Anda di halaman 1dari 13

Masaalah Koordinasi Tubuh Badan Semasa Melakukan Aktiviti Pergerakan Asas

Lokomotor Dan Manipulasi Alatan

Oleh
SOH LI SIN
SJK(C) PEI HWA
PETI SURAT 34,
81907 KOTA TINGGI,
JOHOR

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mendeskripsi tahap koordinasi ke atas 15 orang murid tahun 1
Tekun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa . Kajian ini juga bertujuan untuk
merangka program jangka pendek bagi membantu murid yang menghadapi masalah
untuk menyelaraskan anggota tubuh badan semasa melakukan pergerakan asas dan
manipulasi alatan di kalangan responden. Data kuantitatif yang dikumpul ialah, melalui
ujian pergerakan asas dan manipulasi alatan. Kaedah temubual separa berstruktur,
pemerhatian serta penelitian dokumen digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data
responden yang dipilih secara purposive. Fasa ketiga melibatkan tindakan yang
dijalankan ke atas responden yang terdiri daripada cadangan aktiviti permainan dan
pergerakan asas serta manipulasi alatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 5
daripada 15 orang murid mempunyai koordinasi tubuh badan yang baik. Sebanyak 10
daripada 15 orang murid tidak menyelaraskan pergerakan anggota tubuh badan
dengan baik, responden yang dipilih secara purposive, seramai 3 orang telah berjaya
menyelaraskan anggota tubuh badan dan berada dalam kategori normal, manakala
seramai 4 orang subjek masih lagi berada dalam keadaan tidak dapat menyelaraskan
pergerakan anggota tubuh badan(koordinasi). Program rawatan yang disediakan ke
atas responden didapati berkesan untuk meningkatkan keupayaan koordinasi murid
tahun 1.
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Selepas saya mengajar tajuk koordinasi untuk murid tahun 1 selama 2 bulan, saya
mendapati 15 orang murid tidak dapat melakukan pergerakan yang melibatkan
koordinasi tubuh badan. Saya telah bercadang untuk melakukan satu kajian untuk
matapelajaran Pendidikan Jasmani yang bertajuk koordinasi dikalangan murid tahun 1
semasa melakukan pergerakan lokomotor dan manipulasi alatan dengan menggunakan
muzik. Semasa saya mengajar Pendidikan Jasmani murid tahun 1 Tekun saya terpaksa
menghabiskan masa selama 1 bulan untuk tajuk kecergasan, komponennya ialah
koordinasi. Ini kerana ramai murid yang tidak dapat melakukan aktiviti yang telah saya
rancang, saya mendapati masaalah ini merupakan satu masaalah yang perlu diberi
perhatian kerana P&P saya terganggu disebabkan ramai murid yang tidak dapat
menyelaraskan anggota tubuh badan semasa melakukan aktiviti, contoh pergerakan
yang saya lakukan ialah seperti melambung pundi kacang dimana aktiviti ini
memerlukan koordinasi antara tangan dan mata.

Kecergasan kinestatik adalah kebolehan kanak-kanak mengguna dan mengkoordinasi


bentuk badan dengan mahir. Selain mengkoordinasi, kecerdasan ini juga termasuklah
kebolehan kanak-kanak menggunakan kemahiran fizikal seperti fleksibiliti, kepantasan
dan keseimbangan tubuh badan. Ia juga merujuk kepada penggunaan anggota tubuh
badan untuk melakukan sesuatu aktiviti, menyatakan idea atau meluahkan sesuatu
perasaan, melalui kecerdasan kinestatik ini, kanak-kanak dapat membuat aktiviti seperti
bermain bola, berenang, menari dan lain-lain lagi.

Kecerdasan kinestatik dapat dikaitkan dengan pergerakan fizikal kanak-kanak.


Pergerakan fizikal sering dikaitkan dengan perlakuan aktiviti kanak-kanak tersebut.
Pergerakan yang aktif oleh kanak-kanak ini akan melatih otot-otot mereka berfungsi
dengan cekap dan fleksibel. Kanak-kanak ini akan dapat memanipulasi objek dan
aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan motor kasar mereka.

Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestatik yangbaik akan dapat melakukan


pergerakan dengan berkesan seperti menari, bersukan atau bermain bola serta cekap
dalam aktiviti yang melibatkan penggunaan motor anggota badan mereka. Selain itu,
kanak-kanak juga akan dapat menggunakan alatan yang diberi dengan baik seperti
kanak-kanak ini dapat bermain permainan mereka atau menunggang basikal. Oleh itu
melalui aktiviti bermain kanak-kanak akan dapat meningkatkan koordinasi tubuh badan
mereka.

Koordinasi ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh
badan seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua
anggota badan. Ianya merupakan paduan di antara berbagai-bagai kebolehan yang
disatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin. Kemampuan kebolehan
menggunakan pancaindera bersama tubuh badan dan mengaitkannya dengan mental
dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki .Koordinasi juga
boleh ditafsirkan sebagai paduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja /
lakuan itu lancar / licin atau keupayaan menyesuaikan deria dengan otot-otot supaya
memperoleh suatu lakuan yang licin, kemas dan tepat. Ada juga berpendapat
koordinasi merupakan Kemampuan untuk mengabungkan pelbagai pergerakan dan
keseimbangan.

Barrow Mc Gee (1979) telah mengatakan bahawa koordinasi mempunyai kaitan dengan
imbangan, kelajuan dan ketangkasan. Umur didapati akan mempengaruhi koordinasi
motor kasar dan koordinasi mata dengan tangan serta mata dengan kaki. Koordinasi
tubuh badan merupakan salah satu komponen kecergasan.

Menurut Gallahue (1982) telah mencadangkan dua konsep bagi pembelajaran


kenestatik atau pergerakan badan (a) pergerakan dari mudah ke pergerakan yang lebih
kompleks (b) kemahiran meningkat secara beransur dari kemahiran umum kepada
kemahiran khusus. Contohnya kanak-kanak perlu menguasai kemahiran pergerakan
lokomotor seperti berjalan dan berlari sebelum mereka menguasai kemahiran yang
lebih khusus seperti melompat melepasi halangan.
2. FOKUS KAJIAN

Kajian ini difokuskan kepada murid tahun 1, Isu yang diberi perhatian untuk kajian ini
ialah murid tahun 1 tidak dapat menyelaraskan anggota tubuh badan dengan baik
semasa melakukan pergerakan asas lokomotor . Ramai murid tahun 1 tidak dapat
melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi. Koordinasi tubuh badan merupakan satu
platform untuk seseorang murid itu menguasai kemahiran yang lebih kompleks
contohnya seperti congklang, skip, melambung pundi kacang, menangkap bola dan
sebagainya.

3. OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
i. Menimbulkan minat serta pandangan positif terhadap matapelajaran Pendidikan
Jasmani.
ii. Memperkenalkan pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid.

3.2 Objektif Khusus

i. Membantu murid tahun 1 memahami konsep koordinasi.


ii. Membantu murid menyelaraskan anggota tubuh badan semasa melakukan aktivti.
iii. Merangka satu program jangka pendek untuk membantu pelajar mengatasi masalah
untuk menyelaraskan anggota tubuh badan.
iv. Membantu murid menguasai pergerakkan yang melibatkan koordinasi tubuh badan
dengan lebih baik.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid tahun 1 Tekun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa
yang terdiri daripada 15 orang murid, 6 orang murid perempuan dan 9 orang murid
lelaki.
5. PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
5.1.1 Pemerhatian

Tinjauan dilakukan ke atas murid-murid tahun 1 Tekun untuk mendapatkan persepsi


awal tahap koordinasi tubuh badan murid. Pada peringkat awal, pengkaji telah
menjalankan ujian bagi mendapatkan klasifikasi murid yang tidak dapat melakukan
pergerakan yang melibatkan koordinasi tubuh badan.
5.2.2 Ujian

Teknik pengumpulan data dijalankan secara dua fasa yang melibatkan pengumpulan
data kuantitatif dan kualitatif. Menerusi fasa pertama iaitu pungutan data
kuantitatif,jumlah murid yang tidak dapat menguasai atau melakukan aktiviti yang
dijalankan. Dapatan yang diperolehi kemudiannya dianalisis bagi mendapatkan jumalh
murid yang tidak dapat melakukan aktiviti. Fasa kedua melibatkan pungutan data
secara kualitatif di mana pengkaji menjalankan kajian ke atas lima belas orang murid
yang dipilih secara purposive dengan menggabungkan kaedah temubual dan
pemerhatian pengkaji untuk mengumpul data. Dalam konteks penyelidikan, pengkaji
telah menjalankan penerokaan secara mendalam bagi mengetahui rutin harian murid
terutamanya untuk aktiviti permainan yang pernah dimainkan sewaktu berada di rumah
yang melibatkan koordinasi. Pengkaji memperuntukkan masa selama 30 minit dalam
seminggu selama dua bulan bagi tujuan penyelidikan. Pengumpulan data secara
kualitatif yang dijalankan dalam fasa kedua kajian ini dapat membantu dalam membuat
interpretasi ke atas keseluruhan kajian.
Fasa ketiga melibatkan tindakan yang dijalankan ke atas murid yang mengalami
masalah melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi tubuh badan. Murid dikehendaki
menjalankan aktiviti fizikal diiringi muzik secara berterusan sekurang- kurangnya 15
minit setiap hari atau 30 minit dua kali seminggu sewaktu matapelajaran Pendidikan
Jasmani dan semasa berada di rumah pada waktu petang. Jadual cadangan aktiviti
adalah seperti di bawah.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Pemerhatian

Bagi penyelidikan yang dijalankan dalam fasa pertama iaitu pengumpulan data secara
Kuantitatif ,ujian pergerakan asas dan manipulasi alatan dijalankan ke atas murid tahun
1 Tekun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa. Fasa kedua menghendaki pengkaji
menjalankan kajian secara mendalam ke atas 10 orang murid atau responden yang
dipilih secara purposive dengan menggabungkan kaedah temubual separa berstruktur
serta ujian pergerakan asas dan manipulasi alatan.
Perbincangan dalam hal ini ditumpukan kepada penganalisisan data kajian untuk
menjawab objektif kajian berikut:
i. Mendeskripsi sejauh manakah tahap koordinasi tubuh badan murid tahun 1 Tekun
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa.
ii. Merangka satu program jangka pendek untuk membantu pelajar mengatasi masalah
menyelaraskan anggota tubuh badan atau koordinasi.

5.2.2 Ujian

Data yang dikumpul dalam fasa yang pertama dianalisis serta diklasifikasikan mengikut
tahap koordinasi tubuh badan murid. Manakala data dari fasa kualitatif pula dianalisis
berdasarkan struktur yang dibentuk bagi menjurus ke arah pencapaian matlamat kajian.

Dapatan Kajian
Pada fasa pertama, data kuantitaif kajian diperolehi melalui ujian pergerakan asas dan
manipulasi alatan yang dijalankan ke atas murid tahun 1 Cendekia Sekolah
Kebangsaan Pauh Jaya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 10 daripada 15 orang
murid tidak dapat melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi tubuh badan.
Penguasaan Aktiviti Peratus Jumlah Murid

Menguasai keseluruhan 2
aktiviti
Menguasai 6 / 7 aktiviti 2
Menguasai 5 / 7 aktiviti 1
Menguasai 4 / 7 aktiviti 4
Menguasai 3 / 7 aktiviti 2
Menguasai 2 / 7 aktiviti 2
Tidak menguasai aktiviti 2
yang dijalankan.

Seramai 10 orang murid yang tidak dapat melakukan aktiviti pergerakan asas dan
manipulasi alatan dipilih secara purposive untuk mengikuti pelan tindakan yang telah
dicadangkan oleh penyelidik. Setelah mengikuti pelan tindakan selama dua bulan,
penilaian aktiviti pergerakan asas dan manipulasi alatan dijalankan sekali lagi. Dapatan
menunjukkan bahawa seramai 5 orang telah berjaya menguasai pergerakan asas dan
manipulasi alatan dengan baik. Manakala seramai 5 orang murid masih lagi tidak
menguasai aktiviti pergerakan asas dan manipulasi alatan.

SUBJEK SELEPAS WAKTU WAKTU CUTI SEKOLAH


SEKOLAH
S1 tidak aktif aktif
S2 tidak aktif tidak aktif
S3 aktif aktif
S4 tidak aktif tidak aktif
S5 tidak aktif tidak aktif
S6 aktif aktif
S7 aktif aktif
S8 tidak aktif aktif
S9 tidak aktif tidak aktif
S 10 tidak aktif aktif

• Aktif : > 4 kali seminggu


• Normal : 4 kali seminggu
Jadual di atas merujuk kepada tahap penglibatan subjek kajian dalam aktiviti fizikal dan
permainan yang dimainkan oleh mereka selepas waktu sekolah dan waktu cuti sekolah
berdasarkancadangan pelan tindakan yang disediakan. Didapati 3 subjek melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti permainan yang telah dirancang, manakala 4 subjek lain
berada dalam keadaan normal. Seorang subjek telah melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti fizikal walaupun pasif sebelumnya.

Dari segi amalan aktiviti permainan di waktu petang pula, didapati hanya seorang
subjek yang tidak mengamalkan aktiviti yang dicadangkan. Maklumat yang diperolehi
menunjukkan bahawa subjek ini lebih cenderung bermain permainan elektronik atau
permainan komputer daripada melakukan aktiviti fizikal di luar rumah . Dapatan kajian
menunjukkan bahawa subjek dapat menyesuaikan diri dengan pelan tindakan yang
disediakan.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Berikut adalah pelan tindakan jangka pendek yang disediakan oleh penyelidik untuk
subjek kajian yang dikategorikan sebagai tidak mempunyai koordinasi tubuh badan
yang baik. Pelan tindakan jangka pendek ini akan dilaksanakan selama dua bulan.

Pelan tindakan jangka pendek ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
i. Pelan tindakan - aktiviti pergerakan asas lokomotor
ii. Pelan tindakan – cadangan permainan semasa di rumah

Pelan Tindakan Jangka Pendek – Aktiviti pergerakan asas lokomotor


HARI MASA AKTIVITI
Selasa 7.40 – 8.10 - congklang diiringi muzik
- skip diiringi muzik
- congklang dan skip secara
individu diiringi muzik.
- berjalan diiringi muzik

Rabu 7.40 – 8.10 - skip berpasangan diiringi


muzik
- congklang berpasangan
diiringi
muzik.
- congklang dan skip
berpasangan
diiringi muzik.
- berjalan berpasangan
diiringi
muzik.

Pelan Tindakan Jangka Pendek – Cadangan Permainan Semasa Di rumah


HARI MASA AKTIVITI/PERMAINAN

Isnin 5.30 – - Permainan Musang dan


6.30ptg Ayam
- Permainan Pukul Berapa
Datuk
Harimau.

Selasa 5.30 – - Permainan menggunakan tali


6.30ptg skipping
* skipping berpasangan
* jengket
* lompat tali skipping
berpasangan

Rabu 5.30 – - Permainan menggunakan


6.30ptg bola
* bola sepak
* bola baling
* tuju kasut
* bola jaring

Khamis 5.30 – - Permainan Batu Seremban


6.30ptg

Jumaat 5.30 – - Permainan Timbang Bola


6.30ptg Kecil atau
besar menggunakan tangan
atau
kaki.

Sabtu 5.30 – - Permainan Aci Lut Duduk


6.30ptg

Ahad 5.30 – - Permainan Belalang Belatuk


6.30ptg - Permainan Nenek Kebayan

5.4 Refleksi Keseluruhan Kajian

Kajian tindakan adalah satu kajian menyeluruh dan perlu dihalusi bagi mendapat
maklum balas kajian. Namun maklum balas yang diperolehi ini mengambil masa yang
panjang kerana ia melibatkan proses perancangan membuat kertas kerja, pelaksanaan
dan membuat laporan. Didalam setiap proses-proses ini banyak halangan dan perkara
baru yang dapat dipelajarai dan ia adalah pengalaman yang amat berguna kepda
pengkaji dimasa akan datang.

Berdasarkan kajian ini, proses membuat kertas kerja adalah titik mula cabaran dalam
kajian ini. Pengkaji harus memahirkan diri dalam aspek selok belok pergerakan asas
terutama dalam pergerakan lokomotor dan manipulasi alatan. Pengkaji juga harus
mengetahui apakah kemahiran asas yang penting dalam melakukan pergerakan asas
dan manipulasi alatan untuk memastikan seseorang murid itu dapat meningkatkan
koordinasi tubuh badan. Pengkaji dapat merumuskan bahawa koordinasi yang baik
akan dapat melahirkan seorang murid atau insan yang mantap dari segi penguasaan
kemahiran sukan dan permainan.

