakhir ialah kaedah saintifik yang menetapkan kepercayaan pada dasar
pengalaman. Jika kita mentakrifkan psikologi saintifik sebagai sesuatu yang berulang,
membetulkan diri dengan memahami fenomena pada asas pemerhatian empirikal, maka
kita boleh melihat beberapa kelebihan pada sains berbanding kepada metod yang hanya
dirangka. Tidak ada metod yang lain yang bergantung pada data diperolehi daripada
pemerhatian yang sistematik iaitu, metod yang lain tidak ada asas yang empirikal untuk
menetapkan kepercayaan.

Kelebihan sains yang kedua ialah ia menawarkan prosedur untuk mewujudkan kelebihan
kepercayaan yang ada pada satu kepercayaan kepada kepercayaan lain.

Sifat penjelasan saintifik

Pemerhatian empirikal dan pembetulan diri adalah ciri metod saintifik. Kita akan melihat
bagaimana metod ini berkesan pada sains dan psikologi saintifik. Kita menoleh pada
penyelidikan social loafing pada jalan umum. Eksperimen makmal menunjukan beberapa
ciri manusia kurang bekerja keras dan menguji beberapa ramalan tentang sifatnya.
Pemerhatian empirikal yang perpangkal kepada pemerhatian umum atau teori formal yang
mendedahkan sesuatu tentang teori tersebut yang mendorong kepada kerja empirikal secara
terperinci.

Induksi dan deduksi

Semua pendekatan saintifik berkongsi elemen-elemen asas tertentu dan yang paling penting
ialah data dan teori. Pemerhatian empirikal dan pembetulan diri adalah ciri metod saintifik.
Sains memerlukan dan mengunakan data dan teori dan garis luar kita tentang social loafing
menunjukkan bahawa ia boleh dihubungkan dengan cara yang kompleks. Pemahaman
memerlukan data dan teori. Saintis moden memberi keutamaan kepada data dan melihat
kemajuan dalam sains dan bekerja daripada data dan teori. Ini adalah contoh kepada
induksi dimana penakulan diteruskan daripada data yang spesifik kepada teori umum.
Deduksi pula ialah pendekatan bertentangan iaitu umum kepada spesifik. Dalam kes social
loafing, kedudukan induktif akan menjadi fakta bahawa social loafing terbit daripada
eksperimen dihasilkan daripada teori peresapan tanggungjawab.

Menurut pandangan deduktif yang memberi keutamaan kepada teori, aspek saintifik yang
penting tentang penyelidikan social loafing ialah panduan empirikal disediakan oleh teori
formal kepada social loafing. Maksud pemahaman saintifik ialah teori yang meramalkan
sesetengah observasi empirical harus wujud. Satu masalah yang wujud dalam pendekatan
deduktif ini ialah harus dilakukan dengan teori itu sendiri.

Sains adalah pembetulan diri dan dia boleh memberikan jawapan kepada semua masalah,
tetapi jawapan tersebut mungkin untuk tempoh masa yang singkat. Melalui gabungan
induksi dan deduksi , sains berkembang lebih melalui pemahaman tentang permasalahan.

Latane dan rakan-rakannya cuba untuk menghapuskan penjelasan lain tentang fenomena
social loafing dengan memalsukan ramalan yang dibuat oleh teori alternatif yang lain.
Mereka melakukan eksperimen tambahan dimana seorang individu diuji secara individu
dan dalam kumpulan dan hasilnya menunjukan social loafing hanya berlaku ketika individu
bekerja dalam kumpulan. Jadi kita harus, menghapus atau menyingkirkan penjelasan
alternative yang mungkin. Teori tidak boleh diuji secara langsung. Tiada eksperimen yang
akan membuktikan sesuatu teori itu benar atau salah. Sebaliknya, saintist membentuk
eksperimen untuk menguji hipotesis yang didapati daripada teori.

Hipotesis datang daripada generalisasi. Generalisasi pula datang daripada pengalaman atau
daripada teori. Pengalaman ialah proses induktif yang juga dipanggil sebagai “hypotheses
common-sense”. Banyak ahli psikologi suka menguji hipotesis melalui teori dan melalui
kes ini generalisasi dibentuk secara deduktif. Kebaikan teori yang baik ialah membentuk
banyak generalisasi. Jadi, teori lebih cekap dalam penyelidikan saintifik yang maju.

Apa itu teori?

