Anda di halaman 1dari 32

4P4I4

V0.1
(Nov 2021)

4 P Untuk I 4.0
I4.0 dari 4 perspektif yang
berlainan tetapi berkait

Shamsul Anuar Abdul Wahid


4 P UNTUK I 4.0

Table of Contents
Pendahuluan ................................................................................................................... 3
Latarbelakang ................................................................................................................. 4
Kenapa Perlu Ambil Tahu Tentang Industry 4.0 ................................................................ 5
Sejarah Revolusi Industri.................................................................................................. 6
Sejarah Industry 4.0 (I4.0) ........................................................................................................ 6
Sejarah Fourth Industrial Revolution (4th IR) ............................................................................. 7
First Industrial Revolution (1st IR) ...................................................................................................................7
Second Industrial Revolution (2nd IR) .............................................................................................................8
Third Industrial Revolution (3rd IR) .................................................................................................................8
Fourth Industrial Revolution (4th IR) ...............................................................................................................8

“Industry 4.0” (I4.0) vs “Fourth Industrial Revolution” (4th IR) ..........................................10


Apakah Industri 4.0 ? ......................................................................................................12
Perspektif Pertama – I4.0 adalah I3.0 yang dinaik taraf ..................................................13
Retrospektif – Industri 3.0 ...................................................................................................... 14
Perbandingan: Industri 3.0 VS Industri 4.0 .............................................................................. 15
Perincian Definisi Industri 4.0 ................................................................................................. 16
Evolusi Connectivity ..................................................................................................................................... 17
Evolusi Computing ....................................................................................................................................... 17
Sensor/SCADA kepada IOT .......................................................................................................................... 18
Pusat Data/Web Hosting kepada Cloud ...................................................................................................... 19
Data Analytics/AI kepada Big Data Analytics/AI .......................................................................................... 20
Automasi/Robot kepada Autonomous Robot ............................................................................................. 22
Simulasi 3.0 kepada Simulasi 4.0 ................................................................................................................. 22
Teknoloji Paparan kepada Augmented Reality ........................................................................................... 22
Integrasi Sistem 3.0 kepada Integrasi Sistem 4.0 ........................................................................................ 23
MIS/IT Security kepada Cybersecurity......................................................................................................... 24
Subtractive kepada Additive Manufacturing............................................................................................... 24

Perspektif Kedua – Convergence IT dan OT ......................................................................25


Perspektif Ke-Tiga – Cyber-Physical System (CPS) ............................................................27
Perspektif Ke-Empat – “Digitalization” yang merubah model perniagaan ........................28
Industry4WRD Pillars ......................................................................................................29
Internet Of Things (IOT).......................................................................................................... 29
Cloud Computing ................................................................................................................... 29
Big Data Analytics .................................................................................................................. 29
Artificial Intelligence .............................................................................................................. 30
System Integration................................................................................................................. 30
Simulation ............................................................................................................................. 30
Cybersecurity ......................................................................................................................... 30
Additive Manufacturing ......................................................................................................... 30

1
4 P UNTUK I 4.0

Autonomous Robot ................................................................................................................ 30


Augmented Reality ................................................................................................................ 30
Advanced Materials ............................................................................................................... 30
Kesimpulan.....................................................................................................................31

2
4 P UNTUK I 4.0

Pendahuluan
Buku ini adalah pandangan peribadi saya mengenai industry 4.0. Tentulah kebanyakkan dari
konsep dan faktanya adalah selari dengan apa yang diterima oleh pihak industry. Tetapi
saya juga ada meletakkan penilaian dan pendapat saya sendiri – bagaimana saya melihat
dan faham mengenai visi dan konsep industry 4.0.

Saya mula terlibat dengan industry 4.0 pada tahun 2016. Bermula dengan presentation dan
review of projects dan strategy untuk syarikat bergerak kearah menyokong industry 4.0.
Bermula 2019 saya terlibat secara langsung dengan initiative kerajaan dibawah payung
Industry4WRD oleh MITI. Saya merupakan sebahagian dari kumpulan pertama “assessor”
yang di “certified” untuk menjalankan “assessment” di SKS (SMEs).

Pengalaman sebenar melihat operasi SKS-SKS di Malaysia, interaksi dengan tuan punya-
tuan punya syarikat menyedarkan saya bahawa kita masih jauh, dan perkerja-perkerja dan
tuan-tuan kilang mempunyai “gap” yang besar didalam kefahaman mereka mengenai I4.0.
Dan “gap” ini perlu diatasi sebelum proses “digital transformation” boleh berlaku dan
“sustainable”.

