Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI E-SULAM

TAJUK: KEKANGAN PEMBELAJARAN AGAMA DI ERA COVID 19

PENGENALAN:

Tajuk yang telah dipilih bagi menjalankan projek e-sulam ini adalah KEKANGAN
PEMBELAJARAN AGAMA DI ERA COVID 19 dibawah tema prinsip rukun negara iaitu kepercayaan
kepada Tuhan. Selaras dengan tajuk yang dipilih pembelajaran agama sangat penting kepada setiap
orang bagi melahirkan individu, masyarakat dan negara yang sejahtera dan harmoni dengan sifat-
sifat positif yang diajarkan dalam setiap agama itu. Projek ini mengfokuskan terhadap para pelajar
yang memperlajari Pendidikan agama di era covid 19 ini. Banyak halangan yang dihadapi bagi para
pelajar mahupun guru bagi menjalankan pembelajaran agama secara atas talian. Tambahan lagi,
dengan fenomena covid 19 yang semakin meningkat dan berleluasa.

OBJEKTIF:

Objektif utama bagi projek ini adalah untuk mengetahui masalah dan halangan yang
dihadapi oleh para pelajar dalam mempelajari agama dan era pandemik covid 19 dan kepentingan
pembelajaran agama dalam membina sasiah diri pelajar.

Analisis dan perbincangan:

2 kaedah telah dipilih untuk mengumpul data bagi menjalakan projek ini iaitu soal selidik
dan juga temu bual dengan dua orang pakar dalam bidang pengajaran agama. Dua kaedah ini dipilih
bagi memudahkan data dikumpul memalui 2 perspektif iaitu perspektif pelajar dan tenaga pengajar.
Bagi soal selidik, Google Form telah dipilih sebagai platform untuk bertanyakan soalan, ia disebabkan
oleh memudahkan kedua-dua belah pihak bagi memjawab dan mengumpul data. Hal ini kerana
platform tersebut mesra pengguna dan sering digunakkan oleh orang ramai bagi melakukan soal
selidik ini dan data atau jawapan yang telah dikumpulkan akan dianalisis secara automatik dalam
bentuk carta bagi memudahkan data dianalisi dengan cepat dan teratur.

Seperti yang diketahui tajuk yang dipilih adalah KEKANGAN PEMBELAJARAN AGAMA DI ERA
COVID 19, tajuk ini dipilih kerana ingin melihat halangan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar dan
tenaga pengajar sepanjang pembelajaran berlangsung dan adakah ia menjadi suatu masalah baru .
Isu ini sangat dekat dengan diri setiap individu. Hal ini kerana, pembelajaran agama adalah amat
penting untuk dititikberatkan dalam diri setiap individu bagi malahirkan seorang insan yang
mempunyai nilai-nilai positif dan beretika dalam menjalankan kehidupan bermasyarakat dan
menciptakan negara yang lebih harmonis. Masyarakat memberikan respon yang sangat positif
terhadap kajian yang telah dijalakan kerana ia merupakan isu semasa yang perlu diambil berat.
Sepanjang kajian yang telah dijalankan tidak ada sebarang masalah yang timbul kerana Sepanjang
projek ini dijalankan ahli kumpulan sangat memberi Kerjasama antara satu sama lain, dan justeru
projek ini berjalan dengan baik.
KESIMPULAN:

Banyak yang boleh dipelajari dan diperolehi sepanjang projek ini dijalankan. Projek ini
mengajarkan betapa pentingnya komunikasi dalam kumpulan kerana untuk mendapatkan keputusan
yang baik dan perjalanan projek berjalan dengan lancar kata sepakat haruslah diputuskan dengan
mendapatkan keputusan yang sebulat suara dalam kalangan ahli kumpulan. Keputusan yang telah
diperolehi memcapai jangkaan. Dengan kaji selidik yang telah dijalankan, halangan, cabaran dan
masalah yang dihadapi oleh pelajar dan tenaga pengajar semasa menjalankan pembelajarana agama
secara atas talian dapat dikenalpasti dan ditentukan. Semoga dengan kaji selidik yang telah dijalan
dapat memberi manafaat dan membuka minda dan mata bagi setiap individu bertapa pentingnya
pembelajaran agama terutama Ketika covid 19 adalah amat penting dan pihak yang berwajib untuk
menyelesaikan masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai