Anda di halaman 1dari 1

KEMBARA VISUAL

Kembara Seni bertujuan untuk melaksanakan eksplorasi dan eksperimentasi


untuk meningkatkan pengalaman estetik. Para pelajar akan dapat mengggunakan
pelbagai media, alat, bahan dan teknik untuk menterjemahkan pengalaman persepsi
dan pengalaman estetik dalam bentuk visual.

KELEBIHAN KEMBARA
i. Pelajar dapat melihat secara realiti objek-objek dan bahan alam semulajadi
dengan jelas dan kajian lebih terperinci berbanding visual secara maya, kaca TV
atau skrin komputer.
ii. Pendidikan dan pengalaman langsung diperolehi dan ia banyak membantu
kekusutan ilmu di bilik darjah
iii. Melatih pelajar untuk menghayati dan menghargai alam sekitar warisan
sepanjang zaman.
iv. Pelajar akan dapat mentafsirkan alam semualajadi yang dilihat menerusi
penghasilan beberapa karya Seni Visual seperti lukisan, catan, arca dan
sebagainya.
v. Keseronokan dalam pembelajaran.

KELEMAHAN KEMBARA
1. Memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.
2. Para pelajar sukar dikawal kerana terlalu teruja dan seronok.
3. Memerlukan bantuan rakan sekerja untuk turut serta sebagai guru pengiring
namun tugas guru sangat banyak dan adakalanya guru-guru tidak dapat turut
serta.
4. Kembara visual memerlukan pemilihan lokasi yang sesuai dan strategik.

Anda mungkin juga menyukai