Anda di halaman 1dari 26

FACE TAJWID

Dikumpul dari posting ilmiah:


Fb Syeikh Abdelaziz Osama Al-Azhari

Disediakan oleh:
Abdul Ghani bin Ahmad Al Fathoni
(anak murid beliau)
Bersempena Hari Lahir Tn. Syeikh
E-book ini adalah PERCUMA sahaja ( DILARANG JUAL)
21 JUN 2021
::: 𝐃𝐑.𝐓𝐀𝐉𝐖𝐈𝐃 :::

MELAHIRKAN PAKAR-PAKAR ILMU TAJWID BERSANAD

Cara tepat bagi mengikuti jejak langkah ulama muktabar


seperti Imam Al Qurra’ Muhammad Ibnu Al jazari
(wafat,833h), Imam Asy Syatibi ( wafat,590h) dan lain-
lainnya boleh didapati dengan cara mempelajari kitab-
kitab Ilmu tajwid yang mana hasil daripadanya telah
melahirkan ulama-ulama yang muktabar seperti mereka.
Imam Ibnu Al jazari atau Imam Asy syatibi, bukanlah
mereka sendiri yang susun kaedah atau thoriq yang kita
sedang ikuti ini. Seperti mana mereka pindahkan
(naqalkan) bacaan kepada kita, mereka juga telah memindahkan kepada kita
kaedah tajwid yang telah di ambil daripada ulamak-ulamak sebelum-sebelum ini,
melalui talaqqi kitab atau talaqqi musyafahah.
Maknanya di sini,
imam-imam qura’ (‫ ) أئمة القراءة‬bacaan Al quran yang awal itulah yang memindahkan
bacaan Al quran kepada kita seperti mana telah di ambil daripada para sahabat
baginda Nabi SAW,
sama jugalah mereka memindahkan kaedah bacaan Al Quran yang telah di ambil
daripada gambaran para sahabat, bagi menyifatkan sesuatu bacaan baginda Nabi
SAW, untuk kita dapat mengikutinya ketika membaca Al quran sama seperti mana
diturunkan.
Alhamdulillah melalui kelas kita ini 𝐃𝐑.𝐓𝐀𝐉𝐖𝐈𝐃 , kami akan menyampaikan ilmu
tajwid dari kitab-kitab turath yang muktabar bersanad, yang mana telah
melahirkan ulama-ulama terbesar sepanjang zaman seperti Imam Jazari & Imam
Syatibi.
Kitab-kitab ini telah disusun pada zaman sebelum Imam Jazari dilahirkan lagi,
contohnya
seperti matan (teks) yang pertama ditulis dalam ilmu tajwid oleh Al Imam Abu
Muzahim Al khaqani (wafat,325h)
Dan matan Al Sakhawi yang ditulis oleh Syeikh Al Qurra’ Ali Al Sakhawi (wafat,643h)
dan lain-lain lagi.
Di dalam kelas ini, kami menggunakan syarahan bagi matan atau kitab-kitab yang di
ambil dari kitab-kitab muktabar, yang telah disusun semenjak 500 tahun yang
pertama hijrah.
InsyaAllah kami akan bermula kelas ini dengan tajuk makhraj dan sifat dengan
matan imam Ibnu Al Jazari sebagai asas pembelajaran, untuk membina anda dari
asas yang sahih, dan bagi anda layak naik satu persatu level di atasnya yang sangat
mendalam sehingga anda mampu menjadi pakar dalam bidang InsyaAllah.
Dengan rujukan kitab yang lama, syarahan akan diberi secara modern bagi
memudahkan peserta memahami. InsyaAllah.
Jadi, Alhamdullilah daurah 𝐃𝐑.𝐓𝐀𝐉𝐖𝐈𝐃 ini sangat sesuai dengan semua peringkat
sama ada guru atau yang hanya ada asas dalam tajwid.
Kami yakin, dengan pengajian kitab-kitab ini boleh menjadikan anda pakar dalam
bidang sebutan bacaan & kaedah sepertimana dapat melahirkan ulama besar
sebelum-sebelum ini.
Link untuk rujukan :
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/posts/3245713626035
99

19 JUN 2021
BACAAN AL QURAN HAFS AN ASIM DI ANTARA TORIQ ASY SYATIBIYYAH DAN AT TAISIR

Soalan penting yg ditujukan kepada saya


daripada Alfadhil Ustaz Syazani Jemi.
Naib Johan hafazan Al Quran Antarabangsa
2017
Jika baca Mad Muttasil dengan kadar 5 harakat,
ianya dianggap dari thoriq Asyatibiyyah atau
dari thoriq At taisir?
Jawapannya :-
‫بسم هللا والحمد هلل والصالة والسالم على رسول هللا وعلى آله وصحبه ومن وااله‬
‫! وبعد‬
Yang masyhur untuk membaca Mad Muttasil bagi Thoriq Asy syatibiyyah adalah
dengan kadar 4 harakat, itu adalah kadar yang tidak ada khilaf antara ulamak, dan
hanya kadar itu yang terdapat dalam Matan Imam Syatibi rahimahullah.
Terdapat satu wajah lagi, akan tetapi ianya tidak masyhur iaitu dibaca dengan
kadar 5 harakat bagi Mad Muttasil, kerana terdapat khilaf antara ulamak bagi
kesahihannya sama ada betul atau tidak.
Tetapi wajah ini adalah wajah yang masyhur bagi thoriq yang lain iaitu di dalam
kitab At taisir yang di susun oleh Al Imam Ad Dani rahimahulllah (dibaca dengan
kadar 5 harakat sahaja )
Oleh itu, jika ingin memilih bacaan Mad Muttasil dengan kadar 5 harakat mestilah
mengambil tahu perbezaan antara dua thoriq ini iaitu thoriq Asy syatibiyyah dan
thoriq At taisir :-
Contohnya :
َّ ْ َ
1) ‫تأ َمنا‬

