Anda di halaman 1dari 17

MARKAH

GRU 60104 : KAEDAH PENYELIDIKAN UNTUK PENDIDIKAN

TUGASAN : PROPOSAL (INDIVIDU)

TAJUK:

TINJAUAN LITERATUR
(ANALISA TIGA ARTIKEL TERKINI)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK PROGRAM NO.TELEFON


SARJANA
NAIMAH BINTI YAACOB M20211001886 019-4241906
PENDIDIKAN

KUMPULAN : PK- A

PENSYARAH : DR AZLI BIN ARIFFIN


ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. RINGKASAN ARTIKEL

3. PERBINCANGAN

4. RUMUSAN

5. RUJUKAN

6. LAMPIRAN
PENGENALAN

Dalam tugasan kali ini penulis diminta mendapatkan tiga artikel kajian yang lepas yang

relevan dengan fokus kajian. Penulisan analisis adalah berkaitan dengan Pengajaran Dan

Pembelajaran Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung pada

masa kini. Antara tajuk-tajuk yang dipilih adalah seperti berikut.

1. Pengajaran dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan


Pergerakan
Sumber : Jurnal Pendidikan dari Laman Web
Jurnal : Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan
(Speacial Issue). Vol. 9,2020 (18-28)

2. Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian dan Impaknya Terhadap Guru


Novis Pendidikan Islam

Sumber : Jurnal Bahasa dari Laman Web


Jurnal : Bitara , Volume 3, Issue 4, 2020: 151-162 © The
Author(s) 2020 e-ISSN: 2600-9080

3. Kaedah Pengajaran Dalam Talian Guru Bahasa Melayu Dan Motivasi Murid
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan

Sumber : Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu dari Laman Web

Jurnal : Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language


Education Journal – MyLEJ) ISSN: 2180-4842. Vol. 11, Bil.
1 (Mei 2021): 57-74
ARTIKEL 1: Pengajaran dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Perintah
Kawalan Pergerakan

ANALISIS:

i. TUJUAN

Meneliti kaedah yang terbaik untuk memastikan objektif pengajaran dan


pembelajaran dapat dicapai. Iaitu mengkaji tahap penggunaan aplikasi dalam
talian semasa PdPc yang digunakan dan mengukur tahap penggunaan aplikasi
dalam talian oleh pendidik awal kanak-kanak semasa Perintah Kawalan
Pergerakan.

ii. METODOLOGI

Metodologi yang digunakan dalam kajian lepas adalah melalui reka bentuk
kajian iaitu kaedah tinjauan kuantitatif, sampel kajian, instrumen kajian dan
analisa data .

iii. DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian pengkaji telah memilih sampel kajian seramai 74 orang
responden telah disoal selidik. Huraian analisis berdasarkan latar belakang
responden dari aspek jantina, umur, pengalaman mengajar, tahap pendidikan dan
tahap kemahiran ICT.Dari analisis instrumen kajian ini pengkaji mengguna borang
soal selidik. Ianya terbahagi kepada tiga bahagian.; iaitu bahagian A maklumat
demografi responden, bahagian B merangkumi soalan berkaitan aplikasi dalam
talian responden dan bahagian C berkaitan item-item mengkaji tahap penggunaan
aplikasi dalam talian semasa PKP responden. Pembahagian ini bertujuan untuk
menguji kesahan dan kebolehpercayaan huraian analisis lebih berfokus .Dapatan
kajian tahap penggunaan aplikasi dalam talian semasa pdpc ketika pkp
menggunakan analisis deskriptif mendapati majoriti responden setuju dan selesa
menggunakan teknologi maklumat pengajaran kerana sangat efektif.
iv. IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi kajian mendapati bahawa tahap penggunan aplikasi dalam talian


pendidik awal kanak-kanak di negeri Johor berada ditahap memuaskan . Majoriti
daripada responden bersetuju dengan kenyataan bahawa dengan penggunaan
aplikasi dalam talian meningkatkan kemahiran teknologi maklumat.

