Anda di halaman 1dari 33

Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 1 drpd 33

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / ME-010-3:2012 INDUSTRIAL MAINTENANCE OPERATION
PROGRAM’S CODE & NAME
TAHAP / LEVEL 3 SEMESTER 1

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
CU : 01 MATERIAL FITTING AND JOINNING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
KOD DAN NAMA SUBJEK
/ SUBJECT CODE AND SMU 3113 MATERIAL FITTING AND JOINING 1
NAME

NO. DAN PENYATAAN 1. SELECT MATERIAL JOINING


2. PERFORM MATERIAL JOINING
AKTIVITI KERJA / WORK
3. PERFORM FITTING WORKS
ACTIVITIES NO. AND 4. INSPECT MATERIAL JOINING
STATEMENT 5. PRODUCE FITTING AND JOINT MATERIAL REPORT

KOD WIM ME-010-3:2012 / C01 /KP(2/4)

TAJUK : TEKNIK ASAS KIMPALAN DAN PENYAMBUNGAN BAHAN

OBJEKTIF : MENGETAHUI TENTANG TEKNIK ASAS KIMPALAN SERTA


BEBERAPA KAEDAH PENYAMBUNGAN LAIN

PENERANGAN:

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 2 drpd 33

Besi dan keluli bolih dipotong dengan menggunakan batang sumpitan memotong oksi-asitilin
, oksi haidrojen, oksi gas arang batu dan oksi propane yang mana proses ini mudah lagi
bersih dan mencepatkan.Kejayaan dalam proses ini bergantung pada besi apabila ianya
dipanaskan pada suhu lebih kurang 900º C yang mana ianya mempunyai kaitan yang amat
tinggi dengan oksijen.Olih yang demikian jika pancutan oksijen ini dilepaskan keatas keluli
yang panas itu , maka ianya akan cepat meresap dan akan mengujudkan besi okside.
Okside ini adalah lebih rendah takat leburnya dari keluli itu sendiri dimana ianya lebih cepat
melebur serta tersumpit keluar olih daya pancutan oksijen memotong itu.

Memotong cara ini mengujudkan suatu tindakan kimia diantara besi yang panas dengan
oksijen. Tindakan ini akan berterusan keatas sebaik sahaja pancutan oksijen itu dilepaskan
keatas permukaan logam yang dipanaskan itu.

Untuk menentukan penyesuaian memotong dengan oksijen pada sesuatu logam atau pada
pancalogam ianya mestilah bergantung pada faktor-faktor berikutnya.

a. Logam yang hendak dipotong itu hendaklah dioksaidkan pada suhu yang terendah dari
takat lebur yang berkenaan.

b. Oksaid yang telah terujud itu mestilah dari takat lebur logam berkenaan.

Mengikut dari keterangan diatas itu , maka logam-logam keluli adalah lebih mudah dipotong
semetsra logam-logam bukan ferros pula tidak bolih dipotong dengan proses ini kerana
disebabkan olih ketinggiaan takat suhu lebur oksaidnya.

1. Dasar dalam pengendalian memotong.

Ada dua pengendalian yang terdapat dalam memotong dengan gas ini. Logam yang hendak
dipotong itu hendaklah dipanaskan terus dengan mengunakan api pra-panas hingga
menyala atau ketakat suhu penyalaan . Kemudian suatu tekanan tinggi oksijan dilepaskan
menerusi pada logam yang terpanas itu. Dengan sertamerta besi itu telah dioksaidkan
kepada besi magnitik oksaid ( Fe 3O4) yang mana takat leburnya adalah lebih rendah dari
takat lebur besi, dan ianya cepat terlebur serta disumpit keluar dari takat lebur besi, dan
ianyacepat terlebur serta disumpit keluar olih pancutan oksijan itu.

Perkara ini telah pun dinyatakan bahawa logam itu pada keseluruhan adalah terdorong olih
tindakan kimia dimana besi dan keluli itu sendiri tidak terlebur sama sekali. Olih kerana
oksaid ini ujud dan terlebur serta tersumpit keluar dengan kadar yang cepat sekali , maka
pengaliran haba keatas logam itu tidak akan sampai dengan pantas, lantara itu ianya dapat
menghalang tepian yang terputus itu terdedah dari suhu penyalaan.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 3 drpd 33

Haba ini mendorong perjalanan memotong itu dengan serentak dimana


sebahagian dari pengendalian itu bermula dengan pancutan haba dan bahagian
yang lainya dari tindakan kimia.

1. Cara menyalakan api pada batang sumpitan :

a. Tutup semua injab pada batang sumpitan.


b. Buka injab selindar oksijan dan asitalin perlahan-lahan.
c. Selaraskan alatur gas bahan api dan gas oksijan kepada tekanan kerja
yang betul.
d. Buka injab bahan api pada batang sumpitan dan halakan ianya kearah
yang selamat.
e. Gunakan pemetik api untuk menyalakan gas bahan api itu dan
selaraskan gas yang terbekal itu hingga asap apinya hilang.
f. Buka injab oksijan pemanas dan selaraskan kepada kedudukan api
yang betul.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 4 drpd 33

1. Pelarasan api.

a. Jika gas pemanasnya dari jenis oksi-haidoren atau oksi-propani, maka kun api
pra-panas yang ditengah itu hendaklah diselaraskan dalam keadaan kecil tanpa
berkilauaan sementara sarungnya berwarna biru muda.
b. Apabila gas pemanas dari oksi-gas batu, maka kilauan kun tengah api pra panas
itu hendaklah diselaraskan sehingga hampir hilang dan nyata bentuknya.
c. Oksi-asitalin –api ini diselaraskan hingga bulatan kun yang biru berkilauan itu
menjadi pendek, jika muncung lubang api pra panas jenis ini berbentuk cincin.
Jika muncungnya dari jenis yang mempunyai panca lubang api pra panas , maka
ianya hendaklah diselaraskan hingga berupa deretan kun api yang pendek biru
berkilauan ( sama seperti api pertengahan).

Apabila pancutan oksijan memotong dilepaskan , kadang kala api pra panas akan
berubah menjadi putih dan keadaan bentuknya bertambah panjang , ini menunjukan
gas asitalinnya telah melebihi, sementara oksijan pula berkurangan disebakan olih
tindakan pancutan oksijan memotong itu telah banyak keluar. Olih yang demikian api
ini hendaklah diselaraskan semula dalam keadaan pertengahan semasa pancutan
oksijan memotong itu disemburkan.

Jenis-jenis api

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 5 drpd 33

PENERANGAN :

Batang sumpitan memotong dipanggil tunu pemotong berbeza bentuknya dengan batang
sumpitan mengimpal. Gas asitalin dan oksijan yang dibekalkan itu bercampur untuk
mengujudkan api pra panas . perkara ini adalah sama prinsipnya dengan jenis mempunyai
yang mempunyai injaktur seperti yang terdapat pada tunu mengipal, ianya bolih digunakan
dalam sistem tekanan tinggi atau pun tekanan rendah.

Terdapat juga satu salur untuk pancutan oksijan memotong itu mengalir melalui satu injap
yang berasingan yang dikawal olih tuas yang dilengkapi dengan sepering pemberat, dimana
pancutan oksijan memotong itu dilepaskan setelah logam itu berada dalam suhu penyalaan.

Tunu ini mempunyai berbagai saiz mengikut ketebalan logam kerja yang dikehendaki untuk
memotong, sama ada ianya dilakukan dalam tugas ringan atau pun tugas berat.

Ada dua jenis tunu yang digunakan dalam kerja memotong : -

A) Batang sumpitan tekanan tinggi , digunakan dalam sistem tekanan tinggi saja.
B) Batang sumpitan tekanan rendah, ianya mempunyai injektur dan sesuai digunakan
dalam sistem tekanan tinggi dan tekanan rendah.

Jumlah gas oksijan yang digunakan lazimnya adalah lebih tinggi dari gas propane atau gas
asaitalin dan juga lebih tinggi dari tekanan mengimpal.

Jenis alatur yang digunakan untuk oksijan adalah dari jenis yang bolih mengeluarkan
tekanan diantara 100 - 400 Ib per inci. Yang mana ianya sesuai untuk kerja berat. Tolok
tekanan tinggi asitalin yang digunakan adalah sama seperti yang terdapat dalam, kerja
kimpalan sementara gasnya bolih dibekalkan sama ada dalam sistem tekanan tinggi atau
sistem tekanan rendah.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 6 drpd 33

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 7 drpd 33

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 8 drpd 33

B. Muncung memotong.

Muncung sumpitan memotong ini mempunyai berbagai saiz dimana ianya digunakan
mengikut berbagai tebal logam. Ditengah muncung ini terdapat satu lubang untuk laluan
pancutan oksijan memotong yang dikelilingi olih beberapa lubang untuk api pra panas.

