Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

OBJEKTIF KAJIAN:

1) Untuk Memberi idea yang lebih jelas mengenai sistem persanakan, kekeluargaan,
salasilah keturunan dalam masyarakat Bidayuh
2) Untuk menyelidiki hubungan sosial antara keluarga masyarakat Bidayuh
3) Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai adat resam, budaya dan tradisi masyarakat
Bidayuh terutama dalam kekeluargaan
4) Untuk menjelaskan hubungan cinta dan perkahwinan masyarakat Bidayuh

PERSOALAN KAJIAN
1) Apakah kepentingan mempelajari salasilah keluarga?
2) Apakah adat dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Bidayuh
dalam kehidupan seharian mereka
3) Bagaimana sistem keluarga dalam masyarakat Bidayuh berfungsi?
4) Apakah implikasi dari adat dan tradisi seperti itu dalam hubungan
kekeluargaan, hubungan cinta, dan perkahwinan terhadap masyarakat
Bidayuh dan yang lain?
5) Mengapa peraturan, adat dan tradisi seperti itu ada dalam masyarakat
Bidayuh?
6) Bilakah amalan kebiasaan berlaku dalam rutin harian orang Bidayuh?
7) Sejauh manakah kajian ini dapat memberi kesan kepada masyarakat
secara keseluruhannya?
8) Di manakah kumpulan tradisi, praktik kebiasaan mengenai kekeluargaan,
hubungan cinta, dan perkahwinan ini dapat dijumpai?

PERMASALAHAN KAJIAN

Merujuk kepada Scribd (2020), pernyataan masalah adalah bidang yang menjadi
perhatian seorang pengkaji, di mana wujudnya situasi yang ingin mereka perbaiki,
kesukaran untuk diatasi, dan persoalan yang harus dijawab. Oleh sebab itu,
pernyataan masalah boleh menjadi sesuatu yang belum selesai, timbul unsur
ketidakpuasan, perubahan yang diinginkan, atau sesuatu yang belum tercapai seperti
yang diharapkan. Ringkasnya, pernyataan masalah adalah mengenai perkara yang
akan disiasat, dan juga untuk mendapatkan jawapannya.
Persanakan dan kekeluargaan masyarakat Bidayuh di Borneo Sarawak tidak
terlalu ditekan dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, segelintir pengkaji
sekarang tidak terlalu memfokuskan berkenaan dengan masyarakat Bidayuh yang
amat penting untuk di kaji secara terperinci. Hal ini dikatakan demikian, pengkaji
telah membuat inferens berdasarkan kajian lepas tentang masyarakat Bidayuh.
Menurut Geertz (1973), Memahami budaya seseorang menunjukkan mereka normal
tanpa mengurangkan kekhususan mereka. Di samping itu, hal ini telah diperhatikan
bahawa hampir tidak ada penelitian yang dilakukan mengenai topik ini dalam konteks
lingkungan Borneo.
Pada umumnya, seperti yang kita ketahui bahawa negeri Sarawak kaya dengan
kepelbagaian etnik dan suku kaum yang menimbulkan pelbagai perbezaan dari aspek
adat resam, tradisi, perkahwinan, persanakan dan kekeluargaan. Tujuan utama kajian
ini dijalankan adalah untuk memberi idea kepada generasi baru dan masyarakat lain
untuk mengetahui etnik peribumi kaum Bidayuh yang terbahagi beberapa sub-
etniknya, Sarawak terutamanya dari aspek Antropologi keluarga masyarakat Bidayuh.
Apabila amalan budaya tidak dikenalpasti dan didokumentasikan maka generasi baru
atau masyarakat lain akan mengalami masalah dalam mengetahui wujudnya etnik
Bidayuh ini.
Pandemik COVID-19 yang berlaku baru-baru ini, telah mengehadkan pergerakan dan
interaksi sosial para pengkaji untuk mendapatkan data yang membantu dalam
perlaksanaan kajian. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah melakukan pencarian
data sekunder melalui kajian-kajian lepas penyelidik dan kajian perpustakaan. Dengan
ini, para pengkaji mampu menghasilkan penulisaan maklumat secara berkesan.
KAJIAN LITERATUR

2.0 Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan konsep dan kajian lepas mengikut
objektif yang telah dicapai

