Anda di halaman 1dari 21

1

KURMA MAKANAN SUNNAH DAPAT TINGKATKAN TAHAP KESIHATAN


UMAT ISLAM KAJIAN TERHADAP MASYARAKAT DI TAMAN T&G FASA 2
KOTA MARUDU
ABSTRAK
Buah kurma banyak membawa manfaat kepada yang memakannya. Namun, tahap
pengetahuan buah kurma dalam kalangan masyarakat umat Islam di negara ini, masih banyak
tidak dikaji. Objektif kajian pertama ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti konsep kurma
menurut sunnah. Selain itu, objektif kajian kedua ini juga akan mengkaji tahap kefahaman
mengenai kurma terhadap masyarakat di Kota Marudu. Bagi mencapai objektif kajian yang
digariskan, kajian ini akan menggunakan dua metode iaitu metode kajian dalam
perpustakaan. Buku-buku berauthoriti akan dirujuk dalam mendapatkan maklumat manakala
data lapangan dan pengedaran soal selidik akan digunakan. 40 borang soal selidik telah
diedarkan kepada masyarakat di Taman T&G Fasa 2 Kota Marudu. Oleh itu, masyarakat
perlu mengetahui mengenai manfaat buah kurma yang banyak kebaikan kepada seluruh
lapisan masyarakat menurut sunnah.
2

Penghargaan

Segala puji bagi Allah s.w.t, kerana dengan limpahan kurnia dan nikmatnya dapat kita
bernafas sehingga ke hari ini. Selawat dan salam kesejahteraan ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan ahli keluarga baginda, para sahabat, dan pengikut-pengikut agama
mereka. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan kerja
kursus Usuluddin ini dalam tempoh yang dikehendaki walaupun terdapat banyak cabaran
yang terpaksa dihadapi bagi menjayakan tugasan.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru yang banyak membimbing
saya terutamanya di dalam tugasan ini, Ustazah Siti Rafidah binti Bilin .

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Tuan Japran bin
Hj Kusin kerana telah membenarkan kami menggunakan kemudahan untuk memudahkan lagi
proses penyiapan kerja kursus ini.

Seterusnya, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dah Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM) kerana telah memberi peluang kepada saya untuk melakukan
kerja kursus yang mana ianya merupakan latihan permulaan bagi saya untuk menjejakkan
kaki ke alam Universiti.

Khas untuk ibu bapa saya iaitu Encik Ali Hassan bin Ismail dan Puan Mariana Binti
Kombos jutaan terima kasih dirakamkan kerana telah memberi sokongan moral dan
kewangan kepada saya sepanjang masa. Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati dan
memberkati ayahanda dan juga bonda.

Akhir kalam, dipanjatkan doa kepada para fuqaha diatas ilmu yang bermanfaat.
Semoga roh para fuqaha’ sentiasa dicucuri rahamat dan berada dalam syurga Allah s.w.t. di
atas segala pandangan yang mereka kemukakan.

Sekian, terima kasih


3

Bi Isi Kandungan Muka surat


l

1 Abstrak 1

2 Penghargaan 2

3 1.0 Pengenalan 4

4 2.0 Objektif Kajian 5

5 3.0 Metode Kajian 5

6 4.0 Perbincangan dan dapatan kajian 6

4.1 Pengertian Kurma 6-7

4.2 Kajian literatur mengenai kurma dan kesihatan 7-10

4.3 Menilai tahap kefahaman masyarakat terhadap buah kurma 10-14


sebagai makanan sunnah
4.4 Menilai tahap kefahaman mengenai kurma terhadap masyarakat
di Kota Marudu 14-18

7 5.0 Rumusan dan cadangan 18-19

8 6.0 Rujukan 19

9 Lampiran 20-21

1.0 PENGENALAN
4

Kurma atau tamar adalah sejenis buah daripada tumbuhan palma atau nama saintifiknya
Phoenix dactylifera (Zohary & Hopf, 1993). Pokok kurma hidup subur di persekitaran yang
kering dan berpasir, terutamanya di Mesir, Arab Saudi, dan Negara Timur Tengah. Buahnya
boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Terdapat lebih daripada dua ratus
jenis kurma yang ada di seluruh dunia (Amer, 1994).

Kurma mempunyai nilai yang sangat penting dalam agama Islam. Terdapat 20 ayat al-
Quran daripada 17 surah yang menyebut tentang pohon kurma dan buah kurma, antaranya
ialah nasihat kepada Mariam semasa dalam kesakitan di saat hendak bersalin ketika
mengandungkan Nabi Isa, melalui Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:“Dan goncanglah
pangkal pohon kurma ke arahmu pasti pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang
masak kepadamu. Maka makan dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang
merunsingkan” (Al-Quran, 19: 25-26).

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. berkaitan dengan kebaikan buah kurma,
antaranya ialah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh
Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu
Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya (Said bin Abi Waqash) meriwayatkan
Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa setiap pagi memakan tujuh biji kurma Ajwa, maka
pada hari itu ia akan terhindar dari racun dan sihir”. (HR Bukhari, no. 5025).

