Anda di halaman 1dari 12

Pengalir Dan Kabel

Tujuan Penerangan
i. Mengenal jenis-jenis pengalir
ii. Mengenal jenis-jenis penebat
iii. Mengenal kadaran saiz bagi kabel
iv. Memilih saiz kabel yang hendak digunakan

http://abmutara.wordpress.com 1
Pengalir

• Ialah suatu bahan yang membenarkan


pengaliran elektron bebas atau arus
mengalir melaluinya.

http://abmutara.wordpress.com 2
Jenis-jenis bahan pengalir
 Perak - adalah suatu pengalir yang terbaik tetapi
mahal untuk kegunaan pengalir biasa, oleh itu ia
digunakan untuk menyalut sesentuh pada suis dan
pengalir dalam komponen-komponen elektronik (Nilai
keringtangan 16.3 μ Ωmm)

 Kuprum - adalah suatu pengalir kedua terbaik selepas


perak. Disebabkan kedua terbaik dan ciri-ciri yang
terdapat padanya maka pengalir kuprum biasanya
digunakan sebagai pengalir kabel atau pengalir-
pengalir selain daripada kabel yang digunakan dalam
pemasangan (Nilai kerintangan 17.5μ Ωmm)
http://abmutara.wordpress.com 3
 Aluminium - adalah suatu pengalir yang ringan
jika dibandingkan dengan pengalir-pengalir lain.
Disebabkan ringan dan keringtangan juga rendah
maka pengalir aluminium biasanya digunakan sebagai
kabel atas atau kabel bukan boleh lentur bagi voltan
rendah.(Nilai kerintangan 28.4 μ Ωmm)

 Timah - adalah suatu pengalir yang digunakan


sebagai bahan sadur untuk camtuman pengalir kabel
semasa pematerian. Pengalir timah mudah cair
apabila dipanaskan.(Nilai kerintangan 120 μ Ωmm)

http://abmutara.wordpress.com 4
 Plumbum - adalah suatu pengalir dari jenis
yang keras dan digunakan sebagai pengalir bumi dan
pelapik atau salut untuk kabel bawah tanah. (Nilai
kerintangan 220 μ Ωmm)

http://abmutara.wordpress.com 5
Penebat
• Penebat ialah suatu yang menghalang atau tidak
membenarkan arus mengalir melaluinya dengan
mudah

• Bahan-bahan penebat yang digunakan:-


i. Getah
ii. Polivinil klorid
iii. Kertas terisitepu
iv. Penebatan mineral
v. Bakelit

http://abmutara.wordpress.com 6
• Getah
Adalah suatu bahan penebat yang mempunyai rintangan
tinggi, oleh itu kegunaanya sebagai bahan dalam sistem
pemasangan adalah menyeluruh. Sebagai contoh ia
biasa digunakan untuk menyaluti pengalir kabel.

Terdapat 3 jenis penebat getah :


i. Getah vulkan (suhu pengendalian pengalir 60°C )
ii. Getah butil (suhu pengendalian pengalir 60°C )
iii. Getah silikon (suhu pengendalian pengalir 145 °C )

http://abmutara.wordpress.com 7
• Kebaikan • Keburukan

i. Penebat yang baik. i. Mudah terbakar.


ii. Tidak mudah dimasuki ii. Mudah rosak apabila
air. terkena cahaya matahari.
iii. Mudah lentur.

http://abmutara.wordpress.com 8
Polivinil klorid

• Suatu jenis bahan penebat campuran di antara


plastik dan getah. Penebat PVK biasanya digunakan
sebagai bahan penebat kabel bagi negara yang
mempunyai suhu ambien normal dan biasa
sepanjang tahun. Suhu pengendalian pengalir ialah
70°C

http://abmutara.wordpress.com 9
• Kebaikan • Keburukan

i. Tahan daripada i. Mahal


tindakbalas kimia ii. Tidak mempunyai
dan sinaran matahari. darjah perlindungan
ii. Tidak mudah mekanikal yang
terbakar sama.

http://abmutara.wordpress.com 10
• Kertas terisitepu
Adalah suatu bahan penebat yang boleh meresapi
lembapan, oleh itu ia biasa digunakan sebagai
penebat kabel yang digunakan dikawasan lembap.
Contohnya sebagai kabel bawah tanah.

• Penebatan mineral
Adalah suatu penebat daripada jenis mineral di
mana ia tahan suhu panas, minyak dan senagainya.
Bahan mineral jenis magnesium oksida biasanya
digunakan sebagai penebat kabel.
http://abmutara.wordpress.com 11
• Bakelit

Adalah suatu bahan penebat yang digunakan bagi


membentuk aksesori-aksesori elektrik di dalam
sistem pemasangan. Rintangan penebatnya adalah
tinggi dan mampu menghalang arus mengalir
melaluinya.

http://abmutara.wordpress.com 12

Anda mungkin juga menyukai