Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN KESALAHAN BAHASA PT3

Latihan Set 1
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disedikan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Jasa ibu bapa yang telah mendidik kita terlalu besar sungguh dan tidak dapat dinilai
dengan harta.

ii. Sultan Azlan Shah telah bersetuju untuk menganugerahkan pingat kebesaran
kepada rakyat yang layak sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-60.

iii. Puan Haiza tidak turut serta dalam majlis hari jadi di rumah Puan Jamilah kerana dia
telah membuat temu janji dengan doktor.

iv. Buah mangga yang masak ranum itu kami telah peti.

Latihan Set 2
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disedikan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Anwar mengambil masa dua setengah jam untuk menyiapkan lukisan pemandangan
di tepi pantai itu.

ii. Bahan-bahan lain yang mereka bawa untuk menyertai perkhemahan perdana badan
beruniform itu ialah makanan, minuman, dan pakaian mandi.

iii. Pemandangan pada waktu senja di kawasan pergunungan ialah pemandangan yang
amat tercantik.

iv. Walaupun harga makanan yang dijual di Ahmad Maju Restoran agak mahal, tetapi
makanan di restoran itu sedap.

Latihan Set 3
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disedikan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Puan Che Salmah terbangun dari tidurnya apabila mendengar bunyi letupan yang
kuat dari belakang rumahnya.
ii. “Saya berharap agar anda dapat meminta maaf daripada Aiman kerana dia tidak
bersalah dalam hal ini,” kata Farah kepada Raju dan Jun Yin.
iii. Tengku Mahkota negeri itu akan ditabalkan menjadi sultan untuk menggantikan
ayahanda baginda yang telah meninggal dunia.
iv. Sayur-sayuran itu telah dibungkus oleh saya dengan kertas supaya tahan lama.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
LATIHAN KESALAHAN EJAAN PT3

Latihan Set 1
Dalam petikan dialog di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin petikan dialog itu semula.

Suzana : Siapakah yang menyambut kehadiran deligasi dari Jepun pagi ini?
Kerani : Dua orang ekskutif daripada Syarikat T&T cawangan Shah Alam telah
menyambut kehadiran mereka dari lapangan terbang KLIA.
Suzana : Bagus. Sekarang pastikan mereka mendapat kemudahan kelas pertama di
hotel negara kita yang bertaraf antara bangsa.

Latihan Set 2

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

i. Abang lewat ke sekolah kerana terpaksa mengepam tayar basikalnya yang sudah
kempes.

ii. Ayah terpaksa menjalani rawatan dailisis sebanyak dua kali seminggu sejak
disahkan menghidap penyakit buah pinggang.

iii. Pelantikan jawatankuasa urusetia kejohanan sukan mini pada peringkat sekolah itu
telah dimaklumkan oleh mereka kepada pihak pengurusan sekolah.

Latihan Set 3
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

i. Murid itu diminta untuk berjumpa dengan kaunselur untuk membincangkan


kesalahan disiplin yang dilakukannya.

ii. Stress dapat menyebabkan emosi seseorang menjadi tidak stabil sehingga tidak
mampu menyelesaikan sesuatu masalah.

iii. Matahari terang benderang ketika Pak Cik Andak pulang ke rumah sambil
membawa barang-barang dagangan.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
LATIHAN TATABAHASA PT3

Latihan Set 1
Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

i. Saya banyak menemukan kesalahan ejaan dalam karangan ini.


ii.
iii. Kami telah dapat menikmati pelbagai kemudahan berkat usaha gigih ketua kampung
ini.

iv. Encik Sulaiman menyusun barang-barang terpakai itu di belakang rumahnya.

v. Saya akan membuang bekas-bekas plastik itu ke dalam tong kitar semula.

vi. Beliau akan merasmikan pameran robotik itu pada hari Sabtu ini.

Latihan Set 2
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat bagi setiap ayat di bawah ini.

i. Ketiga-tiga orang murid itu pengawas sekolah ini.

ii. Daripada Kak Julia hadiah perkahwinan ini.

iii. Pada setiap pagi Selasa rancangan ini disiarkan.

iv. Wanita yang tinggi lampai itulah kakak saya.

v. Kerana keletihan, dia tertidur di atas sofa.

Latihan Set 3
Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

i. Penjenayah itu berjaya ditangkap oleh pihak polis.

ii. Pelbagai perkara dibincangkan oleh mereka dalam mesyuarat itu.

iii. Pertandingan kuiz Matematik itu disertai oleh beberapa orang murid dari kelas ini.

iv. Kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Aniza akan saya siapkan sebelum cuti raya.

v. Kerja kursus Sejarah ini perlu anda siapkan sebelum hari Khamis.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
SKEMA LATIHAN BAHASA PT3
LATIHAN SET 1
i. terlalu besar / besar sungguh
ii. Berkenan
iii. janji temu
iv. telah kami petik

LATIHAN SET 2
i. dua jam setengah
ii. dibawa oleh mereka
iii. tercantik / amat cantik
iv. Restoran Ahmad Maju

LATIHAN SET 3
i. Daripada
ii. Kalian
iii. Mangkat
iv. saya bungkus

SKEMA LATIHAN KESALAHAN EJAAN PT3

LATIHAN SET 1
i. delegasi
ii. eksekutif
iii. antarabangsa

LATIHAN SET 2

i. kempis
ii. dialisis
iii. urus setia

LATIHAN SET 3
i. kaunselor
ii. stress
iii. terang-benderang

SKEMA TATABAHASA PT3

LATIHAN SET 1
i. Kesalahan ejaan banyak saya temukan dalam karangan ini
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
ii. Pelbagai kemudahan telah dapat kami nikmati berkat usaha gigih ketua kampung ini.
iii. Barang-barang terpakai itu disusun oleh Encik Sulaiman di belakang rumahnya.
iv. Bekas-bekas plastik itu akan saya buang ke dalam tong kitar semula.
v. Pameran robotik itu akan dirasmikan oleh beliau pada hari Sabtu ini.

LATIHAN SET 2
i. Subjek : ketiga-tiga orang murid itu
Predikat : pengawas sekolah ini.
ii. Subjek : hadiah perkahwinan ini
Predikat : daripada Kak Julia.
iii. Subjek : rancangan ini
Predikat : disiarkan pada setiap pagi Selasa.
iv. Subjek : wanita yang tinggi lampai itulah
Predikat : kakak saya.
v. Subjek : dia
Predikat : tertidur di atas sofa kerana keletihan.

LATIHAN SET 3
i. Pihak polis berjaya menangkap penjenayah itu.
ii. Mereka membincangkan pelbagai perkara dalam mesyuarat itu.
iii. Beberapa orang murid dari kelas ini menyertai pertandingan kuiz Matematik itu.
iv. Saya akan menyiapkan kerja rumah rumah yang diberikan oleh Cikgu Aniza sebelum
cuti raya.
v. Anda perlu menyiapkan kerja kursus Sejarah ini sebelum hari Khamis.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

Anda mungkin juga menyukai