Anda di halaman 1dari 5

[No.Ruj.

PSV 1/2021

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PENGHASILAN ARCA ASEMBLAJ DAN
PERTANDINGAN PENGHASILAN MODEL KAPAL TERBANG
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
SK PANDAMARAN JAYA

Yang berusaha En Mahat Bin Abd Hamid,


Guru Besar

1.0 PENGENALAN

Pertandingan penghasilan arca asemblaj dan pertandingan penghasilan model kapal


terbang adalah salah satu aktiviti yang dirangcang dalam aktiviti tahunan Panitia
Pendidikan Seni Visual tahun 2021. Pertandingan penghasilan arca asemblaj adalah
aktiviti yang dirancang untuk semua murid tahap dua. Manakala pertandingan
penghasilan model kapal terbang khas untuk murid-murid tahap satu. Pertandingan ini
dapat membangkitkan minat murid terutamanya murid lelaki SKPJ untuk menonjolkan
kebakatan sendiri dalam aktiviti seni. Guru-guru matapelajaran PSV akan memilih 3
hasilan karya yang terbaik dalam setiap kelas. Peserta-peserta dimana hasilan mereka
dipilih akan diberi hadiah sebagai galakan.

2.0 RASIONAL

Pertandingan penghasilan arca asemblaj dan pertandingan penghasilan model kapal


terbang diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan daya kreatif dan inovasi
murid-murid serta menarik keminatan murid lelaki terhadap aktiviti kesenian. Selain itu,
ianya adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan bidang kerjaya yang
dapat diceburi oleh mereka berdasarkan kreativiti dan inovasi mereka dalam usaha
menghasilkan karya sendiri.
[No.Ruj. PSV 1/2021

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi murid-murid.


3.2 Memupuk minat murid lelaki terhadap aktiviti kesenian.
3.3 Memberi peluang kepada murid untuk menonjolkan kebakatan penghasilan karya
secara kreatif dan inovatif.
3.4 Mewujudkan proses pembangunan sahsiah dan peribadi yang mantap dalam
kalangan murid-murid.

4.0 SASARAN

Semua murid :-
4.1 Pertandingan penghasilan model kapal terbang. (Tahap 1)

TAHUN BILANGAN MURID


TAHUN 1 171
TAHUN 2 183
TAHUN 3 151
JUMLAH 505

4.2 Pertandingan penghasilan arca asemblaj. (Tahap 2)

TAHUN BILANGAN MURID


TAHUN 4 197
TAHUN 5 165
TAHUN 6 186
JUMLAH 548

5.0 TARIKH DAN TEMPAT


5.1 Tarikh : 19 April 2021(Isnin) hingga 14 Julai 2021 (Rabu)
5.2 Tempat : Bilik darjah dan rumah masing-masing.

6.0 ALAT DAN BAHAN


[No.Ruj. PSV 1/2021

Digalakkan untuk menggunakan bahan kitar semula bersesuaian dengan aktivitinya


yang disediakan oleh peserta.

7.0 JAWATAN KUASA PERTANDINGAN

Penasihat : En. Mahat Bin Abd Hamid


Pengerusi : En. Kalai Selvan A/L Periasamy
Setiausaha : En. Mohd Rohimin Bin Mohd Zamri
Bendahari : Pn. Durga Devi A/P Sashedharan
AJk : Semua Ahli Panitia Seni Visual

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN

8.1 Sumber kewangan – Kumpulan Kewangan Kerajaan - Pendidikan Seni Visual.


8.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci seperti dalam jadual di
bawah.
9.0
BIL BUTIRAN KOS (RM)

Tahap 1

1.
Hadiah tempat pertama (RM2.50 x 44 pemenang) 110.00
2.
Hadiah tempat kedua (RM2.50 x 44 pemenang) 110.00
3.
Hadiah tempat ketiga (RM2.00 x 44 pemenang) 88.00

JUMLAH 308.00
Tahap 2

1.
Hadiah tempat pertama (RM2.50 x 45 pemenang) 112.50
2.
Hadiah tempat kedua (RM2.50 x 45 pemenang) 112.50
3.
Hadiah tempat ketiga (RM2.00 x 45 pemenang) 90.00

JUMLAH 315.00

JUMLAH KESELURUHAN 603.00


PENUTUP
[No.Ruj. PSV 1/2021

Adalah diharapkan di akhir pertandingan ini, para peserta diharapkan dapat dipupuk
nilai-nilai murni serta amalan sikap positif secara berterusan melalui penglibatan secara
aktif dalam aktiviti seni. Selain itu, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh
diharap mampu memberi input yang berguna kepada murid-murid dan seterusnya
menzahirkan murid yang berbudaya, imaginatif, kreatif, inovatif, berfikiran kritis,
berpengetahuan serta peka terhadap ciri-ciri estetika melalui pelbagai aktiviti seni. Ia
juga mampu menyemarakan rasa cinta murid terhadap aktiviti seni. Di samping
menimba pengalaman, program ini juga mampu mengeratkan tali persaudaraan
sesama murid dan guru-guru. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amat
diperlukan untuk menjayakan hasrat murni melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

Disediakan oleh, Disemak oleh.

------------------------------------------------------- ----------------------------------------------------
(EN MOHD ROHIMIN BIN MOHD ZAMRI) (EN KALAI SELVAN A/L PERIASAMY)
SETIAUSAHA PANIATIA PSV KETUA PANITIA PSV

KERTAS KERJA
[No.Ruj. PSV 1/2021

PERTANDINGAN PENGHASILAN ARCA ASEMBLAJ DAN


PERTANDINGAN PENGHASILAN MODEL KAPAL TERBANG
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
SK PANDAMARAN JAYA

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Kerja Pertandingan Penghasilan Arca Asemblaj dan


Pertandingan Penghasilan Model Kapal Terbang.

Atau

Tidak meluluskan Kertas Kerja Pertandingan Penghasilan Arca


Asemblaj dan Pertandingan Penghasilan Model Kapal
Terbang.

Ulasan:

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai