Anda di halaman 1dari 5

1.

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM - Muhammad Fathi Yusof

a. Senaraikan pembahagian hukuman jenayah dalam undang-undang Islam

 Qisas dan diyat iaitu hukuman berkaitan dengan hak individu mangsa
atau walinya. Umpamanya setelah hakim mendapati seseorang itu
bersalah kerana membunuh, wali mereka boleh memilih samada untuk
meneruskan hukuman qisas atau menggantikannya dengan diyat atau
memaafkannya.
 Hudud iaitu hukuman yang berkaitan dengan hak Allah yang telah
ditetapkan dengan jelas di dalam al-Quran dan Sunnah. Hudud
melibatkan kesalahan zina, qazaf, mencuri, hirabah, minum arak, dan
murtad. Hukuman hudud ini kekal dan tidak boleh diubah sehingga hari
kiamat.
 Ta’zir iaitu hukuman selain dari hudud dan qisas. Hukuman bagi
kesalahan dibawah qisas ini ditentukan oleh pemerintah atau hakim
sesuai dengan suasana,penjenayah, kesalahan dan faktor lain.

b. Apakah hikmah penyariatan diyat dalam Islam?

Hikmah hukuman diyat membuktikan betapa Islam mengutamakan hubungan


kemanusiaan sesama anggota masyarakat. Sikap bermaaf-maafan adalah satu
perkara yang amat di alu-alukan bagi memadam dendam yang berpanjangan.

2. QISAS MENURUT AL-QURAN: SURAH AL-BAQARAH (2: 178-179)- Kamarul


Azmi Jasmi

a. Tuliskan surah al-Baqarah ayat 178-179 beserta pengertian.

ۡ ٗ‫ِى لَه‬
‫مِن اَخِ ۡي ِه‬ ؕ ‫اص فِى ۡالقَ ۡت ٰلى ؕؕ ۡال ُح ُّر بِ ۡال ُح ِـر َو ۡالعَ ۡب ُد بِ ۡالعَ ۡب ِد َو ۡاۡلُ ۡنثَ ٰى بِ ۡاۡلُ ۡن ٰث‬
َ ‫ى فَ َم ۡن عُف‬ ُ ‫ص‬ َ ‫علَ ۡيكُ ُم ۡال ِق‬ َ ‫ِب‬َ ‫ٰيٰٓاَيُّ َها الَّذ ِۡينَ ٰا َمنُ ۡوا كُت‬
﴾2:178﴿ ‫عذَابٌ اَل ِۡي ٌم‬ َ ٗ‫اعت َٰدى بَعۡ َد ٰذلِكَ فَلَه‬ ۡ ‫ف م ِۡن َّربِكُمۡ َو َر ۡح َمةٌ ؕ فَ َم ِن‬ ٌ ‫ان ٰذلِكَ ت َۡخف ِۡي‬
ؕ‫س‬ َ ‫ش َۡى ٌء فَاتِبَا ٌۢعٌ ِب ۡال َمعۡ ُر ۡوفِ َوا َ َدآٰ ٌء اِ َل ۡي ِه بِا ِۡح‬
﴾2:179﴿ َ‫ب لَ َعلَّکُمۡ تَتَّقُ ۡون‬ ِ ‫اۡل ۡل َبا‬
َ ۡ ‫اص َح ٰيوة ٌ يٰٓـاُول ِۡى‬ ِ ‫ص‬ َ ‫َو لَـكُمۡ فِى ۡال ِق‬
Maksud: Wahai orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas"
(balasan yang seimbang) dalam perkara orang yang mati dibunuh, iaitu orang
merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan
perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari
saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu)
mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula)
hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang
demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat
kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam
pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (178) Dan dalam hukuman
Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang yang berakal fikiran, supaya
kamu bertaqwa. (179)

b. Apakah maksud hukuman qisas?

Hukuman Qisas ialah hukum bunuh balas bunuh yang disebabkan kematian yang
disengajakan. Termasuk juga dalam hukuman qisas ialah perbuatan melukan
seseorang yang lain dengan sengaja (Ibn al-Kathir, 1998: 1/357).

c. Apakah hikmah pensyariatan hukuman qisas?

Menurut al-Quran (surah al-Baqarah, 2: 179) pensyariatan hukuman qisas sebagai


satu bentuk keadilan kepada semua manusia agar umat manusia tidak akan sesuka
hati membunuh orang lain sekalipun mempunyai harta dan pangkat. Hal ini
disebuatkan sebagai jaminan darah tidak ditumpahkan kerana hak menumpahkan
darah adalah dating daripada syariat keadilan Islam dan agamanya sahaja.
3. FALSAFAH PENTADBIRAN KEADILAN JENAYAH SYARIAH: SATU
PENGHAYATAN SEMULA - Haji Daud Muhammad

a. Ringkaskan. Apakah yang anda faham berkaitan matlamat utama dalam Syariah?