Kesedaran inilah yang membawa kepada usaha didalam menghasilkan buku ini sebagai
sumbangan saya kepada I4.0 di Malaysia.

Buku ini adalah “work in progress”( WIP). Versi yang diterbitkan kepada umum bukanlah
versi akhir. Anda akan mendapati ada bahagian-bahagian yang masih belum disiapkan, iaitu
WIP. Saya akan menerbitkan versi-versi yang telah ditambah kandungannya dari masa
kesemasa.

Shamsul Anuar Abdul Wahid.

p/s – Sebarang pertanyaan boleh dihantar melalui email sawahid[at]gmail[dot]com

3
4 P UNTUK I 4.0

Latarbelakang
Malaysia memasuki era pengilangan pada awal 80-an. Generasi muda di ketika itu menjadi
asas kepada industri moden ini. Yang tidak mempunyai kelayakan, menjadi operator-
operator pengeluaran. Yang keluar dari pusat-pusat pengajian tinggi dari dalam dan luar
negara pula menjadi jurutera dan juruteknik pengeluaran.

Dengan kebolehan rakyat Malaysia menerajui dan sokongan kerajaan, syarikat-syarikat


multi nasional yang beroperasi di Malaysia berjaya mengeluarkan barangan-barangan di
tahap dunia, Malaysia telah dikenali sebagai “The Tiger of Asia”. Pulau Pinang yang
merupakan tempat beroperasinya syarikat-syarikat electronics yang ternama di dunia
seperti Intel, Hewlett Packard, Sony, National Instrument and AMD telah diberi gelaran
sebagai “Silicon Valley of Asia”

Fast forward 30 tahun, dengan pembangunan yang pesat di negara-negara lain di asia
seperti China, Vietnam, Indonesia dan Thailand kita menghadapi persaingan didalam
industry pengeluaran ini. Negara-negara seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia
menggunakan kelebihan rakyat yang ramai untuk mencapai kos operasi pengeluaran yang
rendah. Dan China pula menggunakan kelebihan rakyat yang besar untuk mengawal
pasaran, dan didalam masa yang sama menggunakan teknoloji sendiri didalam
meningkatkan produktiviti mereka.

4
4 P UNTUK I 4.0

Kenapa Perlu Ambil Tahu Tentang Industry 4.0


Untuk terus relevan didalam industry pengeluaran di peringkat dunia Malaysia perlu
memilih samada untuk menurunkan kos pengeluaran, meningkatkan produktiviti atau naik
ketahap yang lebih tinggi didalam “rantaian nilai” (value chain).

Dengan jumlah rakyat yang kecil, adalah sukar untuk pengilang-pengilang di Malaysia
menurunkan kos pengeluaran diatas perinsip supply-and-demand. Untuk mengatasi
masaalah ini, kita melihat di awal tahun 90-an, pengilang-pengilang tempatan sudah mula
membawa pekerja-pekerja asing untuk berkerja dikilang-kilang.

Penggunaan buruh asing adalah “shortcut” yang digunakan dalam tempoh yang terlalu
panjang. Ianya menyebabkan tidak ada focus didalam meningkat produktiviti pada masa
yang sama. 20 tahun berlalu, sekarang “shortcut” ini sudah tidak dapat bersaing dengan
negara-negara yang sebelum ini yang membekalkan perkerja-perkerja untuk pengilang-
pengilang di Malaysia.

Dalam masa yang sama, segala usaha kerajaan untuk membawa industry pengilangan
Malaysia ke tahap yang lebih tinggi juga tidak berjaya. Apa yang tinggal ialah untuk industry
pengilangan tempatan meningkatkan produktiviti melalui teknoloji – mengurangkan
kebergantungan kepada sumber manusia.

Apabila era dan konsep “Industry 4.0” mula melanda dunia bermula dari tahun 2015
kerajaan melihat ini adalah peluang untuk Malaysia kembail bersaing di tahap dunia didalam
industry pengeluaran - iaitu konsep “capital to replace labour”. Industri 4.0 dilihat sama
seperti keujudan “Internet” telah menjadi platform membolehkan sesiapa saja untuk
memulakan perniagaan ketahap dunia tanpa memerlukan perlaburan mula yang besar
(contoh – e-commerce/marketplace).

