Anda di halaman 1dari 39

HASIL PEMBELAJARAN KULIAH

Menjelaskan peranan, kedudukan dan hubungan Ilmu


Logik dengan Ilmu Falsafah serta menjelaskan pelbagai
kesalahan dalam berfikir dan penghujahan atau Falasi

Menghuraikan perkembangan, kegunaan dan


perbezaan dua pendekatan utama dalam Logik
iaitu Deduksi dan Induksi

Menghuraikan kepelbagaian metodologi yang


memperkayakan perkembangan ilmu-ilmu yang lebih
kompleks
Deduktif Abduksi
Bentuk/
Induktif Kaedah Heuristik

LOGIK
(Penghujahan)
Formal
Ilmu
Falasi
Baru Tidak
Formal
PERANAN LOGIK
DAN
PENCEGAHAN
FALASI
(KESALAHAN BERFIKIR)
PERANAN LOGIK DAN
PENCEGAHAN FALASI
• LOGIK:
– perkataan Yunani iaitu logos, yang bermaksud kalimah, diskusi,
akal, peraturan dan taakul.
– membezakan antara penakkulan yang baik dan buruk dengan
menyiasat kriteria normatif untuk kesimpulan dan demonstrasi
yang sah
– Logik adalah pengkajian tentang penghujahan (argument) yang
terdiri daripada premis dan kesimpulan

• Penghujahan terdiri daripada turutan premis di mana satu


kesimpulan cuba dibuat daripada premis premis tersebut
– Premis 1: Semua manusia akan mati (p1)
– Premis 2: Saya adalah manusia (p2)
– Kesimpulan: Saya akan mati (k)
Penghujahan
Premis Premis Kesimpulan

• Penghujahan tidak sama dengan pendapat.

• Penghujahan mengandungi turutan pernyataan di mana salah


satu pernyataan tersebut merupakan kesimpulan yang dibuat.

• Proposisi ialah penegasan, atau pengusulan atau pengistiharan


dalam sesuatu pernyataan sama ada benar atau palsu.

• Jika semua premis adalah benar, dan kesimpulan yang dibuat


adalah benar, maka penghujahan adalah sah.
LOGIK
DEDUKSI DAN
INDUKSI
DEDUKSI DAN INDUKSI
DEDUKSI INDUKSI
• Penghujahan di mana • Penghujahan di mana
kesimpulan wajib ditarik kesimpulan nampaknya
daripada premis. berkemungkinan ditarik
daripada premis.
• Kesimpulan khusus dibuat
daripada pernyataan umum • Kesimpulan umum dibuat
daripada pernyataan khusus

• Premis 1: Semua manusia • Premis 1: 90% pelajar UA tidak


akan mati mahir berbahasa Inggeris
• Premis 2: Saya seorang • Premis 2: Zubaidah pelajar UA.
manusia. • Premis 3: Oleh maka itu,
• Kesimpulan: Oleh itu, saya Zubaidah berkemungkinan tidak
akan mati mahir berbahasa Inggeris
LOGIK DEDUKTIF
• Terdapat premis-premis dan kesimpulan
yang terhasil daripada premis tersebut.

• Di dalam logik deduktif yang sah (valid),


salah satu sifatnya ialah jika premis-
premisnya benar maka kesimpulan yang
terhasil daripada premis tersebut
mestilah benar.

• Contoh, di dalam logik deduktif


terdapat sekurang-kurangnya dua atau
lebih premis dari mana kesimpulannya
ditarik.

• Premis pertama biasanya wujud satu


pernyataan yang umum ataupun
universal argument

• Premis kedua tidak semestinya ada


satu universal argument atau premis
yang umum tetapi sebaliknya satu
pernyataan yang khusus.
LOGIK DEDUKTIF
• Contoh 1

• Premis pertama: mengandungi pernyataan


umum “semua manusia mempunyai jantung”

• Premis kedua: mengatakan bahawa “Ali ialah


seorang manusia”

• Kesimpulan: Jadi dari premis-premis tersebut


boleh dibuat kesimpulan bahawa “Ali juga
mempunyai jantung”.

