Anda di halaman 1dari 22

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

MPU 31022

KERTAS KERJA

Pendidikan Seksual Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia


Disediakan untuk : PROF. MADYA TO' PUAN DR. NIZAITA BINTI OMAR

Disediakan oleh : BAC 1

No. Nama No. Matrik


1. Nur’ ain Fatiah Binti Aziz 049507
2. Nur Asyfareena Binti Ahmad Bukhari 050046
3. Nur Sal Sabila Binti Mohd Rosdi 050160
4. Nurul Syuhaida Binti Darus 050546
5. Sarifah Moqminnah Binti Mohd Fauzi 051023
6. Nursyafiqah Azni Binti Atan 051595
7. Nur Farrah Adilah Binti Tumeran 051750

Tarikh serahan :
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN.................................................................................................2

1.1 Latar Belakang Pendidikan Seksual...................................................................2

1.2 Pengertian Pendidikan Seksual..........................................................................3

1.3 Tujuan Pendidikan Seksual................................................................................4

2.0 PANDANGAN AGAMA MENGENAI PENDIDIKAN SEKSUAL.........................5

2.1 Pandangan agama Islam....................................................................................5

2.2 Pandangan agama Buddha................................................................................8

2. Pandangan agama Hindu.....................................................................................9

3.0 PERSEPSI MASYARAKAT..............................................................................11

3.1 Cara Mengatasi.............................................................................................12

4.0 CABARAN DALAM MENGIMPLEMENTASIKAN PENDIDIKAN SEKSUAL


DI MALAYSIA.............................................................................................................14

5.0 KESAN YANG AKAN BERLAKU APABILA PENDIDIKAN SEKSUAL


DIJALANKAN DI MALAYSIA......................................................................................16

6.0 RUJUKAN.........................................................................................................18

7.0 LAMPIRAN.......................................................................................................20

1
Pendidikan Seksual di Malaysia
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Pendidikan Seksual

Pendidikan seksual membabitkan penjelasan, bimbingan dan kaunseling mengenai


pemahaman seksual serta penjagaan kesihatan organ reproduktif. Ia memberikan
pengetahuan mengenai seksualiti diri sendiri. Ia juga menyentuh mengenai aspek
tidak normal dan tingkah laku yang tidak diingini berhubung dengan seks dan
bahaya atau penyakit-penyakit berkaitan [ CITATION Zai00 \l 17417 ]. Pendidikan
seksual selalu dikaitkan dengan remaja. Menurut Rohaty [ CITATION Moh98 \l
17417 ] zaman remaja adalah peringkat peralihan dari alam kanak- kanak menuju
dan menginjak zaman dewasa

Namun begitu sehingga kini pendidikan seksual masih merupakan suatu isu
yang penuh dengan kontroversi dan sukar dibincangkan. Ini mungkin kerana norma-
norma masyarakat timur telah diajar begitu. Lebih menyedihkan apabila golongan
cerdik pandai yang akan memimpin negara suatu hari nanti iaitu golongan remaja
juga terjebak dalam permasalahan ini. Seks di kalangan remaja juga merupakan isu
yang hangat diperkatakan hari ini sama ada di dada akhbar atau elektronik. Ia
seolah-olah menggambarkan bahawa remaja hari ini bukan sahaja bijak dalam
mencari ilmu pengetahuan malahan bijak mencari keseronokan dunia. Seks seolah-
olah kewajipan mereka walaupun tidak melalui perhubungan yang sah. Kertas kerja
ini bertujuan untuk meneroka sejauh manakah kepentingan pendidikan seksual di
Malaysia untuk membentuk sahsiah remaja.

2
Pendidikan Seksual di Malaysia
1.2 Pengertian Pendidikan Seksual

Istilah pendidikan seksual (sex education) berasal dari masyarakat Barat. Negara
Barat yang pertama kali memperkenalkan pendidikan ini dengan cara sistematis
adalah Swedia, dimulai sekitar tahun 1926. Berdasarkan definisi daripada
[ CITATION Enc92 \l 17417 ] pendidikan seksual merujuk kepada kursus formal
tentang pengajaran pembiakan atau reproduktif yang diperkenalkan di bilik darjah
atau di sekolah. [ CITATION Moh95 \l 17417 ] menyatakan pendidikan seksual pada
asasnya bertujuan untuk mengetahui diri sendiri dari aspek seksual dan
membolehkan seseorang itu memahami apa yang berlaku pada dirinya sejak
dilahirkan hingga dewasa.