Apa yang diharapkan ialah supaya Industri 4.0 membolehkan SKS (syarikat kecil dan
sederhana) tempatan bersaing diperingkat dunia dengan lebih mudah.

Adakah insipirasi yang datang dari Industri 4.0 ini satu yang boleh dicapai?
Bolehkah SKS-SKS tempatan benar-benar meningkatkan tahap mereka untuk bersaing
diperingkat dunia menggunakan Industri 4.0?

5
4 P UNTUK I 4.0

Sejarah Revolusi Industri


Sekiranya anda adalah SKS tempatan, besar kemungkinan anda pun tidak mempunyai
pengetahuan yang cukup untuk membolehkan anda merangka strategi untuk menggunakan
Industri 4.0 untuk menyelamatkan syarikat anda.

Sejarah Industry 4.0 (I4.0)

Pada awal tahun 2000, kerajaaan Jerman mula merasakan perlunya industry
pengeluarannya diperbaiki untuk membolehkan Jerman untuk terus bersaing diperingkat
dunia. Secara asasnya, mereka sudah melihat apa yang kita hanya rasa sekarang pada awal
2000’. Rekomendasi tentang I4.0 yang pertama di publish pada tahun 2003.

“these Cyber-Physical Systems comprise smart machines, storage systems and production
facilities capable of autonomously exchanging information, triggering actions and
controlling each other independently. This facilitates fundamental improvements to the
industrial processes involved in manufacturing, engineering, material usage and supply
chain and life cycle management.”

Pada tahun 2010, kerajaan Jerman melancarkan pelan (High-Tech Strategy for 2020) 10
tahun mereka yang menandakan permulaan konsep “Platform Industrie 4.0” yang diberi
tanggungjawab kepada beberapa pertubuhan perniagaan mereka (BITKOM, VDMA , ZVIE).
Pertubuhan perniagaan ini kemudiannya mengujudkan “working group” yang dianggotai
oleh syarikat-syarikat seperti Siemens, Bosch, BMW dan lain-lain.

“Industrie 4.0” diperkenalkan kepada umum oleh pertubuhan ini dan kerajaan Jerman pada
tahun 2011 di konvensyen Hannover.

6
4 P UNTUK I 4.0

Sejarah Fourth Industrial Revolution (4th IR)

Pada tahun 2016 pula, pengerusi dan pengasas kepada World Economic Forum (WEF) ,
Klaus Schwab memperkenal terminology “Fourth Industrial Revolution” (4th IR) untuk
menggambarkan perubahan social, politik, kebudayaan yang terjadi di abad 21 yang
disebabkan oleh revolusi didalam teknologi digital, fizikal dan biologi.

4th IR mempunyai skop yang lebih luas jika dibandingkan dengan “Industrie 4.” yang hanya
focus kepada pengeluaran. 4th IR melihat kepada impak teknologi kepada semua aspek
(ekonomi, social, culture).

Untuk memudahkan kita melihat apa itu 4th IR saya telah meletakkan fakta-faktanya
didalam kepada kategori “4M + 1E”. Kategori ini saya ambil dari konsep “Ishikawa Diagram”
yang biasa digunakan didalam “root cause analysis”. “4M” adalah – Man, Machine, Method,
and Material. “1E” pula adalah – Environment.

First Industrial Revolution (1st IR)

Era 1st IR, adalah diakhir 1800’s dan awal 1900’s. Ini adalah permulaan konsep pengilangan –
dimana ada barangan-barangan yang dibuat oleh syarikat, dan dijual kepada orang ramai.
Sebelum era ini, hampir kesemua barang kegunaan di buat sendiri.

Pengilangan era ini menggunakan (Machine) mekanikal yang dikuasa dengan (Environment)
arang batu dan enjin wap. Konsep pengilangan (Method) adalah sesuai untuk “volume”
yang kecil dan produk yang sekata (low mix).

7
4 P UNTUK I 4.0

Second Industrial Revolution (2nd IR)

Kemajuan industry yang dijana oleh perang dunia kedua membawa kepada era 2 nd IR. Pada
era ini (Machine) enjin petrol dan motor elektrik telah dicipta. Mesin-mesin ini di kuasakan
oleh (Environment) minyak petroleum dan elektrik dari penjana kuasa hidro.

Pada fasa ini, pengilang mula menggunakan (Method) “High Volume” (mass production)
bilangan yang banyak. Konsep pengeluaran “high volume” mula diperkenalkan sebelum
perang dunia kedua, tetapi menjadi lebih besar semasa perang. Ianya mula diperkenalkan
oleh Henry Ford untuk mengeluarkan kereta.

Third Industrial Revolution (3rd IR)

3rd IR bermula pada tahun 1970-an.

Innovasi yang utama yang membawa kepada 3rd IR adalah penciptaan (Material)
semikonduktor transistor yang membawa kepada penciptaan alatan elektronik, cip mikro
dan (Machine) computer.

Penciptaan elektronik dan computer yang digabungkan dengan mesin-mesin elektrik


membawa automasi kepada proses pembuatan. Era ini juga menyaksikan bermulanya
penjanaan tenaga dari kuasa nuclear.

Penggunaan semikonduktor juga menandakan bermulanya innovasi (Material) didalam


revolusi industry. Selain daripada semikonduktor, era ini juga dimana bermulanya satu lagi
bahan baru – iaitu plastic.

Fourth Industrial Revolution (4th IR)

4th IR, seperti yang dinyatakan sebelum ini diberi nama pada tahun 2016 oleh Klaus Schwab.
Tetapi revolusinya sendiri sudah bermula beberapa tahun sebelum itu. Ianya bermula
selepas “dot com burst” yang secara tidak langsung telah mematangkan ekosistem internet
dan computer.

Revolusi ini dimulakan dengan peningkatan kuasa computer, dan juga penciptaan internet.
Komputer dan internet telah mengubah profil social dan ekonomi dunia. Manusia mula
menyedari tentang apa yang telah mereka lakukan sebelum ini – green house effect, krisis
tenaga, dan kesan penggunaan plastic keatas alam sekitar. Ini membawa focus kepada
(Environment) innovasi didalam “renewable and sustainable energy”.

Peningkatan kuasa computer dan internet merupakan factor eksponen yang membawa
kemajuan yang mendadak didalam bidang lain seperti (Material) bahan teknologi nano. Dan
untuk pertama kalinya juga membolehkan kemajuan didalam bidang biology – secara
khususnya didalam pengajian DNA manusia (genome sequencing, and editing).

4th IR menandakan permulaan era dimana teknologi bukan hanya digunakan untuk benda-
benda disekeliling manusia, bahkan teknologi mula digunakan keatas biologi manusia

8
4 P UNTUK I 4.0

sendiri. Konsep DNA editing, “precision medicine” dan “brainwave interface” adalah contoh
dimana teknologi itu digunakan keatas tubuh manusia. Ini adalah satu perkara yang besar
didalam evolusi tamadun manusia.

9
4 P UNTUK I 4.0

“Industry 4.0” (I4.0) vs “Fourth Industrial Revolution” (4th IR)

https://www.slideshare.net/mazlan1/your-journey-towards-fourth-industrial-revolution
Credit: Dr. Mazlan Abbas.

Konsep “I4.0” adalah merupakan sub-set kepada “4th IR” . Industri 4.0 hanya focus kepada
industry pembuatan, manakala 4th IR pula melihat kepada skop kemanusiaan yang lebih luas
merangkumi social, eknonomi, budaya, dana lam sekitar.

Apabila kita membincangkan topik seperti “smart city”, “health 4.0”, “education 4.0” ianya
adalah dibawah ruang lingkup “4th IR”. Skop “Industri 4.0” pula adalah apa yang biasanya
dipanggil sebagai “Smart Manufacturing” atau “Cyber Physical System”.

Untuk apa yang kita bincangkan didalam buku ini, ialah didalam skop “Industri 4.0”.

Pada 31st Oktober 2018, MITI (Ministry of International Trade and Investment) telah
melancarkan versi I4.0 untuk Malaysia yang diberi nama Industry4WRD. Kerangka
Industry4WRD ini boleh dimuat turun dari laman web MITI.

10
4 P UNTUK I 4.0

Logo Industry4WRD

Pelancaran Industry4WRD oleh Perdana Menteri

11
4 P UNTUK I 4.0

Apakah Industri 4.0 ?


Sekarang kita sudah pasti tentang skop dan konsep Industri 4.0 yang ingin dibincangkan, kita
boleh bermula dengan memahami apa itu Industri 4.0 sebenarnya.