PERBINCANGAN

Analisis daripada perbicangan secara khususnya responden telah menyahut saranan dari
kerajaan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dari rumah.. Hal ini kerana hasil dari
dapatan kajian menunjukkan sikap responden selesa dan mudah menggunakan WhatsApp
dan Telegram sebagai alat perhubungan dalam menyampaikan pengajaran mereka kepada
kanak-kanak. Selain itu juga kajian ini mendapati penggunaan teknologi maklumat melalui
aplikasi dalam talian adalah kaedah pengajaran yang efektif. Kerana ianya boleh
digunakan pada bila-bila masa dan mudah di akses.

RUMUSAN

Secara ringksannya, aplikasi dalam talian adalah berguna untuk tujuan PdPC dalam
kalangan pendidik awal kanak-kanak di negeri Johor semasa tempoh PKP telah berjaya
dilaksanakan . Penggunaan teknologi maklumat dalam talian seperti aplikasi WhatsApp
memberi manfaat kepada kanak-kanak dari segi perkembangan kanak-kanak semasa
tempoh PKP. Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan memberi
kemudahan dalam pembelajaran yang lebih berkesan walaupun masih ada halangan.
Kerjasama daripada semua pihak dapat mengatasi halangan tersebut dan mampu untuk
meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.
RUJUKAN

Nur Hazirah Hairia’an, & Masayu Dzainudin.(2020). Pengajaran dan pemudahcaraan

dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal


Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), Vol. 9, 2020 (18-28) (ISSN 2289-3032 /
eISSN 2550-178X) https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/4534 .(diakses pada
1/10/2021)

Nor Hidayati Mokhtar. (2020, April 27) Pembelajaran dalam talian untuk pembelajaran
sepanjang hayat. Newshub. https://news.utm.my/ms/2020/04/pembelajaran-atas-
talian-untuk-pembelajaran-sepanjanghayat/ (diakses pada 1/10/2021)
LAMPIRAN LR

Bil Tajuk Artikel Tujuan Metadologi Dapatan Kajian Implikasi Kajian


1. Pengajaran Dan Untuk mengkaji tahap Reka bentuk kajian; Mengkaji tahap penggunaan dan kekerapan Tahap penggunaan aplikasi dalam
Pemudahcaraan penggunaan aplikasi kajian tinjuan aplikasi dalam talian oleh pendidik talian pendidik awal kanak-kanak
Dalam Talian dalam talian yang berbentuk di negeri Johor ditahap yang
Semasa Perintah digunakan oleh kuantitatif yang memuaskan kerana majoriti
Kawalan pendidik awal kanak- menggunakan Dapatan sampel kajian dianalisis dari segi bersetuju dengan kenyataan
Pergerakan kanak sebagai kaedah borang soal selidik latar belakang responden - aspek jantina, penggunaan aplikasi dalam talian
PdP dalam tempoh umur, pengalaman mengajar, tahap meningkat kemahiran pendidik
PKP Sampel kajian pendidikan dan tahap kemahiran ICT. dalam teknologi maklumat.

Dari analisis instrumen kajian ini pengkaji Saranan kerajaan disahut oleh
Instrumen Kajian mengguna borang soal selidik. Ianya pendidik awal kanak-kanak untuk
terbahagi kepada tiga bahagian.; iaitu mempelbagai kaedah PdPc dari
bahagian A maklumat demografi rumah. Dapatan kajian menunjukan
responden, bahagian B merangkumi soalan responden sangat selesa dan mudah
Analisis Data berkaitan aplikasi dalam talian responden menggunakan aplikasi WhatsApp
dan bahagian C berkaitan item-item dan Telegram sebagai alat
mengkaji tahap penggunaan aplikasi dalam penghubung dalam kaedah
talian semasa PKP responden. pengajaran pendidik kepada kanak-
kanak.
Pembahagian ini bertujuan untuk menguji
kesahan dan kebolehpercayaan huraian Kemahiran Abad ke-21 perlu
analisis lebih berfokus . dikuasai oleh setiap pendidik bagi
menjayakan kaedah pengajaran
Dapatan kajian ini menggunakan perisian yang boleh diakses dan digunakan
komputer “Statistical Package for Social pada bila-bila masa.
Sciene” (SPP) versi 23.0 - mendapatakan
kekerapan, peratusan dan min.
ARTIKEL 2: Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian dan Impaknya Terhadap
Guru Novis Pendidikan Islam

