Anda di halaman 1dari 1

7.

0 Tanggungjawab majikan dalam menangani berlakunya kemalangan

1. Melantik pegawai keselamatan

Majikan perlu Menggaji atau melantik seorang pegawai yang kompeten untuk bertindak

sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan bagi organisasi tertentu seperti yang telah

ditetapkan dalam Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai

Keselamatan Dan Kesihatan) 1997, atau apabila diarahkan oleh Ketua Pengarah,

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan . Dengan adanya pegawai keselamatan ,

pemantauan akan kerap dilakukan bagi memastikan keadaan pekerja berada di bawah

kawalan ( masih selamat )

2. Memastikan pekerja mematuhi prosedur pekerjaan

Sebelum melakukan apa apa aktiviti atau tugasan , majikan perlu memastikan bahawa

pekerja mengendalikan alatan dan mesin sesuai mengikut prosedur yang ditetapkan .

Hal ini kerana , jika pekerja melanggar prosedur yang ditetapkan seperti menggunakan

mesin tanpa kelengkapan keselamatan yang betul , berkemungkinan pekerja tersebut

akan mengalami kecederaan akibat tidak mengikut arahan . Dan ini akan mengakibatkan

kerugian dalam organisasi jika ianya berterusan

3. Melakukan pemeriksaan alatan kelengkapan kerja

Majikan harus memastikan bahawa peralatan kerja berada di dalam keadaan yang

sempurna dan baik . Sekiranya berlaku kerosakan pada alatan , majikan perlulah

menggantikan dengan alatan yang baru . Begitu juga jika berlaku kebocoran elektrik ,

ianya harus diperbaiki dengan segera bagi mengelakkan pekerja menghadapi

kemalangan . Oleh itu , majikan hendaklah melakukan pemeriksaan terhadap alatan dan

kawasan pekerjaan dengan kerap supaya dapat mengelakkan kemalangan dikalangan

pekerja bagi kebaikan semua pihak

Anda mungkin juga menyukai