Anda di halaman 1dari 5

MESYUARAT PIBG KALI KE 24 TAHUN 2021

BIL PERISTIWA SKRIP CATATAN

ETIKA MAJLIS Mohon perhatian, minta kerjasama, majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Saya akan umumkan
etika yang harus dipatuhi bagi kelancaran majlis.

1.      Sila pastikan menekan mod senyap pada paparan skrin masing-masing.


2.      Menghormati bacaan doa
3.      Memberi kerjasama ketika mesyuarat berlangsung
4. Hadirin diminta agar  terus berada dalam talian kerana pada akhir majlis akan
diadakan cabutan bertuah.

ALUAN Lenggang bertapak seni memandang


1 KEDATANGAN Silat sendeng menyusun jari
SECARA DALAM Salam Sembah selamat datang
TALIAN Sudilah Tuan ke majlis kami

3 KATA-KATA ALUAN Bismillahirahmanir rahim, Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera,

1. Yang Berusaha, Tn Ishak b Awang Pengetua SMK Kubang Rotan


2. Yang Berusaha, Dato’ Abdul Muthalib b Harun, Yang Dipertua PIBG
3. Yang Berusaha Pn Raudzah Bt Abdullah PK Pentadbiran
4. Yang Berusaha Pn Amrah bt Hashim PK Hem
5. Yang Berusaha Pn Rosmawati bt Osman PK Ko-kurikulum
6. Guru cemerlang
7. Guru-guru Kanan
8. AJK-AJK PIBG
9. Ibu Bapa serta
10. Guru-guru yang dikasihi sekalian

Setinggi-tinggi rafak syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana berkat limpah kurniaNya dapat kita sama-
sama berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK KUBANG ROTAN edisi ke-24. Walaupun negara kita
menghadapi pandemik Covid 19, ia tidak menjadi halangan untuk bertemu dan bersua walaupun secara maya.

Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran tuan puan ke Mesyuarat Agung
PIBG SMK KUBANG ROTAN edisi ke-24.

4 BACAAN DOA Tetak buluh kajang sepuluh


Temenggung bertinting di Parit Sirat,
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


Dengan harapan, agar majlis kita pada petang ini, memperolehi keberkatan, marilah sama-sama kita menadah
tangan, memanjatkan doa ke hadratNya. Untuk itu, majlis dengan takzim menjemput Ustaz Mohamad Naser
b Ayob untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
[Doa]

Amin amin ya Rabbal alamin


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohamad Naser atas bacaan doa itu tadi.

5 UCAPAN PENGETUA Terbang sekawan si itik nila,


Di atas papan batang selasih,
Tampillah tuan kami persila
Bersama ucapan pengikat kasih.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha TUAN ISHAK BIN AWANG, Pengetua SMK
Kubang Rotan untuk menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih Tuan Pengetua atas ucapan itu tadi.

UCAPAN YDP PIBG Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha, Dato’ Haji Abdul Muthalib b Harun, Yang Dipertua PIBG
SMK Kubang Rotan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan mesyuarat Agung PIBG SMK
Kubang Rotan kali ke 24 bagi sesi 2021. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Dato’ Haji Abdul Muthalib b Harun, di atas
ucapan yang disampaikan tadi.

MESYUARAT AGUNG Hadirin sekalian,


8
Majlis diteruskan dengan mesyuarat Agung PIBG SMK Kubang Rotan kali ke 24.
Bagi meneruskan majlis, majlis diserahkan kepada Yang Berusaha, Dato’ Haji Abdul Muthalib b Harun, Yang
Dipertua PIBG SMK Kubang Rotan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Dato’ Haji Abdul Muthalib b Harun.

Seterusnya, majlis ini akan saya serahkan kepada En Amirrudin b Hussain, yang telah dilantik sebagai
Pengerusi sementara. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Amirrudin b Hussain di atas
kesudiaan menjayakan mesyuarat Agung kali ke 24.

Majlis juga merakamkan sekalung tahniah atas pelantikan itu tadi. Semoga AJK yang dilantik dapat menjadi
satu tim yang hebat dalam memperkasakan kemajuan dan kecemerlangan SMK Kubang Rotan .

CABUTAN BERTUAH Hadirin hadirat sekalian,


Kini, tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan. Siapakah yang akan menerima hadiah cabutan bertuah.
Adakah anda layak dan bertuah? Sama-sama kita tunggu..
Oleh itu, pastikan anda masih berada atas talian kerana hanya nama yang dipanggil dan memberi respon
sahaja layak menerima hadiah tersebut.
Bagaimana hadiah itu akan disampaikan? Anda jangan risau, anda boleh tuntut hadiah bertuah di sekolah.
Waktu dan masa akan dimaklumkan kemudian. Pastikan anda mengamalkan SOP, pakai pelitup muka, jaga
jarak dan pakai hand sanitizer atau cuci tangan dengan air dan sabun.
Pada skrin yang saya kongsikan, anda boleh lihat nama yang tertera di situ.
PENUTUP Dengan ini, maka berakhirlah Mesyuarat Agung PIBG SMK Kubang Rotan kali ke 24 bagi sesi 2021
Pihak kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menghadirkan diri secara atas talian.
Susunan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.
Sekian, wbt. Terima kasih. Para hadirin boleh bersurai.

Anda mungkin juga menyukai