Muncung sumpitan memotong yang menggunakan gas bahan api jenis asitalin biasanya
berbentuk tunggal dan mempunyai dua lapis.

Bagi muncung yang mengunakan gas bahan api jenis propane biasanya mempunyai dua
lapisan dimana lapisan luar muncung itu diperbuat dari tembaga sementara bahagian
dalamnya dari jenis loyang dilubang galurkan.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 9 drpd 33

Jenis-jenis alat pepandu pemotong:

Alat alat pepandu seperti dibawah ini adalah digunakan sebagai alat bantuan untuk
mendapatkan kelurusan dan ketegakan memotong.

a. Pepandu sesedok penatang tunggal.

b. Pepandu penatang dua roda.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 10 drpd 33

Besi siku juga bolih digunakan sebagai pepandu untuk meluruskan potongan tepi , dimana
ianya dicengkamkan selari dengan garisan yang hendak dipotong itu.
a) dan b) pepandu jenis ini biasanya dilengkapi dengan pelaras menegak untuk
mendapatkan jarak yang betul diantara muncung dengan kepingan logam.

Pepandu penatang dua roda.

Pepandu jenis ini adalah digunakan untuk membuat potongan rencong.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 11 drpd 33

Besi sesiku juga bolih digunakan sebagai alat bantuan untuk membuat potongan rencong.

Pepandu untuk memotong bulatan :

Menggunakan alat-alat seperti mata pepandu dan roda yang dipasangkan pada batang
sumpitan memotong itu adalah wajar untuk mendapatkan ketetapan kadar kelajuan dan
membolihkan tukang potong dapat melaksanakan kelurusan potongan dengan mudah.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 12 drpd 33

PENERANGAN :

Faktor –Faktor untuk mendapat potongan yang baik :

a. Mengunakan saiz nozzle pemotong yang betul dan sesuai dengan ketebalan
logam yang hendak dipotong.
b. Penyelarasan tekanan / sumpitan oksijan yang betul.
c. Kelajuan perjalanan yang sesuai.
d. Mengetahuai jenis logam yang hendak dipotong.
e. Kebersihan permukaan logam yang hendak dipotong.
f. Dapat memotong dengan jarak pra panas yang betul dari permukaan logam.
g. Kaedah lubang muncung pemotong dalam keadaan baik dan tidak tersumbat.

B) Kecacatan yang biasa berlaku keatas potongan.

Potongan baik

Kesan dari muncung kotor

Tekanan oksijan terlalu rendah

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 13 drpd 33

Tekanan oksijan terlalu rendah.

C) Cara – cara memotong.

Permukaan logam yang hendak dipotong itu mestilah dibersihkan dari pada minyak
geris, karat atau cat. Tumpukan api pra panas itu dalam kedudukan 90º atau
bersudut tepat dengan jarak yang tertentu diatas permukaan yang hendak dipotong
itu. Jika celahan diantara muncung dengan permukaan logam bergantung pada
ketebalan logam yang hendak dipotong itu. Jika tebal logam bawah 50mm( 2"),
jaraknya ialah diantara 3mm (1/8") hingga 4mm(3/16") , sementara 6mm (1/4")
ialah untuk logam yang tebalnya 50~150mm (2~6") sahaja.

Setelah logam itu dipra panaskan hingga merah menyala dan kemudian lepaskan
pancutan oksijan serta gerakan potongan itu dengan kadar yang tetap. Jika
pergerakan memotong itu terlampau laju , maka kepanasan pada tepian logam itu
mungkin akan hilang dan menyebabkan potongan itu terhenti. Undurkan semula
tunu memotong itu ketempat potongan yang terhenti itu , kemudian dipanaskan
semula tepian itu dengan api pra panas dan mulakan memotong seperti yang biasa
dilakukan.

Apabila gas bahan propane atau gas arang batu sebagai gantian gas asitalin, maka
suhu api nya adalah rendah dan mengambil masa yang agak lama sedikit untuk
menaikan suhu penyalaan logam itu bagi memulakan potongan . Yang demikian gas
bahan api jenis ini adalah tidak sesuai untuk logam yang tebalnya 100mm(4inci)
tebal keatas. Olih kerana rendahnya suhu tersebut maka kelajuan memotong
menjadi perlahan. Kebaikan dalam perkara ini ialah kerana kerja pengendalian
murah dan senang dikawal dan melaraskanya.Suhu logam yang terpotong itu tidak
akan naik terlampau tinggi dan kadar penyejukan amat perlahan tidak seperti dalam
pengendalian potongan api oksitalin. Dengan ini maka tepian logam yang terpotong
tidak menjadi terlampau keras. Hanya sesuai untuk logam jenis keluli berkarbon
rendah dan keluli pancalogam.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 14 drpd 33

Api oksi haidrojen juga bolih digunakan dan kerja pengendalian sama dengan oksi
gas arang batu tetapi ia mengandungi suhu api yang terlampau tinggi. Sangat
sesuai melakukan kerja dalam kawasan atau bilik yang tertutup . Apabila berlaku
pertukaran udara tercemar disebabkan olih penghasilan pembakaran ini , ia tidak
terlalu berbahaya seperti yang terdapat dalam oksi asitalin dan oksi gas arang batu
tetapi ianya tidak begitu sesuai dan pantas seperti dalam sistem pengendalian oksi
asitalin dan oksi propane.

PERHATIAN YANG WAJAR APABILA MEMOTONG


Selenggarakan dengan jarak yang betul.

Tentukan tepian logam itu Buangkan segala geris , karat dan keladak
dipanaskan kesuhu yang betul. diatas dan dibawah permukaan logam
sebelum memotong.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 15 drpd 33

Biarkan muncung itu diatas tepi logam dan panaskan hingga


merah menyala.

Prapanas tepian logam itu.

Mulakan memotong dengan melepaskan semburan oksijan


dengan tepian yang dipanaskan itu.

Ketembusan memotong hampir menegak mengikut lintangan


muncung.

Apabila gerakan memotong terlampau laju , maka keratan


bawahnya terbelakang dari atasnya.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 16 drpd 33

D. Memotong pada bar bulat.

Untuk menyenangkan memotong pada bar bulat, maka takikan sedikit pada
tempat yang akan dipotong itu dengan pahat.

Dicungkil keluar dengan pahat untuk


memulakan potongan.

E. Cara-cara menebuk lubang pada pelit :

Apabila gerudi tidak bolih dipergunakan untuk melubangkan pada sesuatu kepingan
logam, maka alat memotong dengan gas bolihlah digunakan untuk menebuk lubang
pada pelit yang tebalnya sehingga 38mm.

Suatu masa agak sedikit diperlukan untuk memanaskan logam itu supaya ianya
dapat menghasilkan kepanasan yang cukup untuk memulakan potongan. Apabila
logam itu telah sampai ketakat suhu penyalaan , maka lepaskan pancutan oksijan itu
perlahan-lahan sementara muncung sumpitan itu hendaklah ditinggi dan
dicondongkan sedikit dari permukaan logam. Keadaan ini perlu kerana untuk
mengelakan muncung sumpitan itu dari terkena percikan oksaid dan leburan logam,
yang mana ia mungkin menyebabkan letupan. Kemudian ditegakan semula sumpitan
itu sebaik sahaja logam itu ditembusi lubang dan batang sumpitan itu pun digerakan
mengikut saiz lubang yang hendak dipotong.

(1) (2) (3)

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 17 drpd 33

F. Cara-cara memotong pada besi gelegar dan besi salur

Memotong pada besi gelegar dan besi salur ini hendaklah dilakukan dahulu pada
kedua-dua bahagian bibirnya. Memotong dimulakan dari A terus ke B, kemudian dari
C ke B dan di-ikuti pula memotong pada bibir sebelah bawah seperti peraturan
diatas. Kemudian selesaikan pula memotong dibahagian web iaitu bermula dari B
terus ke E.
B
B 1 A
1A C2

BESI SALUR
BESI GELEGAR
3
5

3D E F4
C 2 0

Cara –cara memotong bulatan.

Lubang digerudi atau ditebuk untuk memulakan potongan.

Container for falling molten


material.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 18 drpd 33

Memotong pada bulatan kecil.

Batang jejari dipasangkan


pada kepala batang
sumpitan.

Mata dipakukan pada pusat


bulatan .

Memotong bulatan besar.


Roda pembawa batang sumpitan .

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 19 drpd 33

PENERANGAN : TEKNIK MELOYANG

Memateri boleh dikelaskan kepada memateri lembut(soft soldering)dan memateri keras(hard


soldering).Kertas penerangan ini menerangkan cara memateri perak(silver soldering)dan
memateri loyang (braze weld/brazing).

