Anda di halaman 1dari 77

Laporan 1: Tindakan Pantulan

Tindakan pantulan adalah merupakan salah satu contoh dalam tindakan refleks.
Menurut Betsy T.L (2009), tindakan refleks adalah merupakan satu tindakan luar kawal yang
berlaku secara automatik dan spontan. Secara umumnya, tindakan pantulan juga adalah
merupakan satu tindakan yang berlaku tanpa memerlukan pemikiran ataupun bahasa
mudah ialah perlakuan yang tidak disedari oleh pelaku. Hal ini kerana, tindakan refleks ini
adalah merupakan satu gerak balas terhadap sesuatu ransangan ataupun stimulus yang
berlaku secara pantas dan automatik yang menyebabkan tidak memerlukan pemikiran untuk
melakukan sesuatu pergerakan tertentu tersebut. Seterusnya, tindakkan refleks ini dikawal
oleh saraf tunjang sahaja dan tidak melibatkan serebrum otak. Sebagai contoh, tindakan
refleks ialah sentakan lutut, menarik tangan dari objek panas, kelipan mata, saiz pupil
berubah apabila berada di bawah keamatan cahaya yang berbeza dan mengimbangkan
badan untuk mengelakkan diri daripada tergelincir.

Dalam tindakan refleks, terdapat beberapa proses yang berlaku di dalam sistem
tubuh badan kita iaitu impuls yang terhasil daripadan ransangan persekitaran akan dihantar
dengan pantas dari reseptor melalui neuron deria ke saraf tunjang. Di dalam saraf tunjang,
impuls akan merentasi neuron perantaran sebelum keluar dari saraf tunjang melalui neuron
motor. Akhir sekali, neuron motor akan menghantar kepada efektor sebelum berlakunya
tindak balas. Secara saintifiknya, lintasan impuls tersebut dikenali sebagai arca refleks.
Urutan lintasan yang dilalui oleh impuls dalam tindakan refleks adalah seperti berikut :

Ransangan Reseptor neuron deria saraf tunjang

neuron perantaraan neuron motor efektor = Gerak Balas


Rajah 1.0

Berdasarkan rajah 1.0 menunjukkan arah perjalanan impul yang bermula di reseptor.
Reseptor adalah merupakan sel deria yang terdapat di dalam organ deria kita. Tugas bagi
reseptor tersebut adalah untuk mengesan ransangan pada persekitaran. Terdapat banyak
jenis reseptor yang mana setiap satunya sensitif kepada satu jenis ransangan sahaja.
Sebagai contoh, reseptor pada mata hanya sensitif kepada cahaya manakala reseptor pada
telinga hanya sensitif kepada bunyi. Seterusnya dalam pergerakan impul tersebut akan
terhenti di peringkat terakhir iaitu pada efektor sebelum menghasilkan tindak balas. Efektor
adalah merupakan organ-organ yang bertindak balas terhadap arahan yang diterima
daripada sistem saraf pusat. Contoh bagi efektor adalah seperti otot dan kelenjar. Otot akan
bertindak balas dengan mengecut manakala kelenjar akan bertindak balas dengan
merembeskan baha kimia ke dalam aliran darah.

Terdapat beberapa pergerakan contoh yang menunjukkan pergerakan refleks seperti


pantulanlutut, tarikan tangan atau kaki apabila terkena benda panas dan terpijak paku.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kami dapati terdapat beberapa kelebihan daripada
tindakan refleks yang berlaku kepada kita. Pertama, tindakan refleks membolehkan tubuh
badan kita menghasilkan gerak balas terhadap perubahan persekitaran. Hal ini dimana,
tindakan tersebut dapat mendatangkan faedah kepada kita untuk mengelakkan diri daripada
mengalami kecederaan dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila kita terpegang seterika
yang panas, secara automatic aggota tangan akan bertindak secara pantas untuk mengelak
daripada terkena seterika penas tersebut dan dapat mengelakkan daripada kecederan yang
lebih serius.

Anda mungkin juga menyukai