Kurma adalah sejenis buah atau makanan kegemaran Rasulullah s.a.w. Pengambilan buah
kurma dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia termasuk Negara Malaysia sudah tidak
asing lagi, terutamanya semasa berbuka puasa di bulan Ramadhan. Dari sudut sains, buah
kurma mengandungi tinggi tenaga, karbohidrat, mineral, vitamin, protein, dan fiber (Alkaabi
et al., 2011) serta tinggi antioksida yang bertindak sebagai teraputik dalam mengawal
berbagai jenis penyakit seperti penyakit akibat jangkitan kuman, kanser dan diabetes
(Rahmani et al., 2014). Kurma adalah sejenis buah yang mengandungi tinggi nutrient
berbanding dengan buah-buahan lain yang biasa diambil oleh manusia. Ia adalah makanan
tunggal yang bukan sahaja berfungsi sebagai buah, tetapi juga sebagai makanan ruji (seperti
nasi, gandum) yang boleh membekalkan keperluan tenaga harian (Vayalil, 2012).

Oleh itu, kajian ini perlu dibuat untuk mengetahui manfaat kurma. Dapatan kajian yang
akan diperolehi diharap dapat melihat adakah tahap kejahilan itu berlaku kepada masyarakat
di Taman T&G Fasa 2 Kota Marudu.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


5

Tahap kefahaman mengenai kurma terhadap masyarakat amat penting kerana untuk
mengetahui manfaat kurma sebagai makanan sunnah yang dapat tingkatkan tahap kesihatan
umat Islam. Maka kajian ini menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai bagi
menjawab beberapa persoalan yang digambarkan dalam objektif berikut :

1. Mengenalpasti konsep kurma menurut sunnah.


2. Mengkaji tahap kefahaman mengenai kurma terhadap masyarakat di Taman T&G
Fasa 2 Kota Marudu.

3.0 METODE KAJIAN

Bagi mencapai dua objektif utama kajian perlu melalui kaedah untuk memudahkan kajian
dengan itu pengkaji perlu memilih untuk menggunakan dua kaedah kajian yang berikut :

1. Kaedah Kepustakaan
Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk bagi mencapai objektif pertama iaitu mengenalpasti
konsep kurma menurut sunnah. Melalui kaedah ini, pengkaji merujuk bahan ilmiah seperti
buku, artikel, jurnal dan penulisan lain yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Selain itu,
pengkaji juga melayari laman web yang berkaitan diinternet untuk menambah pengetahuan
dan mendapatkan maklumat yang sesuai dengan tajuk kajian.

2. Kaedah Soal Selidik


Kaedah soal selidik ini digunakan oleh pengkaji untuk mencapai objektif kedua iaitu
mengkaji tahap kefahaman mengenai kurma terhadap masyarakat di Taman T&G Fasa 2
Kota Marudu berkaitan. Untuk maklumat berkaitan, borang soal selidik yang menggunakan
kaedah skala likert telah diedarkan kepada 40 orang responden secara rawak.

4.0 PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN


6

4.1 PENGERTIAN KURMA

Sebahagian masyarakat di Nusantara mengenali ‘’tamar’’ secara umum, iaitu pokok


tamar dan buah tamar. Atau pokok kurma dan buah kurma. Akan tetapi orang-orang Arab
menyebut “tamar” ialah bagi buah pohon ini, manakala untuk menyebut pohonnya maka

disebut ‫اﻟﻨﺨﻠﺔ‬ atau ‫اﻟﺒﻼح ﺷﺠﺮة‬.

Kurma atau tamar adalah sejenis buah daripada tumbuhan palma atau nama saintifiknya
Phoenix dactylifera (Zohary & Hopf, 1993). Pokok kurma hidup subur di persekitaran yang
kering dan berpasir, terutamanya di Mesir, Arab Saudi, dan Negara Timur Tengah. Buahnya
boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Terdapat lebih daripada dua ratus
jenis kurma yang ada di seluruh dunia (Amer, 1994).

Sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur’an, kata An-Nakhl (‫)اﻟﻨﺨﻞ‬, An-Nankhiil (‫اﻟﻨﺨﯿ‬

‫ )ﻞ‬, An-Nakhlah (‫ )اﻟﻨﺨﻠﺔ‬dan An-Nakhlan (‫)اﻟﻨﺨﻼ‬ dalam kitab Mu’jam Al-Mufahras li Al-
Fazhil Qur’an, menyebutkan kata sebanyak 20 kali dalam 16 surah.
Kurma ini adalah sumber rezeki, kebaikan dan juga keberkatan. Sepertimana Allah SWT
mengisyaratkan kepada kita semua akan tingginya kedudukan kurma tersebut. Firman Allah
SWT :

ِ ‫َّخلَ ِة تُ ٰس ِق ْط َعلَي‬
ۖ ‫ك ُرطَبًا َجنِيًّا‬ ِ ‫ي اِلَي‬
ْ ‫ك جِبِ ْذ ِع الن‬
ْ ْ ْٓ ‫َو ُهِّز‬

Maksudnya: Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya (pohon) itu akan
menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. (Surah Maryam : 25).

Untuk itu, Allah SWT menyuruh umat Islam mengambil makanan yang mempunyai dua
kriteria iaitu halal dan baik berdasarkan Firman-Nya :

‫۝‬١٧٢ ‫ ُك مۡ َواٌ ۡشُكُرواْ لِلَ ِه إِن ُكنتُ مۡ إِيَّاهُ تَۡبعُ ُدو َن‬6َ‫َٰت َما َر َز ْقَٰٰن‬6
ِ ‫ٰيٓأَيُّها اٌلَّ ِذين ءامنُواْ ُكلُواْ ِمن طَيِّٰب‬
َ ََ َ َ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang kami
berikan kepada kami dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya menyembah
kepada-Nya. (Surah Al-Baqarah 2 : 172).