Dari pandangan saya, I4.0 boleh dilihat dari 4 perspektif. Setiap perspektif memberi
“insight” di bahagian yang berbeza:

1) Industry 4.0 adalah Industry 3.0 yang ditingkatkan oleh peningkatan didalam
teknologi kepintaran, pemprosessan data dan integrase.
2) I4.0 adalah “convergence” IT dan OT
3) I4.0 adalah penciptaan konsep “cyber-physical system” – CPS
4) I4.0 adalah proses “digitalization” yang merubah operasi dan model perniagaan

12
4 P UNTUK I 4.0

Perspektif Pertama – I4.0 adalah I3.0 yang dinaik taraf


Pada pandangan saya,

“Industri 4.0 ialah Industri 3.0 dengan penambahan


1) Kepintaran
2) Keupayaan pemprosessan yang lebih pantas
3) integrasi yang lebih menyeluruh (vertical dan
horizontal)

Yang dipacu oleh


CONNECTIVITY dan COMPUTING “

Berdasarkan definisi diatas, sebelum kita tahu apa itu Industri 4.0, kita perlu tahu apa itu
Industri 3.0.

13
4 P UNTUK I 4.0

Retrospektif – Industri 3.0

Ambil perhatian yang automasi proses dan penggunaan robot sudah ujud di era I3.0.
Konsep pengutipan data dari mesin dan proses juga sudah ujud dibawah teknoloji yang
dipanggil SCADA – Supervisory Control and Data Acquisition.

Konsep data analytics dan juga artificial intelligence juga sudah ujud semenjak tahun 1970’s
lagi.

Nama-nama generic untuk teknoloji yang sudah ujud di era I3.0.

1) Sensor – SCADA. Skop SCADA lebih dari IOT sebab ianya ada SC – supervisory control
2) Robot – dan juga automasi lain
3) Analitik dan AI
4) Sistem computer ( CPU, memori, network) – data centre dan PLCs
5) Teknologi paparan (display)
6) Simulasi
7) System Integration
8) MIS IT sekuriti

14
4 P UNTUK I 4.0

Perbandingan: Industri 3.0 VS Industri 4.0

Konsep Industri 4.0

Gambarajah di atas menunjukkan apakah I4.0 mengikut fahaman ramai dimasa ini.
Ianya diasaskan diatas 9 kumpulan teknologi:
1) Internet Of Things (IOT)
2) Cloud computing
3) Data Analytics (including use of Artificial Intelligence – AI)
4) Autonomous Robots
5) Simulation
6) Augmented Reality (AR)
7) System Integration
8) Cybersecurity
9) Additive Manufacturing

Kesemua 8 asas ini perlu dilindungi didalam kotak CYBERSECURITY ( kotak hijau).
Asas I4.0 ini digabungkan untuk membolehkan data mengalir dari proses-proses didalam
kilang (mesin-mesin di bahagian kiri) kepada manusia (dibahagian kanan) untuk membantu
didalam proses decision making.

Aliran data ini disokong disepanjang proses oleh 2 teknologi : CLOUD COMPUTING, dan
SYSTEM INTEGRATION

15
4 P UNTUK I 4.0

Bila dibandingkan dengan Industri 3.0:

No Nama generic/Industri 3.0 Industri 4.0


1 Sensor, SCADA system Internet of Things (IOT)
2 Sistem computer / data centre Cloud computing
3 Data analytics/AI Big data analytics/AI
4 Automation, robot Autonomous robot
5 Simulation Simulation
6 Display technology (screen monitor) Augmented reality
7 System integration System integration
8 MIS / IT Security Cybersecurity
9 Subtractive Manufacturing Additive Manufacturing

Selain dari “Additive Manufacturing” (iaitu 3D printing) , secara asasnya semua teknologi
yang digunakan didalam Industri 4.0 sudah ujud di era Industri 3.0. Cuma nama dan
terminology sahaja yang berlainan, kemungkinan lebih kepada “marketing gimmick”
…cybersecurity vs IT security ?

Perincian Definisi Industri 4.0


“Industri 4.0 ialah Industri 3.0 dengan penambahan
1) Kepintaran
2) Keupayaan pemprosessan yang lebih pantas
3) integrasi yang lebih menyeluruh (vertical dan horizontal)

Yang dipacu oleh


CONNECTIVITY dan COMPUTING “

Sekarang, bila kita sudah faham perbandingan diantara Industri 3.0 dan Industri 4.0, kita
boleh mengupas gambarajah diatas dengan lebih mendalam.

16
4 P UNTUK I 4.0

Sebelum kita melihat kepada outcome – integrated, smarter dan faster, kita perlu lihat
apakah yang telah terjadi kepada pemacu-pemacu nya : Connectivity dan Computing.

Evolusi Connectivity

Evolusi untuk connectivity boleh dipecahkan kepada 2 bahagian – wired, dan wireless.

Evolusi Computing

17
4 P UNTUK I 4.0

Sejak bermula dari era PC yang diterajui oleh Intel, kuasa computer telah dikaitkan dengan
“Moore’s Law”. Ini hinggalah bila law ini mencapai batasnya beberapa tahun lalu.
Apa yang telah dilakukan untuk meningkat keupayaan computer biasa (Von Neuman
architecture)?

Selain daripada cuba untuk meningkatkan keupayaan computer yang berasaskan teknoloji
yang sama, saintis juga telah mencuba teknologi-teknologi baru yang boleh mengganti
computer conventional.

Antara teknologi yang sedang hangat diperkatakan ialah teknologi “quantum computer”.

Berdasarkan pemahaman kita bagaimana pemacu-pemacu telah berevolusi, kini kita boleh
melihat bagaimana evolusi pemacu ini mengubah elemen-elemen didalam Industri 3.0
kepada Industri 4.0

Kita ambil satu persatu element didalam Industri 3.0, and letakkannya melalui aliran
didalam gambarajah diatas. Kita akan lihat bagaimana transformasi dari Industri 3.0 kepada
Industri 4.0 berlaku.

Sensor/SCADA kepada IOT

SCADA telah ujud semenjak 1980-an. Ianya digunakan didalam penyelenggaraan system
yang besar seperti “power grid” dan pengilangan yang besar (industry petroleum, tenaga
dan pengangkutan).

SCADA adalah teknologi yang sangat “niche” dimasa lalu. Syarikat-syarikat yang
membangunkan system SCADA perlu membina ekosistem mereka sendiri dari teknologi
sensor, protocol komunikasi dan system pemprosessan data.

18
4 P UNTUK I 4.0

Keujudan internet di tahun 1990-an, membolehkan SCADA system menggunakan internet


sebagai platform standard untuk data dibahagian “backend” dan bukan real-time.

Pengenalan IPV6 yang membolehkan standard IP network digunakan untuk menyelenggara


“devices”, membawa SCADA ke era I4.0 dalam bentuk Internet of Things. Ianya adalah
kemajuan didalam “connectivity” yang membolehkan SCADA menjadi IOT.
Standard-standard membolehkan sensor-sensor, system perisian, dan system computer dari
pembekal-pembekal yang berlainan berkomunikasi diantara satu sama lain.

IOT dibina diatas konsep 3I – Instrumentation x Interconnectivity x Intelligent

SCADA juga mempunyai kesemua component 3I ini, tetapi kemajuan di bahagian


“Interconnectivity” dan “Intelligent” lah yang membawa SCADA menjadi IOT di era I4.0.

COMPUTING INTELLIGENT IOT


CONNECTIVITY INTERNET IPV6 PROTOCOLS IOT

Pusat Data/Web Hosting kepada Cloud

Apabila internet diperkenalkan pada 1990-an, konsep applikasi dan servis yang di hos di
server remote didalam pusat data sudah ujud. Konsep “web hosting” membolehkan
syarikat-syarikat memberi servis seperti “Search” dan “Email”. Masih ingat permulaan
Google dan sejarah Yahoo? Mereka ujud sebelum ujudnya “Cloud”.

Teknologi pemprosessan yang terus berkembang membuka peluang kepada konsep baru
yang dinamakan “virtualization”. Tanpa kuasa computer yang cukup, konsep “virtualization”
tidak boleh digunakan dengan meluas walaupun ianya sudah ujud semenjak dari mula
penciptaan computer lagi.

Web hosting di pusat-pusat data maju dari era I3.0 ke I4.0 dengan menggunakan
“virtualization” - MAYA. Teknologi “maya” membolehkan sumber-sumber di dalam pusat
data iaitu “network”, “storan” dan “pemprosessan” didalam perkakasan (hardware) di
dedahkan kepada pengguna dalam bentuk “perisian” (software).

Peng-MAYAAN , ini membawa konsep-konsep “Software Defined X” – software defined


network, software defined storage dan software define computing.

Peng-mayaan membolehkan kitaran hidup (lifecycle) sumber-sumber ini dikawal oleh


perisian sepenuhnya. Inilah yang membawa kepada konsep CLOUD.

Perbezaan diantara web-hosting I3.0 dengan cloud ialah konsep “on demand”.