Dalam proses merancang kertas kerja kajian, pengkaji perlu banyak mencari dan
membaca sebanyak mungkin sumber rujukan berkaitan pertumbuhan dan
perkembangan fizikal kanak-kanak. Pengkaji perlu menumpukan perhatian terhadap
bahan rujukan berkenaan pergerakan asas terutama dalam pergerakan asas lokomotor
dan manipulasi alatan. Pengkaji dapat mengetahui dengan lebih mendalam setelah
mengumpul maklumat-maklumat berkaitan melalui bahan rujukan serta dengan
melayari laman web.

Sepanjang menjayakan kajian ini, banyak pengetahuan baru yang pengkaji perolehi
dan pelajari. Sebagai contoh, dalam merancang Pelan Tindakan Jangka Pendek,
banyak aspek yang perlu dititikberatkan. Aspek keselamatan, aspek kualiti Pelan
Tindakan Jangka Pendek, aspek kandungan Pelan Tindakan Jangka Pendek yang
harus diberi perhatian sewajarnya. Ini memerlukan pengkaji merujuk kepada bahan-
bahan rujukan dan individu yang arif dalam pergerakan asas dan manipulasi alatan
agar hasil kajian lebih bermutu.

Akhir sekali, kajian ini banyak memberi maklum balas kepada pengkaji bagi
menambahkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman serta akan menjadi panduan
dan rujukan kepada individu lain seandainya mereka ingin membuat kajian dalam tajuk
yang sama iaitu koordinasi murid dalam pergerakan asas lokomotor dan manipulasi
alatan.

5.4.1 Perbandingan Pemerhatian Sebelum dan Selepas tindakan

Kajian ini sedikit sebanyak membantu guru-guru dalam meningkatkan koordinasi murid
dalam pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan. Dalam Pelan Tindakan
Jangka Pendek yang dilakukan ke atas responden, pengkaji telah menetapkan aktiviti
permainan dan pergerakan asas tersebut kerana aktiviti itu mampu menberi kesan
yang baik dalam meningkatkan koordinasi murid. Para guru yang
dipertanggungjawabkan dalam mengajar murid tahun satu akan dapat menggunakan
cadangan Pelan Tindakan Jangka Pendek ini untuk murid lebih mudah menguasai
segala kemahiran atau pergerakan yang melibatkan koordinasi serta dapat melicinkan
aktiviti p&p mereka.

Kajian ini juga berguna kepada guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa.
Pengkaji mendapati murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa ini lebih suka
menghabiskan waktu petang mereka dengan bermain permainan “video game”. Pelan
Tindakan Jangka Pendek yang telah dirangka boleh digunakan oleh pihak sekolah
dimasa akan datang supaya dapat mengatasi masalah ini. Seandainya murid tahun 1
selalu didedahkan dengan Pelan Tindakan sebegini nescaya masaalah tentang
koordinasi murid akan dapat diatasi .

Akhir sekali, melalui kajian ini pengkaji telah dapat mempelajari banyak perkara serta
selok belok tentang koordinasi pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan murid
tahun 1 dan sedikit sebanyak akan menjadi rujukan dan panduan kepada pengkaji-
pengkaji lain pada masa akan datang.

6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Pelan Tindakan Jangka Pendek dan Pelan Tindakan Jangka Panjang yang
dicadangkan amat berkesan dalam meningkatkan koordinasi murid dalam pergerakan
asas lokomotor dan manipulasi alatan. Saya akan menggunakan kaedah ini kepada
murid-murid lain pada tahun hadapan apabila mengajar tajuk yang berkaitan. Saya juga
akan memperkenalkan kaedah ini kepada guru-guru pendidikan jasmani yang lain untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan sekolah saya. Dengan ini berharaplah hasrat
kerajaan untuk melahirkan warga negara yang holistik akan tercapai.

Bibliografi

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2010) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan


Jasmani Tahun 1 KSSR. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai