Anda di halaman 1dari 8

Tarikh/Hari 24-03-2021 Bilangan Murid 20 Kelas 4 Ibnu Khaldun

(Khamis)
Mata pelajaran Sains Tingkatan 4 Masa 9:40 am – 11:00 am
Tema Penyenggaraan Dan Kesinambungan Hidup
Bidang Pembelajaran 4.0 Teknologi Hijau Dalam Melestarikan Alam

Standard Kandungan 4.1 Kelestarian Alam Sekitar

Standard Pembelajaran 4.1.1 Mendefinisikan dan mewajarkan Teknologi Hijau dalam kehidupan.
4.1.2 Menghubung kait kecekapan tenaga dengan teknologi hijau.
Objektif Pengajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran,pelajar akan dapat:
Domain Kognitif :
• Menerangkan maksud Teknologi Hijau dan mewajarkannya dalam kehidupan.
• Menghubungkait kecekapan tenaga dengan Teknologi Hijau.
Domain Psikomotor/KBKK/KPS :
• Menjalankan pembentangan secara berkumpulan tentang kepentingan Teknologi Hijau.
Domain Afektif :
• Pelajar dapat menerangkan dengan baik setelah menjalani aktiviti.
• Pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan dengan tepat.
Kandungan Pembelajaran Definisi Teknologi Hijau:
Teknologi hijau adalah penerapan satu atau lebih aspek sains alam sekitar dan pemantauan alam sekitar untuk
memulihara persekitaran semula jadi dan sumber, dan meminimumkan kesan negatif akibat penglibatan manusia.
KEPENTINGAN
• Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar.
• Mengurangkan pengeluaran karbon
• Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan manusia.
• Menjimatkan penggunaan sumber asli negara dengan menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui.

MENGHUBUNG KAIT KECEKAPAN TENAGA DENGAN TEKNOLOGI HIJAU


Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan dilancarkan pada Julai 2009.

SOSIAL • Meningkatkan kualiti hidup untuk semua


EKONOMI • Menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi
ALAM SEKITAR • Meminimumkan kesan negatif dan memulihara alam sekitar
TENAGA • Mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidakbergantungan tenaga.

KECEKAPAN TENAGA – penggunaan tenaga yang kurang bagi menjalankan sesuatu kerja pada kadar yang sama
atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini.

IMPLIKASI:
1. Meningkatkan penjimatan sumber tenaga.
2. Mengukuhkan ekonomi negara dan mengurangkan pembaziran .
3. Menukarkan sisa buang kepada tenaga boleh baharu.
Inisiatif ke arah pelaksanaan kecekapan tenaga:
• Kempen teknologi cekap tenaga.
• Label kecekapan tenaga bagi alat elektrik
• Kempen penggunaan tenaga elektrik berasaskan sumber solar.
• Indeks bangunan hijau.
Kaedah pembelajaran • Kosntruktivisme (5 Fasa Kemahiran Proses Sains • Memerhatikan
Needham) • Berkomunikasi
Aktiviti • Tunjuk cara dan Elemen Merentasi Kurikulum • Bahasa
bimbingan guru • Nilai murni
• Aktiviti berkumpulan • Kelestarian alam sekitar
Kemahiran abad ke 21 • Mahir Komunikasi KBAT • Menilai
• Pemikir • Menerangkan
• Bersifat ingin tahu • Membanding beza
• Bermaklumat
Bahan Bantu Mengajar • Komputer,LCD,tayangan video ringkas, alat tulis dan kertas mahjong.
(BBM)
Pentaksiran Formatif:
• Penilaian melalui pembentangan murid
LANGKAH- AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN CATATAN
LANGKAH/MASA (PdPc)
Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar
SET INDUKSI 1. Guru memberi salam kepada pelajar 1. Pelajar menjawab salam dan memberi KPS:
( 5-8 Minit) dan bertanya tentang kesihatan respon terhadap soalan yang diberikan • Memerhatikan
pelajar kerana ingin memastikan oleh guru. • Berkomunikasi
pelajar sihat dari segi fizikal dan 2. Pelajar menjawab soalan guru dengan
Sikap Saintifik dan Nilai
juga mental. Guru juga memberi jawapan “bermain Handphone”.
Murni:
poster berkaitan Teknologi Hijau. 3. Pelajar fokus melihat tayangan berita
• Minat dan sifat ingin
2. Guru bertanya soalan kepada pelajar ringkas tentang perubahan yang sangat
tahu tentang alam
tentang apa yang mereka lakukan positif terhadap air sungai sebelum dan
sekitar.
sepanjang Perintah Kawalan selepas PKP dilaksanakan.
• Sentiasa peka kepada
Pergerakan (PKP). 4. Pelajar memberi respon dengan baik
kebersihan diri dan
3. Guru menekankan bahawa bermain dan menjawab pertanyaan guru melalui
alam sekitar.
telefon pintar bukanlah perkara yang pengetahuan sedia ada.
sia-sia kerana banyak info yang
Nota:
dapat kita tahu. Seterusnya guru
Tayangan video ringkas
membincangkan tentang isu dan
sepatutnya menggunakan
berita semasa, sepanjang PKP dan
LCD projector,oleh kerana
guru juga turut membincangkan
halangan yang tidak dapat
kesan yang positif terhadap alam
dielak,guru hanya
sekitar bagi menghubungkait dan menggunakan komputer riba
memberi gambaran kepada pelajar sahaja.
tentang topik yang akan dipelajari
hari ini.
4. Guru membuat tayangan berita
ringkas di YouTube tentang
perbezaan keadaan air sungai
sebelum dan selepas PKP.
5. Guru berbincang dengan pelajar
tentang satu gambar pada poster
yang telah diberikan pada awal kelas
tadi iaitu berkenaan 3R (Reuse,
Reduce dan Recycle). Guru
berbincang dan bertanya kepada
pelajar tentang amalan teknologi
hijau yang biasa diamalkan tanpa
kita sedar yang dapat memberi kesan
yang baik kepada alam sekitar
seperti menjual surat khabar lama,
besi buruk dan lain-lain. Guru juga
bertanya kepada pelajar tentang
kenapa bekas makanan terkini
mempunyai bentuk yang berlainan
daripada polisterin yang biasa
digunakan bagi melihat pengetahuan
sedia ada pelajar.
6. Guru menerangkan secara ringkas
tentang tajuk yang akan mereka
pelajari dan menyuntik sedikit
motivasi agar wujud kesedaran
tentang pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.

