Anda di halaman 1dari 18

1

1.0 PENDAHULUAN

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang terbentuk antara lelaki dan perempuan yang berlandaskan
syariat Islam dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Perkahwinan juga
merupakan suatu ikatan yang teguh dan terjalin di antara lelaki dan perempuan melalui lafaz
akad nikah yang sah bagi menjalani sebuah kehidupan berumah tangga iaitu sebagai suami isteri.
Perkahwinan disyariatkan dalam Islam adalah bertujuan untuk melahirkan dan mengembangkan
zuriat manusia dengan cara yang halal sebagai satu penyambung keturunan dan mendapatkan
kesejahteraan hidup di dunia juga di akhirat kelak.

Rafidah (2007) berpendapat bahawa perkahwinan adalah asas utama kepada pembinaan
keluarga. Oleh sebab itulah Islam amat mengambil berat soal-soal yang berkaitan dengan
perkahwinan dan memberikan tunjuk ajar dalam menjalani kehidupan berkeluarga. Para sahabat
juga turut mengamalkan perkahwinan tetapi kebanyakan dalam kalangan mereka berkahwin
lebih daripada seorang wanita.

Justeru, kajian yang akan dijalankan adalah untuk megupas dengan lebih mendalam
tentang konsep mas kahwin menurut syariat Islam. Mas kahwin merupakan suatu aspek yang
sangat penting dan wajib diketahui oleh setiap individu khususnya bagi pasangan yang bakal
mendirikan rumahtangga. Pemberian mas kahwin yang menjadi lambang keihklasan dan kasih
suci dari seorang suami akan membantu mengecapi kebahagiaan hidup berkeluarga yang
berkekalan, mendapat rahmat dan keredhaan Allah s.w.t serta mengelakkan berlakunya
perceraian rumah tangga.
2

2.0 DEFINISI MAS KAHWIN (MAHAR)

Mas kahwin atau mahar adalah berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu al- sadaq, al-
saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-aqd. Manakala menurut syarak mahar ialah suatu
pemberian, samada berupa wang atau benda (yang berharga pada syara’), yang wajib bagi suami
memberikanya kepada isteri dengan sebab nikah. Pemberian mahar ini bukanlah menjadi rukun
nikah dan pula tidak wajib disebut pada waktu akad nikah. Ini bererti perkahwinan yang tidak
menyebut maharnya adalah sah.

Menurut Akta Tafsiran undang-Undang Wilayah Persekutuan (1984) menjelaskan


bahawa mas kahwin ialah suatu pembayaran yang wajib dibayar di bawah hukum syara’ oleh
suami kepada isteri sewaktu akad perkahwinan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar
atau diakui sebagai hutang dengannya atau tanpa sebarang cagaran, atau berupa sesuatu yang
bernilai menurut hukum syara’ (http:// www.islam.gov.my/portal ).

Firman Allah S.W.T:

‫ؤاتؤا النساء صد قتهن نحلة‬


Maksudnya: “berikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu nikahi itu sesuatu
pemberian (mahar) dengan hati yang ikhlas”. (Surah An-Nisa:4)

3.0 HUKUM MAS KAHWIN (MAHAR)

Mas kahwin menjadi wajib keatas suami sebaik sahaja akad nikah berlaku, sama ada mas
kahwin disebutkan dalam akad dengan kadar tertentu daripada harta seperti RM1000.00 ataupun
tidak disebut. Jika mereka bersepakat menafikanya atau tidak menyebutnya, persepakatan itu
batal dan hukum mas kahwin tersebut tetap wajib. (Dr Mustofa al-Bugho:809).
3

4.0 DALIL YANG MEWAJIBKAN MEMBERI MAS KAHWIN


4.1 Dalil daripada al-Quran
Firman Allah S.W.T:

ّ
‫أجورهن فريضة‬ ‫فما استمتعتم به منهن فأ تؤ هن‬
Maksudnya: “Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya
(setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah mahar kepadanya (ajr) sebagai satu
ketetapan yang difardhu (diwajibkan oleh Allah s.w.t)”. (Surah An-Nisa: 24).

Firman Allah S.W.t:

ّ ‫الّ جناح عليكم ان طلقتم النسآء ما لم تمسّو‬


‫هن أو تفرضوا لهن فريضه‬
Maksudnya: “Tidaklah kamu bersalah (dan tidak kamu menanggung bayaran mas
kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur)
dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka” (surah al-
Baqarah: 236)

4.2 Dalil daripada hadis Rasulullah S.A.W


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sahal bin Saad r.a berkata: Seorang perempuan
datang menemui Nabi SAW dan menyatakan bahawa dia telah menyerahkan urusan
dirinya kepada Allah dan Rasul- Nya. Nabi bersabda: Aku tidak mempunyai keperluan
terhadap perempuan. Seorang lelaki berkata: Kahwinkahlah aku dengannya. Rasulullah
menjawab: Berikan kepadanya pakaian. Lelaki itu berkata: Aku tidak memilikinya.
Rasulullah berkata: Berikanlah kepadnya walau sebentuk cincin besi. Beliau
memberitahu bahawa dia juga tidak memiliki sebentuk cincin besi. Adakah engkau
mempunyai al-Quran? Lelaki itu menjawab: Ada ini dan ini. Rasulullah bersabda: Aku
kahwinkan engkau dengan perempuan ini dengan mas kahwinnya al-Quran yang ada
pada engkau. (Ar-Rabi’ bin Sibrah bin Ma’bad Al-Juhaini, Sahih Muslim).

5.0 HIKMAT DISYARIATKAN MAS KAHWIN


4

Hikmat disyariatkan mas kahwin adalah untuk menyatakan kebenaran keinginan suami
untuk hidup sebagai suami isteri secara mulia dan terhormat. Antara hikmat lain ialah ia
membolehkan perempuan menyediakan keperluanya seperti pakaian dan pelbagai keperluan lain
untuk memasuki kehidupan baru. Islam juga mewajibkan pengantin lelaki memberikan mas
kahwin sebagai lambang kesungguhannya menjaga bakal isterinya. Hikmat ini tidak tercapai jika
perempuan keluar bekerja untuk mengumpul wang, kemudian diserahkan kepada bakal suami
sebagai mas kahwin.(Dr Mustofa al-Bugho:811)

6.0 JENIS-JENIS MAHAR

Merujuk kepada penulisan para fuqaha’ didapati mereka membahagikan mas kahwin kepada dua
jenis:

6.1 Mahar al-misil

ialah harta yang diberikan kepada pengantin perempuan dengan kadar pada kebiasaannya
sepadan dengannya. Maksudnya disini ialah, kadar mahar yang diberikan oleh pengantin
lelaki itu hendaklah mengikut kebiasaan mahar yang diterima oleh perempuan asobah
atau lebih mudah ditafsirkan iaitu adik-beradik perempuan seibu sebapa, adik-beradik
perempuan sebapa. Namun, jika keturunan terdekat tiada, maka mas kahwin yang
ditentukan adalah dengan mengikut kepada perempuan lain yang setempat dengannya.(Dr
Mustofa al-Bugho:817)

Mahar misil juga iaitu mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara
perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan
maskahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan
seterusnya disamping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan,
kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

Dengan erti kata lain, mahar misil ini adalah maskahwin yang kadar,jenis serta cara
pembayarannya tidak ditetapkan di dalam masa akad, tetapi dibayar berdasarkan kepada
kadar mahar yang pernah diterima oleh keluarga perempuan.(Mat Saat:44)

6.2 Mahar Musamma


5

Iaitu mas kahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak
dengan tidak memandang kepada nilai mas kahwin saudara-saudara perempuan itu.
Mahar musamma juga, ialah mahar yang disebut di dalam akad dan ditentukan kadarnya.
Mahar jenis ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1)Mahar musamma mu’ajjal,iaitu yang dibayar secara segera oleh si suami.

2)Mahar musamma muajjal,iaitu mahar yang dibayar secara tangguhan atau


secara hutang.(mat saat:44)

7.0 KADAR MAS KAHWIN

Tiada had minima atau maksima mas kahwin.Semua perkara yang boleh dinamakan
sebagai harta atau yang boleh ditukarkan dengan harta boleh menjadi mas kahwin sama ada
sedikit atau banyak,tunai ataupun hutang atau perkara-perkara yang boleh memberikan manfaat
seperti sejadah,duit,rumah atau mengajar kemahiran dan sebagainya. Kadar mas kahwin juga
tidak ditetapkan oleh syarak, tetapi hanya menurut kemampuan suami berserta dengan redaan
daripada pihak perempuan.(Hj Mohd Sanusi Hj Mahmood: 34)

Tetapi ada perbezaan pendapat dalam penentuan kadar mas kahwin ini, mazhab Abu
Hanifah berpendapat tidak harus mahar itu kurang daripada 10 dirhamatau seberat tujuh mistqal
perak, kerana hadis yang diriwayatkan oleh Darul al—Quthni daripada Ali r.a

Sabda Rasulullah S.A.W :

‫اليكون المهرأق ّل من عشرة دراهم‬


Ertinya : tidak harus mahar itu kurang daripada sepuluh dirham.

Adapun hadis yang mengharuskan kurang daripada itu, maka ia tidak ditanggungkan atau
dita’wilkan atas setengah mahar yang dibayar dahulu dengan segera sedangkan yang bakinya
akan dibayar kemudian, kerana disunatkan bagi lelaki-lelaki member sesuatu kepada perempuan
walaupun dia sangat miskin atau susah. (Hj Mohd Sanusi Hj Mahmood: 35)
6

Tetapi mazhab Maliki pula berpendapat bahawa mahar itu sekurang-kurangnya hendaklah tidak
kurang daripada separuh dinar (1/2 pound emas Inggeris) atau tiga dirham (wang perak)
sedangkan kedua-dua jenis wang itu hendaklah bersih iaitu tidak bercampur dengan logam yang
lain. Maka jika suami member kurang daripada itu, isteri boleh memilih sebelum bercampur
sama ada ia mahu meneruskan perkahwinan tersebut atau memfasakhkannya dengan talak. Jika
ia memilih fasakh, maka wajib atas suami memberikan separuh mahar tersebut. (Hj Mohd Sanusi
Hj Mahmood: 35)

Mazhab Shafie dan Mazhab Hambali berpendapat bahawa tidak ada batasnya bagi
sekurang-kurangnya mahar itu, apa jua benda atau barang yang berharga boleh dan sah dijadikan
mahar, walaupun kecil harganya seperti cincin besi, dalil mereka ialah hadis yang berikut:

Sabda Rasulullah S.A.W :

‫ ز ّوج النبي صلي هللا غليه واس||لّم رجال ام||رأة بنج||ا تم من‬: ‫عن سهل بن سعد أنه قال‬
‫حد يد‬
Ertinya : Dari Sahl bin Sa’ad, bahawa sanya berkata ia: “telah mengahwinkan oleh
Rasulullah S.A.W seorang lelaki akan seorang perempuan dengan maharnya sebentuk cincin
besi,” (riwayat al-Hakim Abu Abdullah)

Sabda Rasulullah S.A.W :

‫عن جابرأنرسول هللا صلي هللا عليه وسلم قال لوأن رجال أعطي امرأة صداقا ملء يد‬
‫يه طعاما كنت له حالال‬
Ertinya : Dari Jabir, sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : kalau sekiranya
seorang laki-laki member makanan sepenuh dua tangan sajapun sebagai mas kahwin seorang
perempuan, maka sesungguhnya perempuan itu halal baginya.

8.0 Mas kahwin Diberikan Sepenuhnya, Separuh atau Tidak dikenakan Mas kahwin Langsung
7

8.1 Suami Wajib memberikan Keseluruhan Mas kahwin

Terdapat dua keadaan suami wajib memberikan sepenuhnya mas kahwin kepada
isterinya:

a) Apabila suami telah menyetubuhi isterinya, suami wajib memberikan semua mas
kahwin sama ada persetubuhan itu dalam keadaan halal seperti semasa isterinya suci
daripada haid, ataupun dalam keadaan haram iaitu semaasa isterinya berada dalam
keadaan haid. Sebaik sahaja suami menyetubuhi isterinya, beliau diwajibkan
membayar keseluruhan mas kahwin kerana ia telah memenuhi syarat perkahwinan
diadakan iaitu istimta’ (merasai kelazatan dengan bersetubuh). Dengan itu dia mesti
memberikan bayaran timbale balas terhadap apa yang di[erolehinya. Sebagaimana
Allah S.W.T berfirman:

ّ
‫أجورهن فريضه‬ ‫فما استمتعتم به منهن ْفاتوهن‬
Maksudnya: “kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran
dengannya (istimta’) setelah menjadi isteri kamu, maka berikanlah kepada mereka
sewaanya (mas kahwinnya) dengan sempurna” (surah An-Nisa’ 24)

Maksud kamu nikmati percampuran denganya (istimta’) dalam ayat diatas ialah
bersetubuh dan merasai kelazatan dengan bersetubuh. Manakla maksud sewaan ialah
mas kahwin dinamakan sewaan kerana suami mesti membayar sesuatu sebagai
balasan kepada faedah yang telah diperolehinya. Faedah yang didapati ialah
bersetubuh dengan kelazatan.
b) Salah seorang daripada suami isteri meninggal dunia sama ada sebelum berlakunya
persetubuhan atau selepasnya. Dalilnya ialah ijmak para sahabat r.a.

8.2 Suami Memberi Separuh Mas Kahwin


Terdapat satu keadaan suami hanya perlu menjelaskan separuh sahaja daripada mas
kahwin iaitu apabila suami menceraikan isterinya selepas akad nikah yang sahih dan mas
8

kahwin disebut dengan jelas. Penceraian yang berlakuk adalah sebelum suami
menyetubuhi isterinya.(Dr Mustofa al-Bugha:816).
.
8.3 Suami tidak perlu memberikan mas kahwin
Suami tidak perlu memberikan mas kahwin jikan isteri berpisah dengan suaminya
sebelum berlakunya persetubuhan dan ia berlaku disebabkan isteri. Seperti isteri
memeluk Islam yang menyebabkan perkahwinan itu terfasakh. Begitu juga jika dia
murtad atau meminta fasakh disebabkan kecacatan suami. Kesemua keadaan diatas
menyebabkan mas kahwin tidak perlu diberikan kerana isterilah penyebab kepada
terungkainya ikatan perkahwinan mereka dan berlaku berdasarkan pilihanya. Dia telah
menghilangkan hak suami untuk menyetubuhinya, dengan itu hilanglah haknya untuk
mendapat mas kahwin.(Dr Mustofa al-Bugha:816)

9.0 ISU YANG BERKAITAN DENGAN MAS KAHWIN.

9.1.1 Mas Kahwin Hutang


Seperti yang telah diketahui maskahwin adalah menjadi hak kepada isteri secara
mutlak kecuali jika isteri merelakannya kepada orang lain, sama ada suaminya atau
walinya atau sesiapa sahaja. Berdasarkan kenyataan di atas, jika berlangsungnya akad
dan ada disebutkan maskahwin akan dijelaskan oleh si suami secara berhutang. Tetapi
sesudah itu atas sebab tertentu, si isteri menghalakannya, maka dengan itu terlepaslah
si suami menanggung hutangnya. Andainya maskahwin itu dari sesuatu yang boleh
dimakan, maka halallah si suami memakannya.(Mat Saad:45)

9.1.2 Menyelaraskan Kadar Maskahwin


Terdapat sebahagian orang yang cenderung untuk menyatukan kadar maskahwin
diseluruh negara. Misalnya, menurut cadangan, kadarnya tidak melebihi RM50. Dari
segi mewujudkan satu kadar maskahwin yang standard (biasa), merupakan satu
cadangan yang baik, tetapi ia tidaklah bersesuaian dengan kehendak syarak kerana
syarak menyerahkan ketentuan kadarnya kepada kehendak isteri. Allah telah
berfirman:
9

‫وءاتوا النساء صدقتهن نحلة‬

Maksudnya: dan berilah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin mereka


sebagai pemberian yang wajib (mengikut kerelaan mereka). (al-nisa’ 4:4).

9.1.3 Kerelaan Terhadap Maskahwin


Telah diketahui bahawa maskahwin itu adalah mutlak menjadi hak milik isteri.kadar
dan jenisnya adalah berdasarkan kepada kehendaknya. Dari segi pelaksanaannya,
kadang-kadang wali tidak mempedulikan kepada kehendak dan permintaan si isteri.
Biasanya tuntutan wali melebihi apa yang diminta oleh si isteri dengan itu si isteri
akan terasa bahawa dia telah dijual oleh keluarganya. Dalam isu seperti ini, kita
hendaklah merujuk kepada apa yang ditunjukkan oleh sebuah Hadis yang
diriwayatkan oleh ‘Amir bin Rabi’ah yang menceritakan bahawa seorang perempuan
daripada suku Bani Fazarah telah dikahwinkan dengan maskahwinya sepasang kasut,
lalu Rasulullah s.a.w bertanya: adakah kamu setuju dengan maskahwin sepasang
kasut untuk diri dan harta kamu? Lalu dia menjawab: ya! Lalu baginda
meluluskannya. Dengan ini jelas bahawa, menurut syarak wali tidak harus
mengahwinkan seseorang perempuan kecuali dengan maskahwin yang disetujuinya.
(Mat Saad:46)

9.1.4 Tidak Membayar Maskahwin


Kedegilan seorang suami kadang kala menyebabkan dia mengabaikan sebahagian
tanggungjawab yang menjadi hak isterinya. Ada di antara suami yang tidak
mempedulikan nafkah isterinya dan ada pula yang sengaja melupakan maskahwin
yang wajib keatasnya untuk isterinya.persoalanya sekarang ini adakah dia berhak
menyetubuhi isterinya jika apa yang menjadi maskahwinnya tidak ditunaikan?
Didalam masalah ini terdapat sebuah hadis riwayat ‘Aishah RA dimana beliau
berkata: Rasulullah S.A.W telah menyuruh saya supaya menyerahkan seorang
perempuan kepada suaminya untuk disetubuhi sebelum dia memberikan sesuatu
apapun. Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa harus bagi suami menyetubuhi
10

isterinya sekalipun dia belum lagi membayar maskahwinyawalaupun sedikit kerana ia


telah menjadi tanggunganya mengikut perjanjian semasa akad dan ia tinggal sebagai
hutang yang wajib dijelaskan suatu hari nanti. .(Mat Saad:46)

9.1.5 Maskahwin Yang Haram


Seperti yang kita maklumi bahawa maskahwin bukanlah merupaka rukun
perkahwinan, lagipun keesahan perkahwinan tidaklah bergantung dengan
kewujudannya. Lantaran itu di dalam sesuatu perkahwinan jika si suami menjelaskan
maskahwin isterinya dari suatu bahan yang haram (iaitu yang tidak suci atau barang
curian dan seumpamanya), maka keadaan ini tidaklah menjejaskan keesahan
perkahwinan itu kerana sesuatu akad perkahwinan jika dilangsungkan sekali pun
tanpa mahar al-musamma, ia tetap dihukum sah, maka begitulah juga hukumnya jika
maskahwinnya dari sesuatu yang haram ataupun tidak suci.(Mat Saad:48)

9.1.6 Hak Isteri Menahan Dirinya


Perlu diketahui bahawa seorang isteri berhak menahan dirinya dari disetubuhi oleh
suaminya jika maskahwinnya yang dijanjikan akan dibayar secara tunai atau tertentu
kadarnya tidak dijelaskan oleh suaminya sekalipu mereka sudah menetap di dalam
sebuah rumah. Tetapi andainya maskahwin itu dijanjikan akan dibayar secara tangguh
(atau secara berhutang dan dia menyetujuinya) atau kadarnya tidak ditentukan, maka
dia tidak berhak melakukan demikian kerana dia telah bersetuju dengan perjanjian itu,
dengan itu dia telah rela menggugurkan sebahagian haknya. Keadaan sebeginitidaklah
menggugurkan hak suami terhadap dirinya.(Mat Saad:48)