• Jadi disini kita lihat bahawa sekiranya benar


bahawa “semua manusia mempunyai jantung”
dan sekiranya benar seperti dinyatakan premis
kedua bahawa “Ali juga seorang manusia”
maka tidak boleh tidak kita harus menarik
kesimpulan bahawa “Ali semestinya
mempunyai jantung”. Ini adalah kerana jika
kenyataan yang menyatakan bahawa “semua
manusia itu mempunyai jantung” adalah
benar dan kenyataan “Ali ialah seorang
manusia” adalah benar, maka kita tidak boleh
lari daripada membuat kesimpulan bahawa
“Ali juga mempunyai jantung”.
LOGIK DEDUKTIF

• Contoh 2
• Premis pertama: “semua manusia
akan mati”
• Premis kedua: “Ali seorang manusia”
• Kesimpulan: “Ali akan mati”.

• Terdapat 2 Premis dan 1 Kesimpulan.

• Premis yang pertama yang mengatakan


bahawa “semua manusia akan mati”
adalah satu ayat ataupun pernyataan
yang Umum dari mana kita dapati ianya
berbeza daripada premis yang kedua yang
berupa satu pernyataan Khusus yang
mengatakan bahawa Ali ialah seorang
manusia dan dari premis-premis tersebut
maka ditarik kesimpulan bahawa “Ali juga
akan mati”.
• Logik Induktif tidak memerlukan dua premis. Ia
hanya memerlukan sekurang-kurangnya 1 premis.

• Walaupun kebiasaannya terdapat lebih daripada satu


premis yang digunakan dan dari premis tersebut
ataupun dari premis-premis tersebut kita membuat
LOGIK kesimpulan.

INDUKTIF • Logik induktif tidak mempunyai kriteria atapun sifat


yang sama seperti logik deduktif. Ini adalah kerana
dalam logik induktif sekiranya premis ataupun premis-
premis betul, tidak semestinya bermakna bahawa
kesimpulannya juga semestinya betul.
• Contoh 1:
• Premis pertama: “semua burung gagak yang saya lihat selama ini
mempunyai bulu yang berwarna hitam”.
• Kesimpulan: dibuat secara induktif bahawa “semua burung gagak,
maksudnya semua burung gagak di dunia ini mempunyai bulu hitam, bulu
ataupun bulu yang berwarna hitam”.
• Oleh itu, dari premis yang boleh dikatakan bersifat khusus (kerana ia
merujuk kepada pemerhatian yang telah dibuat mengenai burung gagak
dalam jumlah yang terhad) kesimpulan dihasilkan mengatakan bahawa
semua burung gagak mempunyai bulu yang berwarna hitam.

• Jadi daripada sebahagian kepada semua ini adalah suatu sifat logik induktif
dan walaupun premis ini benar iaitu walaupun benar bahawa semua burung
gagak yang pernah dilihat sebelum ini mempunyai bulu yang berwarna
hitam, ini tidak semestinya bermakna bahawa kesimpulan yang dibuat yang
mengatakan bahawa “semua burung gagak iaitu termasuk yang belum saya
lihat lagi juga berwarna hitam”.
• Jadi kesimpulan ini yang melangkaui batas yang terdapat didalam premis
yang diberi ini tidak menjamin akan kebenaran kesimpulan tersebut. Jadi
adanya elemen ketidakpastian dalam penggunaan logik induktif itu
membezakannya daripada logik deduktif dimana kepastian terdapat dalam
kesimpulan yang ditarik daripada premis-pemis itu.
LOGIK • Rumusannya, logik induktif tak semestinya memberi kesimpulan yang benar
INDUKTIF pada akhirnya
• Contoh 2:
• Premis pertama: “Ali seorang datuk yang berkepala botak”
• Premis kedua: “Ahmad seorang datuk yang berkepala botak”
• Kesimpulan: “semua datuk berkepala botak”
• Contoh yang diberikan di atas menepati syarat-syarat penggunaan logik induktif
yang betul kerana dalam contoh yang diberikan terdapat dua premis yang mana
setiap premis itu mengandungi ayat yang berupa ayat khusus iaitu; Premis
pertama mengatakan bahawa “Ali adalah seorang datuk yang berkepala botak”,
premis kedua mengatakan “Ahmad adalah seorang datuk yang berkepala botak”
dan dari dua kes itu maka disimpulkan bahawa “semua datuk mempunyai kepala
botak”. Ini merupakan satu kesimpulan umum berdasarkan kepada premis-
premis yang khusus ditarik satu kesimpulan umum mengenai datuk-datuk yang
dikatakan mempunyai kepala botak.

