Anda di halaman 1dari 6

Tutorial 20210217

1. Senaraikan kemahiran menghantar dan menerima dalam permainan bola


keranjang
2. Terangkan kesalahan-kesalahan dalam permainan bola keranjang
3. Bagaimanakah kiraan mata ditentukan daripada jaringan bola keranjang

1. Senaraikan kemahiran menghantar dan menerima dalam permainan bola


keranjang

Hantaran
Selain daripada mengelecek, bola boleh digerakkan dari satu tempat ke satu
tempat lain, atau dari seorang pemain kepada pemain lain menerusi
hantaran.Hantaran ini juga adalah cara paling mudah untuk menggerakkan bola ke
arah keranjang.Apabila seseorang pemain tidak dapat mengelecekd isebabkan
pemain itu terhalang atau mendapati sukar untuk melakukan kelecek, pemain
berkenaan harus melakukan hantaran supaya bola masihdalam penguasaan
pasukannya.Perkara penting dan utama yang harus diberiperhatian oleh seseorang
pemain apabila membuat hantaran bola ialah dia hendaklah membuat hantaran yang
selamat.

Membuat hantaran merupakan kemahiran individu yang harus dimiliki dan


dikuasai oleh setiap pemain. Daripada kemahiran individu inilah kemahiran pasukan
dibentuk. Dalam hal ini sering dianggap bahawa membuat hantaran dan menerima
hantaran merupakan gabungan dua pergerakan dalam satu tindakan. Ini bermakna
kedua-dua pergerakan iaitu menghantar dan menerima bola sering dikategorikan
sebagai satu kemahiran tersendiri.

Terdapat 3 jenis hantaran :


Hantaran Aras Dada
Dengan menggunakan kedua-duabelah tangan pemain. Biasanya kedudukan
pemain semasa melakukanhantaran dada adalah suatu kedudukan yang
memudahkan pemain membuat hantaran, jaringan, atau mengelecek bola itu.
Hantaran aras dada biasanya digunakan apabila terdapat ruang dankelajuan
diperlukan.Hantaran jenis ini sesuai dilakukan jika tiada pemainlawan menghalang
atau berada berdekatan dengan pemain yang akanmembuat hantaran dan hantaran
itu perlu dilakukan dengan deras.Sebagaisalah satu cara menghantar bola dalam
bola keranjang, hantaran inihendaklah dikuasai oleh setiap pemain.
Hantaran Lantun
Hantaran lantun merupakan jenis hantaran membuat hantaran dalam
permainan bola keranjang.Hantaran ini boleh dilakukan sama ada menggunakan
sebelah ataupun kedua-dua belah tangan. Hantaran lantun dilakukan apabila pemain
yang memegang bola dihalang oleh pemain lawanyang lebih tinggi atau pemain
lawan berada hampir dengannya. Dalamhantaran ini, pemain melantun bola ke
permukaan gelanggang supaya bola melantun dengan baik untuk diterima oleh
rakan yang sudah bersedia untukmenerima bola.Walaupun bola daripada hantaran
ini agak lambat sedikit tiba ke tangan penerima, hantaran ini menjadi lebih tepat dan
berkesan.
Hantaran Di Atas Kepala 
Hantaran ini merupakan jenis hantaran pantas, di mana bola bergerak pantas
melepasi kepala pemain lawan. Hantaran ini sesuai dilakukan oleh pemain yang
tinggi, khususnya pemain penyerang dan pertahanan. Hantaran ini juga penting
untuk hantaran pendek yang dikawal dekat oleh lawan.Dalamsituasi begini pemain
boleh memilih sama ada mahu melakukan hantarantinggi atas kepala ataupun
hantaran lantun.
2. Terangkan kesalahan-kesalahan dalam permainan bola keranjang

Peraturan asas permainan bola keranjang adalah seperti berikut :


1. Bola boleh dibuang ke mana-mana arah dengan menggunakan salah satu atau
kedua-dua belah tangan.
2. Bola boleh dilanggar/tepis dalam apa-apa cara dengan menggunakan satu atau
kedua-dua belah tangan, tetapi tidak boleh dipukul menggunakan genggaman
(menumbuk).
3. Pemain tidak dibenarkan untuk berlari sambil memegang bola dengan kedua-dua
tangan.
4. Bola mesti di antara tapak tangan. Senjata atau anggota badan yang lain adalah
tidak dibenarkan untuk memegang bola.
5. Pemain tidak dibenarkan untuk membajak, memegang, menolak, memukul, atau
mengatasi lawan dalam beberapa cara. Pertama pelanggaran peraturan ini akan
dikira sebagai sesuatu kesilapan, kesalahan(foul) akan diberikan kepada pemain
yang mencabuli kesalahan tersebut sehingga bola dimasukkan oleh pihak lawan,
dan jika kesalahan itu dilakukan dengan niat untuk mencederakan pihak lawan,
maka pemain yang melakukan kesalahan tersebut akan dihukum tidak perlu bermain
sepanjang perlawanan. Pada waktu ini, sebarang penggantian pemain adalah tidak
dibenarkan.
6. Jika satu pihak membuat tiga kali kesilapan berturut-turut, maka kesilapan itu akan
dikira sebagai kesalahan(foul) untuk lawan.
7. Apabila berlakunya kesalahan(foul), pihak lawan akan mendapat balingan
percuma.
8. Pengadil mempunyai hak untuk memberi perhatian kepada para pemain yang
melakukan kesalahan dan mencatat jumlah kesalahan yang dilakukan dan
memberitahu penolong pengadil. Pengadil mempunyai hak penuh untuk
membatalkan penyertaan mana-mana pemain yang melakukan kesalahan mengikut
Kaedah 5.
9. Penolong pengadil perlu melihat bola dan membuat keputusan apabila bola
tersebut dianggap telah keluar lapangan, perubahan pemilikan, serta
pemasaan.Penolong pengadil mempunyai hak untuk menentukan kesahihan gol dan
menghitung bilangan jaringan .
10. Setiap permainan dalam pertandingan mempunyai 4 set dalam satu permainan,
dan masa yang diberikan dalam 1 set ialah selama 10 minit. Masa berehat semasa
pertandingan diberikan selama 5 minit.
11. Pihak yang berjaya untuk memasuk jaringan yang paling banyak akan
diisytiharkan sebagai pemenang.

KELEWATAN
Pasukan yang gagal menhadirkan diri 15 minit selepas masa pertandingan
yang ditetapkan, dianggap menarik diri dalam pertandingan.

MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH


Peserta/Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan
menarik diri semasa pertandingan dijalankan.

Sekiranya sesebuah pasukan/peserta menarik diri atau menyerah kalah


dengan sengaja dari pertandingan, semua keputusan yang pernah dimainkan oleh
pasukan/peserta pada sebelum itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak
dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke
atas pasukan/peserta yang berkenaan.

Kesalahan(Foul)
Satu-satu pasukan dianggap dalam situasi penalti (penalty situation)
apabila pasukan tersebut melakukan 6 kali kesalahan (foul)

Pasukan yang melakukan kesalahan (foul)kali ke 7, 8 dan 9akan


dikenakan penalti dua (2) jaringan bebas (free throw)

Pasukan yang melakukan kesalahan (foul) kali ke 10 dan seterusnya


akan dikenakan penalti dua (2) jaringan bebas (free throw) dan penguasaan
bola(ball possession)
3. Bagaimanakah kiraan mata ditentukan daripada jaringan bola keranjang

Mata/markah
Pungutan mata diperolehi melalui lontaran bola keranjang ke jaringan/bakul
pihak lawan dan mempunyai perbezaan kiraan mata jaringan:-
1. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan kiraan 2 mata
2. Lontaran di luar lengkungan kiraan 3 mata
3. Setiap free throw akan diberikan satu (1)mata

Selepas jaringan gol atau jaringan bebas akhir yang berjaya, pasukan
bertahan akan memulakan permainan dengan mengelecek atau menghantar bola
terus dari dalam gelanggang bawah keranjang ke satu tempat di luar garisan
lengkung.

Jika jaringan tidak berjaya, pasukan penyerang (offensive team) yang


memperoleh bola pantulan (rebound) boleh meneruskan permainan tanpa
terlebih dahulu menghantar bola tersebut ke luar garisan lengkung.

Jika jaringan tidak berjaya, bola yang terkena keranjang gol atau
melantun hasil dari percubaan membuat jaringan (rebound) diperolehi
pasukan bertahan (defensive team), bola itu mestilah terlebih dahulu dihantar semula
ke luar garisan lengkung kepada pemain sepasukanya sebelum membuat
serangan.

Dalam keadaan bola mati, ‘check-ball’ perlu dilakukan di belakang garisan


lengkung. Apabila berlaku rebutan bola (jump ball situation), hak bola dan
lontaran masuk akan diberi kepada pasukan bertahan.

Anda mungkin juga menyukai