Sebagaimana dalam Firman lain. Firman Allah SWT :


7

ِ ‫ٰو‬6َُٰ‫الً طَيِّبا واَل َتتَّبِعواْ خط‬6َ‫ض ح َٰٰل‬ ‫مِم‬


ٌ ِ‫لش ۡي ٰطَ ِن ۚ إِنَّهُ لَ ُك مۡ َع ُد ٌّو ُّمب‬
ۡ
َ ِ ‫َّاس ُكلُواْ َّا ىِف اٌ لأَ ۡر‬
ٓ
‫۝‬١٢٨ ‫ني‬ َّ ٌ‫ت ا‬ َ ُ ُ َ ً ُ ‫ٰأَييُّ َها اٌلن‬

Maksudnya: Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat
di bumi, dan janganlah kamu mengikuti Langkah-langkah syaitan, sungguh syaitan itu
musuh yang nyata bagi kamu. (Surah Al-Baqarah 2 : 168).

Kesemua ayat di atas menerangkan perintah Allah SWT agar manusia mengambil
makanan yang baik lagi halal agar mereka mendapat kebaikan dan kesihatan serta mendapat
keberkatan hidup dari Allah SWT.

Kurma adalah salah satu makanan yang baik lagi halal dan tidak asing lagi bagi kita. Ia
merupakan makanan paling istimewa dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Penanaman
poko kurma yang meluas pada masa kini lebih-lebih lagi di negara Arab memudahkan
masyarakat di seluruh dunia untuk mendapatkan kurma.

Terdapat kajian yang mengatakan dengan pengambilan jus kurma sebagai minuman
adalah amalan yang sihat kerana khasiatnya dapat menjadi sumber tenaga pada badan,
menyembuhkan penyakit cepat rabun, menguatkan otot-otot pada tubuh dan sebagainya.

Dari ilmu kesihatan, kurma boleh mengurangkan pelbagai jenis penyakit berisiko bagi
seseorang yang diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung, sakit asma, kanser dan
lain-lain.

4.2 KAJIAN LITERATUR MENGENAI KURMA DAN KESIHATAN

1. Kurma dan kandungan serat

Selain daripada tinggi vitamin dan mineral, buah kurma adalah sumber yang kaya dengan
fiber atau serat, iaitu 6.4% hingga 11.5% bergantung kepada jenis dan tahap kemasakan (Al-
Shahib & Marshall, 2002). Pengambilan 100 gram kurma setiap hari dapat memenuhi 32%
daripada saranan pengambilan serat harian (Marlett et al., 2002). Serat mempunyai banyak
manfaat teraputik termasuk menurunkan aras kolesterol darah dan risiko banyak penyakit
kronik seperti diabetes, hipertensi, kanser kolon, dan penyakit jantung (Marlett et al., 2002;
Cummings et al., 1992)

2. Kurma dan tekanan darah


8

Kurma mengandungi tinggi mineral seperti selenium, copper, potassium, dan magnesium,
sederhana kandungan manganese, zat besi, phosphorus, dan calcium serta mengandungi
sedikit kuantiti boron (Barreveld, 1993). Kandungan magnesium dan potassium yang tinggi
serta sodium yang rendah di dalam kurma adalah sesuai dalam mengawal tekanan darah.
Peranan magnesium dikatakan dapat meningkatkan keberkesanan ubat yang digunakan untuk
mengawal tekanan darah (Houston, 2011). Tekanan darah yang tinggi merupakan faktor
risiko utama penyakit jantung.

3. Pengambilan buah kurma oleh ibu mengandung dan proses bersalin

Tempoh masa yang panjang semasa proses bersalin adalah penyebab kepada 8%
kematian ibu mengandung semasa bersalin di negara sedang membangun (Gray Cuningham
et al., 2010). Buah kurma dikatakan dapat membantu memudahkan proses kelahiran ketika
hampir bersalin. Dalam satu kajian, ibu mengandung yang diberi makan 6 biji kurma setiap
hari selama 4 minggu sehingga tarikh jangkaan bersalin, didapati keupayaan bersalin secara
normal adalah 20% lebih tinggi dan tempoh bersalin adalah lebih pendek dan signifikan
berbanding dengan mereka yang tidak mengambil buah kurma (Al-Kuran et al., 2011)

Kordi et al., (2017) telah membuat kajian ke atas 91 ibu mengandung yang diberi makan
70 hingga 76 gram buah kurma setiap hari bermula minggu ke 37 hingga ke waktu bersalin
(kumpulan intervensi), dan 91 ibu mengandung yang lain tidak diberi makan buah kurma
(kumpulan kawalan). Kajian tersebut mendapati jangka masa fasa aktif, fasa kedua dan fasa
ketiga untuk kes kelahiran secara biasa bagi kumpulan intervensi adalah lebih pendek
(signifikan) berbanding dengan kumpulan kawalan. Kajian tersebut menyimpulkan bahawa
pengambilan buah kurma pada beberapa minggu terakhir tempoh mengandung adalah
berkesan dalam membantu pembukaan pintu rahim (cervical dilation), memendekkan masa
proses bersalin dan mengurangkan keperluan oxytocin yang digunakan untuk
mempercepatkan proses bersalin atau kelahiran secara “induce”.

