Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

AK21703: PEMBERITAAN DAN PENULISAN


SESI:2020/2021

TAJUK :
SAMPAH SARAP BERTABURAN DI TAPAK PENGUTIPAN SAMPAH
KENINGAU

DISEDIAKAN UNTUK :
DR HARYATI

DISEDIAKAN OLEH :

EVELTAH BENSON
MAICHARIEN BINTI MAISON (YA2016-1064)
NURSAKINAH JAMLIDI
SAMPAH SARAP BERTABURAN DI TAPAK PENGUTIPAN SAMPAH
KENINGAU

KENINGAU: Pemandangan yang kurang menarik, busuk dan sampah sarap yang
bertaburan begitulah keadaan yang boleh digambarkan di sebuah tapak pengutipan
sampah di lorong 16 jalan Andulag Keningau. Keadaan yang kurang menarik dan
berada di pusat bandar menjadikan suasana tersebut kurang enak dilihat. Sampah
sarap yang dibuang semakin sukar untuk dikawal.

Situasi yang menjijikan itu jelas kelihatan apabila sampah bertaburan di merata-
rata tempat berhampiran tempat pengutipan sampah. Lebih merisaukan kehadiran
beberapa ekor anjing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan tersebut sambil
menyelongkar dan mengonggong beg plastik menyebabkan orang awam yang lalu di
kawasan tersebut terancam keselamatan. Tapak pengutipan sampah ini terletak
berdekatan dengan blok kedai dan merupakan kawasan lalu lalang kenderaan dan
pengguna jalan kaki.

Permasalahan sampah yang bertaburan dan berada di merata-rata tempat


menyebabkan masyarakat daerah Keningau mencari punca mengapakah sampah
yang berlambak dan tidak terurus berlaku. Siapakah puncanya dan mengapa
berlaku.

Tinjauan pemberita ke lokasi yang dinyatakan melalui maklumat orang awam


mendapati keadaan tempat pengutipan tersebut sangat tidak terurus dan
mempunyai kuantiti sampah yang sangat banyak.

Hasil pemantauan oleh pemberita ke lokasi yang dimaksudkan mendapati


terdapat beberapa situasi di tapak pengutipan sampah tersebut.

Antara sitausi yang berlaku adalah yang pertama tempat pengutipan sampah
yang telah usang. Keadaan struktur binaan tapak pengutipan sampah adalah dalam
keadaan yang uzur dan sempit serta mempunyai beberapa kerosakan menyebabkan
orang awam yang membuang sampah mengambil jalan mudah membuang di luar
tapak pengutipan sampah tersebut.
Situasi yang seterusnya, pusat pengutipan sampah ini mempunyai tong sampah
yang tidak mencukupi. Jumlah tong sampah adalah sedikit namun kuantiti sampah
yang dibuang adalah dalam kuantiti yang banyak dalam sehari. Hasil tinjuan
pemberita mendapati situasi ini disebabkan tapak pengutipan sampah ini hanya satu-
satunya yang berada di kawasan tersebut dengan terdapat blok-blok kedai yang
banyak. Maka pusat pengutipan ini menjadi tumpuan pengguna berdekatan.

Selain itu, masalah sampah yang bertaburan ini juga disebabkan oleh aktiviti
penyelongkaran sampah oleh beberapa individu. Individu-individu ini akan terus
menyelongkar sampah yang baru diturunkan oleh pengguna ke tapak pengutipan
sampah tersebut. Setibanya sampah di kawasan tersebut, individu tersebut akan
mula mencari sesuatu barang yang boleh diperbaiki atau diambil serta boleh dijual
semula seperti tin aluminium dan besi buruk. Hasil tinjauan mendapati individu-
individu ini terdiri daripada kanak-kanak dan beberapa golongan lelaki dalam
pertengahan umur. Sampah diselongkar dan tidak dikemaskan semula menyebabkan
sampah-samaph berterbangan dan berselerak.

Pemberita juga sempat menemu bual beberapa orang yang berada berdekatan
kawasan tersebut. Pelbagai reaksi yang boleh didapati melibatkan rasa tidak puas
hati dan cadangan penambahbaikan.

Seorang pengguna jalan di kawasan tersebut yang dikenali sebagai Maria


menyuarakan pendapat dan cadangan untuk menangani masalah tersebut.

“Tong kena tambah, masyarakat yang buang sampah pun perlulah membuang
sampah dengan betul dan jangan meletakkan di tepi tempat pengutipan sampah
tersebut.”

“Pihak yang menyelongkar sampah perlu pastikan plastik sampah yang


diselongkar dikemaskan kembali dan jangan biarkan sampah bertaburan.”

Seorang pengguna yang kebetulan ingin membuang sampah turut sempat di


temu bual. Dinny mengatakan tempat pengutipan sampah ini sentiasa penuh.
“Saya buang sampah di tapak pengutipan sampah ini sudah lama, namun
kuantiti sampah yang semakin banyak di kawasan ini kemungkinan bermula sejak
tahun lalu. Tong sampah yang disediakan oleh pihak ini sudah tidak mencukupi.
Tapak ini akan penuh dengan sampah dalam waktu sehari sahaja.”

Seorang wanita yang dikenali sebagai Maria yang merupakan seorang pelanggan
di salah sebuah kedai berkata keadaan tapak tersebut kurang menarik untuk dilihat.

“Keadaan tapak pengutipan sampah memang kurang menarik untuk dilihat.


Sampah berteraburan sehingga ke jalan raya. Perkara sama berlaku di beberapa
tapak pengutipan sampah di daerah ini”

Anda mungkin juga menyukai