2.1 Konsep-konsep persanakan, kekeluargaan dan kaum Bidayuh

Menurut Darshan (2010), persanakan didefinisikan sebagai berasaskan peraturan yang


tertentu mengenai hubungan antara fizikal lelaki dan perempuan dalam menghasilkan
jurai generasi keturunan. Manakala, menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat,
persanakan bermaksud perihal hubungan kekeluargaan, kekerabatan dan kajian
tentang kerabat bermula pada satu hampir abad yang lalu.
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, kekeluargaan bermaksud yang
berkaitan dengan kerabat, keluarga atau hubungan dalam sesuatu anggota keluarga
yang berasaskan hubungan keturunan dan keluarga atau disebabkan perkahwinan.
Sehubungan dengan itu, Menurut Chua (2009), Masyarakat Bidayuh di
Sarawak merupakan etnik yang kedua besar di Borneo Sarawak dengan bilangan
seramai 210, 000 orang. Ada segelintir penulis awal barat mengatakan bahawa kaum
Bidayuh merupakan kaum yang terawal yang berada di Kalimantan Barat (Fatimah,
Shanthi, Robiah & Salbia, 2015). Menurut hasil penulisan buku karya Fatimah,
Shanthi, Robiah & Salbia (2015) juga dalam ‘Unsur Semantik dan Pragmatik dalam
Pantun Bidayuh Jagoi’, Kaum Bidayuh terbahagi kepada 4 subetnik iaitu Bidayuh
Selakau atau Lara berasal dari daerah Lundu, Bidayuh Jagoi atau Singai berasal dari
daerah Bau, Bidayuh Biatah berasal dari daerah kecil Padawan dan Bidayuh Bukar
atau Bukar Sadong berasal dari daerah Serian. Masyarakat kaum Bidayuh
dikategorikan sebagai Land Dayak atau Dayak Darat (Maulana, 2015).

2.2 sistem persanakan, kekeluargaan, salasilah dalam masyarakat Bidayuh


Dalam sistem persanakan, kekeluargaan dan salasilah etnik Bidayuh, dalam penulisan
artikel oleh Victor (2010), Kaum Bidayuh itu sebenarnya merangkumi semua
keturunan sama ada jantina lelaki atau perempuan bermula sejak nenek moyang
mereka yang secara bersama-sama membersihkan kawasan hutan dan meluaskan
kawasan sebagai untuk dijadikan hak atas tanah tersebut. Dalam sistem persanakan,
individu dalam masyarakat bidayuh tidak mempunyai keanggotaan yang khusus
dalam persanakan atau garis keturunan. Namun begitu, memiliki banyak keturunan
kerana ia boleh dikesan bukan hanya satu garis keturunan sahaja tetapi dalam sistem
senasab melalui pelbagai garis yang telah menubuhkan hak ke atas tanah yang
dirasmikan oleh mereka. Di samping itu, masyarakat Bidayuh ini mempunyai
keturunan yang bertindih daripada segi keanggotaannya berbanding dengan kumpulan
senasab yang mana keanggotaan keluarganya yang boleh didefinisikan secara jelas .
Dalam sistem keluarga kebanyakan masyarakat Bidayuh, salah seorang keturunan
masyarakat Bidayuh selalunya berfungsi keatas tanahnya ataupun hak tanah. Melalui
hak tanah tersebut, keturunan tersebut bertanggungjawab dalam beroperasi terhadap
membahagikan tanah iaitu kawasan tanaman yang telah dikerjakan dan sekaligus
mempunyai peraturan yang dikuasai oleh orang lain dalam mengenalpasti siapa yang
kalangan keturunan tersebut yang mampu mengusahakan tanaman di atas tanah yang
telah didirikan itu sebelum ia berpindah balik ke kelompok yang sama (Victor, 2010).
Hal ini dikatakan demikian, sistem persanakan, kekeluargaan dan salasilah keturunan
memerlukan kepentingan dalam kesinambungan dan penerusan kumpulan sosial
untuk memastikan kedua-dua mereka yang berumur dan akhirnya mati secara fizikal
yang kemudian diganti dengan kebudayaan dan sosial oleh generasi muda akan
datang bagi sesebuah masyarakat kaum.