• Dapat dilihat bahawa kenyataan umum yang terdapat didalam kesimpuan itu
tidak semestinya benar walaupun premis-premisnya benar. Ini adalah kerana
mungkin terdapat datuk-datuk yang mempunyai cucu yang masih lagi
mempunyai rambut dan tidak berkepala botak. Jadi, jika ada datuk-datuk yang
masih lagi belum berkepala botak maka ini sudah tentulah bermakna bahawa
kesimpulan yang mengatakan bahawa semua datuk mempunyai kepala botak itu
adalah tidak benar (palsu). Ini juga adalah satu sifat logik induktif yang mana
LOGIK dari premis-premis yang benar kita menarik kesimpulan umum yang tidak
INDUKTIF semestinya benar tetapi berdasarkan kepada premis-premis yang telah diberi itu.
DEDUKSI
vs
INDUKSI
ABDUKSI
• Di dalam falsafah terdapat kaedah berfikir lain seperti kaedah Abduksi dan kaedah
Heuristik.

• Kaedah abduction ataupun dalam Bahasa Malaysia, abduksi.

• Abduction atau di dalam Bahasa Inggeris juga disebut sebagai inference to the best
explanation - berlakunya sesuatu phenomena dan kita dapat melihat ada
berlakunya sesuatu fenomena. Dari situ kesimpulan dibuat mengenai apakah yang
berlaku sebelum wujudnya fenomena itu yang boleh menjelaskan kenapa
fenomena tersebut wujud atau berlaku.

• Maknanya, kita cuba memberi satu penjelasan atau explanation yang terbaik
berdasarkan kepada fenomena yang wujud itu. Dalam hal ini kita berfikir dengan
berfikir secara ke belakang ataupun thinking backwards.

• Contohnya, kita melihat sesuatu fenomena, misalnya memerhatikan kereta yang


bergerak di jalan raya dan kita bertanya:

• Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?

• Apakah yang menyebabkan kereta itu bergerak?

• Apakah yang mesti wujud? Iaitu kondisi ataupun keadaan yang mesti ada untuk
membolehkan fenomena seperti kereta bergerak tadi berlaku.
HEURSTIK
Logik induktif, deduktif dan juga abduksi adalah cara berfikir secara logik
dimana terdapat peraturan pemikiran yang boleh diaplikasikan.

Walau bagaimanapun, bagi kaedah heuristik ianya berbeza daripada kaedah-


kaedah deduktif, induktif dan abdukdi. Ini kerana, kaedah heuristik tidak ada
peraturan-peraturan yang sistematik ataupun yang teratur yang boleh
diaplikasikan seperti di dalam logik diduktif dan induktif.

Ini membezakan ataupun membuatkan heuristik sebagai suatu jenis berfikir


yang berlainan daripada permikiran logik yang lain.

Walaupun logik heuristik ini tidak mempunyai peraturan yang tertentu


namun ada garis panduan untuk melaksanakan pemikiran heuristik.

Permikiran heuristik adalah bersifat penerokaan ataupun exploratory. Ianya


bukan bersifat penilaian seperti yang terdapat dalam logik deduktif dan
induktif di mana kaedah logik digunakan untuk menilai samada sesuatu
penghujahan atau pendalilan ataupun argumen itu boleh diterima sebagai sah
ataupun tidak sah.
FALASI
• Hujahan palsu digunakan
untuk mengelirukan atau
mempengaruhi orang
supaya mempercayainya
benar.

• Logik berfungsi
membezakan
penghujahan berfalasi
daripada penghujahan
sah
Kategori Falasi
• Falasi Umum
– Falasi Kemalangan
• Falasi Berdasarkan Emosi
– Falasi Ad Nauseam
– Falasi Novelti
– Falasi Soalan
Perangkap – Falasi Belas Kasihan
– Falasi Jalan Tengah – Falasi Rayuan Khas
– Falasi Hitam
Putih/Dilema
Falasi Genetik
– Falasi Kejahilan
– Falasi Label ◼ Falasi Ad
– Falasi Honimem
Menyalahgunakan ◼ Falasi Ad
Prinsip Populum
– Falasi Hujah Berbelit-
belit ◼ Falasi
– Falasi Kiasan Kewibawaan
– Falasi Kebetulan ◼ Falasi Inferens
– Falasi Klise ◼ Falasi Komposisi
◼ Falasi Bahagian
26
Falasi Soalan Perangkap
• Apabila seseorang menanyakan soalan tersembunyi yang
telah diimplikasikan dalam soalan tersebut mengenai sesuatu
perkara yang belum dibuktikan untuk memerangkap orang
yang menjawab soalan tersebut.

• “Adakah kamu masih menghisap rokok?”


• Orang yang menjawab soalan di atas mengakui secara
implikasi bahawa dia pernah menghisap rokok tidak kira sama
ada jawapannya adalah ya atau tidak sebab terdapat soalan
tersembunyi yang diimplikasi dalam soalan ini iaitu
“pernahkah kamu menghisap rokok?” Soalan tersembunyi ini
sudah dianggap sudah dijawab dengan “ya” atau “tidak”.
Falasi Jalan Tengah
• Kita melakukan falasi ini apabila kita
mempercayai bahawa mengambil jalan tengah
ataupun sikap sederhana antara dua perkara
yang ekstrem adalah cara yang terbaik.

• Penjual VS Pembeli tentang harga kereta yang


hendak dibeli.
Falasi Hitam atau Putih (Dilema)
• Penggunaan kata lawan seperti ‘hitam-putih’,
‘peperangan-keamanan’, ‘panas-sejuk’ dan
sebagainya
• Ianya seolah-olah terdapat hanya dua kemungkinan
sahaja untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
• Falasi jenis ini juga dikenali sebagai falasi dilema ;
kita hanya ada dua pilihan
• Umpamanya ; ‘Mahukah anda pemerintahan yang
berdasarkan sains, akal, dan teknologi atau
pemerintahan yang hanya meniru idea-idea dari
zaman silam?’
Falasi Kejahilan
• Argumentum ad ignorantium

• Ianya berlaku apabila kita mempertahankan idea kita


dengan mengatakan tidak ada bukti sahih yang
mengatakan idea kita itu salah.

• Contoh ; ‘Hantu tidak wujud. Saya sendiri belum


melihatnya dan cerita-cerita orang tidak
menyakinkan saya’
Falasi Menyalahgunakan Prinsip
• Falasi ini sering dilakukan pada tempat yang tidak
sesuai dengan prinsip/peraturan.

• Contoh :
– “Adegan cium dalam filem diharamkan”.
– Maka dengan menggunakan peraturan tersebut, seorang
penapis filem akan memotong adegan seorang ibu
mencium anaknya di pipi. Peraturan tentang adegan cium
dalam filem atau TV ini hanya masuk akal jika difahami
bahawa ciuman sebagai sejenis hubungan seksual. Ciuman
sebagai tanda kasih sayang adalah kekecualian yang harus
disedari.
Falasi Hujah Berbelit-belit
• Kita melakukan falasi ini apabila kesimpulan
yang dibuat serupa dengan premis hujah.

• Contoh;
– ‘Ibu, Minah hendak berkahwin dengan Ahmad’
– ‘Apakah kamu betul-betul yakin tentang hal ini’
– ‘Tentulah! Dia sayangkan Minah’
– ‘Bagaimana kamu pasti tentang hal itu’
– ‘Kerana itulah yang dikatakannya. Tentu dia tidak akan
berdusta terhadap orang yang disayanginya’.
Falasi Kebetulan
• Berlaku apabila seseorang yakin kepada suatu
perkara yang am sifatnya, tetapi dianggap
benar bagi kes-kes lain.

• Contoh :
– Politik kotor : semua aktiviti dlm politik adalah
kotor!
– Lelaki bermisai melintang adalah garang!
– Kaca mata lambang kebijaksanaan!
Falasi Klise
• Melibatkan ayat-ayat sudah menjadi sebutan lumrah
spt perumpamaan, peribahasa, pepatah, kata
pujangga dsb.

• Ramai yang percaya klise adalah benar kerana ia


telah diuji oleh masa walaupun ia tidak semestinya
benar & realistik.

• Contoh :
– Siapa cepat, dia dapat
– Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri
tinggal-tinggalkan.
Falasi Novelti
• Percaya bahawa sesuatu yang baru akan lebih
baik daripada yang lama.

• Contoh :
– Proton X 50 lebih baik daripada Proton X 70
– Minggu depan lebih baik daripada minggu ini
– PC baru lebih baik daripada PC sekarang.
Falasi Belas Kasihan

• Argumentum ad misericordiam

• Seseorang yang memperalatkan emosi orang lain dengan


meminta kasihan dan bukannya untuk membuktikan apa yang
diperkatakan itu benar atau salah.