4. Kurma dan kandungan gula semulajadi serta tenaga


9

Karbohidrat terutamanya gula dalam bentuk semulajadi (sukrosa, glukosa dan fruktosa)
adalah komponen utama buah kurma yang meliputi sehingga 78% (Makki et al., 1998).
Kandungan glukosa, fruktosa, dan sukrosa adalah dalam julat masing-masing 29.04 hingga
34.53 g/100 g, 20.72 hingga 23.65 g/100 g, dan 1.86 hingga 2.34 g/100 g (Ahmed et al.,
1995). Gula semulajadi di dalam kurma mudah dihadam dan dimetabolisma kepada tenaga
untuk kegunaan tubuh manusia. Keadaan ini amat sesuai dengan sunnah Rasullullah s.a.w.
yang menggalakkan umat Islam yang berpuasa, berbuka puasa dengan kurma kerana kurma
menyediakan tenaga segera selepas lebih kurang 14 jam berpuasa.

5. Kurma dan pengawalan kandungan gula dalam darah

Indeks glisemik (GI) ialah sistem pengkelasan makanan berdasarkan kepada berapa cepat
makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan paras gula (glukosa) dalam darah
seseorang selepas makanan tersebut dimakan. Suatu makanan dikelaskan mengikut indeks
glisemik sama ada glisemik rendah (nilainya kurang daripada 55), sederhana (55 – 69) atau
tinggi (70 atau lebih) (Malaysians’ Dietitians Association, 2013). Kajian mendapati buah
kurma adalah termasuk makanan yang mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu
antara 35.5 hingga 47.2 (Miller et al., 2001). Nilai GI buah kurma adalah setanding atau
lebih rendah berbanding dengan buah epal (GI=36), pisang (GI=53), limau oren (GI=43), dan
buah kiwi (GI=53) (Foster-Powell & Miller, 1995). Alkaabi et al., (2011) telah
membandingkan nilai GI antara kumpulan pesakit diabetis jenis 2 dan kumpulan kawalan
selepas diberi makan lima varieti buah kurma dalam kuantiti 50 g karbohidrat/hari pada hari
yang berlainan.

Kajian mendapati tiada perbezaan signifikan nilai GI di antara kedua-dua kumpulan untuk
kelima-lima jenis buah kurma tersebut. Kajian juga mendapati pengambilan kelima-lima jenis
kurma oleh pesakit diabetes tidak menyebabkan peningkatan glukosa darah post- prandial.

Buah kurma dapat mengawal aras glukosa darah dan memberi manfaat kepada pesakit
diabetes kerana ia mempunyai nilai indeks glisemik yang rendah di samping tinggi serat and
antioksida (Rahmani et al., 2014). Kesan GI yang rendah adalah dikaitkan dengan kandungan
fruktosa yang tinggi di dalam buah kurma. Ahmed et al. (1995) melaporkan nisbah glukosa:
fruktosa adalah 1.2 di dalam rutab dan 1.1 di dalam kurma.
10

6. Kurma dan pencegahan kanser

Buah kurma adalah sumber yang kaya dengan antioksida (Zineb et al., 2012). Guo et al.
(2003) melaporkan kurma adalah buah yang kedua tertinggi dari segi kandungan antioksida
daripada 28 buah-buahan yang biasa diambil di China. Berbanding dengan jenis buah kering
yang serupa, contohnya buah plum kering dan buah tin, kurma adalah mempunyai kandungan
antioksida yang tertinggi, terutamanya polyphenol (Vinson et al., 2005). Termasuk dalam
kumpulan polyphenol, ialah flavonoid yang berperanan penting dalam mencegah dan
mengawal penyakit kanser (Rahmani et al., 2014; Bakhtiari et al., 2017, Khan et al., 2017).
Selain itu kurma dilaporkan mengandungi beta D-glucan yang juga berperanan sebagai anti
tumor yang boleh mencegah pembentukan sel kanser (Ishurd et al., 2002).

4.3 MENILAI TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP BUAH KURMA


SEBAGAI MAKANAN SUNNAH
Bagi mencapai objektif kedua kajian iaitu mengkaji tahap kefahaman mengenai kurma
terhadap masyarakat di Kota Marudu, pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada 40
orang responden bagi mendapatkan maklumat berkaitan. Borang soal selidik dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu bahagian A berkaitan profil demografi dan bahagian B yang
mengandungi 10 item soalan tahap kefahaman masyarakat terhadap buah kurma sebagai
makanan sunnah.

(a) Profil Demografi

Sebanyak 5 soalan yang dikemukan dalam bahagian A berkaitan Profil Demografi untuk
mengetahui maklumat asas responden yang dikaji. Soalan pertama adalah mengenai jantina
responden yang terdiri daripada 40 orang di Kota Marudu. Bagi soalan kedua adalah
mengenai umur responden manakala soalan ketiga tentang perkauman responden. Ketiga-tiga
soalan ini penting untuk membantu pengkaji mendapatkan maklumat dan data yang tepat bagi
mencapai objektif yang ingin dikaji.
11

PROFIL DEMOGRAFI BERDASARKAN JANTINA DI TAMAN


T&G FASA 2 KOTA MARUDU

Lelaki
Perempuan
40%

60%

Jadual 1 : Jantina Responden


Berdasarkan Jadual 1 di atas menunjukkan responden berdasarkan jantina di Kota
Marudu. daripada 40 orang yang telah disoal selidik, seramai 16 orang responden adalah
berjantina lelaki bersamaan dengan 40%. Sementara itu, bagi jantina perempuan adalah
seramai 24 orang responden yang juga sebanyak 60%.

