Anda di halaman 1dari 3

contoh kertas kerja program berbuka puasa

NAMA PROGRAM : MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA RAMADHAN

TARIKH :
HARI :
MASA : 6.30 PETANG – 8.00 MALAM
TEMPAT :

                       

RASIONAL PROGRAM
Diriwayatkan Dari Salmah bin 'Amir R.A Dari nabi SAW Bersabda Apabila salah seorang diantara
kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma, jika tidak ada maka berbukalah dengan air,
karena sesungguhnya air itu dapat membersihkan,
H.R Abu Daud (2355) dan trimidzi (695)

MATLAMAT PROGRAM
Sebagai memenuhi keperluan umat Islam yang ingin meraih seberapa banyak pahala dan ganjaran
dengan mengerjakan berbagai amal ibadat di dalam bulan Ramadhan, maka Program Ihya’
Ramadhan telah dirancang dan disusun ke arah matlamat tersebut. Majlis Berbuka Puasa adalah
merupakan salah satu aktiviti di dalam Program Ihya’ Ramadhan. Justeru itu, program ini dirancang
dan disusun bagi menyahut seruan Rasulullah mengenai keutamaan memberi makan orang yang
sedang berpuasa untuk berbuka dan beramal sedekah bagi mereka yang ingin berbuat demikian.

OBJEKTIF PROGRAM
Memberi ruang dan peluang kepada mereka yang ingin beramal jariah di bulan Ramadhan al-
Mubarak.
Meraikan murid-murid yang berpuasa sebagai imbuhan dan galakan untuk terus berpuasa.
Meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap budaya beramal ibadat di bulan Ramadhan al-
Mubarak.
Memberi peluang dan pengalaman kepada murid-murid dalam menyertai beberapa aktiviti yang
dianjurkan di samping berinteraksi sesama mereka dan persekitaran sebagai panduan hidup
mereka.

KUMPULAN TARGET
Program ini adalah terbuka kepada semua murid-murid Islam Sekolah …………..

PENGANJUR
Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama seluruh warga sekolah.

JAWATANKUASA KERJA

Penasihat :
Guru Besar

Pen. Penasihat :
Semua GPK

Penyelaras Program Ihya’ Ramadhan :


Pengerusi :
Setiausaha :
Bendahari :
Jawatankuasa Keselamatan :
Jawatankuasa Siaraya :
Jawatankuasa Dewan Solat :
Jawatankuasa Tempat Makan / Kantin :
Jawatankuasa Makanan :
Jawatankuasa Minuman :
Jawatankuasa Dokumentasi :

ATUR CARA  PROGRAM
Masa : 6.30 – 8.00 malam

Murid-murid dan guru-guru mengambil tempat


Ketibaan Tetamu Undangan
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan  Doa
Azan Maghrib (minum)
Solat Maghrib berjamaah
Jamuan makan
Bersurai

SUMBER KEWANGAN

Bil Sumber Kewangan Jumlah


1 Sumbangan Sekolah     RM  

2 Sumbangan PIBG     RM    

3 Sumbangan waris murid/kakitangan sekolah/ perseorangan     RM    

JUMLAH BESAR    RM  ................

ANGGARAN BAJET

Bi Perkara Seunit Jumlah


l
1  Jamuan Makan RM  ..........  X   ....... org RM   ...............
JUMLAH BESAR RM  ..................

PENUTUP

Semoga program yang bermanfaat di bulan yang penuh dengan keberkatan ini mendapat kerjasama
daripada semua pihak yang sanggup menghulurkan sumbangan dan bantuan ke arah menjayakan
program ini dan beroleh keberkatan dan rahmat daripada Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah
memberi taufik dan hidayah kepada mereka yang berbakti untukNya. Amin.
Disediakan oleh;                                Disahkan oleh;

Anda mungkin juga menyukai