Sekiranya kita hendak menggunakan web-hosting, kita perlu memilih package-package


perkakasan yang telah dikonfigurasi oleh pembekal (kuasa pemprosessan, kapasiti storan,
kepantasan network). Samada kita menggunakan kesemua sumber atau tidak, kita masih
perlu membayar mengikut package yang dipillih.

19
4 P UNTUK I 4.0

Servis cloud, dengan teknologi peng-mayaannya membolehkan konfigurasi sumber-sumber


ditukar “on the fly” mengikut keperluan – kerana ianya dilakukan secara automasi oleh
perisian cloud. Mesin/CPU virtual yang baru boleh di ujudkan oleh perisian cloud bila perlu.
Tanpa peng-mayaan, sekiranya mesin/cpu baru diperlukan, juruteknik diperlukan untuk
mencari mesin yang boleh digunakan, dikonfigurasi sebelum boleh di “on” dan di masukkan
ke dalam rangkaian.

Cloud dan “on-demand” konsep adalah seperti paip air dirumah kita. Pembekal mempunyai
kolam sumber yang besar (ideally lebih dari apa yang diperlukan oleh semua pengguna).
Tetapi pengguna hanya di caj berdasarkan penggunaan dirumah mereka.

Pembekal cloud (seperti Google, Amazon) mempunyai kolam sumber mereka – pusat-pusat
data yang besar di seluruh dunia. Sistem cloud mereka bertanggungjawab didalam
mengawal pembahagian sumber-sumber maya kepada pengguna mereka mengikut
keperluan pengguna.

Untuk perbandingan mudah:


• air dan elektrik I4.0 – on demand. Kita bayar apa yang kita guna
• pakej ASTRO i3.0 – kita bayar mengikut pakej yang dipersetujui…walaupun ada
masanya kita tidak boleh guna (kerana cuaca), atau kita outstation untuk berbulan-
bulan.

COMPUTING VIRTUALIZATION ON-DEMAND CLOUD

Data Analytics/AI kepada Big Data Analytics/AI

Konsep-konsep dalam data analitik yang digunakan sekarang sudah ujud dari tahun 70 an.
Malah konsep AI (kecerdikan buatan) juga telah ujud dari tahun 60 an.

Oleh itu apakah bezanya data analytics di masa I3.0 dengan I4.0. Ianya adalah perkataan
“BIG” – besar.

Definisi data besar dalam I4.0 yang asal adalah 4V – volume, variety, velocity, veracity yang
lebih kesemuanya dibandingkan dengan era I3.0

20
4 P UNTUK I 4.0

Data semasa I3.0 adalah “kecil” , jika dibandingkan dengan data di era I4.0.
Apakah “data besar”?

Di dalam ruang 1 petabyte kita boleh menyimpan rakaman video HD sepanjang 13.3 tahun.
Bayangkan sekiranya anda merakam kehidupan seorang manusia dari mula lahir sehingga
umurnya 13 tahun…setiap saat, boleh dimuatkan didalam 1 petabyte.

21
4 P UNTUK I 4.0

EB = exabytes = 1000 petabytes = 10 ^ 18


Gambarajah diatas menunjukkan dari mana datangnya data besar didalam kehidupan
seharian kita.

Tetapi didalam keadaan kilang dari mana datangnya data besar ini?
Disinilah perananya satu lagi teknoloji I4.0 iaitu IOT.
Kilang di era I4.0 mendapat data dari mesin-mesin melalui infrastruktur IOT.
Data yang “mengalir” dari mesin-mesin memberi bacaan “real time” tentang keadaan dan
operasi mesin. Data dari mesin boleh menjadi besar.

Teknoloji untuk memproses data besar adalah apa yang ada di era I4.0.
Di era I3.0 analitik data yang dilakukan adalah berasaskan sumber data yang kecil.