Asy Syatibiyyah : Dibaca dengan Raum / Ishmam


At Taisir : Dibaca dengan Raum sahaja
2)Kadar bacaan Mad pada huruf ‘Ain di :
‫كهيعص‬-‫عسق‬
Asy Syatibiyyah : dibaca dengan kadar 4/6 harakat.
At Taisir : dibaca dengan kadar 4 harakat sahaja.
3) Bacaan huruf ra di kalimah :
‫ِف ْرق‬
Asy Syatibiyyah : dibaca tebal / tipis.
At Taisir : dibaca tebal sahaja.
4) Waqaf pada kalimah, dengan huruf ya atau tidak (hazaf / buang huruf ya)
َ
‫َءات ٰى ِن َۦ‬
Asy Syatibiyyah : Waqaf dengan huruf ya / buang.
At Taisir : Waqaf dengan huruf ya sahaja.
5)Huruf sod pada kalimah :
َ َ ُ‫ْاْل‬
‫ص ْي ِط ُرون‬
Asy Syatibiyyah : boleh dibaca dengan huruf
(‫س‬/‫)ص‬.
At Taisir : dibaca dengan huruf( ‫) ص‬sahaja.
6) Bacaan huruf Alif ketika waqaf pada kalimah
ْ َ َٰ
‫َسل ِسال‬
Asy Syatibiyyah : boleh dibaca / buang.
At Taisir : boleh dibaca sahaja.
Hasil daripada perbezaan di atas.
Thoriq Asy syatibiyyah telah pun kuasai thoriq At taisir. Jadi, sekiranya bacaan dua2
thoriq membaca pada wajah yang sama, ianya boleh dianggap telah membaca
keduanya jika pada bacaan kadar 5 harakat bagi Mad munfasil & Mad Muttasil.
Lagi baik dibaca dengan kadar 4 harakat sahaja ketika membaca Mad Muttasil.
Boleh rujuk kepada post saya ini untuk lebih details.
https://www.facebook.com/100051522125296/posts/269770864750316/?d=n
Jazakumullahu khair. Moga bermanfaat insyaAllah.
Syeikh Abdelaziz Osama AlAzhari.
klik link untuk rujukan :
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/posts/3234317860508
90
17 JUN 2021
SEBAB APA ILMU TAJWID WUJUD?
Riwayah :: Bacaan
Dirayah :: Teori/ kaedah Ilmu Tajwid & ilmu-ilmu
bacaan yang lain.
𝐑𝐢𝐰𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐫𝐢𝐰𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐒𝐚𝐡𝐢𝐡 itu ialah sesuatu yang
telah dibaca oleh baginda Nabi Muhammad SAW
serta diperakui terpelihara dari sebarang kesalahan
dan kesilapan,
kerana ianya 𝐦𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐡𝐲𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡
𝐒𝐖𝐓.

Dengan sebab berlakunya peredaran masa dan 𝙥𝙚𝙣𝙮𝙖𝙢𝙥𝙖𝙞𝙖𝙣/ 𝙥𝙚𝙧𝙥𝙞𝙣𝙙𝙖𝙝𝙖𝙣


𝙦𝙞𝙧𝙖𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙢𝙪𝙡𝙪𝙩 𝙠𝙚 𝙢𝙪𝙡𝙪𝙩 (𝙣𝙖𝙦𝙖𝙡),
dan apabila bacaan yang telah dibawa atau dipindahkan ini melalui orang-orang
yang tidak maksum, atau manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan,
telah berkembangnya ilmu-ilmu bacaan ini ke negara-negara Islam yang lain
menyebabkan banyaknya penyebaran riwayat yang sahih dan tidak sahih berlaku.
Oleh sebab itu, adalah perlu bagi para ulama untuk mewujudkan peraturan dan
menetapkan rukun pada bacaan 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐜𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 (𝐬𝐚𝐡𝐢𝐡)
𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧, bagi memastikan sahnya ibadah dan betulnya bacaan.
Bahkan, 𝙦𝙞𝙧𝙖𝙖𝙩 𝙨𝙮𝙖𝙯𝙯𝙖𝙝 (𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙩𝙪𝙡) tidak boleh dibaca dalam hal yang
berkaitan dengan ibadah.
Oleh yang demikian, para ulama telah menetapkan 𝐝𝐮𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 dalam
menentukan Qiraat yang Sahih:
𝟭. 𝗥𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗵𝗶𝗵 (𝗧𝗵𝗮𝗯𝗶𝘁 𝗥𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝗵)
Ia mempunyai 1 rukun:
𝙄) 𝙎𝙖𝙣𝙖𝙙 𝙮𝙜 𝙨𝙖𝙝𝙞𝙝
- Maksudnya haruslah Mutawattir (iaitu sanad yang diperakui melalui riwayat yang
bersambung dari satu rantaian jemaah kepada rantaian jemaah yang lain.)
𝟮. 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗶𝗽𝗲𝗿𝗮𝗸𝘂𝗶 (𝗜𝗾𝗿𝗮𝗿 𝗗𝗶𝗿𝗮𝘆𝗮𝗵)
Ia mempunyai dua rukun:
𝙄) 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙧𝙩𝙖𝙢𝙖, 𝙢𝙚𝙨𝙩𝙞𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙢𝙥𝙪𝙣𝙮𝙖𝙞 𝙢𝙖𝙠𝙨𝙪𝙙 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙧𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣
𝘽𝙖𝙝𝙖𝙨𝙖 𝘼𝙧𝙖𝙗
𝙄𝙄) 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙙𝙪𝙖, 𝙢𝙚𝙣𝙚𝙥𝙖𝙩𝙞 𝙠𝙖𝙚𝙙𝙖𝙝 𝙥𝙚𝙣𝙪𝙡𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙍𝙖𝙨𝙖𝙢 𝙐𝙩𝙝𝙢𝙖𝙣𝙞.
Justeru itu,
hanya sepuluh qiraat sahaja yang menepati ketiga-tiga rukun tersebut,
dan boleh dibaca di dalam solat serta disepakati ramai. Selain dari itu, ia dianggap
sebagai qiraat syazzah (tidak betul) dan tidak boleh dibaca dan digunakan di dalam
Ibadah solat.
Di samping itu, para ulama telah mengumpulkan kaedah bacaan bagi setiap
qiraat yang sahih, ke dalam kitab-kitab sebagai bahan rujukan untuk seluruh
ummat
Islam, guru dan pelajar bagi setiap zaman, untuk membolehkan Al quran dibaca
sebagaimana ia diturunkan.
Dimana kitab-kitab tersebut telah terhimpun, tercatat, serta telah menjelaskan
kaedah-kaedah, cara, dan hukum-hakam di dalam bacaan bagi setiap qiraat,
beserta dengan dalil bagi sesuatu hukum samaada dengan sanad atau dari segi
resam, dan kebanyakan dari bukti (dalil) bagi sesuatu bacaan atau qiraat itu adalah
betul, mestilah dirujuk melalui kaedah Bahasa Arab, kerana syarat
sahnya sesuatu qiraat itu perlu selari dengan ketepatan Bahasa Arab.
Oleh sebab itu, para ulama wajib memberitahu sekiranya dari segi bahasa,
mengapa mereka memilih bacaan itu sebagai yang sahih bukan bacaan yang lain.
Disamping itu, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐪𝐢𝐫𝐚𝐚𝐭 𝟏𝟎 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐭𝐚𝐰𝐚𝐭𝐢𝐫, 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐣𝐮𝐠𝐚
𝐫𝐢𝐰𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐫𝐢𝐰𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐡𝐢𝐡 𝐬𝐚𝐧𝐚𝐝𝐧𝐲𝐚, namun 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐩𝐚𝐭𝐢 𝟑 𝐫𝐮𝐤𝐮𝐧
𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐪𝐢𝐫𝐚𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚𝐭𝐚𝐬. Dengan ketetapan dalil
yang jelas, telah menjadikan sebab kenapa qiraat 10 itu dipilih, dan tidak pada
qiraat yang lain.
Bukan hanya sekadar ingin menjelaskan logiknya sesuatu bacaan berdasarkan
dengan kaedah bahasa arab, sebagaimana yang telah didakwa oleh segelintir
pemikiran yg bukan ahlinya.
Dirayah itu telah meliputi semua hukum hakam ilmu riwayah, dan dirayah
jugalah yang mengawal setiap apa yang ada dalam riwayah, serta menjawab segala
permasalahan-permasalahan berkenaan riwayah beserta isu-isunya.
Para a’immah (imam-imam qiraat) adalah orang yang telah menaqalkan
(memindahkan) kepada kita periwayatan yang sahih.
Merekalah yang telah menyusun kaedah-kaedah dirayah ini, seperti mana yang di
ambil melalui huraian para sahabat tentang gambaran bacaan Rasulullah saw.
Mereka menjelaskan kepada kita kaedah yang sahih dalam qiraah,
menyebut huruf dan sifat sebutan, sifat lafaz serta qadar panjang sehinggakan
tiada seorang pun yang boleh menukar periwayatannya serta mendakwa sesuatu
riwayat dengan sewenang-sewenangnya.
