Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya Alisha Umaira binti Azwira murid tahun 6 dari

sekolah kebangsaan batu ferringhi,pulau pinang akan membicarakan mengenai tajuk


kelebihan dan kelemahan PDPR
PDPR atau Pembelajaran Di Rumah merupakan kaedah pembelajaran norma baharu yang
kini diaplikasikan dalam kalngan masyarakat kini bukan sahaja disesetengah negeri tetapi
secara keseluruhan di negara Malaysia. Hal ini demikian kerana, peningkatan kes jangkitan
CoronaVirus dalam kalangan masyarakat Malaysia mencapai penularan yang tidak dan
mengakibatkan semua aktiviti secara bersemuka mengalami kekangan. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menjalankan sesi pembelajaran dari
rumah.
PDPR atau konsep pembelajaran dari rumah ialah pembelajaran secara atas talian
yang menggunakan pelbagai aplikasi antaranya Google Meet, Zoom ataupun WhatsApp
Video. Kaedah pembelajaran ini sebenarnya memberi pencerahan dari aspek pembelajaran
secara moden dan boleh mengaplikasikan kemudahan teknologi pada masa kini. Ini antara
salah satu kelebihan PdPR yang mana membantu anak-anak membuat penerokaan
pembelajaran secara atas talian dan baru. Hal ini juga dapat membantu anak-anak lebih celik
akan teknologi.
Kedua, kelebihan PdPR dapat dilihat daripada aspek perkembangan anak-anak pada
pandangan ibu bapa. Sebelum ini, perkembangan anak-anak hanya mendapat penilaian
daripada guru-guru yang mengajar, namun apabila pembelajaran daripada rumah, penilaian
ibu bapa dapat dilihat secara terus setakat mana kemampuan anak-anak dalam
pembelajaran.
Ketiga, hubungan ibu ayah dengan anak-anak dapat dieratkan dengan lebih ketat dan
sekaligus. Mengapa erat? Kebanyakkan kelas pengajaran anak-anak di tadika banyak
melibatkan aktiviti pergerakan dan aktiviti bersama. Justeru apabila sesi pembelajaran
berlaku, ibu bapa akan turut serta menolong dan menjalankan aktiviti bersama-sama anak-
anak. Hal ini dalam kaedah kaunseling, dapat mengurangkan tekanan dalam kalangan
dewasa dengan kaedah terapi bermain.
KEKURANGAN PDPR
Pembelajaran daripada rumah turut mengahadapi kekurangan daripada murid, ibu bapa
waimah guru turut merasa hal yang sama. PdPR pada kalangan kanak-kanak mungkin antara
yang menerima kesan yang maksima iaitu dari aspek pemahaman. Murid-murid pada
peringkat tadika dan prasekolah sangat memerlukan penerangan secara terus dan
bersemuka selain menunjukkan barang ataupun alatan secara jelas. Namun apabila sesi
pembelajaran secara dalam talian, mereka sukar melihat barangan secara jelas selain
mereka juga tidak mempunyai barangan yang sama digunakan oleh guru.
Selain itu, kekangan anak-anak turut serta dalam sesi pembalajaran secara jelas tanpa
mengalami sebarang gangguan. Gagguan yang dimaksudkan ialah gangguan sambungan
internet kepada semua pelajar. Sesetengah murid yang tinggal di kawasan yang megalami
gangguan internet, mereka sukar untuk turut serta secara jelas ataupun mungkin mereka
akan tertinggal jika mengalami sebarang masalah capaian.
 Akhir sekali, kekangan pdpr juga akan dapat dilihat secara jelas apabila anak-anak akan
mengalami masalah daripada aspek gangguan persekitaran. Hal ini sukar untuk mereka
fokus pada pembelajaran. Mereka akan melihat abang, kakak ataupun adik bermain, justeru
mereka akan rasa ingin bermain juga. Selain itu, jika ibu bapa juga bermesyuarat, akan
menalami gangguan semasa komunikasi, yang mana suara yang bising dan kesukaran fokus.

           

Anda mungkin juga menyukai