Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : ENGKAU LILIN KEHIDUPANKU

PENCERITA(P) : DARLVINA A/P VIJAYA KUMAR


GURU(G) : NUR ALLYIENA BATRISYIA BT ASWAZI
MURID 1(M1) : PAVITRA A/P THILLAI NADARAJ
MURID 2(M2) : SANJNA RENGASAMY
MURID 3(M3) : WONG KE JIE

Situasi di dalam kelas 5 HIBISCUS;


(P): Sedang guru mengajar di hadapan, anak-anak didiknya yang lain sibuk membuat kerja
masing-masing tanpa menghiraukan guru di hadapan. Ada yang berkhayal,
bersembang, makan dan tidak ketinggalan juga yang sedang enak dibuai mimpi. Namun
demikian, berkat kesabaran guru, beliau tetap meneruskan tanggungjawabnya
mengajar dan memberi nasihat kepada anak muridnya supaya menjadi orang yang
berguna.

(P): KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG. Loceng berbunyi menandakan sesi pembelajaran


ketika itu sudah tamat.

(G): Terima kasih semua.

(M2,3): Terima kasih, cikgu.

(M2): Bangunlah. Kelas dah tamat, sekarang waktu rehat.

(M1): Tolong, belikan saya milo ais dengan roti kacang. Malaslah nak turun bawah dan
beratur. Pinjamkan saya buku nota engkau, nak salin kerja PDPR matematik bulan
lalu.

(M2): Boleh, tapi saya tak pastilah kalau jawapan tu betul ke salah. Saya pun tiru jawapan
orang.

(M1): Siapa kisah? Asalkan kerja aku siap cukup.

(P): Situasi di koridor kelas semasa dalam perjalanan kembali ke kelas selepas membeli
makanan di kantin sekolah. M2 dan M3 berlari-lari dan terlanggar guru yang sedang
mengangkat buku-buku nota pelajar yang berat mengakibatkan beliau jatuh terlentang,
patah kaki dan terlantar di hospital selama sebulan.

(P): Cikgu yang terlalu risau akan akademik anak-anak muridnya, mengambil keputusan
untuk menjalankan proses pembelajaran dalam talian melalui platform media sosial
Google Meet. Selama sebulan, setiap hari beliau tidak pernah gagal mengadakan kelas.
Namun begitu, usaha beliau dipandang enteng oleh murid-muridnya dan mereka lebih
rela untuk membazirkan masa dengan melepak, tidur dan melakukan aktiviti yang tidak
berfaedah. Tidak pernah walaupun sekali, anak-anak didiknya pernah mengikuti kelas
beliau. Walaubagaimanapun, beliau tetap menjalankan tanggungjawab beliau dengan
rakam video dan hantar dalam kumpulan telegram dengan harapan murid-murid dapat
menimba ilmu sekurang-sekurangnya selepas menonton video tersebut.

(P): Pelajar kelas 5 Hibiscus tidak mengendahkan video-video tersebut.

(P): Selepas 3 minggu, satu peperiksaan penilaian peringkat sekolah diadakan untuk menilai
prestasi para calon SPM. Kesemua pelajar 5 Hibiscus mula berasa risau dan takut kerana
tidak pernah memberikan perhatian di kelas semasa guru mengajar mahupun membuat
latihan yang ditugaskan.

(P): Peperiksaan dijalankan.

(P): Keputusan ujian dipaparkan di papan kenyataan kelas. Tidak menghairankan, kesemua
pelajar 5 Hibiscus gagal dalam hampir setiap ujian yang diduduki. Mereka menyesal
memikirkan masa lalu, namun apa gunanya menyesal sekarang? Hal ini bertepatan
dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

(M1): Prestasi saya semakin hari semakin merosot. Saya menyesal dengan tindakan saya
pada masa lalu yang suka ponteng kelas atau tidur di dalam kelas.

(M2): Betul kata kamu. Saya paling risau akan reaksi ibu saya terhadap markah ujian saya.

(M3): Janganlah kita patah semangat. Ini bukan pengakhirannya. Kita masih lagi ada
masa untuk membetulkan kesilapan kita pada masa lalu dan mula belajar
bersungguh-sungguh demi masa hadapan yang cerah. hilang harapan

(M1): Kalau begitu, tolong ajar saya Matematik boleh?

(M3): Boleh, tapi dengan syarat kamu ajar saya Fizik.

(M1): Baik.

(P): Ketiga-tiga kawan karib mula menghabiskan masa bersama-sama mengulangkaji


pelajaran, melawat perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan bersifat ilmiah dan
berkongsi ilmu. Mereka sentiasa fokus di dalam kelas ketika guru mengajar dan mula
menonton video yang dihantar dalam Telegram serta mengikuti setiap kelas dalam
talian. Warga guru TCS hairan dengan perubahan drastik pelajar 5 Hibiscus tetapi
gembira dan bangga dengan perubahan tersebut. Puan Ally kembali ke sekolah selepas
sembuh sepenuhnya dan turut menumpang gembira dengan perubahan anak-anak didiknya.
(P): Puan Ally melangkah masuk ke dalam kelas apabila..............

(M3): Selamat kembali, heroku.

(M1,2): Maafkankan kami, cikgu.

(M1): Biarpun selepas setiap kesalahan yang telah kami lakukan, cikgu tetap memaafkan kami pada
saat seterusnya.

(M2): Tak pernah sekali cikgu jemu mengajar kami, walaupun kami tidak fokus ketika cikgu
mengajar.

(P): Tambahan lagi, mahupun selepas kami ditag sebagai kacang hantu, pengacau,
kelas paling teruk dan lain-lain, cikgu..tetap mahukan yang terbaik kepada kami. Setiap kali
kami melakukan kesilapan atau membuat cikgu tersinggung dengan perlakuan kami, cikgu
tak pernah mengambil ke hati dan tetap mengajar kami dengan hati yang tulus dan ikhlas.

(M3): Tiada kata yang boleh mengambarkan pengorbananmu buat kami semua.

(M1,2,): Kami bersyukur kepada Tuhan untuk mendapat guru sepertimu sebagai guru kami.

(P): Tujuh belas tahun rindu tersemat,


Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

(M3): Hendak berburu ke luar kota,


Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

(M1): Angin menderu dengan sepoinya,


Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

(G): Jalan ke barat berpilin-pilin,


Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Anda mungkin juga menyukai