Pada pendapat saya, matlamat utama dalam syariah ialah bertujuan untuk
menyelamatkan dan memelihara kemaslahatan kehidupan manusia dan
mengelakkan segala keburukan, ia disebut sebagai maqasid al-syariah.

b. Apakah kuasa yang diberikan kepada mahkamah Syariah dalam mengenakan


hukuman?

 Penjara tidak melebihi tiga tahun


 Denda tidak melebihi RM5000
 Sebatan tidak melebihi 6 kali sebatan.
 Gabungan ketiga-tiga hukuman tersebut.

c. Senaraikan kesalahan jenayah dalam syariat Islam

 Kesalahan hudud.
 Kesalahan qisas.
 Kesalahan takzir.

d. Senaraikan lima perkara yang dipelihara dalam maqasid Syariah

 Menjaga agama.
 Menjaga jiwa dan nyawa.
 Menjaga akal fikiran.
 Menjaga keturunan/maruah.
 Menjaga harta benda.
4. PRINSIP MAQASID SYARIAH DALAM PENCEGAHAN DAN PENGUATKUASAAN
JENAYAH SYARIAH - DR. ZULFAKAR BIN RAMLEE

a. Adakah pelaksaan solat jemaah di masjid mengikut SOP termasuk dalam kategori
menjaga maqasid Syariah? Huraikan dengan ayat sendiri. (5 baris sahaja)

Ya. Hal ini demikian kerana, ingin menjaga prinsip hifzu al-nafs (memelihara nyawa)
serta memelihara prinsip hifzu al-din (memelihara agama). Walaupun masjid dan
surau sudah dibuka bagi mendirikan solat berjemaah termasuk solat Jumaat namun,
jemaah mesti mengamalkan norma baharu iaitu perlu mematuhi SOP yang telah
ditetapkan oleh kerajaan supaya kita dapat bersama dalam memutuskan rangkaian
Covid-19 ini.

5. AL-QARĪNAH KONTEMPORARI DALAM PEMBUKTIAN JENAYAH BUNUH


MENURUT PERUNDANGAN ISLAM - ABDUL HAKIM HAMIDON

a. Dengan menggunakan ayat sendiri, apa yang anda faham berkaitan qarinah?

Qarinah bermaksud sesuatu perkara yang menjadi dalil ada sesuatu atau tiada
sesuatu. Menurut Undang-Undang, qarinah didefinisikan sebagai fakta-fakta yang ada
hubungan dengan fakta yang lain dengan apa-apa cara yang disebutkan dalam
hukum syarak. Qarinah termasuk fakta-fakta yang mana meskipun tidak menjadi
persoalan, berkaitan sedemikian dengan suatu fakta sebagai menjadi sebahagian dari
urusan yang sama, samada ianya berlaku pada waktu dan tempat yang sama atau
pada waktu atau tempat yang berlainan. Contohnya jika A dituduh memukul isterinya
B, apa jua yang dikatakan atau dilakukan oleh A atau B atau orang-orang yang melihat
kejadian memukul itu tidak lama sebelum atau selepas pemukulan sebagai menjadi
sebahagian daripada kejadian tersebut. Berdasarkan kepada definisi ini, apa sahaja
fakta di dalam apapun bentuk asalkan ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak
ia adalah termasuk di dalam definisi qarinah yang boleh diterima sebagai salah satu
dari bahan bukti di dalam mensabitkan satu-satu kesalahan.

b. Menggunakan ayat sendiri, apa yang anda faham tentang kepentingan qarinah?
Penggunaan Qarinah dalam undang-undang keterangan Islam di Malaysia amat
penting bagi memenuhi keperluan sesuatu kes yang berlaku. Jika qarinah diabaikan,
maka ianya boleh menyebabkan hak sesetengah orang tidak dapat ditunaikan dan
sekaligus kebatilan akan bermaharajalela. Namun jika qarinah digunakan tanpa
batasan tanpa berpandukan kepada prinsip-prinsip syarak. Ianya juga boleh
menyebabkan kezaliman. Konsep Qarinah yang begitu meluas pentafsirannya akan
diterima pakai oleh hakim dan mahkamah apabila terdapat beban pembuktian yang
kuat ke atas qarinah itu sendiri. Sebab itu undang-undang Islam mengamalkan
penggunaan Qarinah ini kerana ia memainkankan peranan penting sama ada dalam
kes mal mahupun kes jenayah. Namun begitu pengaplikasiannya di dalam kes
jenayah ternyata qarinah banyak membantu sesuatu kes diselesaikan dengan mudah.
Ini kerana qarinah itu sendiri menjadi sandaran atau kekuatan sesuatu bukti dalam
mensabitkan suatu kesalahan terhadap seseorang. Jadi pengaplikasiannya di dalam
kes jenayah Islam memang wujud dan diterima sebagai bukti atau fakta-fakta yang
ada hubungan dengan fakta yang lain dengan apa-apa cara yang disebutkan dalam
hukum syarak.

Anda mungkin juga menyukai