Link Video Pengajaran: https://drive.google.com/file/d/1s7Vz7l3nIC4TlCx7ffSB0O0ebt54OVrV/view?usp=sharing


Lampiran

Aktiviti Permulaan :

1. Guru memberi salam kepada pelajar dan bertanya tentang kesihatan pelajar kerana ingin memastikan pelajar sihat dari segi fizikal dan
juga mental. Guru juga memberi poster berkaitan Teknologi Hijau.
2. Guru bertanya soalan kepada pelajar tentang apa yang mereka lakukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
3. Guru menekankan bahawa bermain telefon pintar bukanlah perkara yang sia-sia kerana banyak info yang dapat kita tahu. Seterusnya
guru membincangkan tentang isu dan berita semasa, sepanjang PKP dan guru juga turut membincangkan kesan yang positif terhadap
alam sekitar bagi menghubungkait dan memberi gambaran kepada pelajar tentang topik yang akan dipelajari hari ini.
(Tujuan: Untuk menyediakan suasana pembelajaran bagi merangsang dan menimbulkan minat murid terhadap pelajaran.)
4. Guru membuat tayangan berita ringkas di YouTube tentang perbezaan keadaan air sungai sebelum dan selepas PKP.
5. Guru berbincang dengan pelajar tentang satu gambar pada poster yang telah diberikan pada awal kelas tadi iaitu berkenaan 3R (Reuse,
Reduce dan Recycle). Guru berbincang dan bertanya kepada pelajar tentang amalan teknologi hijau yang biasa diamalkan tanpa kita
sedar yang dapat memberi kesan yang baik kepada alam sekitar seperti menjual surat khabar lama, besi buruk dan lain-lain. Guru juga
bertanya kepada pelajar tentang kenapa bekas makanan terkini mempunyai bentuk yang berlainan daripada polisterin yang biasa
digunakan bagi melihat pengetahuan sedia ada pelajar.
6. Guru menerangkan secara ringkas tentang tajuk yang akan mereka pelajari dan menyuntik sedikit motivasi agar wujud kesedaran dalam
diri mereka tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
.
Aktiviti Utama:

1. Guru terangkan definisi dan mewajarkan Teknologi Hijau dalam kehidupan.


2. Murid dibahagikan dalam kumpulan untuk berbincang dan membuat pembentangan tentang kepentingan teknologi hijau dan
menceritakan apakah inisiatif negara dan tindakan setiap individu dalam melestarikan alam sekitar seperti mengamal teknologi hijau
dalam kehidupan seharian berserta contoh. Tujuan aktiviti ini adalah untuk menyelaraskan idea mereka tentang teknologi hijau dan
memberi kesedaran terhadap mereka untuk sayangi bumi.
3. Murid diminta untuk membuat risalah bagi kempen kesedaran penjimatan tenaga supaya murid dapat menghubungkaitkan kecekapan
tenaga dengan teknologi hijau.

Aktiviti Penutup:

1. Murid mengimbau semula PdPc dan menyelaraskan idea lama dengan pengetahuan baharu. Murid juga diminta untuk mencatat tiga
perkara yang sebelum ini mereka tidak tahu, tetapi sekarang sudah tahu.

Anda mungkin juga menyukai