PROFIL DEMOGRAFI BERDASARKAN UMUR DI TAMAN


T&G FASA 2 KOTA MARUDU
60%

50.00%
50%

40%

30%
25.00%
20.00%
20%

10%
5.00%

0%
13-18 Tahun 19-29 Tahun 30-39 Tahun 40 Tahun ke-atas

Jadual 2 : Profil Demografi Berdasarkan Umur Di Kota Marudu


12

Berdasarkan jadual 2 di atas menunjukkan respoden mengikut umur. Seramai 40 orang


responden telah dipilih secara rawak bagi menjawab soal selidik bagi mendapatkan maklumat
yang diperlukan oleh pengkaji. Seramai 2 orang responden terdiri daripada umur 13-18 tahun
bersamaan 5%. Bagi umur 19-29 tahun seramai 20 orang bersamaan 50%. Seterusnya,
seramai 10 orang responden yang terdiri daripada umur 30-39 tahun bersamaan 25%. Akhir
sekali, bagi umur 40 tahun ke-atas hanya seramai 8 orang responden bersamaan 20%.

Profil Demografi Berdasarkan Pekerjaan Di Taman T&G


Fasa 2 Kota Marudu

13% Kakitangan Kerajaan


Pekerja Swasta
8% Bekerja Sendiri
Pelajar
55%
25%

Jadual 3 : Profil Demografi Berdasarkan Pekerjaan Di Kota Marudu


Berddasarkan jadual 3 di atas menunjukkan responden berdasarkan pekerjaan. Terdiri
daripada 40 orang responden dipecahkan beberapa jenis pekerjaan. Bagi kakitangan kerajaan
merupakan paling banyak responden iaitu seramai 22 orang bersamaan 55%. Seterusnya,
pekerja swasta hanya seramai 10 orang bersamaan 25%. Bagi bekerja sendiri merupakan
paling sedikit responden yang seramai 3 orang bersamaan 7%. Akhir sekali, bagi pelajar
sebagai responden hanya ramai 5 orang bersamaan 13%.
13

PROFIL DEMOGRAFI BERDASARKAN KAUM DI TAMAN T&G FASA 2


KOTA MARUDU

Melay
Lain-
u
lain
25%
30%

Dusun Bajau
15% 30%

Jadual 4 : Kaum Responden


Berdasarkan jadual 4 di atas menunujukkan responden mengikut kaum. Terdiri
daripada 40 orang responden dipecahkan beberapa kaum. Bagi kaum Melayu seramai 10
orang responden bersamaan 25%. Seterusnya, seramai 12 orang responden adalah kaum
Bajau bersamaan 30%. Bagi kaum Dusun terdiri daripada 6 orang responden bersamaan 15%.
Manakala lain-lain adalah seramai 12 orang responden bersamaan 30% yang terdiri daripada
Brunei, Jawa, Rungus, Sungai dan Bugis.

Soalan Kepada Responden : Berapakah Kekerapan Pengambilan Buah


Kurma Yang Dimakan?
45.00%

40.00%

35.00%

30.00%

25.00%

20.00%

15.00%

10.00%

5.00%

0.00%

1-3 kali sehari 1-3 kali seminggu 1-3 kali sebulan 1-3 kali setahun Tidak makan

Jadual 5 : Soalan kepada responden


14

Berdasarkan jadual 5, Responden yang tidak makan buah kurma adalah seramai 2 orang
iaitu 5% sahaja. Bagi kekerapan responden yang hanya makan buah kurma dalam 1-3 kali
sehari hanya 3 orang sahaja dengan 7.5%. Seterusnya bagi responden yang hanya 1-3 kali
seminggu makan buah kurma adalah 8 orang bersamaan 20%. Bagi yang kekerapan
pengambilan buah kurma yang dimakan dalam 1-3 kali sebulan adalah 11 orang iaitu 27.5%
dan kekerapan tertinggi pengambilan buah kurma yang dimakan dalam 1-3 kali setahun
adalah seramai 16 orang bersamaan 40%.

4.4 MENILAI TAHAP KEFAHAMAN MENGENAI KURMA TERHADAP


MASYARAKAT DI TAMAN T&G FASA 2 KOTA MARUDU

Di dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan hasil dapatan daripada soal selidik
yang telah dijawab oleh 40 orang responden yang dipilih secara rawak. Sebanyak 15 item
soalan aras kefahaman yang dikemukakan oleh pengkaji melalui soal selidik bagi menilai
tahap kefahaman mengenai kurma terhadap masyarakat di Taman T&G Fasa 2 Kota Marudu
dengan menggunakan Skala Likert dan penjelasannya adalah seperti berikut:
Sangat tidak Tidak setuju Agak setuju Setuju Sangat setuju
setuju
1 2 3 4 5

Bil Item 1 2 3 4 5
1 Kurma mempunyai kandungan 1 12 27
serat yang tinggi. 2.5% 30% 67.5%
2 Kandungan mineral dalam kurma 1 3 18 18
dapat membantu menyeimbang 2.5% 7.5% 45% 45%
tekanan darah.
3 Kurma dapat membantu 1 1 6 22 10
memudahkan proses bersalin. 2.5% 2.5% 15% 55% 25%
4 Kurma sebab mempunyai kadar 1 14 25
gula semulajadi tinggi untuk 2.5% 35% 62.5%
membekal tenaga.
5 Kurma dapat membantu 1 1 5 15 18
mengawal kandungan gula dalam 2.5% 2.5% 12.5% 37.5% 45%
darah.
6 Kurma mengandungi antioksida 1 8 17 14
yang dapat membantu mencegah 2.5% 20% 42.5% 35%
15

kanser.
7 Kurma dapat menguatkan 1 7 14 18
ingatan. 2.5% 17.5% 35% 45%
8 Kurma dapat mencegah serangan 1 7 22 10
jantung. 2.5% 17.5% 55% 25%
9 Kurma dapat melindungi kulit 4 7 23 6
dari infeksi. 10% 17.5% 57.5% 15%
10 Kurma boleh mengakibatkan 4 17 6 9 4
kencing manis jika mengambil 10% 42.5% 15% 22.5% 10%
kuantiti yang melebihi kalori.
Jadual 6: Tahap Kefahaman Mengenai Kurma Terhadap Masyarakat Di Taman T&G Fasa 2
Kota Marudu

Berdasarkan maklumat dalam jadual 6 diatas, didapati seramai 27 orang bersamaan


67.5% yang sangat setuju dengan pernyataan kurma mempunyai kandungan serat yang tinggi
dan terdapat seramai 12 orang atau 30% yang setuju juga pernyataan ini. Manakala seorang
lagi sangat tidak setuju dengan pernyataan ini yang membawa 2.5%. Ini disebabkan kerana
pengetahuan mereka terhadap kurma berada tahap kurang memuaskan, Soalan yang
dinyatakan oleh pengkaji merupakan soalan yang berkaitan pengetahuan mengenai manfaat
kurma.

Seterusnya, terdapat seramai 18 orang yang setuju dan sangat setuju yang masing-masing
perolehi 45% bagi pernyataan kandungan mineral dalam kurma dapat membantu
menyeimbang tekanan darah. Hal ini, kefahaman masyarakat terhadap buah kurma diyakini
yang bahawa kandungan mineral dalam kurma dapat menyeimbang tekanan darah demi
mengelakkan penyakit berbahaya. Terdapat 3 orang bersamaan 7.5% yang agak setuju
dengan pernyataan ini. Manakala seorang sahaja yang tidak setuju dengan pernyataan
mengenai kurma ini.

Bukan itu sahaja, masing-masing 1 orang atau 2.5% yang sangat tidak setuju dan tidak
setuju bagi pernyataan kurma dapat membantu memudahkan proses bersalin. Hal ini
disebabkan,kurang kefahaman mengenai kurma yang dapat membantu ibu bersalin. Terdapat
seramai 6 orang bersamaan 15% yang agak setuju dan seramai 22 orang bersamaan 55% yang
setuju dengan pernyataan ini serta 10 orang bersamaan 25%. Hal ini, segelintir masyarakat
tidak pasti bahawa buah kurma dapat membantu proses bersalin.

Pernyataan bagi kurma sebab mempunyai kadar gula semulajadi tinggi untuk membekal
tenaga merupakan paling ramai yang sangat setuju iaitu seramai 25 orang bersamaan 62.5%.
16

Manakala yang setuju hanya seramai 14 orang atau 35% dan 1 orang sahaja iaitu 2.5% yang
agak setuju dengan pernyataan ini. Hal ini, kefahaman masyarakat dipercayai bahawa buah
kurma mempunyai kadar gula semulajadi yang tidak mengakibatkan penyakit diabetes.

Pernyataan seterusnya ialah kurma dapat membantu mengawal kandungan gula dalam
darah. Hal ini ramai yang sangat setuju dengan pernyataan ini iaitu seramai 18 orang
bersamaan 45% dan bagi responden yang setuju sahaja adalah seramai 15 orang iaitu 37.5%.
Didapati 5 orang yang agak setuju iaitu 12.5%. Manakala sangat tidak setuju dan tidak setuju
masing-masing memperolehi 1 orang bersamaan 2.5%. Hal ini, tahap kefahaman masyarakat
berada tahap yang tinggi kerana ramai masyarakat bersetuju mengenai pernyataan ini.

Selain itu, kurma mengandungi antioksida yang dapat membantu mencegah kanser di sini
ramai yang setuju dengan pernyataan ini yang seramai 17 orang bersamaan 42.5% dan sangat
setuju hanya 14 orang atau 35%. Manakala agak setuju hanya 8 orang bersamaan 20% dan
hanya 1 orang atau 2.5% sahaja yang tidak setuju dengan pernyataan ini. Hal ini disebabkan,
ramai berpengetahuan bahawa kurma dapat mencagah kanser tetapi sebahagian sahaja yang
yakin dengan pernyataan ini.

Pernyataan bagi kurma dapat menguatkan ingatan ramai yang sangat setuju dengan
pendapat ini iaitu seramai 18 orang bersamaan 45% dan bagi yang setuju adalah seramai 14
orang bersamaan 35%. Manakala yang agak setuju seramai 7 orang bersamaan 17.5% dan
tidak setuju pula hanya seorang dengan 2.5%. Hal ini, ramai menyatakan sangat setuju
bahawa buah kurma dapat menguatkan ingatan terhadap otak.

Pernyataan seterusnya adalah kurma dapat mencegah serangan jantung yang paling ramai
ialah setuju dengan seramai 22 orang bersamaan 55% dan bagi yang sangat setuju adalah
seramai 10 orang bersamaan 25%. Hal ini, kurma tidaklah sepenuhnya dapat mencegah
serangan jantung tetapi kurma ini juga baik untuk jantung sebagai ikhtiar. Manakala yang
agak setuju seramai 7 orang bersamaan 17.5% dan tidak setuju pula hanya seorang dengan
2.5%.

Selain itu, kurma dapat melindungi kulit dari infeksi. Didapati seramai 23 orang
bersamaan 57.5% yang setuju dan hanya seramai 6 orang atau 15% sahajat yang sangat setuju
dengan pernyataan ini. Ini bermakna masyarakat tidak memahami sepenuhnya bahawa kurma
dapat melindungi kulit dari infeksi. Manakala yang agak setuju seramai 7 orang bersamaan
17.5% dan tidak setuju pula hanya 4 orang bersamaan 10%.
17

Pernyataan terakhir ialah kurma boleh mengakibatkan kencing manis jika mengambil
kuantiti yang melebihi kalori. Seramai 4 orang yang sangat tidak setuju iaitu 10% dan
seramai 17 orang yang tidak setuju dengan pernyataan ini iaitu 42.5%. Bagi agak setuju
hanya 6 orang iaitu 15% dan setuju hanya 9 orang iaitu 22% manakala sangat setuju hanya 4
orang iaitu 10%. Hal ini, ramai masyarakat yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini
bermaksud bahawa kurma bukanlah boleh mendatangkan penyakit kencing manis.

Bil Item 1 2 3 4 5
1 Saya amalkan makan kurma 3 7 8 18 4
untuk diet. 7.5% 17.5% 20% 45% 10%
2 Saya sentiasa rasa kenyang 6 7 18 9
apabila makan kurma. 15% 17.5% 45% 22.5%
3 Saya makan kurma untuk 6 6 18 10
membantu ingatan saya. 15% 15% 45% 25%
4 Saya makan kurma agar dapat 4 5 16 15
bertenaga apabila bekerja. 10% 12.5% 40% 37.5%
5 Saya makan kurma untuk 1 7 6 19 7
mencegah penyakit jantung. 2.5% 17.5% 15% 47.5% 17.5%

Pernyataan bagi ‘Saya amalkan makan kurma untuk diet’, seramai 18 orang yang
setuju iaitu 45% dengan pernyataan ini berbanding yang sangat tidak setuju hanya 3 orang
iaitu 7.5% dan tidak setuju hanya 7 orang iaitu 17.5%. Manakala agak setuju hanya 8 orang
20% dan sangat setuju hanya 4 orang iaitu 10%. Hal ini, tidaklah sepenuhnya masyarakat
memakan buah kurma itu sebagai makanan diet.

Pernyataan seterusnya ialah ‘Saya sentiasa rasa kenyang apabila makan kurma.’.
Pernyataan ramai yang setuju sebanyak 45% bersamaan 18 orang. Ini bermaksud ramai
masyarakat yang memakan buah kurma ini dapat mengenyangkan sebab itu buah dijadikan
sunnah untuk berbuka puasa. Bagi yang sangat setuju kurang daripada yang setuju iaitu
seramai 9 orang bersamaan 22.5% dan bagi agak setuju hanya 7 orang bersamaan 17.5%.
Manakala hanya 6 orang yang tidak setuju bersamaan 15%.

Bagi pernyataan ‘Saya makan kurma untuk membantu ingatan saya.’ Seramai 18 orang
yang setuju bersamaan 45%. Hal ini, masyarakat yang selalu beramal makan buah kurma
telah dapat membantu daya ingatan seseorang terutamanya pelajar. Bagi yang sangat setuju
18

adalah seramai 10 orang bersamaan 25% dan agak setuju serta tidak setuju masing-masing 6
orang bersamaan 15%.

Pernyataan seterusnya adalah ‘Saya makan kurma agar dapat bertenaga apabila
bekerja.’. Seramai 15 orang sangat setuju iaitu 37.5% dan bagi setuju hanya seramai 16 orang
iaitu sebanyak 40%. Manakala agak setuju hanya 5 orang bersamaan 12.5% dan tidak setuju
hanya 4 orang bersamaan 10%. Hal ini, majoriti masyarakat bersetuju bahawa kurma ini
dapat membekalkan tenaga dalam badan daripada lesu sewaktu berkerja dan tidak mudah
penat.

Akhir sekali, pernyataan bagi ‘Saya makan kurma untuk mencegah penyakit jantung.’.
Seramai 19 orang bersamaan 47.5% yang setuju dan seramai 7 orang bersamaan 17.5% yang
sangat setuju dengan pernyataan ini. Dengan itu, seramai 7 orang iaitu 17.5% yang tidak
setuju dan hanya seorang sahaja yang sangat tidak setuju bersamaan 2.5% manakala agak
setuju hanya 6 orang iaitu 15%. Hal ini, sesetengah masyarakat hanya mengetahui bahawa
kurma ini dapat membantu cegah penyakit jantung, dan ada sesetengah masyarakat kurang
pasti yang bahawa kurma ini juga dapat cegah penyakit jantung.

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Dapat dirumuskan disini bahawa, berdasarkan kajian yang dijalankan, saya dapat
mengenalpasti tentang konsep kurma menurut sunnah yang boleh menambah pengetahuan
mengenai manfaat buah kurma. Dengan itu, buah kurma banyak memberi manfaat kepada
manusia antara manfaatnya ialah buah kurma dapat menguatkan daya ingatan, memudahkan
proses bersalin, membekalkan tenaga, mencegah penyakit berbahaya seperti kanser, penyakit
jantung dan sebagainya. Walaubagaimanapun, berdasarkan kajian saya bagi mengkaji tahap
kefahaman mengenai kurma terhadap masyarakat di Taman T&G Fasa 2 Kota Marudu berada
tahap kesederhanaan.