• “Tolonglah saya, cikgu, naikkan markah saya. Ibu bapa saya


telah membuat keputusan untuk bercerai. Saya berasa amat
sedih. Sebab itu saya tidak dapat menumpukan perhatian
dalam pelajaran.”
Falasi Rayuan Khas
• Falasi ini sentiasa kita lakukan dalam konteks di mana
peraturan, prinsip dan syarat itu sepatutnya
dikenakan ke atas setiap orang, tetapi kita tidak
mahu menggunakannya ke atas diri kita ataupun ke
atas perkara-perkara yang melibatkan kepentingan
diri kita.

• Kesibukan bekerja menjadi alasan Abu untuk tidak


terlibat sangat dalam tugasan yang diberikan oleh
pensyarah.
Falasi Ad Hominem
►Kita bukan mengkritik idea seseorang tetapi
sebaliknya kita menghentam peribadi orang
itu;
– dia sudah nyanyuk, dia tidak waras, dia melampau
dsb.

►Contoh;
– En Y. tidak perlu komen apa-apa tentang bola. Apa
dia tahu tentang bola, dia sendiri kaki bangku.

38
Falasi Ad Populom
►Bermaksud : kumpulan dan popular.
►Mendakwa semua bersifat begitu.
►Salah jika dijadikan asas berhujah.
►Contoh :
– Lelaki mata keranjang
– Wanita mata duitan
– Wawasan 2020
– Cemerlang, Gemilang, Terbilang!

39
Falasi Merujuk Kewibawaan
►Satu keadaan di mana si penghujah cuba
menguatkan hujah atau penyataannya dengan
merujuk kepada seseorang yang pendapatnya biasa
boleh dipercayai walaupun ianya belum dibuktikan
kebenaranya.

►Biasanya hujah ini akan lemah jika penyataan


tersebut dikeluarkan oleh mereka yang bukan pakar
dalam bidang tersebut .

►Contoh ; pemain bola x berkata : ‘minumlah Milo


supaya anda menjadi sihat dan kuat’
Falasi Komposisi
►Bermaksud : Setiap unsur terbaik apabila ia berdiri
sendiri, akan kekal sebagai terbaik apabila disatukan
dengan unsur-unsur lain.

►Contoh :
– Kecantikan wanita digambarkan dengan : “pipi
bagai pauh dilayang”, “bibir bagai delima
merekah”, “rambut bagai mayang mengurai”
– Perhiasan rumah : kabinet, almari, kerusi, meja dll.
METODOLOGI PENGHASILAN
ILMU
TAJUK SETIAP KULIAH KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA BERDASARKAN DOMAIN ANALISIS FALSAFAH

KULIAH 3: LOGIK & METODOLOGI


KULIAH 3 KONSEP SOALAN RUJUKAN
LOGIK
PERANAN LOGIK DAN Logik Apakah tujuan Ilmu Logik? ALatifS, “Logik” (ms 2-4)
PENCEGAHAN FALASI – Falasi Apakah makna Falasi? AJalilH “Kedudukan Ilmu
Mantiq dalam Falsafah” (ms 6-
KESALAHAN BERFIKIR
7)
ASariyan, Logika (ms 50 – 58)
Hashim Musa (ms 33-54)
DEDUKSI DAN INDUKSI Deduksi Bolehkah anda memberi satu ALatifS, Asas-Asas Penaakulan
Induksi contoh pendekatan Deduksi Sains (ms 14-33)
dan satu contoh pendekatan ALatifS, Bentuk-Bentuk
Induksi diperolehi? Penerangan Sains dan Kaedah
Formal (ms 34-58)
PELBAGAI METODOLOGI Pelbagai Metodologi Ilmu Selain dari pendekatan Deduksi ALatifS, Asas-Asas Penaakulan
PENGHASILAN ILMU dan Induksi, bolehkah anda Sains (ms 14-33)
berikan contoh-contoh ALatifS, Bentuk-Bentuk
Metodologi Ilmu yang lain? Penerangan Sains dan Kaedah
Formal (ms 34-58)
METODOLOGI Metodologi Penghasilan Apakah hubungan Metodologi ShaharirMZ, Apakah Sains? (ms
PEMBINAAN ILMU Pembinaan Ilmu dengan penjanaan ilmu-ilmu 33- 46)
baru? ShaharirMZ, Anggapan,
PENGETAHUAN
Andaian, Postulat, Aksiom,
Hipotesis, Teori dan Fakta (ms
87-100)

Anda mungkin juga menyukai