2.3 Menyiasat Hubungan Sosial antara Keluarga Masyarakat Bidayuh

Sehubungan dengan itu, dalam kajian Sarok dan Tracy (2020), dalam hubungan
sosial antara keluarga masyarakat Bidayuh, biasanya mereka mengamalkan amalan
perkongsian dalam kata lain perkataan Bidayuh “piseh atau nyipiseh”. Ia merupakan
amalan yang sungguh dititikberatkan oleh masyarakat Bidayuh terutamanya
masyarakat tradisional Bidayuh yang tinggal di rumah panjang. Sebenarnya amalan
ini merujuk kepada amalan yang dikongsi melalui hasil buruan dan tangkapan.
Sebagai contoh seperti dinyatakan oleh Sarok dan Tracy (2020), seseorang yang
pulang dengan hasil buruan atau tangkapan akan berkongsi hasilnya kepada sanak
saudara dan penduduk yang tinggal di rumah panjang. Melalui amalan yang
dipraktikkan ini akan memberi kesan yang positif terutamanya dalam hubungan
persaudaraan dapat dipereratkan. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang amalan
ini jarang dipraktikkan dan diamalkan. Namun begitu, sekarang ia lebih hanya
berkongsi kepada saudara terdekat sahaja.
Sehubungan dengan itu juga, Menurut kajian Sarok dan Tracy (2020) demi
menguatkan hubungan sosial antara keluarga dalam masyarat Bidayuh, yang kedua
biasanya mereka menerapkan amalan kerjasama atau pun disebut sebagai “pingiris
atau pingirih” ia dapat dilihat terutamanya dalam aspek pertanian dan pembinaan
rumah panjang. Setibanya musim penuaian padi masing-masing keluarga akan
membantu sesama sendiri bahkan seluruh keluarga di kampung akan juga membantu
keluarga yang lain dalam menuai padi. Walaupun begitu, mereka masing-masing
tidak meminta upah atau pembayaran setelah satu pihak tersebut membantu dan ia
hanya terpulang pada keluarga tersebut hendak memberi ataupun tidak. Menurut
Sarok dan Tracy (2020) lagi, yang paling seronok dalam hubungan sosial
kekeluargaan masyarakat Bidayuh ialah adalah ketika mereka membuat aktviti
gotong-royong pembinaan rumah panjang. Amalan “pingiris” ini masih diamalkan
dalam kalangan masyarakat Bidayuh pada masa sekarang walaupun pada masa
sekarang berkurangan kerana disebabkan kebanyakan generasi yang baharu sekarang
bekerja di bandar. Namun begitu, aktiviti menuai padi masih mengamalkan amalan
“pingiris” ini.

2.4 Adat resam, Budaya dan Tradisi Masyarakat Bidayuh Terutama dalam
Kekeluargaan

Dalam adat resam, menurut kajian Sarok dan Tracy (2020) juga, adat resam yang
biasanya diamalkan oleh keluarga masyarakat Bidayuh amatlah dititikberatkan oleh
mereka terutamanya dalam kehidupan seharian mereka. Adat mereka tertakluk kepada
kekuasaan sama ada sesuatu yang boleh dilakukan ataupun tidak. Di dalam aspek adat
terutamanya dalam adat sosial, terdapat 5 perkara yang menjadi asas kepada
kehidupan masyarkat Bidayuh iaitu pantang larang, adat sosial, sapaan, “piseh” dan
kelahiran anak. Menurut artikel hasil penulisan Kedung (2020), setiap sub-etnik
mempunyai adat resam dan pantang larang tersendiri harus dipatuhi contohnya seperti
adat semasa kematian keluarga dalam masyarakat Bidayuh Jagoi, iaitu dalam adat
lama, semasa mereka masih dipagan, mayat si mati tersebut disimpan dalam sehari
dan dibakarkan kemudian. Namun, yang paling penting adalah selepas 7 hari
pengebumian setelah keluarga si mati pulang ke rumah, dalam 7 hari tersebut tidak
boleh akan memberhentikan tayangan televisyen dan menutup cermin dengan kain.
Ada juga segelintir keluarga yang membawa pengebumian si mati tersebut setelah 3
hari. Selain itu, ketika dalam hutan mereka dikehendaki meletakkan daun di sisi
telinga semasa hujan panas. Bagi mereka yang belum pernah masuk ke hutan, mereka
dinasihati agar meletakkan tanah di dahi mereka sendiri dan tidak boleh kencing
sebarangan di hutan. Di samping itu, sekiranya ahli keluarga tersebut masih Pagan,
mereka dilarang untuk bersiul dimana-mana terutamanya dalam rumah serta mereka
tidak boleh bermain gong sesuka hati dan menganggu rasang. Menurut adat dan
kepercayaan kaum Bidayuh Bukar Sadong, apabila ada kematian dalam ahli keluarga,
ahli keluarga tersebut hendaklah menggunakan kain hitam yang diletakkan pada
tangan sebagai gelang tangan dan digunakan selama 7 hari. Sewaktu malam, rumah
mereka tidak boleh berada dalam keadaan gelap dan sentiasa membuka lampu
(Kedung, 2020). Menurut Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia, dalam adat
resam dan budaya kaum Bidayuh sub-etnik atau suku Selako, adat “Ngoncong” sering
diamalkan oleh keluarga Bidayuh Selako iaitu merupakan kaedah perubatan untuk
menghalau makhluk halus, ilmu hitam atau mengubati seseorang tersebut. Dalam
upacara “ngoncong” ini ahli keluarga lain tidak boleh menganggu dan hanya
dinasihati duduk sahaja ketika melihat upacara ini.
Menurut kajian Maulana dan Norhuda (2017) dalam “Identiti Bidayuh
Sarawak dalam Tarian Langgie Pingadap”, tarian Langgie Pingadap merupakan
budaya tarian yang sering diamalkan oleh masyarakat keluarga Bidayuh terutamanya
Bidayuh Bukar Sadong yang berasal dari daerah Serian. Biasanya, tarian Langgie
Pingadap ini dilakukan semasa menyambut tetamu sebagai pembuka sesuatu majlis
tidak kira perkahwinan keluarga, majlis besar-besaran atau perayaan seperti Hari
Gawai dan sewaktu dengannya. Tarian ini memberi kesan kepada pembawaan simbol
unsur-unsur padi seperti memetik, memijak dan penggunaan bakul kecil. Biasanya
sewaktu pesta Gawai Dayak yang dilakukan oleh masyarakat Bidayuh akan
menyelitkan pelbagai kebudayaan contohnya seperti tarian Langgie Pingadap. Semasa
hari perayaan Gawai Dayak, mereka akan menyambut 1 Jun setiap tahun. Namun
begitu, terdapat pelbagai jenis Gawea Dayak iaitu Gawea Podi atau Umoh, Gawea
Tubi bauh, Gawea Sowa Bauh dan Gawea Sopid Oran. Dapat dirumuskan bahawa
kajian mereka berjaya mengenai budaya tarian ini kerana mampu mendedahkan
budaya dan warisan masyarakat bidayuh kepada rakyat Malaysia luar sana.

2.4 Hubungan Cinta dan Perkahwinan Masyarakat Bidayuh


Menurut hubungan cinta dan perkahwinan dalam masyarakat Bidayuh dalam artikel
Universiti Utara Malaysia (UUM) (2019), perkahwinan menurut keluarga dalam
masyarakat Bidayuh merupakan satu cara anggota keluarga untuk menjadi ahli
keluarga dan hak untuk menikmati hak sebagai anggota bilik atau dipanggil “ramin”.
biasanya masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami sahaja dalam institusi
perkahwinan. Namun begitu, perkahwinan antara inces ataupun perkahwinan antara
saudara amatlah dilarang sama sekali kerana ia merupakan peraturan yang penting
dalam perkahwinan contohnya melarang perkahwinan antara sepupu. Perkahwinan
selepas bercerai adalah perkara biasa bagi masyarakat Bidayuh. Sehubungan dengan
itu, setiap sub-etnik mempunyai peraturan tersendiri dalam perkahwinan, sebagai
contohnya dalam keluarga Bidayuh Selako melarang berkahwin dengan musuh
sendiri kerana bimbang takut makan sumpah sendiri dan juga melarang pergaulan
bebas sekiranya melakukan perkara itu akan dihadapkan di depan pemimpin
kampung. Namun pada masa sekarang, larang tersebut dimansuhkan disebabkan
berlaku perkahwinan yang pertama antara datuk dan nenek yang telah berlaku antara
perkahwinan musuh. Dalam kalangan keluarga Bidayuh Bukar-Sadong pula,
perkahwinan agak longgar kerana lelaki dan perempuan tersebut boleh bergaul secara
bebas. Biasanya kita mendengar kaum Melayu ada adat merisik semasa perkahwinan
namun bagi kaum Bidayuh tidak ada upacara merisik.
Menurut Ayuni, Nadiah dan Siti (2013), masyarakat Bidayuh Selako, Jagoi dan
Lara biasanya perkahwinan mereka dimulai dengan hubungan pertunangan melalui
bertukar cincin. Menurut adat kaum Bidayuh, perkahwinan umpama menuai padi
semakin banyak hasilnya lebih banyak perkahwinan yang bakal dilangsungkan.
Semasa mendirikan majlis perkahwinan, ia bergantung kemampuan ekonomi si
pengantin tersebut. Pihak suami biasanya boleh mempengaruhi si isteri tersebut untuk
tinggal bersama-sama keluarga sebelah si suami dan juga boleh duduk di rumah si
isteri digelar sebagai amalan neolokal. Lambang yang paling baik dikaitkan dengan
pertunangan dan perkahwinan adalah ular kuning dipanggil juga sebagai “jipuh
sinina” yang melambangkan kemakmuran dan sebaik-baik perkahwinan dilakukan
semasa bulan purnama kerana juga simbol kekal dan makmur. Paling romantik adalah
masyarakat Bidayuh mengamalkan amalan “nyagam” iaitu bakal suami tersebut
dihantar bersama tikar dan bantalnya ke kediaman si isteri sebagai tanda persetujuan
dua belah pihak.
Sehubungan dengan itu, menurut kajian Sarok dan Tracy (2020), adat
berpantang melahirkan anak amat penting dalam masyarakat Bidayuh sama ada
sebelum atau selepas. Proses berpantang biasanya sebaik sahaja mengetahui isterinya
mengandung dan si suami wajib memberitahu dengan bidan bahawa untuk
mengadakan majlis menawar perut atau disebut “birayang ite”. Majlis ini bertujuan
untuk menghalau segala benda negatif dari tubuh si mengandung. Begitu juga bapa
bayi tersebut dilarang bertukang, mengail ikan sepanjang tempoh kehamilan.
Masyarakat Bidayuh percaya takut terjadi kecacatan pada bayi tersebut seperti mulut
sumbing. Bukan itu sahaja, pasangan juga dilarang makan daging rusa semasa tempoh
si isteri mengandungkan anak dikhuatiri anak menjadi gila menurut kepercayaan
masyarakat Bidayuh dan dilarang keluar waktu senja takut disampok oleh hantu senja
atau disebut “umot senja” serta dilarang menziarahi kematian seseorang. Manakala,
selepas melahirkan anak bu tidak dibenarkan keluar dari rumah hingga tamat tempoh
berpantang dan banyak pantang setelah melahirkan yang dilakukan oleh masyarkat
Bidayuh.

2.5 Rumusan
Kesimpulannya, bahagian ini telah menghuraikan konsep-konsep dan kajian lepas.
Ulasan kajian literatur ini membantu dalam kajian mengenai persanakan dan
kekeluargaan masyarakat Bidayuh di Borneo Sarawak selaras dengan objektif yang
dicapai. Bahagian seterusnya membincangkan metodologi kajian yang telah
digunakan untuk menguji kajian ini/

