Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti Hiking (Mendaki) Dapat Mantapkan Fizikal dan Mental

Aktiviti Hiking (mendaki) bukit ataupun gunung semakin menjadi kegilaan ramai. Bukit ataupun gunung kini menjadi
destinasi riadah yang dilakukan pelbagai peringkat umur, termasuk di kalangan orang berumur dan kanak-kanak.
Kebelakangan ini kerap kita dapat melihat pelbagai aktiviti luar dilakukan oleh orang awam. Ini sedikit sebanyak memberi
petanda bahawa umum telah menyedari bahawa selain menghabiskan masa ditempat kerja atau memerap dirumah, aktiviti
luar menyumbang kepada gaya hidup sihat yang sering menjadi faktor penting dalam penjagaan kesihatan seorang manusia.
 
Namun, kebiasaanya ketinggian 1000 meter dari aras laut akan membezakan antara bukit dan gunung. Mana-mana punca
melebihi 1000 meter akan dipaggil gunung. Tetapi, bagi kawasan yang sememangnya berada di dataran tinggi yang semua
kawasan sudah berada melebihi 1000 meter dari paras laut, maka sesuatu kawasan sudah dipanggil gunung jika
ketinggiannya melebihi 300 meter dari kawasan lain di sekelilingnya.
Jika dilihat daripada aktiviti-aktiviti luar yang dimaksudkan, ianya termasuklah mengadakan aktiviti berbasikal, berkhemah,
menyelam skuba, dan lain-lagi, yang mana tidak ketinggalan juga iaitu aktiviti mendaki. Secara asasnya ia boleh
menyihatkan badan. Terutamanya jika seseorang itu mendaki dengan cepat, menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti cardio
berimpak rendah yang cukup bagus untuk tubuh badan. Manakala bagi mereka yang mengambil berat tentang kiraan kalori
pula, ianya membantu dalam membakar kalori dalam badan sekitar 500 kalori bagi setiap sejam.
Aktiviti mendaki bukit mampu mencabar stamina seseorang. Ia dapat membakar kalori dengan banyak kerana membabitkan
latihan kardio. Mendaki bukit tergolong dalam satu daripada lima latihan kardio terbaik yang memberikan banyak kelebihan
kepada tubuh. Selain menguatkan otot kaki dan gluteus, latihan sebegini juga boleh turut memberi kesan baik kepada
pinggul dan paha, jika dilakukan secara serius. Sebab itu mereka yang sering mendaki bukit mempunyai kaki yang kuat dan
pinggul anjal disebabkan pergerakan tanpa henti serta dilakukan dalam jangka masa panjang.

Selain itu, aktiviti mendaki juga dapat menurunkan tekanan darah serta mengurangkan risiko diabetes, penyakit jantung dan
obesiti. Namun, meskipun dilihat aktiviti mendaki ini lebih kepada aktiviti yang menyihatkan badan, akan tetapi dalam masa
yang sama ia turut mempunyai sebab-sebab menarik yang lain, di antaranya adalah:

1. mendaki mampu meningkatkan mood seseorang, mengurangkan kebimbangan serta meningkatkan daya ingatan.
2. Selain itu mendaki juga boleh menangkis kemurungan dan mengurangkan stress. Dengan melakukan aktiviti
mendaki berjalan kaki selama 90 minit dalam persekitaran semulajadi, ianya boleh menyumbang kepada kesihatan
otak, disamping ianya juga membantu menangani masalah kemurungan dan mengurangkan rasa stress.
3. Mendaki turut boleh membantu menyelesaikan masalah. Dengan meluangkan masa di luar, ia dipercayai dapat
membantu meningkatkan perhatian dan kemahiran seseorang dalam menyelesaikan masalah kreatif sebanyak 50
peratus
4. Selepas sejam berinteraksi dengan alam semula jadi pula, prestasi daya ingatan dan perhatian juga dikatakan akan
meningkat sehingga 20% – kajian ini dilakukan oleh University of Michigan pada tahun 2008.
5. Dan, akhir sekali mendaki juga boleh menguatkan silaturrahim sesama individu dimana selain meningkatkan
rangkaian sosial buat mereka yang mempunyai hobi yang sama, ianya memberikan kita peluang untuk berinteraksi
dengan dunia luar.

 
Mendaki boleh menggembirakan anda – Menurut kajian daripada Stanford University pada tahun 2014, mendaki mampu
meningkatkan mood seseorang, mengurangkan kebimbangan serta meningkatkan daya ingatan.
Selain itu mendaki juga boleh menangkis kemurungan dan mengurangkan stress. Dengan melakukan aktiviti mendaki
berjalan kaki selama 90 minit dalam persekitaran semulajadi, ianya boleh menyumbang kepada kesihatan otak, disamping
ianya juga membantu menangani masalah kemurungan dan mengurangkan rasa stress.
Mendaki turut boleh membantu menyelesaikan masalah. Dengan meluangkan masa di luar, ia dipercayai dapat membantu
meningkatkan perhatian dan kemahiran seseorang dalam menyelesaikan masalah kreatif sebanyak 50 peratus. Selepas sejam
berinteraksi dengan alam semula jadi pula, prestasi daya ingatan dan perhatian juga dikatakan akan meningkat sehingga 20%
– kajian ini dilakukan oleh University of Michigan pada tahun 2008.
Dan, akhir sekali mendaki juga boleh menguatkan silaturrahim sesama individu dimana selain meningkatkan rangkaian
sosial buat mereka yang mempunyai hobi yang sama, ianya memberikan kita peluang untuk berinteraksi dengan dunia luar.
Sumber: mpora.com
 
Kami di Kolej Dua Belas sebagai contohnya turut mempunyai beberapa pelajar dan felo kolej yang aktif melakukan aktiviti
mendaki ini, dan mereka merupakan Kelab Mendaki Kolej Dua Belas di bawah Sekretariat Rekreasi Kolej Dua Belas.
Aktiviti mendaki mereka yang terbaru adalah bertempat di Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan. Dikongsikan melalui berita
Kolej Dua Belas di pautan berikut, Aktiviti Hiking (Mendaki) Bukan Hanya Untuk Kesihatan
Tarikh Input: 22/03/2020 | Kemaskini: 22/03/2020 | aynafarhana
 

Anda mungkin juga menyukai