Teori dapat didefinisikan sebagai satu set kenyataan berkait yang menerangkan kejadian
yang pelbagai. Semakin banyak kejadian dan semakin kurang kenyataan, lebih baik sesuatu
teori. Teori dalam psikologi memainkan dua fungsi iaitu organisasi dan ramalan. Ia
memberi satu rangka kerja bagi paparan data yang sistematik dan tersusun. Teori dapat
digunakan sebagai satu sistem penfailan untuk membantu mengorganisasikan keputusan
pengkaji. Teori membenarkan para saintis untuk menjana ramalan bagi situasi-situasi
dimana tidak ada data yang diperolehi. Lebih tinggi ketepatan ramalan, lebih baik sesuatu
teori itu. Teori dibentuk untuk mengorganisasikan konsep dan fakta kepada satu corak yang
koheren dan untuk meramal keputusan kajian yang akan datang.
Pengantara pembolehubah

Teori selalunya mengunakan konstruk yang merumuskan kesan-kesan beberapa


pembolehubah. Terdapat dua pembolehubah iaitu pembolehubah yang tak bergantung iaitu
yang dimanipulasikan oleh pengkaji. Pengantara pembolehubah adalah konsep abstrak
yang menghububgkan pembolehubah yang bergantung dan tidak bergantung.

Menilai teori

tidak ada apa-apa pendekatan bertulis untuk menilai teori, walaupun sesuatu teori itu tidak
benar daripada sesuatu aspek namun masih lagi digunakan. Walaupun para saintis tidak
mengetahui sesuatu teori itu adalah benar, namun mereka selalunya memilih yang terbaik
bagi masa kini. Terdapat tiga kriteria untuk menilai. Yang pertama adalah pendapat iaitu
lebih sedikit bilangan kenyataan dalam sesuatu teori, lebih kuat teori tersebut. Yang kedua
adalah ketepatan iaitu yang mengunakan pengiraan matematik dan program komputer.
Kriteria ketiga ialah ‘boleh uji’ iaitu sesuatu teori itu dapat diuji bagi meningkatkan
kepercayaan dan tidak ditolak. Namun kepercayaan dalam sesuatu teori bukan mutlak.

Psikologi sains

Sains beroperasi apabila ia dapat menguji hipotesis, namun ini tidak bermakna kita tidak
boleh meningkatkan ilmu dalam bidang yang tidak melibatkan sains. Kebanyakan ahli
psikologi percaya bahawa kebanyakan pengetahuan manusia adalah melibatkan psikologi
sains.
Psikolongi dan dunia sebenar

Para saintis secara amnya dan ahli psikologi secara khususnya mempunyai bukti untuk
mengejar kerjaya mereka. Penyelidikan saintifik terbahagi kepada dua iaitu penyelidikan
aplikasi dan penyelidikan asas. penyelidikan aplikasi dan umum ini saling bergantungan
dan ia bergabung dengan cara yang menarik. Perbezaan antara kedua-dua penyelidikan ini
merupakan sesuatu yang umum dan kedua-duanya mempunyai peraturan dan latihan yang
harus dipraktis oleh ahli psikologi. Namun, ahli sains mempercayai analisis sains dapat
digunakan dalam pelbagai keadaan. Teknik psikologi berkembang iaitu aspek manusia dan
tingkahlaku berkembang kedalam alam sains. Psikologi saintifik dapat digunakan sekiranya
hipotesis yang dapat diuji diterbitkan.

Adakah eksperimen sangat jauh daripada kehidupan sebenar? Ahli psikologi cuba untuk
memahami proses yang asas berbanding dengan situasi fizikal yang menghasilkan proses.
Situasi berbentuk fizikal dalam dunia sebenar dan makmal psikologi dan ia diperlukan
dalam kehidupan tetapi bukan setiap masa. Keadaan ini menghasilkan proses yang sama
berlaku. Dua sebab penting untuk malakukan penyelidikan dan yang pertama ialah
penyelidikan asas membantu kefahaman tentang ’apa boleh berlaku?’. Dapatan daripada
penyelidikan asas dalam makmal adalah terkawal daripada dapatan yang diterima dalam
kehidupan sebenar. Sekiranya penyelidik ingin mengkaji ramalan teori atau keputusan
aplikasi makmal maka ujian kehidupan sebenar amat diperlukan. Terdapat had diantara
aplikasi langsung penyelidikan asas ke dalam praktikal. Penyelidikan asas sangat
berhampiran dengan kehidupan sebenar. Penyelidikan aplikasi memerlukan ujian dan
penilaian tambahan dalam pemperoleh kebaikan dalam kehidupan sebenar.

Kesimpulan

Mengambil bahagian dalam psikologi eksperimen adalah sesuatu yang menarik. Dalam
usaha untuk memahami mengapa manusia dan haiwan bertindak mengikut kehendak
mereka membangkitkan perasaan ingin tahu dan mencari penyelesaian kepada masalah
asas dan aplikasi. Walaupun prosedur empirikal bergantung kepada induksi dan deduksi, ia
menawarkan kelebihan berbanding kepada metod penetapan kepercayaan dengan kos.
Menjawap persoalan tentang kita dan haiwan adalah satu cabaran dan aplikasi psikologi
sains bermaksud memahami kelakuan.

Anda mungkin juga menyukai