METODOLOGI

Metodologi
Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam
menjalankan kajian ini. Ini bertujuan untuk memberikan penjelasan tentang
bagaimana penyelidikan dilakukan, data yang diperoleh dan dianalisis untuk
mendapatkan informasi yang sesuai. Menurut metodologi Kamus Dewan Edisi
Keempat, membawa makna sistem merangkumi kaedah, ukuran prinsip yang
digunakan dalam suatu aktiviti atau disiplin. Menurut Sabitha Marican (2009),
Munawar Ismail dan Nor Shahizan Ali (2014), metodologi adalah kaedah yang
digunakan untuk melakukan penyelidikan terhadap subjek kajian tertentu secara
berkala. Oleh itu, para penyelidik melakukan yang terbaik untuk memanfaatkan teori
penyelidikan sedemikian dalam menghasilkan laporan akhir ini. Penyelidik telah
membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan oleh penyelidik dalam objektif
kajian iaitu untuk memberikan idea yang lebih jelas mengenai persanakan,
kekeluarga, salasilah keturunan dalam masyarakat Bidayuh, untuk menyelidiki
hubungan sosial antara keluarga masyarakat Bidayuh, untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai adat resam, budaya dan tradisi masyarakat Bidayuh, terutama dalam
keluarga. dan untuk menerangkan hubungan cinta dan perkahwinan masyarakat
Bidayuh dalam kekeluargaan. Aspek yang ditekankan dalam kaedah kajian ini adalah
reka bentuk kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan akhirnya
pemprosesan dan analisis data.
Reka bentuk penyelidikan
Penyelidikan ini berdasarkan kajian desktop. Penyelidikan meja boleh didefinisikan
sebagai pengumpulan data dari sumber yang ada; sebagai hasilnya, ini sering
dianggap sebagai strategi kos rendah dibandingkan dengan penelitian lapangan,
kerana kos utamanya adalah jam pentadbiran, harga telefon, dan pangkalan data.
Walaupun begitu, jika penyelidik tidak begitu memahami seberapa baik penyelidikan
itu dilakukan, itu mungkin akan membuang banyak wang dan masa.

Instrumen Kajian
Penyelidikan secara sekunder agak berjaya dan dapat digunakan pada tahap awal
penyelidikan ini kerana cepat dan murah, namun kebanyakan data mendasar dapat
diambil dengan mudah, yang dapat dimasukkan sebagai standar dalam penyelidikan
kualitatif. Nampaknya sangat besar kuantiti maklumat yang terdapat di internet. Oleh
kerana terdapat berbilion artikel yang tersedia di web, sangat penting bagi kami untuk
sangat tepat dalam mengumpulkan data ini.

Terdapat ada beberapa kaedah untuk mendapatkan data yang berguna dari web. Yang
pertama adalah dengan mencari data tertentu dan membuat kesimpulan dari mereka.
Kedua, untuk penyelidikan yang pelbagai, kami
menggunakanhasilcariansepertiwww.google.com,www.yahoo.com,www.infoseek.goo
gle.com, www.altavista.com, dan lain-lain.
Prosedur Pengumpulan Data
Penyelidikan desktop ini pada masa ini menggunakan data sekunder sebagai sumber
utamanya kerana kami tidak dapat melakukan temu ramah secara bersemuka dan
kerja lapangan bersemuka kerana kami berada dalam fasa Perintah Kawalan
Pergerakan di Malaysia. Sebagai alternatif untuk masalah ini, kami telah
mengumpulkan sebahagian besar data dari sumber dalam talian seperti artikel dalam
talian, jurnal dalam talian, buku dalam talian, surat khabar dalam talian dan laporan
dalam talian. Kami memperoleh maklumat mengenai contoh dunia nyata sistem
keluarga di Borneo, di mana ia akan menjadi kajian kes dalam talian mengenai bentuk
keluarga di kalangan kumpulan orang asli, khususnya di kalangan etnik Bidayuh.
Selain itu, kami akan memperoleh beberapa data mengenai Pertimbangan material
dan sosial terhadap pembentukan perkahwinan dalam etnik Bidayuh.

Pemprosesan dan Analisis Data


Data sekunder yang telah dikumpulkan dianalisis secara mendalam mengenai topik
tersebut, iaitu Kekeluargaan dan Sistem Keluarga di kalangan etnik Bidayuh di
Borneo. Kami akan memfokuskan pada kepentingan penyelidikan kami dan
mengaitkan masalah ini dengan objektif yang telah ditetapkan sebelumnya. Kami
memilih maklumat yang berkaitan dengan melayari data dari laman web yang sah dan
mengekstrak data untuk membantu kami menjelaskan topik kami agar lebih terperinci
dan tepat. Oleh itu, kami telah menggunakan data sekunder yang telah dijalankan
dalam topik kami iaitu Kekeluargaan dan Sistem Keluarga di kalangan etnik Bidayuh
di Borneo.

