Anda di halaman 1dari 5

PENAAKULAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF

Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai


digunakan dalam pengajaran pelbagai mata pelajaran, khususnya
Matematik, Sains dan Bahasa (Mok Soon Sang, 2001). Pengajaran
berasaskan gaya induktif adalah satu pendekatan mengajar yang melibatkan
satu proses penaakulan yang tinggi di mana melibatkan aktiviti mengumpul
dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau
kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004). Hilda Taba
mempercayai bahawa pelajar membuat generalisasi hanya setelah
maklumat dapat diorganisasi dengan sempurna. Taba adalah lebih dikenali
dengan model pengajarannya yang melibatkan pemikiran induktif. Menurut
beliau, dengan menggunakan pelbagai strategi, pelajar boleh dibantu
menyelesaikan masalah dengan jayanya. Strategi induktif ini mengalir dalam
proses kognitif dan memerlukan pelajar menggunakan teknik soalan-soalan
ringkas (Hilda Taba, 1962). Pengajaran berasaskan gaya pemikiran deduktif
adalah satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran
berdasarkan keseluruhan konsep. Konsep deduktif boleh ditakrifkan sebagai
sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau
beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang diikuti dengan
aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus (Mok Soon Sang, 2003).
Seperti dalam pendekatan induktif, ia juga menggunakan proses penaakulan
yang tinggi. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan
kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid
memperolehi kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup.
Dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu ‘subjek matter’, pendekatan
deduktif melibatkan pelajar-pelajar mempelajari peraturan-peraturan atau
diberi maklumat tertentu sebelum mereka diminta melakukan
penganalisisan bahan yang hendak dipelajari itu. Kaedah ini menjadi pilihan,
kerana pelajar terlibat secara aktif dalam kumpulan dan dapat melatih
mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar lemah dapat
berinteraksi dengan pelajar pandai. Selain itu mereka dapat melatih diri
untuk berkomunikasi dan bergaul dengan pelajar yang pelbagai latar
belakang. Pendekatan Induktif Pendekatan Induktif memberi peluang kepada
pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep ataupun
benda. Ianya mengutamakan contoh-contoh pada awal pengajaran dan
dibuat generelisasi daripadanya. Pendekatan Induktif ini juga tidak digalakan
memberi definisi penerangan dan kandungan pelajaran dan ianya lebih
mengutamakan mengemukakan soalan, memerhati, mengkaji, membentuk
contoh serta kesimpulan diberikan kemudian.
Konsep Induktif Antara Konsep Induktif ialah:-

1. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan “hukum”

2. Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.

3. Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu.

4. Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran.

5. Membuat satu andaian yang munasabah daripada yang spesifik kepada


umum.

6. Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan.

7. Menggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria) untuk


mendapatkan pengetahuan.

8. Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untu menguasai


sesuatu kemahiran.

9. Menekankan pengajaran berbentuk konkrit.

10. Memberi peluang sepenuhnya kepada murid belajar di bawah bimbingan


guru.

11. Menekankan penglibtan murid secara aktif.

12. Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.

13. Banyak menekankan aspek lisan.

Kelebihan Pendekatan Induktif

Kelebihan pendekatan induktif ialah pendekatan ini dapat mengasah


kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan mereka perlu
menggunakan keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang
menjadi dasar kepada pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, daya
kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat dipertingkatkan
kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus. Pendekatan
ini juga melibatkan penyerapan yang aktif dalam kalangan pelajar.Melalui
pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas
menentukan rumus dibuat oleh murid-murid sendiri dengan ini suasana
pembelajaranakan menjadi lebih hidup. Kelebihan lain menggunakan
pendekatan ini ialah kemahiran lisan dapat disuburkan kerana pendekatan
ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik darjah dan juga
murid-murid tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat awal
pembelajaran sebaliknya mereka didedahkan dengan pelbagai contoh
penggunaan terlebih dahulu. Justeru itu perkara ini boleh mengurangkan
kebosanan mereka

Kelemahan Pendekatan Induktif

Setiap sesuatu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang


tersendiri begitu juga dengan pendekatan induktif. Antara kelemahaan
pendekatan ini adalah pengajaran yang dilakukan mengambil masa yang
panjang kerana guru perlu membimbing murid mengesan rumus. Sekiranya
sesebuah kelas itu terdiri daripada murid-murid yang ramai jumlahnya,
penjurusan fikiran ke satu arah sukar dibuat kerana setiap murid mempunyai
fikiran, pendapat dan pemahaman yang berbeza. Bagi murid-murid yang
lemah pula, pendekatan ini akan menimbulkan masalah kerana adalah sukar
bagi mereka untuk memikirkan rumus-rumus daripada contoh-contoh ayat
yang diberikan.