ANALISIS:

i. TUJUAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru novis Pendidikan Islam
terhadap pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dan impaknya terhadap
prestasi guru dalam penyampaian ilmu.

ii. METODOLOGI

Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai
instrumen asas. Melalui teknik persampelan secara rawak mudah , seramai 80 orang
guru yang terdiri daripada guru-guru novis Pendidikan Islam yang telah dipilih sebagai
responden.

iii. DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan data responden memahami konteks pelaksanaan PdP


secara dalam talian dan memberi impak kepada pelaksanaan pengajaran mereka di
dalam kelas.

iv. IMPLIKASI KAJIAN

Antara implikasi utama yang dilihat menjadi cabaran besar kepada guru khususnya
guru novis dalam Pendidikan Islam terbahagi kepada tiga iaitu iaitu pertama
kebolehcapaian internet, kedua kestabilan platform pengajaran, dan ketiga adalah
pengurusan emosi serta penaksiran secara holistik.
PERBINCANGAN

Hasil perbincangan yang dijalankan mendapati bahawa guru novis Pendidikan Islam perlu
peka dan bersedia menyampaikan ilmu mengikut arus semasa. Bagi memastikan pelajar tidak
ketinggalan dalam pembelajaran, maka para guru mencari alternatif dengan menggunakan
opsyen untuk menjalankan kelas secara dalam talian. Selaras dengan dengan kehendak dan
keperluan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkasakan PdP atas talian
khususnya semasa premis sekolah yang terpaksa ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).

RUMUSAN

Secara rumusnya, dengan memiliki suatu semangat dan usaha yang luar biasa terutama
kepada pendidik khususnya guru novis Pendidikan Islam di Malaysia, perlu memastikan
pelajar tidak ketinggalan dalam pendidikan. Para guru harus berikhtiar dan berusaha agar
lebih kreatif dalam mempelbagaikan teknik pengajaran. Bagi mempertingkatkan keupayaan
para guru, haruslah sedaya upaya mempelajari penggunaan kemajuan teknologi tanpa rasa
segan silu. Selaras dengan norma baharu, kaedah pembelajaran secara dalam talian ianya
sangat perlu komitmen dan sokongan yang tidak terhingga daripada semua pihak dalam
membantu para pendidik mendidik pelajar.

RUJUKAN

Fadzliyah Hashim, Farah Farhana Rosli1 Fatahiyah Elias, Mohd Radzi Lebai Mat & Che
Nazrah Mohd Yusof. (2020).Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian dan
Impaknya Terhadap Guru Novis Pendidikan Islam.Bitara , Volume 3, Issue 4, 2020:
151-162 © The Author(s) 2020 e-ISSN: 2600-9080 .
https://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/163 .(diakses
pada1/10/2021)
LAMPIRAN LR
Bil Tajuk Artikel Tujuan Metadologi Dapatan Kajian Implikasi Kajian
2. Pengajaran Kajian ini dijalankan Reka bentuk Dapatan kajian yang dianalisi adalah Tiga (3) implikasi utama yang
dan bertujuan kuantitatif secara deskriptif berkaitan perspektif menjadi cabaran besar kepada guru khususnya
Pembelajaran mengenalpasti guru novis PI dan impak pelaksanaan guru novis dalam Pendidikan Islam ;-
dalam Talian perspektif guru novis PdP dalam talian.
dan Impaknya pendidikan Islam Instrumen i. Impilkasi pertama iaitu kebolehcapaian
Terhadap terhadap PdP dalam kajian Dari analisis instrumen kajian internet menjadi salah satu perkara penting
Guru Novis talian dan impak pengkaji menganalisa dalam bentuk dalam mengendalikan kelas dalam talian.
Pendidikan pelaksanaannya borang soal selidik.Instrumen kajian Para guru perlu mengetahui beberapa tahap
Islam mengandungi tiga kontruk.; iaitu iaitu tahap kestabilan internet, sama ada
bahagian A aspek demografi rendah, sederhana atau tinggi sebelum
responden, bahagian B persepsi guru memilih platform pengajaran yang
dalam talian responden dan bahagian bersesuaian.
C kesan atau impak pelaksanaan PdP
dalam talian . ii. Implikasi kedua iaitu pengurusan emosi.
Guru novis Pendidikan Islam mengalami
ketidak selesaan dalam menyampaikan
pengajaran kerana fokus utama bertumpu
dalam kelas dalam talian sahaja tanpa ada
komunikasi secara lisan dengan pelajar.
Perihal itu membuatkan emosi guru mulai
mengalami terganggu akan ketidakstabilan
tersebut.