9.1.7 Menyegerakan atau Menangguhkan Mas Kahwin


Tidak disyaratkan menyegerakan pemberian mas kahwin, bahkan sah hukumnya
dengan meyegerakan kesemua jumlah mas kahwin sebelum berlakunya persetubuhan.
Sah juga menangguhkan pemberian mas kahwin atau menangguhkan sebahagiannya
sehingga selepas berlakunya persetubuhan. Walaubagaimanapun, penangguhan
tersebut mestilah ditentukan tempohnya. Ini kerana mas kahwin adalah milik isteri.
Dia berhak meminta disegerakan atau menangguhkanya. Jiak mas kahwin diminta
11

supaya disegerakan, isteri mempunyai hak untuk menolak persetubuhan dengan


suaminya sehingga mas kahwin yang perlu disegerakan itu diterima. Jika penyerahan
mas kahwin dibenarkan untuk ditangguhkan, isteri tidak berhak menolok
persetubuhan dengan suaminya. Ini kerana dia rela dengan penangguhan tersebut dan
dengan itu dia tiada hak untuk menolaknya.(Dr Mustofa al-Bugha:814)

10.0 Kadar Mas Kahwin di Negeri-Negeri di Malaysia

NILAI MAS KAHWIN SELURUH MALAYSIA

NILAI
BIL NEGERI CATATAN
ANAK DARA JANDA
     
    A B C A B C   
1 JOHOR RM 22.50      RM 22.50       
2 MELAKA RM 40.00      RM 40.00       
3 NEGERI SEMBILAN              
  a. Bukan Waris RM 24.00      RM 12.00       
RM RM
  b. Ahli Waris   48.00      24.00     
c. Kerabat Diraja di RM
  Wilayah      725.00         
  Datuk Kelana& Kerabat              
4 SELANGOR              
RM
  i.   Puteri Sultan 2,500.00      RM 625.00       
ii.  Puteri Raja Muda RM
  atau Puteri  2,000.00      RM 500.00       
     kpd Putera Sultan yg
  bergelar              
RM
  iii.  Puteri Kerabat 1,000.00     RM 250.00       
iv.  Puteri Anak Raja
  (Waris) RM 550.00      RM 137.50       
      Puteri Anak Raja
  (yang lain) RM 300.00      RM 75.00       
  v.   Anak Perempuan org- RM 300.00      RM 75.00       
12

org besar
  vi.   Cucu orang besar RM 200.00      RM 50.00       
  vii.  Orang Kebanyakkan  RM 80.00      RM 40.00      
5 KUALA LUMPUR  RM 80.00       RM 40.00       
 RM 
6 PERAK 101.00            
7 PULAU PINANG RM  24.00      RM 24.00       
Tidak
8 KEDAH             ditetapkan 
 Tidak
9 PERLIS             ditetapkan
10 PAHANG RM 22.50       RM 22.50      
Tidak
11 TERENGGANU             ditetapkan 
Tidak
12 KELANTAN             ditetapkan 
13 SABAH RM 100.00      RM 80.00       
14 SARAWAK RM 120.00      RM120.00       
15 W.P LABUAN RM 80.00      RM 80.00 
 
(http://www.islam.gov.my/informasi/nilaimaskahwinnegeri.html)
13

Rajah 1.0

Rajah 2.0
14

Rajah 3.0

Mahar perlu dinaikkan

Rajah 4.0
15

Mahar di negeri-negeri terlalu rendah

Rajah 5.0

10.1 Dapatan Kajian

Suatu kajian telah dibuat dengan mengedarkan soal selidik mengenai mahar kepada 20
orang responden iaitu terdiri daripada 7 lelaki dan 13 wanita. Responden-responden ini juga
berasal daripada negeri-negeri yang berlainan sepertimana dalam rajah 1.0 iaitu, Kedah, Pahang,
Kelantan , Johor, Selangor , Terengganu dan Perak. Berdasarkan Kajian yang dibuat, kami
dapati bahawa 45% daripada responden bersetuju bahawa jumlah mahar melambangkan status
seorang wanita di Malaysia. Hal ini dapat kita dalam amalan masyarakat di Malaysia akan
menentukan Kadar Mas kahwin mengikut status seorang wanita berdasrkan aspek pendidikan ,
pangkat kehormatan dan juga kekayaan . Manakala 35% daripada responden berpendapat
sebaliknya.
16

Apabila diajukan tentang penyataan sebaik-baik mahar adalah yang murah , majoriti
daripada responden (80%) tidak menafikan penyataan ini. Hal ini pertepatan dengan sabda Nabi
Muhammad s.a.w yang bermaksud “ sebaik-baik mahar adalah yang paling ringan” (Riwayat
Abu Dawud). Jelas disini, responden-responden memahami konsep sebenar perkahwinan iaitu
memudahkan dan bukannya menyukarkan.