Demikian itu, 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐫𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐬𝐚𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧
𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐤𝐚𝐦 (𝐩𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧) 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐜𝐚𝐚𝐧 (𝐫𝐢𝐰𝐚𝐲𝐚𝐡)
𝐔𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮𝐢 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐫𝐢𝐰𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐝𝐢𝐫𝐚𝐲𝐚𝐡, namun ia tidak bermaksud
bahawa kita perlu meninggalkan ilmu dirayah sama sekali, atau pun mendakwa
bahawa dirayah dan riwayah adalah bertentangan! Sudah tentu tidak, bahkan
maksud disebaliknya ialah asas bagi sesuatu riwayah itu adalah naql. (dipindahkan)
Sesungguhnya riwayah mestilah diperolehi dengan kaedah talaqqi musyafahah
(naql), dan bukannya melalui tulisan di mushaf sahaja. Begitu jugalah bagi ilmu
dirayah yang 𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡𝐢 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐤𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐥𝐚𝐪𝐪𝐢 𝐦𝐮𝐬𝐲𝐚𝐟𝐚𝐡𝐚𝐡
(𝐧𝐚𝐪𝐥) dan bukannya dari buku atau kitab semata-mata.
Ringkasnya, seperti kita mengambil bacaan dalam mushaf melalui kaedah
riwayah, maka kaedah tajwid yang boleh didapati di dalam kitab juga perlu
diperolehi melalui jalan riwayah. Maka sumber bagi kedua-dua cabang ilmu
tersebut adalah naql (perpindahan) bukannya andaian mahupun ideologi.
.
Maka, ilmu riwayah dan dirayah adalah diperolehi daripada jalan yang sama iaitu
talaqqi dan musyafahah. Sebagaimana kita meriwayatkan bacaan (riwayah) begitu
jugalah kita meriwayatkan kaedah bacaan (dirayah). Jadinya, ilmu riwayah (bacaan
sahih) dan dirayah (teori yang disusun oleh ulama’ yang muktabar) mustahil
berlawan. Oleh sebab itu, ulama mengatakan jika datangnya seseorang yang baca
sesuatu riwayah yang tidak sama seperti yang ulama sudah catatkan di dalam
kitab, maka yang benar adalah sepertimana yang tertulis di dalam kitab.
𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐫𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐮𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧:
iaitu :
𝟭) 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗲
𝟮) 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝘀𝗶𝗻𝗮’𝗶𝗲.
InsyaAllah dalam kelas terbesar akan datang ini iaitu “𝐃𝐑.𝐓𝐀𝐉𝐖𝐈𝐃” akan
menguasai ilmu riwayah & dirayah dengan menjelaskan asas-asasnya, bacaan-
bacaannya, kaedah-kaedahnya, hukum-hakamnya dan sebab musababnya yang
𝐝𝐢𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐭𝐚𝐛-𝐤𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐫𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐤𝐭𝐚𝐛𝐚𝐫 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐧𝐚𝐝 yang
disertakan dengan dalil-dalil daripada ulama-ulama yang muktabar beserta dengan
nama-nama mereka, bagi membantu para pelajar dalam menguasai ilmu dirayah,
dan 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐩𝐚𝐭, sekaligus 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐤𝐚𝐫
𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐫𝐚𝐲𝐚𝐡 serta 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚
𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐮𝐥𝐚𝐦𝐚’.
Kesemuanya ini hanyalah muqaddimah yang akan saya bahaskan pada masa akan
datang melalui
𝐅𝐁 𝐋𝐈𝐕𝐄 dan beberapa post,
in sha Allah secara 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀 mengenai
“ 𝗕𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻: 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐑𝐢𝐰𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐲𝐚𝐡”.
Dipersilakan share untuk lebih ramai lagi boleh sama-sama mendapat manfaat ilmu
Sila klik link ini untuk rujukan:
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/posts/3221367828470
57
24/01/2021
NUN IWADH ISTILAH YANG TIDAK WUJUD
Bismillah,assalamualaikum wbrt
Perhatian semua pencinta pencinta
ilmu Al quran.
Sesiapa yang menggunakan istilah Nun
Iwadh dalam ilmu tajwid , orang itu
adalah seorang yang jahil dengan ilmu
tajwid dan bahasa arab.
Mereka Yang menggunakan istilah Nun
Iwadh mengatakan bahawa apabila
Tanwin bertemu dengan hamzah wasal,
perlu tambah nun kecil berbaris bawah
atau ganti dengan Nun berbaris bawah.
Mereka membuat persamaan seperti
mad iwadh yang kita gantikan tanwin mansub (2 baris atas) dengan huruf alif mad
ketika Waqaf. Ini adalah penggunaan dan syarahan dari kebanyakkan orang
termasuk ramai guru Al quran dan kebanyakan dari mereka juga antara yang ajar
mengaji secara LIVE di fb dimana followers atau pengikut-pengikut mereka ramai
ratus-ratus ribu. Ramai orang mengikut syarahan tersebut dan menjelaskan perlu
menambah nun kecil berbaris bawah dan menamakannya sebagai nun Iwadh.
Perhatian..
yang pertama sekali perlu diperjelaskan
1. Tiada sama sekali istilah Nun Iwadh dari mana2 kitab tajwid yang muktamad dari
ulama’ Al quran ya tuan-tuan dan puan-puan. (Sesiapa yang yakin ada, sila
kemukan dalil daripada kitab mana, muka surat berapa)
Yang keduanya perlu diperjelaskan.
2. Berbeza jauh antara kedua keadaan ini,(antara tanwin bertemu huruf mati dan
mad iwadh)
Ketika tanwin bertemu dengan huruf sukun, kita tidak ada tambah apa-apa huruf
atau ganti dengan mana-mana huruf, tetapi kita hanya perlu 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙠𝙖𝙧 𝙩𝙖𝙣𝙬𝙞𝙣
yang bermaksud nun sukun tersebut kepada nun berbaris bawah kerana iltiqa’
sakinain (pertemuan 2 huruf sukun ) untuk mengelakkan dua huruf sukun bertemu
atau untuk menghalang atau menjauhkan bacaan dua huruf mati daripada
bertemu kerana dalam bahasa arab tidak boleh menyebut dua huruf mati dalam
satu pertemuan.
Kita hanya tukarkan tanwin(nun sukun yang dah memang wujud) kepada nun
berbaris bawah kerana sukun yang terdapat selepas hamzah wasal bukan kerana
hamzah wasal.
InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan buat video bagi syarahan lengkap
kaedah iltiqa’ sakinain ini untuk memberi pencerahan yang benar dan sampaikan
istilah yang sah dari ulama serta memudahkan pemahaman anda semua.
Jadi saya nak jelaskan di sini, tidak boleh digunakan pada keadaan tersebut dengan
istilah nun Iwad/nun wiqayah/nun niswah /nun kecil /nun wasal atau apa-apa
nama yang anda ikut teori sendiri yang tidak pernah wujud dalam istilah ilmu
tajwid
Hati-hati semua, jangan ambil ilmu dari Orang yang bukan alim dan mengunakan
istilah sendiri
Ilmu adalah amanah, jika anda belum dapat menguasai semua kaedah dalam ilmu,
sila dapatkan kepastian terlebih dahulu daripada guru sebelum mengajarkan
kepada orang lain.
Tidak cukup punya sijil jika tanpa ilmu,
SemOga Allah memberi kita ilmu yang bermanfaat dan dapat manfaatkan orang
lain dengan ilmu yang diizinkan Allah.
Amin
Link rujukan:
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/posts/2308656786408
35
25/05/2021
WAJIB BACA JIKA ANDA PENCINTA AL QURAN.
Antara tanda sayang dan hargai kepada
kalamullah ialah membacanya dengan betul,
sama seperti diturunkan dan sama seperti
bacaan Nabi SAW, kerana Allah SWT telah
perintahkan (amarana ) kita membacanya
dengan betul.
Oleh itu, ulama’ dari dulu telah menyusun
cara bacaan Nabi dan sahabat-sahabat yang
diambil dari Nabi SAW dalam bentuk kaedah-
kaedah yang dinamakan ilmu tajwid, dan kerana
ilmu Tajwid juga merupakan ilmu yang amat
penting selalu. Ulama’ Islam khususnya ulama’-ulama’ yang muktabar
(besar)terdahulu telah menulis kitab-kitab bagi ilmu tajwid ini.
:
Oleh kerana Ilmu tajwid ini amat penting bagi
kita umat Islam, dan ianya sukar buat masa
sekarang bagi warga Malaysia keluar dari negara
untuk pergi ke mana-mana negara lain, bagi
mendalami ilmu serta melengkapi ilmu tajwid,
kerana isu semasa yang melanda sekarang telah
menghalang kita untuk keluar dari negara.
InsyaAllah, kami berbesar hati ingin
menyediakan satu kelas tajwid yang amat besar
di sini, yang betul-betul kuasai semua kaedah
ilmu tajwid dari A to Z, serta hukum hakam dan sebab mussabab bagi setiap satu
kaedah tersebut.
Kursusnya dinamakan ( DR TAJWID) kerana betul-betul Saya memberi jaminan
buat anda semua, tidak ada kelas di sini atau luar negara yang akan beri lebih
darinya dari sudut kaedah, kerana kelas ini akan memberi anda 5 level dengan
mempelajari 5 jenis kitab turath yang lama, antaranya adalah kitab yang pertama
dalam ilmu tajwid di dalam Islam.
Bayaran yuran kelas pula sama seperti bayaran kelas mengaji di kampung-
kampung sahaja.
Paling murah dan paling berkualiti InsyaAllah.
Bagi yang boleh menjawab soalan ini.
Sila hantar jawapan anda di Personal Messege (PM).
InsyaAllah, jika jawapan anda betul akan dapat hadiah satu kelas besar PERCUMA
dari saya.
Soalan ini adalah antara soalan yang biasa akan didengari oleh peserta DR
TAJWID nanti dan ada soalan yang lebih susah dari ini.
Bagi yang mengikuti kursus Dr. TAJWID ini nanti, InsyaAllah anda akan mudah
menjawab apa-apa soalan yang sukar berkaitan ilmu tajwid.
Untuk info lanjut dan tawaran iklan berkenaan kursus ini akan keluar setelah
dibuka pendaftarannya nanti.
Ada yang berminat tak dengan kursus seperti ini?
Jika ada ramai yang suka, saya akan tetapkan tarikh kursusnya dalam masa
terdekat.
InsyaAllah
Sayang kalian kerana ALLAH
Link rujukan :
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/posts/3079526842654
67
07/02/2021
APA HUKUM BACAAN HURUF RA ?
Syeikh
Kenapa Huruf Ra dalam kalimah ini kena baca tebal
walaupun huruf sebelumnya berbaris kasrah
(bawah) ?

Jawapannya:
Untuk baca huruf Ra sukun yang sebelumnya
terdapat huruf berbaris
bawah dengan tipis, mesti lengkap dengan 3 syarat
berikut :
1/kasrah sebelum Ra adalah kasrah yang asli (bukan
mendatang)
2-kasrah dengan huruf Ra terdapat dalam satu
kalimah bukan terpisah iaitu dalam dua kalimah
3- selepas huruf Ra tidak terdapat huruf istila yang berbaris atas.
Oleh itu, jika tidak cukup satu syarat di atas,
Ra mestilah dibaca dengan tebal walaupun huruf sebulumnya berbaris bawah
Contoh huruf Ra dalam kalimah ini
ُ َ
‫ِإ ِن ٱ ۡرت ۡبت ۡم‬
Walaupun huruf Ra mati sebelumnya berbaris bawah, tetapi tidak cukup syarat untuk dibaca
tipis kerana huruf berbaris bawah terpisah dengan huruf Ra iaitu terdapat dalam dua
kalimah.
Dan syarat untuk dibaca dengan tipis mestilah ada dalam satu kalimah.
Itu sebab mengapa Ra dalam contoh ayat tersebut mesti dibaca tebal.

Link rujukan :
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/posts/239780634416006
09/06/2020
TANDA-TANDA WAQAF
1. Tanda mim ( ‫ ) مـ‬disebut juga dengan Waqaf
Lazim. yaitu berhenti di akhir kalimat sempurna. Wakaf
Lazim disebut juga Wakaf Taamm (sempurna) karena
wakaf terjadi setelah kalimat sempurna dan tidak ada
kaitan lagi dengan kalimat sesudahnya. Tanda mim ( ‫م‬
), memiliki kemiripan dengan tanda tajwid iqlab,
namun sangat jauh berbeda dengan fungsi dan
maksudnya;
2. tanda tho ( ‫ ) ﻁ‬adalah tanda Waqaf Mutlaq dan
haruslah berhenti.
3.tanda jim ( ‫ ) ﺝ‬adalah Waqaf Jaiz. Lebih baik berhenti
seketika di sini walaupun di perbolehkan juga untuk
tidak berhenti.
4. tanda zha ( ‫ ) ﻇ‬mempunyai makna lebih baik tidak berhenti
5. tanda sad ( ‫ ) ﺹ‬disebut juga dengan Waqaf Murakhkhas, menunjukkan bahwa
lebih baik untuk tidak berhenti namun diperbolehkan berhenti saat darurat tanpa
merubah maknanya. Perbedaan antara hukum tanda zha dan sad adalah pada
fungsinya, dalam kata lain lebih diperbolehkan berhenti pada waqaf sad
6. tanda sad-lam-ya’ ( ‫ ) ﺻﻠﮯ‬merupakan singkatan dari “Al-washl Awlaa” yang
mempunyai arti “wasal atau meneruskan bacaan adalah lebih baik”, oleh karena itu
meneruskan bacaan tanpa mewaqafkannya adalah lebih baik;
7. tanda qaf ( ‫ ) ﻕ‬merupakan singkatan dari “Qiila alayhil waqf” mempunyai makna
“telah dinyatakan boleh berhenti pada wakaf sebelumnya”, oleh karena itu lebih baik
meneruskan bacaan walaupun boleh diwaqafkan
8. tanda sad-lam ( ‫ ) ﺼﻞ‬merupakan singkatan dari “Qad yuushalu” yang mempunyai
makna “kadang kala boleh diwasalkan”, oleh karena itu lebih baik berhenti walaupun
kadang kala boleh diwasalkan
9. tanda Qif ( ‫ ) ﻗﻴﻒ‬mempunyai maksud berhenti! yaitu lebih diutamakan untuk
berhenti. Tanda tersebut biasanya muncul pada kalimat yang biasanya sipembaca
akan meneruskannya tanpa berhenti
10. tanda sin ( ‫ ) س‬atau tanda Saktah ( ‫ ) ﺳﮑﺘﻪ‬menandakan berhenti seketika tanpa
mengambil napas. Dengan kata lain, si pembaca haruslah berhenti seketika tanpa
mengambil napas baru untuk meneruskan bacaan
11. tanda Waqfah ( ‫ ) ﻭﻗﻔﻪ‬mempunyai maksud sama seperti waqaf saktah ( ‫) ﺳﮑﺘﻪ‬,
namun harus berhenti lebih lama tanpa mengambil napas
12. tanda Laa ( ‫ ) ﻻ‬mempunyai maksud “Jangan berhenti!”. Tanda ini muncul kadang-
kadang pada akhir maupun pertengahan ayat. Apabila tanda laa ( ‫ ) ﻻ‬muncul
dipertengahan ayat, maka tidak dibenarkan untuk berhenti dan jika berada diakhir
ayat, boleh berhenti atau tidak
13. tanda kaf ( ‫ ) ﻙ‬merupakan singkatan dari “Kadzaalik” yg mempunyai arti “serupa”.
dengan kata lain, arti dari waqaf ini serupa dengan waqaf yang sebelumnya muncul.
14. tanda bertitik tiga ( … …) yang disebut sebagai Waqaf Muraqabah atau Waqaf
Ta’anuq (Terikat). Waqaf ini akan muncul sebanyak dua kali di mana-mana saja dan
cara membacanya adalah harus berhenti di salah satu tanda tersebut. Jika sudah
berhenti pada tanda pertama, tidak perlu berhenti pada tanda kedua dan sebaliknya.
Link rujukan :
https://www.facebook.com/bersanadalqurantajwidrumahtalaqi/posts/11588
7193484493