iii. Implikasi ketiga adalah penaksiran holistik.


Kaedah penaksiran secara holistik dilihat
merupakan kaedah paling ideal dalam
mengukur tahap pengetahuan pelajar. .
ARTIKEL 3: Kaedah Pengajaran Dalam Talian Guru Bahasa Melayu Dan Motivasi
Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sepanjang Tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan

ANALISIS:

i. TUJUAN

Meneroka kaedah PdP guru Bahasa Melayu dalam talian di Sekolah Jenis Kebangsaan

Cina (SJKC) sepanjang tempoh PKP dan meninjau motivasi belajar murid dari

aspek kehadiran, penglibatan dalam PdP dan penghantaran tugasan

ii. METODOLOGI

Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah temubual sebagai


instrumen utama. Melalui teknik persampelan bertujuan, seramai tiga (3) orang guru
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai responden.

iii. DAPATAN KAJIAN

A) Kaedah Pengajaran dan Pemudahcaraan Bahasa Melayu dalam Talian

Dapatan kajian dari kaedah pengajaran dan pemudahcaraan bahasa melayu


dalam talian, mendapati empat kaedah yang digunakan oleh guru Bahasa
Melayu SJKC (responden) iaitu kaedah projek, kaedah penyelesaian
masalah,
kaedah perbincangan dan kaedah latih tubi

B) Motivasi Murid untuk Mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Melayu dalam Talian Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Dapatan kajian dari segi analisis secara temubual menunjuk terdapat tiga tema
motivasi belajar, iaitu kadar kehadiran, penghantaran tugasan dan penglibatan
murid semasa pembelajaran dalam talian.

iv. IMPLIKASI KAJIAN

Hasil analisis yang dijalankan menunjukkan terdapat tiga implikasi yang ditemui iaitu
pertama Implikasi kepada pendidik ianya dijadikan sumber maklumat atau rujukan
kepada para guru untuk melaksanakan PdP dalam talian dengan berkesan. Kedua,
implikasi kepada anggota Pegawai Pendidikan (JPN). Pihak PPD dan JPN boleh
menggunakan kaedah PdP yang telah dibincangkan untuk dikongsi bersama-sama dan
dikaji dengan lebih meluas. Pelbagai jenis kursus dan latihan dalam talian boleh
dianjurkan dengan menjemput pakar-pakar bagi membimbing lebih ramai guru untuk
mendalami kaedah PdP dalam talian yang berkesan. Waima kemahiran dan kaedah
PdP dalam talian juga dapat disebar luas dalam kalangan guru dan meningkatkan
keberkesanan PdP di peringkat daerah dan negeri. Manakala yang ketiga implikasi
penting kepada penyelidik di dalam negara dan luar negara. Memandangkan kajian
berkaitan PdP dalam talian masih tidak banyak di negara kita, maka kajian ini
semestinya menawarkan peluang kepada penyelidik-penyelidik untuk menjalankan
tinjauan lepas dan meneruskan kajian berkaitan PdP dalam talian.

