Anda di halaman 1dari 3

Monday, April 19, 2010

Nota terjun tingkat 11


KUALA LUMPUR: Tekanan perasaan dialami selepas mendakwa sering dimarahi keluarga
kerana mendapat keputusan peperiksaan tidak memuaskan membuatkan seorang pelajar
tingkatan tiga sanggup terjun daripada tingkat 11 pangsapuri didiami.

Sebelum terjun, pelajar perempuan itu sempat menulis surat meluahkan perasaan
kecewanya kerana kerap dimarahi ibu bapa apabila gagal mencapai kejayaan cemerlang
dalam peperiksaan.

Malah, dia juga turut merakamkan gambar sendiri menggunakan telefon bimbit yang
menunjukkan seolah-olah cuba menjerut leher menggunakan rantai yang dipakainya.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 5 pagi itu, remaja berkenaan dipercayai
bertindak terjun dari tingkap bilik tidurnya selepas meninggalkan surat dan bukti berhubung
masalah dialami.

Menurutnya, pelajar yang tinggal bersama ahli keluarga di Ketumbar Height, Cheras di sini,
cedera parah di kepala dan tubuh kesan dari hentakan kuat menyebabkan dia mati di lokasi
kejadian sebelum mayatnya ditemui penduduk pangsapuri itu.

“Berdasarkan siasatan, mangsa kerap menginap di rumah mak ciknya di tingkat empat di
pangsapuri sama, namun pada hari kejadian, mangsa dikatakan pulang ke rumahnya di
tingkat 11 kediaman itu.

“Sebelum terjun, mangsa sempat menggunakan telefon bimbit kamera miliknya untuk
merakam perbuatan anehnya. Berdasarkan siasatan, dia dilihat sengaja menggunakan
rantai leher sambil seolah-olah cuba menjerut lehernya sendiri,” katanya.

Menurutnya, pelajar itu kemudian menulis di atas dua keping kertas mencurahkan segala
masalah dan rasa isi hatinya. Antaranya mendakwa tertekan dengan keputusan
akademiknya yang mengecewakan menyebabkan dia kerap dimarah oleh ibu bapa.

“Mangsa mendakwa tertekan dengan tindakan ibu bapanya yang kerap meluahkan rasa
tidak puas hati sehingga dia mengambil keputusan untuk membunuh diri bagi
menghentikan penderitaan dialami,” katanya.

Menurutnya, mayat remaja itu dihantar ke Pusat perubatan Hospital Kebangsaan Malaysian
(PPUKM) untuk bedah siasat.
“Setakat ini siasatan mendapati kematian mangsa tidak membabitkan unsur jenayah dan ia
adalah kes mati mengejut,” katanya.

Bagaimanapun, keluarga mangsa yang diambil keterangan polis tidak percaya mangsa
sanggup membunuh diri hanya kerana tertekan dengan keputusan peperiksaan diperoleh.

Bapa mangsa berusia 49, mendakwa dia dan isteri tidak pernah memarahi anak gadis
mereka atau memberi tekanan kepadanya.

Difahamkan, bapa mangsa meminta polis menyiasat punca kes kematian mangsa lebih
terperinci bagi mengenal pasti motif sebenar di sebalik kematian anak gadisnya itu
SKRIP FORUM PUSINGAN PERTAMA
Baiklah terima kasih kepada saudari pengerusi yang sungguh petah dalam
mengajukan soalan. Selain rakan sebaya, ibu bapa juga merukan punca
yang mengakibatkan remaja stress. Hal ini kerana ibu bapa merupakan
orang yang paling hamper dengan remaja. Setiap ibu bapa pasti mahukan
kejayaan anak anak mereka dalam pelajaran. Sekiranya ibu bapa terlalu
mendesak anak-anak untuk Berjaya dalam pelajaran , hal ini dapat
membuatkan anak-anak stress kerana ibu bapa terlalu meletakkan harapan
kepada mereka. Ya, memang benar ibu bapa seharusnya menggalakkan
anak anak mereka Berjaya dalam pelajaran , tetapi ibu bapa haruslah
mengikut landasan yang betul dalam setiap langkah dan tindakan yang
dilakukan serta bukannya mengenakan sesuatu peraturan tanpa rasional.
Penggunaan peraturan tanpa rasional dan meletakkan harapan yang tidak
realistik terhadap pencapaian anak anak akan memberikan tekanan kepada
remaja. Sekiranya harapan yang dihajati tidak dapat dicapai oleh anak anak
ini akan menyebabkan anak anak mengalami tekanan yang teruk kepada
remaja sehingga mampu menyebabkan trauma atau membunuh diri. Contoh
peristiwa yang menyebabkan remaja stress yang berpuncakan dari ibu bapa
adalah peristiwa yang pernah berlaku pada tahun 2010 dimana seorang
remaja wanita berusia 15 tahun terjun dari tingkat 11 pangsapurinya kerana
difahamkan remaja tersebut stress kerana ibu bapanya sering memarahinya
kerana sering mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam
peperiksaan. Sebelum remaja tersebut terjun, dia sempat meninggalkan
nota yang ditulisnya tentang luahan perasaan kecewanya. Daripada peritiwa
ini, sudah terang lagi bersuluh ibu bapa juga adalah punca remaja stress.
Tegasnya, ibu bapa seharusnya meberikan sokongan serta memberikan kata
kata semangat kepada remaja dalam pelajaran mereka dan bukannya
menambahkan stress mereka agar mereka mampu belajar dengan tenang
tanpa masalah.

Anda mungkin juga menyukai