Model Deduktif

Dalam pengajaran yang bermodelkan pendekatan ini guru memainkan


peranan penting untuk menerangkan atau mengajarkan dan diasaskan
kepada hoskut tertentu, manakala murid hanya mendengar dan
mengikutinya. Walaubagaimanapun, kefahaman mereka dinilai melalui
aktiviti-aktiviti yang disediakan pada peringkat aplikasi. Untuk menentukan
bahawa pengajaran ini mendatangkan kesan yang lebih mendalam, guru
haruslah memastikan bahawa generalisasi yang hendak diajarkan itu
dihuraikan dengan jelas, difahami dan contoh-contoh penerapan generalisasi
di dalam ayat-ayat mestilah mencukupi dan benar-benar menepati rumus-
rumus tersebut. Guru tidak digalakkan untuk dimasukkan contoh-contoh
yang memperlihatkan penyimpangan, terutamanya pada awal pengajaran.
Contoh-contoh tidak semestinya diberikan oleh guru tetapi boleh juga
diminta daripada murid, iaitu setelah contoh-contoh yang disediakan oleh
guru dikemukakan. Dalam aplikasi pula, latihan-latihan yang disediakan
haruslah beraneka jenis dan dalam konteks yang bermakna. Hal ini bertujuan
untuk memberi peluang kepada murid menerapkan rumus dalam situasi
yang baru. Pendekakatan menggunakan deduktif dicirikan dengan pelajar
mempelajari berdasarkan sesuatu hukum. Pelajar perlu menaakul untuk
mendapatkan fakta/contoh AplikasiContohRumus/Generalisasi

Konsep Deduktif

1. Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum.

2. Satu produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum.

3. Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi.

4. Membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus.

Kelebihan Pendekatan Deduktif.

Kelebihan pendekatan deduktif adalah ianya memudahkan tugas guru


yang mana guru mengemukakan prinsip asas manakala murid menggunakan
prinsip berkenaan. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan induktif
kerana pendekatan ini cara ini cepat dan menjimatkan masa pengajaran
kerana rumus-rumus disediakan dan dihuraikan terus oleh guru. Murid tidak
perlu mengambil masa untuk memikirkan atau mengesan rumus.
Pendekatan ini juga boleh meninggalkan kesan pembelajaran yang
memuaskan kepada pelajar-pelajar dewasa. Apa yang lebih penting ialah
ianya tiada risiko mendapat hasil yang salah atau tidak sempurna.

Kelemahan Pendekatan Deduktif

Manakala kelemahan menggunakan pendekatan ini adalah pengajaran


mungkin membosankan kerana murid dibebani dengan rumus-rumus yang
wajib dipatuhi. Pendekatan ini boleh mengongkong kreativiti mereka kerana
mereka terlalu terikat kepada rumus. Selain itu, pemikiran murid tidak
tercabar untuk mengesan dan menentukan rumus kerana rumus-rumus
diberikan oleh guru. Justeru itu, penglibatan murid tidak begitu aktif kerana
guru lebih banyak memainkan peranan, khususnya dalam hal menghuraikan
rumus. Melihat dari segipsikologi, sesuatu yang dapat dikesan atau dijumpai
sendiri oleh murid dalam sesuatu pembelajaran dapat menjamin ingatan
yang lebih kekal, berbanding dengan sesuatu yang diberitahu terus oleh
guru. Dengan demikian, pendekatan ini tidak begitumenjamin ingatan yang
berkekalan dalam kalangan murid tentang rumus-rumus yang diajarkan itu.

Anda mungkin juga menyukai