Disamping itu, tujuan kajian ini adalah mengkaji kafahaman masyarakat dan amalan
pengambilan buah kurma dalam kalangan masyarakat di Taman T&G Fasa 2 Kota Marudu.
Malahan, pengambilan buah kurma kurang kerana agak sukar didapati dan harga terlalu
mahal untuk membelinya mengikut kualiti buah kurma itu. Tetapi kebanyakan masyarakat
manyatakan setuju mengenai kefahaman kebaikan buah kurma itu bermaksud tahap
kefahaman berada tahap sederhana dan kesan terhadap diri apabila makan buah kurma ini
19

memberi bukti terhadap generasi-generasi yang akan datang. Oleh itu, kita hendaklah
mengetahui mengenai kebaikan makanan-makanan nabi yang banyak membawa manfaat
kepada kita terhadap kesihatan yang telah diterangkan mengikut perspektif al-Quran.

Terdapat beberapa cadangan yang dapat saya kemukakan di sini bagi bagaimana
masyarakat mengamalkan pemakanan buah kurma sebagai sunnah:

1) Masyarakat hendaklah mempraktikkan kehidupan mengamalkan pemakanan buah


kurma sebagai makanan harian sekurang-kurangnya 3 kali semiggu. Hal ini demikian
kerana, untuk meningkatkan tahap kesihatan terhadap manusia.
2) Pihak AJK komuniti hendaklah mendedahkan konsep buah kurma kepada lapisan
masyarakat agar lebih mengetahui manfaat buah kurma. Hal ini demikian kerana,
masyarakat berpengetahuan mengenai manfaat buah kurma yang dapat tingkatkan
kesihatan manusia.

6.0 SENARAI RUJUKAN

Ahmad Syamil Ahmad, (2014), Keistimewaan Kurma Dalam Al-Quran Ditinjau Dari
Perspektif Ilmu Kesehatan, Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.

Ahmad Bazli Ahmad Hilmi, Selamat Amir, Zulkarnin Zakaria, (2016), Salah Faham Dalam
Amalan Pemakanan Kurma Menurut Al-Quran Dan Al-Hadith: Penilaian Terhadap
Terjemahan Makna Kalimah Al-Rutab Dan Al-Tamr, Universiti Sains Islam Malaysia.

Harlia Al Munawwarah, (2015), Hubungan Pemberian Kurma Varietas Ajwa Terhadap Kadar
Kolesterol Total Darah, Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta.

Wan Nudri Wan Daud, Nor Faizatul Najwa Abdullah, (2019), Tahap Pengetahuan Dan
Amalan Pengambilan Buah Kurma Dalam Kalangan Pelajar Bidang Sains Kesihatan Dan
Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia.

https://forms.gle/byWxFX84LhrQYJyg8, (2020), Google.


20

LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK


KURMA MAKANAN SUNNAH DAPAT TINGKATKAN TAHAP KESIHATAN UMAT
ISLAM KAJIAN TERHADAP MASYARAKAT DI TAMAN T&G FASA 2 KOTA
MARUDU
1. Soal selidik bertujuan untuk mengkaji TAHAP KEFAHAMAN TERHADAP BUAH
KURMA SEBAGAI MAKANAN SUNNAH.
2. Semua maklumat berkaitan responden yang terlibat dalam kajian ini akan dirahsiakan.
3. Responden diminta menjawab semua soalan.
4. Kerjasama responden menjawab soalan dengan jujur amat dihargai.
BAHAGIAN A:
PROFIL DEMOGRAFI
Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan.
Jantina :
Lelaki ( ) Perempuan ( )

Umur :
12-18 tahun ( ) 19-29 tahun ( ) 30-39 tahun ( ) 40 tahun keatas ( )

Pekerjaan:
Kakitangan kerajaan ( ) Pekerja swasta ( )
Bekerja sendiri ( ) Pelajar ( )

Bangsa :
Melayu ( ) Bajau ( ) Dusun ( ) Lain-lain ( )nyatakan:_______

Berapakah kekerapan pengambilan buah kurma yang dimakan?


1-3 kali sehari ( )
1-3 kali seminggu ( )
1-3 kali sebulan ( )
1-3 kali setahun ( )
Tidak makan ( )
21

BAHAGIAN B :
TAHAP KEFAHAMAN MENGENAI KURMA TERHADAP MASYARAKAT DI
TAMAN PERUMAHAN T&G FASA 2 KOTA MARUDU
Tandakan (√) pada ruangan yang disediakan mengikut pengetahuan anda berdasarkan item
soalan yang diberikan.
Sangat tidak Tidak setuju Agak setuju Setuju Sangat setuju
setuju
1 2 3 4 5

SOALAN B (1)
Bi Soalan 1 2 3 4 5
l
1 Kurma mempunyai kandungan serat yang tinggi.
2 Kandungan mineral dalam kurma dapat membantu
menyeimbang tekanan darah.
3 Kurma dapat membantu memudahkan proses bersalin.
4 Kurma sebab mempunyai kadar gula semulajadi tinggi untuk
membekal tenaga.
5 Kurma dapat membantu mengawal kandungan gula dalam
darah.
6 Kurma mengandungi antioksida yang dapat membantu
mencegah kanser.
7 Kurma dapat menguatkan ingatan.
8 Kurma dapat mencegah serangan jantung.
9 Kurma dapat melindungi kulit dari infeksi.
10 Kurma boleh mengakibatkan kencing manis jika mengambil
kuantiti yang melebihi kalori.

SOALAN B (2)
Bi Soalan 1 2 3 4 5
l
1 Saya amalkan makan kurma untuk diet.
2 Saya sentiasa rasa kenyang apabila makan kurma.
3 Saya makan kurma untuk membantu ingatan saya.
4 Saya makan kurma agar dapat bertenaga apabila bekerja.
5 Saya makan kurma untuk mencegah penyakit jantung.

SOALAN TAMAT

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Anda mungkin juga menyukai