1) Definasi memateri keras.

Ia adalah proses memateri dua keping pelitdengan menggunakan bahan pateri takeras pada
suhu 600-900 darjah.Bahan pateri yang digunakan adalah saperti perak atau
tembaga(brass).Sambungan dengan cara memateri keras adalah lebih kuat daripada
memateri lembut.Dalam proses memateri keras,pelit yang hendak disambung tidak lebur
cuma bahan pemateri sahaja yang lebur lalu melekatkan pelit tadi.Sambungan ini dipanggil
“banding action”

2) Jenis memateri keras.

i) Meloyang/braze weld - meloyang menggunakan tembaga(brass) sebagai bahan


memateri.

ii) Flame brazing - Flame brazing adalah cara memateri dimana bahan pemateri
dipisahkan dari api-biasanya digunakan untuk menutup
lubang.

3) Kelebihan meloyang/Brazing

i) Kebanyakan logam yang terdapat dalam pasaran boleh diloyang.


ii) Sambungan loyang boleh menahan tensile stress tetapi tidak sesuai untuk
menyambung bucu dan penyambung yang tertakluk kepada bahan berat.
iii) Logam berlainan jenis boleh disambung dengan cara meloyang.
iv) Cara penyambungan meloyang tidak merosakkan permukaan sambungan.
v) Suhu untuk meloyang lebih rendah daripada suhu mengimpal(kimpalan).

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 20 drpd 33

4) Perbezaan antara Meloyang dan Kimpalan.

i) Sambungan antara pelit semasa meloyang adalah dalam bentuk “banding


action”manakala
semasa kimpalan sambungan antara pelit dalam bentuk “fusion weld” dimana pelit yang
disambung lebur.

ii) Bahan pemateri/filler rod untuk meloyang menggunakan logam tak feras saperti timah
dan tembaga manakala bahan pemateri kimpalan adalah logam feras saperti keluli
lembut.

iii) Suhu semasa meloyang rendah dari suhu pelit manakala suhu kimpalan hendaklah sama
atau lebih dari suhu pelit yang hendak disambung.

iv) Meloyang boleh dilakukan pada berlainan jenis logam manakala kimpalan dilakukan pelit
yang sama logamnya.

5) Jenis-jenis bahan lakur

Jenis-jenis bahan lakur boleh didapati dalam bentuk cecair,serbuk/paste,semua kesan bahan
lakur hendaklah dibersihkan salepas proses meloyang untuk mencegah “corrosion”.Bahan
lakur yang selalu digunakan adalah saperti berikut:-

i) Fuse Borax- Bahan lakur yang selalu digunakan.


ii) Borates.
iii) Boric acid
iv) Florride
v) Chloride

6) Kegunaan bahan lakur

Bahan lakur semasa meloyang digunakan untuk:-

i) Membersih bahagian sambungan.


ii) Membolehkan bahan pameteri yang cair mengalir dengan mudah dan sama
rata pada bahagian sambungan.
iii) Mencegah pengoksidanan/oxidation

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 21 drpd 33

7) Jenis bahan pameteri/Filler Metal/Spelter

i) Perak
ii) Alluminium-silikon
iii) Copper
iv) Emas
v) Copper-zinc
vi) Manganese bronze.

8) Proses Meloyang/Brazing

Bagi proses meloyang langkah-langkah berikut perlu diikuti:-

I. Menyediakan peralatan berikut.


- Kimpalan gas
- Bahan lakur-borax
- Goggle
- Filler metal-brass rod
- Spark ligther
- Berus besi

II. Permukaan sambungan pelit perlu dicanai atau dikikir untuk membersihkannya dari
karat,minyak dan grease.Susun pelit mengikut kehendak sambungan temu.Sambungan
temu yang dimaksudkan ialah:-

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 22 drpd 33

III. Penyelarasan Api Oksi-Asitilin

i) Buka injap penyumpit gas asitilin satengah pusingan atau satu pusingan dan
nyalakan api.
ii) Dengan perlahan-lahan bukakan injap oksigen.
iii) Laraskan pada api yang perlahan.Jika api tidak kuat,tambahkan gas asitilin dan
gas oksigen

PERHATIAN:-

i) Untuk mengimpal keluli lembut dan tembaga,gunakan api pertegahan.