Pendidikan berasal dari kata didik yang mendapat awalan pen dan akhiran
kan; pendidikan yang bererti perubahan, pengetahuan tentang mendidik,
pemeliharaan batin. Seksual atau seks adalah jenis kelamin. Pendidikan seksual
adalah pengetahuan tentang mendidik mengenai hakikat jenis kelamin manusia.

Pendidikan seksual adalah usaha yang dilakukan kepada anak-anak untuk


memberikan pelajaran dan pengertian kepada mereka, untuk lelaki mahupun
perempuan sejak mereka mulai memasuki usia baligh serta berterus-terang kepada
mereka tentang masalah yang berhubungan dengan seksual, naluri dan
perkahwinan. (Ikhlas, 2014)

3
Pendidikan Seksual di Malaysia
1.3 Tujuan Pendidikan Seksual

Sesuai dengan kesepakatan International Conference of Sex Education and Family


Planning tahun 1962, [ CITATION Dev10 \l 17417 ] tujuan pendidikan seks adalah
untuk menghasilkan manusia-manusia dewasa yang dapat menjalankan kehidupan
yang bahagia kerana dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan
lingkungannya, serta bertanggungjawab terhadap dirinya dan orang lain.

Pendidikan seks di Malaysia masih belum dapat dilaksanakan secara formal


di sekolah-sekolah kerana masih berada di tahap perbincangan. Kementerian
Pendidikan telah menghasilkan satu modul yang dikenali sebagai “Pendidikan
Kesihatan Keluarga” dalam usaha mereka untuk membendung jenayah seksual
dalam kalangan remaja di Malaysia[ CITATION Kem01 \l 17417 ]

Ramai pakar pendidikan merasakan ilmu pengetahuan lebih penting dari


segala-galanya. Pendidikan seksual sepatutnya diajar secara formal daripada
mendapat ilmu itu melalui medium yang tidak sepatutnya. Pendidikan seksual ini
kononnya dapat menyelesaikan masalah pembuangan anak, berzina, HIV, AIDS dan
sebagainya. Antara objektif yang boleh diketengahkan untuk melaksanakan
pendidikan seksual di sekolah ialah, pertama, untuk memberikan benteng kepada
remaja, atau untuk mencegah penyalahgunaan organ seks yang dimiliknya.
Seterusnya, untuk mengajar remaja agar berhati- hati ketika berkomunikasi dengan
orang yang berkemungkinan melakukan gangguan seksual. Dan yang ketiga, untuk
mengajar remaja agar bertingkah laku sesuai dengan ajaran agama serta
memelihara kesucian agama masing-masing.

4
Pendidikan Seksual di Malaysia
2.0 PANDANGAN AGAMA MENGENAI PENDIDIKAN SEKSUAL

2.1 Pandangan agama Islam

Perbincangan berkaitan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seksual bukanlah


perkara yang ditentang oleh Islam. Di dalam al- Quran dan Hadith banyak
membicarakan persoalan seksual terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan
seperti sembahyang, puasa, mandi, perkahwinan, perceraian, Haji, hubungan
sesama manusia dan sebagainya. Pendidikan seksual dalam Islam termasuk dalam
perkara yang dituntut dalam agama dalam mendidik anak-anak. Bagi memastikan
masyarakat Muslim menerima pendidikan seksual yang disarankan dalam Islam,
elemen yang ada dalam pendidikan seksual itu hendaklah mempunyai nilai-nilai
Islam berpandukan kepada ajaran al-Quran dan Hadith. Perkara-perkara yang halal
dan haram dalam Islam haruslah ditekankan dalam membentuk insan yang
mempunyai akhlak yang murni dan terpuji.

[ CITATION Oth92 \l 17417 ] menghuraikan pendidikan seksual sebagai satu proses


bertujuan untuk;

“Mengajar, memberi peringatan dan berterus terang kepada kanak-kanak


(remaja) semenjak baligh lagi dengan isu yang berkaitan dengan seksualiti, naluri
dan perkahwinan. Apabila mereka meningkat dewasa, mereka akan memahami
perkara yang berkaitan dengan kehidupan dan mengetahui apa yang halal dan apa
yang haram. Cara hidup Islam akan menjadi akhlak mereka maka mereka akan
menjauhi segala perbuatan keji.”

Kanak-kanak harus diberi pendedahan dengan perkara berkaitan seks di


peringkat awal agar ia dapat membantu memberi kefahaman yang jelas kepada
mereka dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. Ia juga dapat menjadi
benteng hidup mereka dalam membezakan perkara yang halal dan haram di sisi
agama.

5
Pendidikan Seksual di Malaysia
Berdasarkan kepada definisi yang telah dinyatakan, dapat dirumuskan
bahawa pendidikan seks merupakan satu proses mendidik dan memberi
pengetahuan tentang aspek-aspek berkaitan dengan seksual antara lelaki dan
perempuan y

ang perlu 4 didasarkan kepada konsep keimanan dan kepercayaan kepada


Allah SWT yang menciptakan manusia dan lebih mengetahui tentang diri manusia
itu sendiri. Selain itu, pendidikan seks adalah untuk mendidik nafsu syahwat yang
sesuai dengan ajaran Islam supaya ia menjadi nafsu yang dirahmati Allah SWT,
nafsu yang memberi ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan dan supaya
manusia menjauhi perbuatan zina yang amat dimurkai Allah SWT.

Pelaksanaan pendidikan seksual dalam Islam merangkumi kepada beberapa


peringkat. Ini berdasarkan kepada pandangan [ CITATION Abd15 \l 17417 ].
Perbezaan tahap umur amat berkaitan dengan tahap penerimaan anak-anak
terhadap pengajaran yang disampaikan. Kebanyakan sarjana bersetuju dengan
pendapat Abdullah Nasih Ulwan yang menggariskan bahawa pendidikan seksual
kepada anak-anak mestilah melalui tiga tahap iaitu:

2.1.1. Tahap Tamyiz (Mumayyiz) (usia 7-10 tahun)

Pada tahap ini, anak-anak diajar mengenali identiti dan nilai diri yang berkait rapat
dengan organ biologi dan perbezaan antara lelaki dan perempuan. Konsep bersuci
juga diajar iaitu amalan sebelum dan selepas membuang air besar dan kecil.
Apabila anak-anak mencapai umur 7-10 tahun, pemisahan tempat tidur antara anak
lelaki dan perempuan perlu dilakukan bagi mengelak berlakunya sumbang mahram.
Anak-anak perlu diajar cara meminta izin untuk masuk ke bilik ibu bapa. Adab-adab
memelihara pandangan turut diajar.

2.1.2. Tahap Murahaqah (usia 10-14 tahun)

6
Pendidikan Seksual di Malaysia
Pada tahap ini, anak-anak diberi pendedahan mengenai fungsi biologi secara
ilmiah. Perkara berkaitan penutupan aurat lelaki dan perempuan, akhlak pergaulan
lelaki dan perempuan dan menjaga kesopanan dan maruah diri diterangkan dengan
terperinci. Turut diajar kaifiat mandi wajib dan persetubuhan. Perbincangan yang
boleh menimbulkan nafsu berahi seks harus dielakkan.

2.1.3. Tahap Baligh (usia 14-16 tahun)

Pada usia ini, anak-anak diajar mengenai maksud baligh. Ibu bapa harus
menerangkan bahaya zina. Seks sebelum kahwin tidak diterima dalam ajaran Islam.
Penerangan mesti menyentuh keburukan zina dari segi agama, kesihatan, psikologi
dan tekanan emosi.

Berdasarkan kepada ketiga-tiga tahap ini, anak-anak harus diberi


pendedahan berkaitan seksual mengikut umur mereka. Sekiranya tidak dididik dan
diawasi dengan baik pada setiap tahap, ia mungkin menyebabkan mereka terjebak
ke dalam gejala salah laku seksual. Oleh itu, semua pihak dalam masyarakat
memainkan peranan penting dalam memberi didikan seksual yang bersesuaian
dengan ajaran Islam samada ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling. [ CITATION
Abd15 \l 17417 ]

7
Pendidikan Seksual di Malaysia
2.2 Pandangan agama Buddha

Pendidikan seksual adalah usaha memberikan pengetahuan tentang perubahan


biologi, psikologi, dan psikososial sebagai akibat dari pertumbuhan dan
perkembangan seksual manusia. Pendidikan seksual pada dasarnya merupakan
usaha untuk memberikan pengetahuan tentang fungsi organ reproduksi dengan
menanamkan moral, etika, serta komitmen agama agar tidak terjadi
penyalahgunaan organ reproduksi tersebut. Pendidikan seksual ini biasa disebut
pendidikan kehidupan berkeluarga.