Rumusan
Kesimpulannya, bahagian ini membincangkan mengenai metodologi kajian yang
mana menjelaskan reka bentuk kajian iaitu berbentuk kualitatif data yang telah
digunakan oleh para penyelidik. Seterusnya, dapatan kajian mengenai data sekunder
akan dianalis dalam bahagian seterusnya.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
PERBINCANGAN

CADANGAN

Dalam bahagian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan yang sesuai
kepada beberapa pihak yang terlibat dalam kajian oleh penyelidik. Cadangan yang
dibincangkan adalah kepada penyelidik, masyarakat dan pelajar universiti.

5.2 Cadangan untuk Penyelidik


Semasa menjalankan kajian, pengkaji perlu mengenal pasti permasalahan yang
akan dikaji. Cadangan yang sesuai untuk penyelidik membuat kajian yang baik adalah
membuat pemerhatian dari pelbagai aspek, bukan hanya berdasarkan maklumat
internet sahaja. pengkaji dapat membuat pemerhatian secara langsung di tempat
kajian dan mendapatkan maklumat perpustakaan mengenai permasalahan yang akan
dikaji.

5.3 Cadangan untuk Pelajar Universiti


Penyelidikan mengenai persanakan dan kekeluargaan masyarakat Bidayuh ada
yang berpendapat bahawa kajian ini tidak begitu penting. Walaupun demikian,
sebagai pelajar universiti, ia menjadi peluang yang baik untuk meningkatkan
kesedaran masyarakat untuk mengetahui isu hangat ini. Dikatakan demikian, jika
pelajar universiti rajin membuat kajian ini maka ia akan memberikan hasil yang baik
untuk kepentingan masyarakat juga.

5.4 Saranan untuk Masyarakat


Sebilangan besar masyarakat kurang mengikuti perkembangan isu gangguan
seksual dalam talian, terutamanya mengenai perihal mengenai masyarakat bidayuh ini
terutamanya persanakan dan kekeluargaan mereka. Terdapat segelintir orang yang
memandang rendah mengenai kajian tentang antropologi ini. Oleh yang demikian,
sebagai masyarakat adalah wajar untuk mengetahui selok belok masyarakat etnik
bumiputera terutamanya etnik di Borneo yang mempunyai keunikan tersendiri.

SUMBANGAN

Dalam bahagian sumbangan ini, membincangkan merapatkan jurang kajian masa lalu
dan kajian masa depan.

5.5 Sumbangan Kajian Lepas


Kajian penyelidik kali ini telah meningkatkan kajian sebelumnya di mana
pengkaji telah memfokuskan kepada persanakan dan kekeluargaan masyarakat kaum
Bidayuh di Borneo Sarawak. Sebilangan besar kajian masa lalu telah memfokuskan
kepada masyarakat Bidayuh secara umum. Oleh yang demikian, Penyelidik telah
berusaha dan memperbaiki konteks kajian ini dalam mengungkap kajian mengenai
persanakan dan kekeluargaan masyarakat kaum Bidayuh di Boneo Sarawak ini
kepada pembaca, penyelidik dan masyarakat.

5.6 Sumbangan Kajian Masa Depan


Kajian ini dilakukan oleh penyelidik yang dapat menyumbang kepada kajian masa
depan. Oleh yang demikian, kajian ini dapat memberikan rujukan kepada penyelidik
di masa depan sebagai panduan untuk menghasilkan penyelidikan baru di masa
hadapan.
Rujukan
Sarok, A. & Shamat, P. T. (2020). Masyarakat Bidayuh. Diambil daripada
https://www.academia.edu/9229057/MASYARAKAT_BIDAYUH

Maulana, M., & Norhuda, S. (2017, Dis). Identiti Bidayuh Sarawak dalam tarian
Langgie Pingadap. Jurnal Penyelidikan Borneo, 11, 45-69.

Ida, A., Nurul, N. A. B., & Siti, N. F. M. R. (2013, Feb 24). Perkahwinan. Diambil
daripada https://www.slideshare.net/IdaAyuni/adat-resam-iban-melanau-bidayuh.

Kedung, L. (2020). Adat resam masyarakat Bidayuh. Diambil daripada


https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/fakta-menarik-kenali-adat-
dan-pantang-larang-kaum-bidayuh/.

Mary, F. S., Nadarajan, S., Wan, R. M. O., & Salbia, H. (2015). Unsur semantik dan
pragmatik dalam pantun Bidayuh Jagoi. Kota Samarahan: Universiti Malaysia
Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai