Anda di halaman 1dari 3

Falsafah ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani, iaitu philosophic Menurut

Musa Daia (1967) dalam Ahmad Mohd Salleh (2008:20), philo bermaksud cinta, kaji, atau hargai,
manakala sophic pula bermaksud hikmat, kebajikan, atau kebenaran. Apabiladigabungkan dua
perkataan ini; philo dan sophic, maka falsafah boleh disebut sebagaicintakan kebenaran, atau
cintakan kepada hikmat Menurut Zawawi Hj. Ahmad (1984) dalam Noriati A. Rashid (2014:47),
pendidikan menurut Islam ialah satu proses berterusan untuk merubah, melatih dan mendidik
akal, jasmani, dan rohani manusia berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi
melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah SWT untuk mencapai
kejayaan di dunia dan di akhirat. Pendidikan ialah pemindahan nilai-nilai, sama ada ilmu atau
kemahiran dari generasi kegenerasi, sedangkan yang menentukan nilai-nilai apakah yang akan
dipindahkan itu adalahfalsafah. Oleh yang demikian, masyarakat yang mementingkan kebendaan
dan keseronokan hidup didunia sahaja akan dilahirkan jika falsafah hanya berteraskan
materialistic atau kebendaan. Negara kita Malaysia kini setelah 63 tahun merdeka masih
terbelenggu dengan sistem pendidikan tinggalan penjajah Barat. Kurikulum yang sering berubah-
ubah, terdirinya sekolah Vernikular, sekolah mubaligh. Jelas memperlihat Pendidikan Malaysia
dipengaruh Falsafah Pendidikan Barat dan Timur. Jadi untuk memperkasakan Pendidikan
Malaysia, kita perlu menggunakan asas falsafah pendidikan islam dalam Sistem Pendidikan di
Malaysia

Yang pertama adalah kita sebagai kerajaan perlu membuat satu usaha yang berterusan
untuk memantapkan lagi sistem pendidikan di negara kita ini dengan asas falsafah pendidikan
islam. Hal ini pernah disebut oleh Mohd. Kamal Hassan (1987) bahawa Falsafah Pendidikan
Islam menekankan konsep pendidikan seumur hidup. Pendidikan seumur hidup atau dengan kata
lain secara berterusan penting memandangkan perkembangan semasa yang sentiasa berubah.
Islam mementingkan pendidikan sejak anak masih kecil lagi. Ini terbukti semasa perintah Nabi
Muhammad SAW yang menyuruh ibu bapa mendidik anak-anak bersembahyang walaupun
masih berumur tujuh tahun. Bahkan sarjana Islam, Imam Ahmad Bin Hanbal ketika ditanya
kenapa beliau masih memegang dakwat di tangan sedangkan umurnya telah lanjut malahan pula
beliau merupakan seorang ilmuan yang terulung. Beliau menjawab, “Dakwat akan bersamaku
sehinggalah aku ke kubur”. Hal ini telah jelas membuktikan pendidikan menurut Islam adalah
pendidikan sepanjang hayat. Oleh itu, kerajaan boleh mengambil inisiatif untuk mengikuti asas
falsafah pendidikan islam. Hal ini kerana Falsafah Pendidikan Malaysia akan dipengaruhi oleh
asas tersebut. Jadi Malaysia oleh menggunakan konsep pembelajaran sepanjang hayat yang
telah diajarkan dalam Islam.
Di samping itu, Sistem Pendidikan di Malaysia perlu mengikuti asas falsafah pendidikan
islam iaitu menyeluruh dan bersepadu. Kita semua tahu Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga
mempunyai matlamat yang menyeluruh dan bersepadu iaitu mengembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu sama ada dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ini bertitik tolak dari konsep Falsafah
Pendidikan Islam yang kedua seperti disebut oleh Mohd. Kamal Hassan (1987). Islam tidak
melihat dari sudut intelek sahaja dalam pembangunan manusia, tetapi secara menyeluruh,
sepadu dan sempurna. Buktinya seperti yang terakam dalam Surah al-Baqarah: 208 yang
berbunyi “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkah syaitan. Sesunggunya syaitan itu musuh
kamu yang nyata”. Jadi jelaslah terbukti apabila kita menggunakan asas falsafah pendidikan
islam dalam sistem pembelajaran kita, pendidikan di Malaysia akan terus maju.

Selain itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. Konsep ini bermaksud bahawa manusia dan alam dijadikan oleh
Pencipta,mengetahui hukum dan fenomena alam mengikut peraturan Pencipta, dan
menyedaribahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam. (Ahmad Mohd. Salleh, 2008).
Kita boleh lihat kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan ini merupakan aspek yang paling
penting dan merupakan asas dan rukun yang utama dalam Falsafah PendidikanIslam. Falsafah
Pendidikan Islam tidak menerima sebarang pendidikan atau kurikulum yangmenyebabkan
manusia yang akan dilahirkan kelak manusia yang atheis. Manusia atheis hanya bertuhankan
hawa nafsu dan kebendaan. Hal ini akan menyebabkan keharmonian dalam masyarakat akan
terganggu. Disebabkan itulah sistem pendidikan kita perlu berteraskan falsafah pendidikan islam
agat pembelajaran akan sentiasa terjamin. Al-Nahwi dalam Noriati A. Rashid (2014:47) turut
menyenaraikan bahawa asas pertama dalam Falsafah Pendidikan Islam ialah keimanan kepada
Allah SWT. Hawa nafsu dan kebendaan ini merupakan aspek yang paling bahaya dan boleh
membuatkan seseorang itu lupa semua kebaikan hanya untuk mengejar benda yang tidak pasti.
Oleh yang demikian, apabila sistem pendidikan kita berteraskan asas falsafah islam iaitu
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, pendidikan kita akan bertukar menjadi lebih baik.

Yang terakhir ialah asas falsafah pendidikan islam akan menyebabkan keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. Hal ini selari dengan tujuan sebenar Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Jadi sebaiknya kita
perlu memperkasakan asas falsafah islam ini dalam sistem pendidikan kita. Tujuan ini dapat
dicapai dengan memupukperpaduan, melalui semangat kerjasama, berbakti, toleransi, kekitaan
dan hormat-menghormati. (ibid.:67). Konsep Falsafah Pendidikan Islam pula adalah
menyampaikan dua fungsi iaitu;sebagai hamba Allah dan khalifah Allah (Mohd. Kamal Hassan,
1987). Antara tanggungjawab sebagai khalifah ialah berusaha memakmurkan masyarakat dan
negara.Islam tidak hanya menjaga hubungan hamba dengan Penciptanya, bahkan
menjagahubungan hamba dengan masyarakat sekelilingnya. Perkara ini jelas dengan perintah
AllahSWT dalam al-Quran yang menyuruh umat Islam tolong-menolong atas jalan kebaikan
dantaqwa. (Surah al-Maidah:2). Justeru, bernarlah konsep falsafah pendidikan islam mampu
memperkasakan sistem pendidikan di negara kita supaya menyebabkan keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara akan dapat dicapai.

Kesimpulannya, Islam merupakan agama rasmi persekutuan di negara kita. Kita tidak
boleh dibelenggu oleh sistem pendidikan tinggalan penjajah Barat. Kurikulum yang sering
berubah-ubah, terdirinya sekolah Vernikular, sekolah mubaligh Jelas memperlihat Pendidikan
Malaysia dipengaruh Falsafah Pendidikan Barat dan Timur. Kita perlu memperjuangkan sistem
pendidikan kita berteraskan falsafah pendidikan islam agar sistem pendidikan kita akan semakin
kehadapan. Falsafah Islam berkembang di negara Islam dan di bawah naungan negara Islam.
hasil pemikiran ahli falsafah yang berada di bawah lingkungan kekuasaan Islam tentang hakikat
sesuatu dalam premis pemikiran yang logik dan sistematik. Jadi kerajaan perlu berusaha agar
sistem pendidikan kita akan terus diperkasa dengan adanya asas pendidikan islam.

Anda mungkin juga menyukai