Anda di halaman 1dari 2

NAMA : NURFAZLIN BINTI MOHD FUAD

ANGKA GILIRAN : 2021122390032

Aksiologi berasal dari perkataan Yunani : axion (nilai) dan logos (teori) yang bererti teori
tentang nilai. Aksiologi merupakan cabang falsafah ilmu yang membincangkan tentang
tujuan ilmu pengetahuan itu sendiri dan bagaimana manusia menggunakan ilmu tersebut.
Kajian aksiologi adalah berkaitan dengan masalah nilai kegunaan ilmu kerana ilmu perlu
disesuaikan dengan nilai-nilai budaya dan moral sehinggalah nilai ilmu tersebut dapat
dirasakan kegunaannya oleh masyarakat. Aksiologi juga turut disebut sebagai teori tentang
nilai yang menentukan baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (right and wrong),
serta tata cara dan tujuan (mean and end).
Di dalam bidang falsafah aksiologi terdapat dua komponen yang penting iaitu etika
dan estetika. Etika berasal dari Bahasa Yunani “ethos” yang bererti adat kebiasaan. Dalam
istilah lainnya etika juga dinamakan sebagai moral yang berasal dari Bahasa Latin “mores”
yang bermaksud kebiasaan. Etika merupakan cabang penting di dalam falsafah aksiologi
yang membahaskan masalah-masalah moral, perilaku, norma, dan adat istiadat yang
berlaku pada sesuatu komuniti.
Di dalam bidang Pendidikan di negara kita nilai etika dimasukkan di dalam beberapa
subjek, iaitu Pendidikan Moral, Sejarah dan Pendidikan Islam. Jika kita lihat di dalam subjek
Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam, ditekankan nilai etika yang sangat banyak. Subjek
ini mengajar pelajar agar lebih bersikap baik kepada semua manusia dan haiwan di dunia
ini. Di dalam subjek ini juga membincangkan tentang masalah-masalah moral masyarakat
pada masa kini dan cara membendungnya. Nilai-nilai ini boleh dikaitkan dengan cabang
etika di dalam falsafah Aksiologi.
Bagi subjek Sejarah pula dapat dikaitkan dengan nilai etika, apabila Sejarah ada
membincangkan tentang adat istiadat masyarakat di Malaysia. Adat istiadat yang berlaku
pada sesuatu komuniti ini mempunyai nilai etika yang tersendiri dan boleh dikaitkan dengan
cabang etika bagi falsafah Aksiologi ini. Sejarah juga turut membincangkan tentang
kepentingan menghormati budaya dan adat kaum-kaum lain di Malaysia. Nilai-nilai ini turut
dibincangkan dalam aspek etika.
Logik berasal daripada Bahasa Yunani “logos” yang bermaksud idea atau alasan hasil
daripada kajian tentang kebenaran tentang sesuatu samada secara inferens ataupun
melalui kajian. Bagi falsafah Logik pula ia merupakan satu pengkajian mengenai hujah
(argument) yang baik. Logik juga membincangkan tentang idea yang sah dan idea yang
mengelirukan. Terdapat dua cabang ilmu di dalam falsafah Logik, iaitu deduktif dan induktif.
Bagi logik deduktif bermaksud satu proses yang menyatakan kesimpulan daripada
yang umum kepada yang khusus. Perkataan deduktif berasal daripada istilah Bahasa Latin
iaitu “de” yang bermaksud daripada dan “decure” yang bermaksud memimpin ke arah.
Gabungan antara kedua-dua ini membentuk maksud memimpin dari sesuatu ke suatu
kesimpulan.
Deduktif mempunyai kaitan rapat dengan logik klasik yang diasaskan oleh Aristotle.
Logik deduktif yang pertama ialah silogisme. Kaedah menggunakan deduktif disebut
sebagai deduksi. Kesimpulan bagi logik deduktif hendaklah samada kedua-duanya benar
atau kedua-duanya palsu.
Subjek atau mata pelajaran yang boleh dikaitkan dengan falsafah logik deduktif ialah
subjek Sains. Ini kerana, Sains bersifat hujahan yang benar dan diyakini. Sebagai contoh, di
dalam subjek Sains menyatakan semua manusia bernafas dengan menggunakan oksigen.
Zati ialah seorang manusia. Kesimpulan di sini, Zati bernafas menggunakan oksigen kerana
Zati adalah manusia. Logik deduktif merupakan hujahan yang bersifat benar dan betul. Oleh
itu, subjek Sains adalah yang paling tepat untuk dibuat perbandingan di dalam pendidikan
negara.
Selain itu, di dalam logik deduktif terdapat juga hujahan yang palsu tetapi masih lagi
merupakan sebuah deduksi. Sebagai contoh yang saya boleh ambil di dalam subjek Sains
ialah, ‘semua planet di dalam, sistem Suria kita mempunyai atmosfera. Utarid adalah salah
satu planet di dalam sistem Suria kita.’ Oleh itu Utarid mempunyai atmosfera. Walaupun
deduktif bersifat hujahan yang benar di dalam subjek Sains, namun terdapat juga hujahan
yang palsu tetapi diterima oleh falsafah dan Sains itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai