Anda di halaman 1dari 5

Khutbah Jumaat 3 September 2021: “ISLAM MEMBENTUK JIWA MERDEKA” +

[Jabatan Agama Islam Perak]


‫ل‬

Amaran!
Pihak Jabatan Agama Islam Perak tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain daripada kandungan khutbah yang dikeluarkan.

"ISLAM MEMBENTUK JIWA MERDEKA"


3 September 2021 / 25 Muharam 1443

:‫ ام َقائِل‬1‫ال َ ْمُْ ِ َ ِلِل‬


‫ﱑﱒ ﱓﱔﱕﱖﱗﱘﱙﱚ ﱛﱜ‬
(Surah At-Taubah ayat 33)2 ‫ﱝﱞ‬
Maksudnya: Dia lah yang telah mengutus Rasul Nya (Muhammad) dengan membawa
petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya
mengatasi segala agama walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

‫ ان ّٰل ّ ُي َم‬.‫ َو َأ ْشيَُْ َأ َن ُم َح َمًْ ا َغ ْبُْ ُه َو َر ُس ْو ُ ُل‬.‫َشيْ َك َ ُل‬ ِ َ ‫ َو ْحَْ ُه َل‬،‫هللا‬ ُ ‫َأ ْشيَُْ َأ ْن َل ا َ َل ا َل‬
‫ فَ َيا أُّٓيه َا‬، ُْ‫ َأ َما ب َ ْؼ‬.‫َص ِب ِو َأ ْ َْج ِؼ ْي‬ْ َ ‫ َوػَ َل أ ِ ِل َو‬3ٍْ ‫َص ِ ّل َو َس ِ ّ ْل َ ِو ََب ِر ِكْ ػَ َل َس ِ ّي ِْنَ ُم َح َم‬
.‫ فَ َق ْْ فَ َاز امْ ُمتَ ُق ْو َن‬4‫هللا‬ َ ‫امْ ُم ْس ِل ُم‬
ِ ‫ ُأ ْو ِص ْي ُ ْك َوا ََّي َي ِب َت ْق َوى‬،‫ون‬
Sidang Jumaat yang dimuliakan,
ِ
Marilah kita tingkatkan ketakwaan ke hadrat Allah SWT, dengan melaksanakan segala
perintah serta meninggalkan segala larangan Nya, mudah-mudahan kita tergolong dalam
kalangan insan yang sentiasa mendapat rahmat, petunjuk serta keredaan Ilahi baik di dunia
begitu juga di akhirat.
Sempena sambutan kemerdekaan negara kali ke-64, mimbar pada hari ini akan
menyampaikan khutbah bertajuk: “Islam Membentuk Jiwa Merdeka”.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, ‘merdeka’ bermaksud bebas daripada
penjajahan, kurungan, naungan dan sebagainya. Merdeka juga bermaksud lepas daripada
tebusan atau tuntutan, serta berdiri sendiri dan tidak bergantung pada yang lain.

1
Memuji Allah
2
Ayat Al-Quran
3
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
4
Pesan Taqwa
1
Khutbah Jumaat 3 September 2021: “ISLAM MEMBENTUK JIWA MERDEKA”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Dalam bahasa Arab, kemerdekaan disebut sebagai istiqlal (‫ )استقالل‬iaitu bersendiri dalam
memiliki kemuliaan, berdikari dan bangkit daripada penindasan atau melepaskan diri
daripada sesuatu ikatan.
Kemerdekaan sinonim dengan kesejahteraan, kedamaian, keharmonian dan keamanan,
sekali gus menuntut kita mensyukuri nikmat kemerdekaan, terutama pembebasan diri
daripada keruntuhan moral serta terlindung daripada murka Allah SWT.

Muslimin yang dirahmati Allah,


Pada hari Selasa 31 Ogos yang lalu, negara menyambut ulang tahun kemerdekaan kali
ke-64. Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kita sebuah negara
merdeka, dan warganya pula dikurniakan nikmat keamanan, kemakmuran dan
kesejahteraan. Namun wajib diingatkan, nikmat menghirup udara di negara merdeka dalam
suasana aman, makmur dan sejahtera bukannya ibarat bulat datang bergolek, pipih datang
melayang; nikmat ini juga mungkin tidak kekal jika pemimpin tersalah pertimbangan, dan
rakyat pula tersalah langkah. Nikmat keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan ini akan
hilang, jika tidak ada lagi keyakinan dan kepercayaan antara pemimpin dan rakyat.
Kemerdekaan negara dicapai melalui perjuangan, pengorbanan, semangat dan usaha.
Oleh itu mempertahankan kemerdekaan juga memerlukan perjuangan, pengorbanan,
semangat dan usaha. Kemerdekaan negara dicapai melalui rangkaian usaha dan gabungan
tenaga antara pemimpin dan rakyat; justeru itu, mempertahankan kemerdekaan juga
memerlukan rangkaian usaha dan gabungan tenaga antara pemimpin dan rakyat, dalam
semangat kenegaraan yang saling berhubung dan berinteraksi, saling nasihat menasihati
dan tegur menegur, saling membantu dan bekerjasama, agar ditapis yang keruh untuk
mendapat yang jernih.
Kemerdekaan bukan sekadar bebasnya negara daripada pemerintahan kuasa penjajah.
Kemerdekaan negara perlu dilengkapi dengan warganya memiliki jiwa merdeka.
Kemerdekaan tidak memberikan sebarang erti jika ilmu pengetahuan, kepakaran, kemahiran,
kekayaan dan sumber ekonomi, masih dikuasai oleh pihak lain. Kemerdekaan tidak
membawa erti, jika insan masih berminda hamba, dan jiwa masih sedia mengabdikan diri
kepada kuasa dan amalan yang bercanggah daripada aturan akidah dan syariat, menurut
yang difirmankan oleh Allah SWT dalam ayat 56, surah Az-Zaariyat:

‫ﭐﱣ ﱤ ﱥ ﱦ ﱧ ﱨ‬
2
Khutbah Jumaat 3 September 2021: “ISLAM MEMBENTUK JIWA MERDEKA”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Maksudnya: Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah
kepada Ku.

Islam ialah agama yang telah memerdekakan manusia daripada berminda dan berjiwa
hamba; Islam mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya kebenaran. Islam
menyeru manusia menyembah hanya Allah yang Esa. Islam menegaskan agar manusia
menyerah sepenuh jiwa raga, melakukan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar
agar segala usaha mendapat keredaan Ilahi, semoga negara dan warga senantiasa
dilindungi dan dirahmati Ilahi. Islam menegah manusia daripada taat dan takut kepada kuasa
selain Allah SWT. Islam menegah manusia daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang
bertuhankan selain Allah SWT hingga mengakibatkan manusia menjadi syirik, tergelincir
daripada akidah yang benar. Jiwa merdeka berlandaskan Islam membebaskan manusia
daripada amalan dan perbuatan yang boleh merosakkan akidah dan ibadah.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,


Hidup sebagai manusia yang merdeka ialah hak asasi bagi setiap penghuni alam
semesta. Islam menganjurkan manusia berjiwa merdeka, dalam fitrah, ketentuan dan
pedoman penciptanya, serta berakal waras, bebas untuk berpegang keyakinan yang
berlandas perintah dan larangan Allah SWT, dan pada setiap masa melakukan yang makruf
dan meninggalkan yang mungkar.
Insan berjiwa merdeka memiliki jati diri, bertenaga untuk berdiri atas kaki sendiri,
berupaya membina ketamadunan, serta berminda terbuka dan berjiwa besar, bersedia
menilai, menapis dan menerima pakai idea dan perkara yang memberikan manfaat, di
samping memiliki keberanian untuk menolak idea dan perkara yang boleh membawa
kemudaratan. Insan berjiwa merdeka memiliki kekuatan dalaman yang tidak mudah
diperkotak-katikkan oleh pihak musuh sama ada secara zahir (manusia) mahupun musuh
yang tidak dapat dilihat (syaitan).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Dalam suasana negara baharu menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-64, mimbar
menyeru para jemaah agar mengambil ingatan kepada empat perkara berikut:

Pertama: Islam diturunkan dengan tujuan memerdekakan manusia daripada kejahilan dan
kesesatan, lalu manusia dimuliakan dengan diangkat menjadi khalifah di muka bumi ini.

3
Khutbah Jumaat 3 September 2021: “ISLAM MEMBENTUK JIWA MERDEKA”
[Jabatan Agama Islam Perak]

Kedua: Umat Islam wajib menterjemahkan erti kemerdekaan yang sebenar dan wajib
berusaha memerdekakan diri daripada kegelapan dengan menjadikan al-Quran sebagai
sumber rujukan dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai kompas panduan.

Ketiga: Insan yang merdeka akan menjadi lebih sempurna ilmu, amal serta akhlaknya.

Keempat: Hargailah erti merdeka. Kemerdekaan negara dan kedaulatan sebuah negara
merdeka perlu dilengkapkan dengan warga yang berminda dan berjiwa merdeka. Asuhlah
minda menjadi minda yang merdeka dan semaikan jiwa dengan roh merdeka.

‫هللا ِ ِْل َومَ ُ ْك َِبمْ ُق ْر َء ِان امْ َؼ ِظ ْ ِْي َوه َف َؼ ِ ِْن َوا ََّي ُ ُْك ِب َما ِف ْي ِو ِم َن ْال ٓ ََّي ِت َو ِّال ْل ِر امْ َح ِك ْ ِْي‬ ُ َ‫ََب َرك‬
َ ‫ َأ ُق ْو ُل قَ ْو ِ ِْل ى ََذا َو َأ ْس َت ْغ ِف ُر‬.‫امس ِم ْي ُع امْ َؼ ِل ْ ِ ُْي‬
‫هللا امْ َؼ ِظ ْ َْي‬ َ ‫َوثَ َقبَ َل ِم ِ ّ ِْن َو ِمنْ ُ ْك ِث ََل َوثَ ُو ِاه َ ُو ى َُو‬
‫ات ْ َال ْح َيا ِء ِم ْْنُ ْم َو ْ َال ْم َو ِات‬
ِ َ‫ات َوامْ ُم ْؤ ِم ِن ْ َي َوامْ ُم ْؤ ِمن‬ ِ ‫ِ ِْل َومَ ُ ْك َو ِم َسائِ ِر امْ ُم ْس ِل ِم ْ َي َوامْ ُم ْس ِل َم‬
.‫فَ ْاس َت ْغ ِف ُر ْو ُه اه َ ُو ى َُو امْ َغ ُف ْو ُر َامر ِح ْ ُْي‬
ِ
Khutbah Kedua
‫ َو ِم ْل َء َما بَيْْنَ ُ َما‬،‫امس َم َاو ِات َو ِم ْل َء ا َل ْر ِض‬ َ ‫ ِم ْل َء‬،‫ َ َْحًْ ا َل ِث ًريا َط ِ ّي ًبا ُم َب َار ًك ِف ْي ِو‬5‫امْ َح ْمُْ ِ َ ِلِل‬
‫ َو َأ ْشيَُْ ٔأ َن‬،ُ‫َشيْ َك َل‬ ِ َ ‫هللا َو ْحَْ ُه َل‬ ُ َ‫ َأ ْشيَُْ َأ ْن َل ِا َ َل ال‬. ُْ‫َش ٍء ب َ ْؼ‬ ْ َ ‫َو ِم ْل َء َما ِشئْ َت ِم ْن‬
َ ْ ‫ َوػَ َل أ ِ ِل َو َأ‬6ٍْ ‫ انلَيُ َم َص ِ ّل ػَ َل َس ِ ّي ِْنَ ِ ُم َح َم‬.‫َس ّيَِْ نَ ُم َح َمًْ ا َغ ْبُْ ُه َو َر ُس ْو ُ ُل‬
‫َصا ِب ِو َو َس ِ ّ ْل ج َ ْس ِل ْي ًما‬
َ ‫ َو ُل ْوه ُْوا َم َع‬7‫هللا‬
.‫امصا ِد ِق ْي‬ ِ ‫ فَ َيا ِغ َبا َد‬، ُْ‫ َأ َما ب َ ْؼ‬.‫َل ِث ْ ًريا‬
َ ‫هللا! ِاث َ ُق ْوا‬
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Mimbar menyeru para jemaah agar kita istiqamah berpegang kepada aqidah Islamiah
berteraskan ahli Sunnah Waljamaah, yang menjadi warisan Rasulullah SAW, sahabat dan
tabiin, hingga ke hari ini. Jagalah hubungan dengan Allah SWT dan sesama makhluk.
Imarahkanlah rumah Allah SWT dengan terus-menerus mengerjakan ibadah dan solat fardu
secara berjemaah.

‫ﭐﱢ ﱣ ﱤ ﱥ ﱦ ﱧﱨ ﱩ ﱪ ﱫ ﱬ ﱭ ﱮ ﱯ‬
8

5
Memuji Allah
6
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
7
Pesan Taqwa
8
Ayat Al-Quran
4
Khutbah Jumaat 3 September 2021: “ISLAM MEMBENTUK JIWA MERDEKA”
[Jabatan Agama Islam Perak]

‫انلَيُ َم َص ِ ّل ػَ َل ُم َح َم ٍْ َوػَ َل أ ِل ُم َح َم ٍْ َ ََك َصل َ ْي َت ػَ َل ا ْب َرا ِى ْ َْي َوػَ َل أ ِل ا ْب َرا ِى ْ َْي َو ََب ِركْ ػَ َل‬
ِ ِ
.ٌْ ‫ُم َح َم ٍْ َوػَ َل أ ِل ُم َح َم ٍْ َ ََك ََب َر ْل َت ػَ َل ا ْب َرا ِى ْ َْي َوػَ َل أ ِل ا ْب َرا ِى ْ َْي ِ ْف امْ َؼام َ ِم ْ َي اه ََك َ َِح ْي ٌْ َم ِج ْي‬
ِ ِ ِ
‫ َو َأ ْص ِل ْح َذ َات بَيْْنِ ِ ْم َو َأ ِم ّ ْف ب َ ْ َي‬، ‫ات‬ 9 ِ ‫انلَيُ َم ا ْغ ِف ْر ِنلْ ُم ْس ِل ِم ْ َي َوامْ ُم ْس ِل َم‬
ِ َ‫ات َوامْ ُم ْؤ ِم ِن ْ َي وامْ ُم ْؤ ِمن‬
.‫ َوثَ ِبّ ْْتُ ْم ػَ َل ِم َ َِّل َر ُس ْو ِل هللاﷺ‬،‫ُقلُ ْوِبِ ِ ْم َوا ْج َؼ ْل ِ ْف قُلُ ْوِبِ ِ ُم ْاليْ َم َان َوامْ ِح ْْكَ َة‬
ِ
‫ َما‬،‫ َوام ِف َ َت‬،‫ َوا ِمل َح َن‬،‫ َوامغ َََل َء‬، َ‫وصا َۏ ُير ْو َس ام ُك ُورون‬ ً ‫ خ ُُص‬،‫ َو َامو ََب َء‬،‫انلَيُ َم ا ْدفَ ْع َغنَا ام َب ََل َء‬
.‫ َو َغن َسائِ ِر بُ ْ َل ٍان ػَا َم ًة‬،‫ َغن ب َ َ ِلنَ ى ََذا ا ََاص ًة‬،‫َظي ََر ِم ْْنَا َو َما ب َ َط َن‬
Ya Allah, berkatilah hamba-hamba Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan
menghulurkan wakaf, kurniai mereka rezeki yang berlipat ganda, serta sucikanlah harta dan
jiwa mereka. Jauhkanlah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran serta dihindari
mereka daripada kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, berilah kami kebaikan serta keberkatan di dunia dan di akhirat. Jauhilah kami
daripada seksa dan azab api neraka.

Ya Allah, kurniakanlah taufik dan hidayah Mu ke atas Raja kami, Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
Tuanku Zara Salim serta kerabat diraja dan seluruh rakyat jelata.

‫ﲫﲬﲭﲮ ﲯﲰﲱﲲﲳﲴﲵ‬

‫ﭐﱡﭐﱫﱬﱭﱮﱯﱰﱱﱲﱳﱴﱵ‬ ِ ‫فَ َيا ِغ َبا َد‬


،‫هللا‬
‫ َو ْاش ُك ُر ْو ُه ػَ َل‬،‫هللا امْ َؼ ِظ ْ َْي ي َ ْذ ُل ْرُ ُْك‬
َ ‫ﱶﱷﱸﱹﱺﱻ ﱠ فَ ْاذ ُل ُر ْوا‬
ُ ‫ َو‬،‫هللا َأ ْل َ َُب‬
.‫هللا ي َ ْؼ َ ُل َما ث َْصنَ ُؼ ْو َن‬ ِ ‫ َو َ ِل ْل ُر‬،‫ َو ْاسأَمُ ْو ُه ِم ْن فَ ْض ِ ِِل يُ ْؼ ِط ُ ْك‬،‫ِه َؼ ِم ِو يَ ِزد ُ ُْْك‬

9
Doa untuk Kaum Muslimin
5

Anda mungkin juga menyukai