Berdasarkan rajah 4.0 , menunjukkan respon yang diberikan oleh responden lelaki dan
perempuan berkaitan persoalan samaada mahar yang ditetapkan sekarang perlu dinaikkan .
Responden lelaki lebih cenderung dengan tidak bersetuju dengan pernyataan ini, manakala
responden perempuan menyokong penyataan ini supaya mas kahwin ataupun mahar wajar
dnaikkan.

Sepertimana yang telah diterangkan jumlah mahar antara negeri-negeri masih terlalu
rendah kadar mas kahwin yang ditetapkan oleh mana-mana negeri. Perlu dingatkan bahawa
kadar mahar yang ditetapkan di setiap negeri bukanlah kadar mahar maksimum. Berdasarkan
kajian yang dibuat mengikut jantina, kesemua responden tidak kira lelaki dan perempuan
bersetuju bahawa kadar mahar yang ditetapkan di setiap negeri adalah rendah.

Kesimpulannya, Kadar mahar yang ditetapkan di setiap negeri-negeri bukanlah


merupakan kadar tetap yang wajib diikuti di negeri-negeri. Jika dirasakan perlu dan mampu
membawa faedah kepada isteri, tidaklah menjadi kesalahan jika memberi mahar kepada isteri
mengikut kemampuannya.

11.0 Penutup

Mas kahwin adalah suatu pemberian yang wajib ditunaikan oleh pihak suami terhadap isteri
sama ada sabit secara pembayaran sepenuh mahar atau separuh sajaha,berdasarkan perlaksanaan
ikatan perkahwinan tersebut. . Selain itu pemberian mas kahwin menjadi lambang kasih sayang
serta tanda bahawa sesungguhnya suami sanggup menerima isteri sebagai suri seumur hidupnya.
Justeru, keterlampauan dan berlebih-lebihan dalam menetapkan kadar mas kahwin bagi sesuatu
perkahwinan seharusnya dielakkan dan difikirkan dahulu sebelum melaksanakannya. Banyak
implikasi dan permasalahan yang akan timbul sekiranya perkara ini hanya dipandang sebelah
mata oleh semua pihak tidak kira kaum wanita, ibu bapa termasuklah tampok pimpinan Negara.
17

Mas kahwin yang terlampau tinggi dan berlebih-lebihan, bukan sekadar menimbulkan kesan
yang mendalam kepada kaum lelaki, malah turut mendatangkan implikasi yanhg negatif kepada
kaum wanita, meruntuhkan institusi kekeluargaan, merosakkan kesejahteraan dan struktur
masyarakat, menjejaskan agama dan Negara.

RUJUKAN

Al -Quran

Prof Madya Dr Mat Saad Abd Rahman, 1993, Undang-Undang Keluarga Islam, Aturan
Perkahwinan: Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa. Shah Alam HIZBI SDN
BHD.

Hj Mohd Sanusi Hj Mahmood, 1984, Undang-Undang Keluarga Dalam Islam, Kota Bharu, Dian
Darul Naim Sdn Bhd

Mahmood Zuhdi Hj Abd Majid, 1993, Kursus Perkahwinan Dan Undang-Undang Keluarga
Islam, Kuala Lumpur, Dasar Padu (M) Sdn Bhd.

Dr Mustofa al-Bugho. 1998. Fiqh Manhaji. Bairut Dar al-Qalam.

Dr Mustofa Al-Khin, Dr Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Fiqh Manhaji. Terj
Kuala Lumpur. Pustaka Salam Sdn Bhd.
18

(http://www.islam.gov.my/informasi/nilaimaskahwinnegeri.html

Anda mungkin juga menyukai