Untuk memadam api,tutup injap asitilin dahulu diikuti dengan injap oksigen.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 23 drpd 33

Laras api kimpalan

Api kimpalan untuk proses meloyang ialah api oksidising Panaskan filler metal dan
permukaan sambungan dan taruhkan bahan lakur Buat tanggam paku(tacking)
(Tanggam paku bagi mengelakkan pelit yang diloyang tidak mengerot)

Tanggam paku dibuat dihujung dan diakhir pelit (rajah dibawah)

Membuat proses meloyang

i) semasa meloyang pastikan bahagian sambungan dipenuhi dengan filler metal


ii) Filler metal dicelup kedalam bahagian yang cair oleh api kimpalan.
iii) Pastikan filler metal diisi samarata dan tiada bahagian yang
berlubang.Bahagian yang berlubang disebabkan oleh gas yang terperangkap
membuat sambungan tadi rapuh.
iv) Mencuci bahan lakur dari permukaan sambungan dengan air dan berus besi.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 24 drpd 33

Langkah-langkah keselamatan

i) Alat-alat kimpalan gas amatlah merbahaya,oleh itu hendaklah berwaspada


semasa mengguanakan alat-alat tersebut.
ii) Jangan guna gas sitilin lebih daripada 15PSI.
iii) Guna penyumpit gas yang baik dan bersih.
iv) Untuk menyalakan api,buka injap gas asitilin dahulu dan diikuti dengan gas
oksigen.Begitu juga tika hendak memadamkan api.
v) Jangan guna rod penambah yang pendek.
vi) Guna semua alat keselamatan saperti goggle, apron sarung tangan dan kasut
keselamatan.
vii) Pastikan hos penyambungan antara selinder dan penyumpit gas dalam keaadaan
baik.
viii) Semasa mengimpal hendaklah berdiri jauh dari gas oksigen dan
asitilin,penyumpit gas juga hendaklah diletakkan jauh daripada selinder tersebut.
ix) Minta bantuan daripada orang yang berkenaan sekira menghadapi masaalah .
x) Jangan mengimpal bahan-bahan yang mudah terbakar.
xi) Jangan mengimpal bekas-bekas yang mengandungi bahan pembakar.
xii) Jauhkan hos serta kelengkapan gas dari minyak atau gris,kerana akan
mendatangkan bahaya jika hos terkena minyak atau gris.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 25 drpd 33

PENERANGAN : KIMPAL GAS

Dalam proses kimpalan gas, haba yang digunakan biasanya hasil daripada pembakaran
campuran gas asetilene dan oksigen . Haba ini dikawal dan dihalakan kepada bahagian yang
hendak disambungkan supaya bahagian-bahagian itu akan menjadi lebur dan dapat
disambungkan dengan rod penambah. Untuk menghasilkan satu sambungan yang baik dan
sempurna perkara-perkara yang berikut perlu diberi perhatian :

1. Sediakan tepi-tepi logam yang hendak dikimpal dengan betul.


2. Pilih garipusat rod penambah yang sesuai.
3. Pilih saiz muncung penyumpit gas yang sesuai.
4. Laraskan dengan tepat tekanan kedua-dua gas dengan menggunakan pengatur gas.
5. Pilih nyalaan api yang sesuai.
6. Gerakan api dan rod penambah dengan elok supaya hasil sambungan kimpalan itu
memuaskan .

1. Alat Kimpalan Gas

Untuk melakukan proses pengimpalan gas , pastikan alat-alat yang digunakan dalam
keadaan yang baik. Terdapat enam jenis alat kimpalan gas iaitu :

a. Selindar gas oksigen.


b. Selindar gas asetilene.
c. Pengatur gas.
d. Penyumpit gas.
e. Rod penambah.
f. Alat kelengkapan keselamatan.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 26 drpd 33

a. Silinder gas oksigen.

Selinder ini diperbuat daripada keluli yang tidak bersambung dengan sebarang kelim atau
pelipat. Ia dibentuk oleh satu acuan untuk menjadikan satu bekas yang tidak mempunyai
sambungan samada secara pelipat atau pengimpalan. Selinder ini hanya mempunyai satu
ruang bukaan dibahagian atas. Disini terpasang satu injap yang diperbuat daripada gangsa.
Injap ini mestilah sentiasa ditutup apabila tidak digunakan . Injap ini juga dibekalkan
dengan satu penutup berbenang untuk memberi perlindungan tambahan.

Silinder gas ini memuatkan 244kaki padu oksigen dengan tekanan 2200 psi pada 21C .
Dalam keadaan tekanan sebanyak ini , silinder tersebut amat merbahaya kerana ia boleh
meletup jika terjatuh ataupuo jika injapnya terhempas keluar .

b. Silinder gas asetilene.

Silinder gas asetilene diperbuat daripada keluli berbentuk tiub yang telah diisi dengan
bahan telap air. Bahan telap ini bertindak seperti span dan diisikan dengan cecair aseton.
Aseton mempunyai sifat yang membolehkannya menyerap gas asetilena sebagaimana span
menyerap air. Gas asetilena boleh disikan kedalam silinder dengan tekanan 200 psi, ia bole
tercerai kepada dua bahagian iaitu karbon dan hidrogen. Dengan tekanan yang lebih tinggi
daripada yang disebutkan diatas serta suhu yang tinggi akan menyebabkan silinder meletup.
( Peringatan : Jangan gunakan asetilena lebih daripada 15 psi ). Satu injap keluli dipasang
diatas silinder. Injap ini mestilah dibuka atau ditutup dengan satu kekunci khas dan
dibiarkan ditempat tersebut semasa menggunakannya.

c. Pengatur gas.

Jenis pengatur gas bagi silinder gas pksigen dan silinder gas asetilena adalah berlainan.
Gambar foto 14.1 menunjukkan pengatur gas oksigen menekala foto 14.2 menunjukkan
pengatur gas asetilena. Pengatur gas dipasang terus keoada injap yang terdapat pada
kedua-dua silinder gas. Skru penyambung injap oksigen ialah benang menganan manakala
skru penyambung injap asetilena ialah benang mengiri

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 27 drpd 33

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 28 drpd 33

d. Penyumpit gas

Penyumpit gas mempunyai dua injap yang berfungsi untuk mengawal kedua-dua jenis gas
iaitu oksigen dan asetilena ( Gambar foto 14.3 ). Bahagian hujung penyumpit gas terdapat
dalam berbagai-bagai bentuk sesuai dengan berbagai-bagai jenis kerja kimpalan gas ( Rajah
14.9 ). Saiz hujung ini pula bergantung kepada garispusat lubang saluran gas. Hujung
penyumpit gas ini perlu dibersihkan apabila hendak menggunakannya. Rajah 14.10
menunjukkan bagaimana hujung penyumpit gas itu dibersihkan.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 29 drpd 33

e. Rod penambah.

Pemilihan rod penambah bergantung kepada :

1. Jenis bahan yang dikimpal.


2. Tebal bahan yang dikimpal.
3. Jenis sambungan hujung.
4. Kekuatan yang diperlukan daripada penyambungan tersebut.

Rod penambah untuk kimpalan gas dikelaskan kepada dua. Satu jenis digunakan untuk
keluli dan besi tuangan , manakala sejenis lagi digunakan untuk bahan-bahan bukan ferus
aeperti loyang, gangsa, tembaga dan aluminium. Untuk kerja –kerja mengimpal biasa, rod
penambah keluli berkarban rendah digunakan. Rod jenis ini biasanya telah disalutkan
dengan tembaga untuk mengelakkannya daripada berkarat. Apabila menggunakan rod
penambah buka ferus, bahan lakur jenis cecair, serbuk atau adunan digunakan .

2. Alat-alat Kelengkapan Keselamatan .

Alat-alat kelengkapan keselamatan perlu digunakan semasa menjalankan proses kimpalan


gas. Alat-alat tersebut ialah :

a. Gogel

Gogel hendaklah dipakai sebelum menyalakan api dan semasa mengimpal sesuatu
sambungan. ( Lihat gambar foto 14.4 ).

b. Sarung tangan .

Sarung tangan yang diperbuat daripada kulit mestilah digunakan untuk mengelakkan
daripada terbakar.
( Rajah 14.11 ) .

c. Apron.

Apron dapat mengelakkan baju ataupun seluar daripada terbakar disamping bertindak
sebagai penahan panas. Rajah 14.12 menunjukkan sejenis apron yang boleh digunakan oleh
seorang pengimpal logam.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 30 drpd 33

3. Proses Kimpalan Gas.

Proses kimpalan gas boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti yang berikut :

Peringkat pertama :
Persediaan sambungan yang diperlukan .
pada peringkat ini termasuklah mencanai atau mengikir bahagian-bahagian sambungan
temu supaya proses kimpalan boleh dijalankan . Jenis-jenis sambungan temu yang
dimaksudkan ialah :

a. Sambungan lekap kedudukan ufuk rata ( Lap joint ).


b. Sambungan temu segi tepat kedudukan rata ( Butt joint ).
c. Sambungan kambi T kedudukan ufuk rata ( Fillet joint ).
d. Sambungan penjuru tertutup kedudukan ufuk rata ( Corner joint )

i. Sambungan temu V tunggal kedudukan rata.


ii Sambungan temu serong kedudukan ufuk.

Peringkat kedua :
Penyelarasan api oksi-asetilena.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 31 drpd 33

Tatacara :
1. Buka injap penyumpit gas asetilena setengah pusingan atau satu pusingan dan
nyalakan api.
2. Dengan perlahan-lahan buka injap oksigen.
3. Laraskan kepada api yang perlahan . Jika api tidak kuat, tambahkan gas asetilena dan
gas oksigen.

Perhatian:

1. Untuk mengimpal keluli lembut dan tembaga, gunakan api pertengahan.


2. Untuk memadamkan api , tutup injap asetilena dahulu diikuti dengan injap oksigen.

Rajah 14.14 menunjukkan tiga jenis api oksi-asetilena.

Peringkat ketiga :
Proses kimpalan peringkat terakhir ini termasuklah memilih cara mengimpal dan
seterusnya melakukan proses kimpalan pusingan.
Mengimpal boleh dijalankan dengan dua cara iaitu dari kanan kekiri ataupun dari kiri
kekanan. Cara yang pertama lebih sesuai untuk mengimpal logam nipis.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 32 drpd 33

3. Operasi Mengimpal.

1. Panaskan bahagian yang hendak dikimpal kira-kira 5 mm hingga 10 mm disebelah


dalam sambungan.
2. Apabila logam kelihatan kemerahan-kemerahan balik semula kehujungnya.
3. Cairkan rod penambah didalam lekuk yang telah dicanai pada kedua-dua logam yang
ditemukan ( Rajah 14.15 ) .

4. Jangan menolak masuk rod penambah kedalam takungan peleburan, sebaliknya


hendaklah diletakkan pada permukaan takungan itu.
5. Setelah kerja mengimpal selesai dilakukan , sejukkan logam tersebut.
6. Kemudian bersihkan dengan membuangkan kekotoran yang melekat pada permukaan
penyambungan.

Langkah Keselamatan.

1. Alat-alat kimpalan gas amatlah merbahaya, oleh itu hendaklah sentiasa berwaspada
semasa menggunakan alat-alat tersebut.
2. Jangan gunakan gas asetilena lebih daripada 15 psi.
3. Gunakan penyumpit gas yang baik dan bersih.
4. Untuk menyalakan api, buka injap gas asetilena dahulu dan diikuti dengan gas oksigen,
begitu juga apabila hendak memadamkan api.
5. Jangan gunakan rod penambah yang pendek. Gunakan saiz danjenis rod penambah
yang betul.
6. Gunakan semua alat keselamaatan seperti gogel, apron, sarung tangan dan kasut
keselamatan.
7. Pastikan hos penyambungan antara silinder dan penyumpit gas dalam keadaan baik.
8. Semasa mengimpal hendaklah berdiri jauh dari silinder gas oksigen dan asetilena.
Penyumpit gas juga hendaklah diletakkan jauh daripada silinder tersebut.
9. Minta bantuan daripada guru atau fomen sekiranya anda menghadapi sebarang
masalah seperti tidak tahu melaraskan injap dan alat pelaras.
10. Jangan mengimpal bahan-bahan yang mudah terbakar.
11. Jangan mengimpal bekas-bekas yang mengandungi bahan pembakar.
12. Jauhkan hos serta kelengkapan oksi-asetilena dari minyak atau gris, kerana akan
mendatangkan bahaya jika hos terkena minyak atau gris.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)


Kod Kertas ME-010-3:2012/C01/KP(2/4) Muka surat : 33 drpd 33

RUJUKAN :

1. Zakaria Saad 2006. Teori Dan Teknologi Mekanikal. Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

2. Rahim Bin Muda. 1988. Teknologi Bengkel Mesin. Kuala Lumpur: Dewan
bahasa Dan Pustaka.

3. Kalpakjian, Serope, 1997. Manufacturing Processes for Engineering Material .


3rd Edition. IIIinois Institute of Technology.

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi2.0 ( 2016)

Anda mungkin juga menyukai