17/03/2021
KATA PANGGILAN DALAM AL QURAN

Jumlah huruf-huruf panggilan adalah 7


huruf.
Antaranya adalah huruf pangilan YA ( ‫) يا‬
yang bermaksud wahai.
Itu adalah asal panggilan yang paling banyak
digunakan di dalam Al quran.
Martabat yang paling tinggi kebanyakan
pangilan dalam Al quran adalah merujuk
kepada orang-orang yang beriman. ( ‫يا أيها‬
‫) الذين ءامنوا‬
-Terdapat dalam 89 tempat.

Martabat kedua adalah merujuk kepada panggilan manusia yang umum.


(‫) يا أيها الناس‬
Wahai sekalian manusia
-Terdapat dalam 20 tempat.
Martabat yang ketiga adalah
Panggilan kepada Rasul atau Nabi.
-Terdapat dalam 15 tempat.
(‫) يا أيها الرسول‬
Wahai sekalian Rasul,
- Dalam dua tempat
( ‫) يا أيها النبي‬
Wahai sekalian Nabi,
- Dalam 13 tempat
Martabat keempat adalah penggilan kepada Insan.
(‫)ياأيها اإلنسان‬
Wahai sekalian insan
-Terdapat dalam 2 tempat.
Martabat yang paling rendah iaitu martabat kelima adalah panggilan kepada
orang-orang kafir.
(‫)يا أيها الذين كفروا‬
-Terdapat dalam satu tempat sahaja
Kepada yang mencintai Al quran dan yang nak kuasai makna dengan mempelajari
semua tajuk dalam Al quran melalui 9 bab ilmu yang wajib dikuasai, beserta kaedah
penggunaan semua ilmu secara amali dalam Al quran, untuk lebih membantu anda
boleh memahami Al quran secara kendiri.
Saya sedia berkhidmat untuk anda insyaAllah,
Share dan sampaikan ilmu Al quran kepada masyarakat.
link rujukan:
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/posts/2643151752958
85
03/03/2021
MAD TAKZIM
Rasa tersentuh hati apabila saya dengar
ramai guru Al quran yang ajar di FB live, yg
paling sedih antaranya ada juga Qari
antarabangsa, ajar dengan memberi hukum
tajwid mengikut fahaman fikiran sendiri tanpa
meminta kepastian daripada ulamak Al quran
terlebih dahulu dan tanpa menguasai kaedah
yang lengkap sebelum mengajarkan ilmu
kepada masyarakat.
Sebelum saya cerita salah yang dah berlaku
dari kebanyakan penggunaan mereka
Saya nak kongsi dulu #Kaedah yang amat
penting ini secara ringkas
‫بسم هللا والحمد هلل والصالة والسالم على رسول هللا وعلى آله وصحبه ومن وااله‬

‫! وبعد‬

Terdapat #dua_sebab_mad Far’ie yang wajib ada untuk panjangkan huruf mad
(‫ي‬.‫و‬.‫ )ا‬lebih dari dua harakat, iaitu :

#Sebab yang pertama adalah #Sebab_Lafzi ( sebab dari segi lafaz atau sebutan ).
Dan sebab lafzi berlaku jika terdapat selepas huruf mad, 2 huruf ini iaitu :
I- Huruf hamzah
II- huruf sukun
#Sebab yang kedua adalah #Sebab_Maknawi (sebab Mad adalah untuk menjaga
makna). Dan jenis Mad untuk menjaga makna ada dua iaitu :
I- Mad takzim ( Mengagungkan )
II- Mad tabriah
Untuk sebab yang pertama(lafzi ْ، ‫ )ء‬, semua qiraat mesti perlu ikut.
Maksudnya semua Qiraat semestinya perlu amalkan iaitu huruf mad mesti dibaca
dengan panjang apabila terdapat huruf hamzah atau sukun selepasnya,
#tetapi untuk sebab yang kedua pula adalah #maknawi, BUKAN semua qiraat
menggunakannya.
Hanya ada pada beperapa Qiraat dan toriq sahaja yang menganggap sebab mad
maknawi adalah sebagai sebab mad seperti Mad takzim.
Seperti mana bacaan kita di #Malaysia ialah hafs An Asim, yang mempunyai lebih
dari 50 toriq.
Hanya beperapa toriq sahaja yang boleh dibaca mad Munfasil dengan kadar dua
harakat contoh :
ُ
‫ِب َما أ ِنز َل‬

Akan dibaca mad munfasil pada kalimah Tawhid


َّ َ َّ ُ َّ َّ َ َ َ
‫ ال ِإل َه ِإال ُه َو‬- ‫َّللا‬ ‫ال ِإله ِإال‬

Dengan kadar 4 harakat, kerana ada sebab lagi satu selain dari hamzah iaitu sebab
maknawi atau Takzim (Mengagungkan Lafzu jalalah & Almubalaghah fi Annaffi)
Ini adalah untuk membuat perbezaan antara mad munfasil dalam Kalimah Tawhid,
dengan semua mad munfasil lain yang kebiasaannya dibaca dengan kadar 2
harakat.
Tetapi kalau toriqnya dibaca semua Mad Munfasil dengan kadar 4 harakat, tidak
perlu wujudnya mad takzim kerana tiada sebab untuk wujudkan mad takzim jika
kadar bacaanya adalah sama pada kalimah Tawhid :
َّ َ َّ ُ َّ َّ َ َ َ
‫ ال ِإل َه ِإال ُه َو‬- ‫َّللا‬ ‫ال ِإله ِإال‬

#Contoh_toriq_syatibiyah
Hanya ambil sebab lafzi sahaja
yang dibaca semua mad munfasil dengan kadar 4 harakat
Jadi tak perlu guna istilah mad takzim, kerana sebab wujudnya Mad Takzim adalah
untuk membuat perbezaan antara bacaan Mad dalam kalimah Tauhid (4 harakat )
dengan semua Mad Munfasil yang boleh dibaca dengan kadar 2 harakat.
#Jika dah semua dibaca dengan kadar 4 harakat, tidak ada sebab untuk digunakan
Mad Takzim pada Kalimah Tawihid dalam toriq syatibiyah.
InsyaAllah satu hari nanti saya akan #ajar kaedah lengkap melalui fb live secara
#Percuma untuk memberi pencerahan kepada semua tuan-tuan & puan-puan
serta guru2 Al quran berkaitan kesalahan penggunaan tersebut.
#Wahai guru-guru Al quran, kerja kita hanya untuk sampaikan kaedah ilmu yang
tepat dan sudah ditetapkan oleh ulamak Al quran tanpa memasukkan fahaman
fikiran kita sendiri tanpa merujuk kepada yang ahli.
#Harap semua dapat lengkapi kaedah dengan penggunaan yg betul & tepat dahulu
sebelum mengajarkan kepada orang lain.
Semoga bermanfaat insyaAllah.
Link rujukan:
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/posts/2552930328647
66
HIMPUNAN LINK DAN QR CODE VIDEO ILMU AL QURAN YANG TELAH DI
SAMPAIKAN OLEH TUAN GURU SAYA :
SYEIKH ABDELAZIZ OSAMA ALAZHARI. ( SESI 2020 – 2021 )

1/ 25 Jun 2021
::TEACHER DR. TAJWID::

✅40 JENIS HURUF ALIF

✅31 JENIS HURUF LAM


Klik link/QR code untuk video :
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/327491962311539

2/05-02-2021
( Nun Iwadh ) VS ( Iltiqa sakinain ) dalam Ilmu Tajwid
Sila klik link dan QR code:
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/238268921233844
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/238294627897940
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/238328951227841
3/21-03-2021
Isu Mad Takzim Dalam Bacaan Al Quran
Link dan QR code:
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/266781701715899

4/23-03-2021
10 JENIS PERKATAAN YANG TERDAPAT DI AWAL 114 SURAH AL QURAN
Link dan QR code:
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/268005388260197

5/23-08-2020
Kaedah_pindah_dalam_AlQuran
Link dan QR code:
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/156745639386173
6/04-01-2021
Al quran Wajib dibaca dengan kaedah Tidak boleh dibaca tanpa kaedah

Link dan QR code:


https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/218113419916061

7/16-07-2020
Kebanyakkan kesalahan orang tentang huruf ( ْ‫ ر‬ra )adalah dari segi tebal dan
tipis
Link dan QR code:
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/141398500920887

8/06-06-2020

𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗱𝘂𝗮 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘁𝗮𝗷𝘄𝗶𝗱.
Link dan QR code:
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/121359282924809
9/02-06-2020
Jumlah ilmu Al quran ada 47 ilmu

Link dan QR code:


https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/119108126483258

10/ 03-07-2020
APA Maksud dua jenis hamzah dalam Al quran ?
Link dan QR code:
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/135450291515708

SESI RAMDHAN 1442 H.


ILMU TAFSIR

Link dan QR code:


https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/281401093587293

ILMU SIRAH

Link dan QR code:


https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/282068696853866
ILMU MANTIQ / LOGIK
Link dan QR code:
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/283299726730763

ILMU NASAKH DAN MANSUKH


Link dan QR code :
https://www.facebook.com/syeikhabdelaziz.osamaalazhari/videos/285125273214875

KAEDAH ILMU AN NAQLU


Link dan QR code:
https://www.facebook.com/114026546616871/videos/737286853595760

KUNCI MENGTAHUI ILMU AL QURAN


Link dan QR code:
https://www.facebook.com/114026546616871/videos/361936538589011
9 ILMU UTAMA UNTUK MEMANTAPKAN KEFAHAM AL QURAN
Link dan QR code:
https://www.facebook.com/114026546616871/videos/2874938322820648

KAEDAH PENGGUNAAN MAD TAKZIM DALAM BACAAN AL QURAN


Link dan QR code:
https://www.facebook.com/114026546616871/videos/268943531494153

27/07/2021

Anda mungkin juga menyukai