Automasi/Robot kepada Autonomous Robot

Simulasi 3.0 kepada Simulasi 4.0

Teknoloji Paparan kepada Augmented Reality

22
4 P UNTUK I 4.0

https://sangarisa.co.za/the-difference-between-virtual-reality-augmented-reality-and-mixed-reality/

Integrasi Sistem 3.0 kepada Integrasi Sistem 4.0

23
4 P UNTUK I 4.0

MIS/IT Security kepada Cybersecurity

Subtractive kepada Additive Manufacturing

Penciptaan computer, dan kemajuan dalam perisian membawa kepada satu kumpulan
teknoloji yang digunakan didalam berbagai industry:
1) CAD
2) CNC – computer numerical control
3) Pergerakan mekanikal X-Y ( gantry, plotter, robot)

Kombinasi CAD, CNC dan X-Y controller bila dipadankan dengan berbagai jenis “end
manipulator” mengujudkan mesin-mesin baru seperti:
1) Plotter, printer
2) Cutter (laser, heat , water)
3) Subtractive ( miller, wire cut, EDM)

Kombinasi ini digunakan didalam industry seperti tooling (membuat mould, component
logam), metal sheet, tekstil (memotong tekstil).

Subtractive manufacturing adalah penggunaan alat yang membuang sesuatu bahan (eg.
Besi) dari blok asal untuk mendapatkan bentuk-bentuk baru. Ianya seperti proses pengukir
kayu yang membuang bahagian kayu yang tertentu untuk mendapatkan bentuk yang
dikehedaki.

Didalam I3.0, teknoloji pembuangan ini seperti “milling” dan “EDM” digerakkan oleh X-Y
motor dan dikawal oleh CNC teknoloji yang mendapat input/arahan dari perisian CAD
(samada dalam bentuk lukisan 2D atau 3D)

Teknoloji-teknoloji yang sama digunakan untuk I4.0 “Additive Manufacturing”, atau pun
lebih dikenali sebagai “3D printer”.

Perbezaannya ialah disebalik membuang bahan asal untuk mendapatkan bentuk, “additive”
adalah menambah bahan. Dan bermula dari kosong. Perbandingannya ialah seperti
pembuatan tembikar tanah liat (eg. “Labu Sayong”). Dimana bentuk dibina dari asasnya dan
ditambah (ADDITIVE) secara berperingkat.

Dari segi teknolojinya hanya 2 bahagian yang baru:


1) “printer” – kawalan dan bahan yang digunakan men “deposit” bahan untuk
menghasilkan bentuk
2) Algoritma didalam perisian yang dipanggil “slicing” yang digunakan untuk mengubah
format 3D dari CAD kepada lapisan-lapisan yang boleh di cetak.

24
4 P UNTUK I 4.0

Perspektif Kedua – Convergence IT dan OT


I4.0 juga berfungsi diatas evolusi dimana OT (Operational Technology) dan IT (Information
Technology) bergabung. Cloud, system integration, data analytics sebelum ini merupakan
“pure” IT. Dan IOT, robot, dan additive manufacturing pula adalah didalam kategori OT
(lebih kepada operasi di kilang). I4.0 menggabungkan kedua-duanya.

Didalam I3.0, operasi pengilangan (Operational Technology – OT) yang terdiri daripada
mesin, mesin automatic, robot dan sensor (system yang dipanggil SCADA) adalah terasing

25
4 P UNTUK I 4.0

dari teknologi IT (Information Technology). Sistem enterprise seperti ERP, accounting, HR


adalah didalam kategori IT dan mereka di kendalikan berasingan.

Sebab itu, didalam kilang I3.0 sentiasa ada 2 kumpulan teknologis - kumpulan MIS
(Management Information System) yang menjaga IT. Dan production automation
technology tuan kepada OT.

26
4 P UNTUK I 4.0

Perspektif Ke-Tiga – Cyber-Physical System (CPS)

27
4 P UNTUK I 4.0

Perspektif Ke-Empat – “Digitalization” yang merubah model


perniagaan
Industry 4.0 is the systematic digitalization of an organization's processes (maintenance,
production or accountability) in order to collect, store and analyze its data. By exploring new
production approaches, Industry 4.0 provides companies with a different economic model
driven by new technologies.

28
4 P UNTUK I 4.0

Industry4WRD Pillars

Industry4WRD menyenaraikan 11 kategori teknologi sebagai asas kepada kerangkanya.


Asas-asas ini secara amnya adalah selari dengan definisi-definisi I4.0 yang digunakan oleh
negara-negara dan organisasi lain. Cuma yang jarang saya lihat adalah asas dibawah
“Advanced Materials”.

Internet Of Things (IOT)

Cloud Computing

Big Data Analytics

29
4 P UNTUK I 4.0

Artificial Intelligence

System Integration

Simulation

Cybersecurity

Additive Manufacturing

Autonomous Robot

Augmented Reality

Advanced Materials

30
4 P UNTUK I 4.0

Kesimpulan

31

Anda mungkin juga menyukai