PERBINCANGAN

Analisis kajian perbincangan mendapati kaedah yang digunakan iaitu kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam talian yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) dan motivasi murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam talian

Dari konteks pertama melalui Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran dalam talian yang
digunakan oleh Guru Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) iaitu ;

a. Kaedah Projek.
b. Kaedah Penyelesaian Masalah
c. Kaedah Perbincangan
d. Kaedah Latih Tubi
Dari konteks Motivasi Murid untuk Mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian iaitu:

a. Kadar kehadiran Murid

b. Kadar Penyumpurnaan Tugasan

c. Penglibatan Murid Semasa Pembelajaran Dalam Talian

RUMUSAN

Rumusan kajian ini mendapati kaedah-kaedah PdP yang ditemukan mempunyai inovasi yang
berevolusi ke tahap yang lebih tinggi, seiring dengan kepesatan pembangunan aplikasi-aplikasi
pembelajaran dalam talian. Selaras dengan penutupan sekolah dalam tempoh norma baharu
bagi membendung penularan wabak yang melanda negara pada masa kini. Melalui PdP dalam
talian juga dapat memberikan satu alternatif terbaik kepada guru-guru khasnya bagi
menjamin penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam kalangan murid-murid. Kajian
ini memberi satu signifikan kerana keberkesanan PdP dalam talian amat bergantung pada
kemahiran guru dan murid untuk mengendalikan aplikasi dalam talian. Kerjasama daripada
pelbagai pihak terutama PPD, JPN, KPM dan lain -lain sokongan telah berjaya
membangunkan aplikasi dalam talian dan dapat mempelbagaikan program atau bengkel bagi
meningkatkan tahap kemahiran para guru dan pelajar dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

RUJUKAN

Fenny Lau Yeo Feng , Kee Guek Fen , Khoo Phau Liang & Lee Huoy Shin. (2021).
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal –
MyLEJ) ISSN: 2180-4842. Vol. 11, Bil. 1 (Mei 2021): 57-74. (diakses pada 1/10/2021)

Mohd Faiz Baharan et al. (2019). Amalan kualiti guru dalam kalangan guru pendidikan
Islam di Sekolah Kebangsaan. Journal of Management and Operation Research, 1 (4):
1-23.(diakses pada 1/10/2021)
LAMPIRAN LR
Bil Tajuk Artikel Tujuan Metadologi Dapatan Kajian Implikasi Kajian
3. Kaedah Meneroka kaedah Kajian ini Dapatan kajian mendapati dua kaedah Analisis yang dijalankan mendapati
Pengajaran Dalam PdP guru Bahasa berbentuk yang ditemui iaitu: tiga implikasi yang menjadi peranan
Talian Guru Melayu dalam kuantitatif yang a) Kaedah Pengajaran dan penting dalam pengajaran dan
Bahasa Melayu talian di Sekolah menggunakan Pemudahcaraan Bahasa Melayu pembelajaran (PdP) dalam talian iaitu
Dan Motivasi Jenis Kebangsaan kaedah temubual dalam Talian; ;
Murid Sekolah Cina (SJKC) sebagai instrumen  Kaedah Projek.
Jenis Kebangsaan sepanjang tempoh utama. Melalui  Kaedah Penyelesaian Masalah i. Implikasi kepada pendidik
Cina Sepanjang PKP teknik persampelan  Kaedah Perbincangan sebagai sumber maklumat atau
Tempoh Perintah bertujuan, seramai  Kaedah Latih Tubi rujukan kepada para guru untuk
Kawalan Meninjau motivasi tiga (3) orang guru melaksanakan PdP dalam talian
Pergerakan murid SJKC untuk Bahasa Melayu b) Motivasi Murid untuk Mengikuti dengan berkesan.
mengikuti PdP telah dipilih sebagai Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu responden. Bahasa Melayu dalam Talian ii. Implikasi kepada anggota Pegawai
dalam talian Sepanjang Tempoh Perintah Pendidikan (JPN). Boleh
sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan; memperbagai jenis kursus dan
PKP.  Kadar kehadiran Murid latihan dalam talian boleh
 Kadar Penyumpurnaan Tugasan dianjurkan dengan menjemput
 Penglibatan Murid Semasa para pakar bagi membimbing
Pembelajaran Dalam Talian lebih ramai guru untumendalami
kaedah PdP dalam talian yang
berkesan.

iii. Implikasi kepada penyelidik


sebagai misi penting bagi tujuan
penyelidikan untuk menjalankan
tinjauan lepas dan meneruskan
kajian berkaitan PdP dalam
talian.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai