Anda di halaman 1dari 1

Kamu telah menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Ceritakan pengalaman
kamu menyertai pertandingan tersebut.

Saya suka melukis gambar. Saya minat melukis sejak dari kecil lagi. Ibu dan ayah menyedari minat
saya yang suka melukis itu.

Pada suatu hari, saya terbaca iklan pertandingan melukis yang dianjurkan oleh pihak
sekolah. Saya pun mencuba nasib dengan menyertai pertandingan melukis itu. Banyak peserta yang
menyertai pertandingan melukis tersebut.

Ayah dan ibu menyokong kuat terhadap minat say aitu. Mereka menemani saya ketika
pertandingan itu diadakan. Mereka memberi kata=kata semangat untuk saya berjaya. Saya berazam
akan melukis dengan baik.

Semasa pertandingan, saya melukis dengan teliti dan bersungguh-sungguh. Saya berharap
saya dapat menghasilkan lukisan yang cantik pada hari itu. Saya menumpukan sepenuh perhatian
kepada lukisan saya itu.

Akhirnyam saua selesai melukis mengikut masa yang ditetapkan. Saya menunggu dengan
penuh sabar keputusan daripada pihak pengadil. Jantung saya berdebar-debar semasa menunggu
keputusan tersebut.

Tidak lama kemudian, pengerusi majlis mengumumkan keputusan pertandingan. Nama saya
diumumkan sebagai johan dalam pertandingan melukis itu. Pengerusi pertandingan telah
menyampaikan hadiah kepada saya. Saya berasa seperti bermimpi menjadi johan dalam
pertandingan itu.

Ayah dan ibu saya turut berasa bangga dengan kejayaan say aitu. Saya berharap saya akan
terus berjaya dalam pertandingan melukis di peringkat daerah dan negeri pula.

Anda mungkin juga menyukai