Kanak-kanak hendaklah mula dikenalkan dengan pendidikan seksual yang


sesuai dengan tahap perkembangan kedewasaan mereka. Lingkungan keluarga di
rumah adalah tempat yang terbaik untuk menyampaikan informasi atau maklumat
tentang seks pada anak-anak, kerana dilakukan secara individual dan
diintegrasikan secara alamiah ke dalam pengalaman hidup.

Ibubapa yang paling mengenal sifat anak-anaknya. Ibubapa yang paling


bertanggungjawab memberikan aspek moral dari seksualiti yang amat penting bagi
perkembangan serta pandangan anak-anak di kemudian hari. Namun begitu, hal itu
tidak bermaksud pendidikan seksual hanyalah monopoli pengajaran di rumah
sahaja. Bimbingan di sekolah serta lingkungan masyarakat juga sangat diperlukan.

Waktu yang sesuai untuk menyampaikan informasi atau maklumat kepada


anak-anak adalah pada waktu mereka bertanya sendiri tentang hal-hal tersebut.
Seterusnya, ibubapa menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh anak-anak mereka
dengan betul dan berhemah. Namun, sesetengah ibubapa agak malu dan susah
untuk bersikap terbuka dengan anak-anak khususnya tentang seks.

Tujuan pendidikan seksual adalah untuk memberikan penerangan bukan


untuk merangsang, dan memberikan pengertian tentang konsekuensi dari setiap
perilaku seksual sehingga membantu untuk mengambil keputusan yang matang
dalam masalah seksual [ CITATION And12 \l 1033 ].

8
Pendidikan Seksual di Malaysia
2. Pandangan agama Hindu

Perubahan tingkah laku sudah tentu mengiringi bertambahnya usia, termasuk


perubahan anatomi tubuh. Pada usia akil baligh ini, remaja cenderung ingin
mencuba atau menyalahguna perkara yang belum boleh dilakukan. Misalnya
menghisap rokok, dadah, atau mula mencuba melakukan hubungan seksual.
Remaja khususnya yang beragama Hindu, seharusnya diberikan pemahaman
bahawa seks pra nikah dilarang dalam agama Hindu. Di dalam ajaran agama Hindu
dikenal adanya tahap hidup dalam mencapai tujuan hidup.

Dalam kitab Brahma Purana (228.45) dinyatakan,

''Dharma artha kama moksanam sariram sadhanam''. Ertinya, sarira atau badan ini
adalah alat untuk mendapatkan dharma, artha, kama, dan moksa.

Untuk mencapai empat tujuan hidup itu dalam kitab Agastya Parwa
dinyatakan tentang Catur Asrama iaitu empat tujuan hidup yakni, Brahmacari,
Grahasta, Wanaprasta, dan Sanyasin.

Remaja berada dalam tahap Brahmacari ini, tidak boleh mempunyai nafsu
untuk beristeri atau bersuami. Dalam tahap ini mereka harus mengendalikan wisaya
(nafsu) untuk beristeri atau bersuami. Nafsu beristeri atau bersuami sudah
sepatutnay tidak boleh, apatah lagi melakukan hubungan seks di luar perkawinan.
Mengenai nafsu seks, hendak difikirkan setelah berumur 20 tahun. Prinsip
pendidikan seksual adalah untuk menyedarkan remaja bahawa seks adalah sah
hanya untuk pasangan suami isteri untuk mendapatkan keturunan. Dengan
mendapatkan keturunan melalui perkawinan, merupakan salah satu cara untuk
mengantarkan manusia kembali kepada Tuhan.

Hubungan seks yang baik dan benar hanya dilakukan oleh mereka yang
bersuami isteri atau berumah tangga sahaja.

Di sudut lain yang perlu diambil kira pula bahawa akibat seks pra nikah, ramai
remaja yang berhenti belajar, perkahwinan pada usia muda dengan keadaan yang
belum bersedia. Hal ini dapat menyebabkan terjadinya PMS (Penyakit Menular
Seksual) dan menyebabkan semakin banyak kes-kes pengguguran kandungan. Hal
ini merupakan jenis dosa yang amat besar.

9
Pendidikan Seksual di Malaysia
Selain itu, berisiko merenggut nyawa remaja itu sendiri. Ramai remaja yang
kehilangan masa depan kerana melakukan seks pra nikah. Mencegah seks pra
nikah, para remaja hendaklah dibekalkan dengan pendidikan khusus untuk
meredakan atau perlahankan kekacauan hawa nafsu seks itu. Misalnya dengan
mengikuti kegiatan kerohanian. Dalam tradisi Hindu kegiatan untuk generasi muda
disebut Satsangga.

Kegiatan Satsangga tidak hanya dapat diimplementasikan dalam kelompok


kerohanian saja, akan tetapi dalam lingkungan keluarga pun dapat
diimplementasikan. Kegiatan dalam Satsangga dapat berbentuk Dharma Wacana
(ceramah), Dharma Gita, Dharma Tula (diskusi), Dharma Yatra dan Dharma
Sadhana.

Pembelajaran Satsangga atau pendidikan seksual sebaiknya dilakukan dalam


lingkungan informal (keluarga) kerana pada lingkungan ini para remaja, lebih mudah
menyerap pengetahuan tentang pendidikan seksual [ CITATION Ida12 \l 1033 ].

10
Pendidikan Seksual di Malaysia
3.0 PERSEPSI MASYARAKAT

Masyarakat mempunyai tanggapan sendiri akan sukatan bagi pendidikan seksual


yang bakal digunakan. Pihak kementerian dilihat gagal memberi penjelasan
secukupnya bagi memberi gambaran sebenar tantang bagaimana dan apa yang
akan diajarkan dalam mata pelajaran Pendidikan Seksual ini di sekolah.
Kebanyakan orang berpendapat bahawa isu seks yang dibincangkan secara tidak
langsung dalam kurikulum sekolah wajar dikekalkan[CITATION San09 \l 1033 ]

Masyarakat melihat mata pelajaran Pendidikan Seksual ini dari sudut yang berbeza.
Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Seksual ini dilihat akan menggalakkan lagi
perlakuan seks bebas dalam kalangan remaja. Ini juga bertentangan dengan prinsip
bahawa perlakuan seks hendaklah dibincangkan selepas perkahwinan berlangsung
dan bukan semasa mereka masih lagi dalam golongan atau peringkat remaja lagi.
Jadi perkiraan kesesuaian masa atau peringkat umur juga menjadi satu isu yang
agak besar. Pendidikan seksual dilihat sebagai satu keperluan yang perlu
diutamakan masa kini. Ini adalah antara cabaran yang dihadapi oleh umat Islam
keseluruhannya. Pendidikan seks bagaimanakah yang memenuhi ciri-ciri yang
dikehendaki oleh syariah Islam? Persoalan inilah yang dihadapi oleh masyarakat
Islam samada yang tinggal di negara Barat atau pun negara Islam. Umat Islam perlu
sedar bahawa pendidikan seksual sedia ada yang diguna pakai oleh Barat adalah
bercirikan sekular dimana nilai moral dan etika tidak lagi diberi keutamaan.
[CITATION DOd96 \l 1033 ]

Dalam buku yang bertajuk Pendidikan Anak-anak Dalam Islam yang ditulis oleh
Abdullah Nasir Ulwan, beliau menyebut bahawa pendidikan anak- anak dalam Islam
ini meliputi tujuh komponen dan salah satunya ialah pendidikan seksual.[ CITATION
Abd15 \l 1033 ] Adalah menjadi tanggungjawab kedua- dua ibu bapa untuk
memberikan pendidikan seksual ini kepada anak- anak mereka. Kaedah pengajaran
mata pelajaran Pendidikan Seksual ini juga menjadi isu yang dibincangkan.
Terdapat kata- kata gurauan yang bertanya sama ada terdapat sesi amali dalam
mata pelajaran seksual ini. Masyarakat keliru akan metodologi atau kaedah
pengajaran subjek ini sama ada ia menjurus kepada hubungan seksual atau tingkah

11
Pendidikan Seksual di Malaysia
laku sosial antara jantina. Ibu bapa bertanggapan bahawa pengenalan alat seks
seperti kondom seolah- olah menggalakkan lagi seks bebas dan perlakuan zina
sebelum alam perkahwinan.

3.1 Cara Mengatasi

Kementerian pendidikan wajar memberi penjelasan bagi mengatasi masalah


kekeliruan yang timbul. Ianya boleh dilakukan melalui penjelasan sidang akhbar,
pengenalan sukatan yang telus, penerangan melalui media sama ada media cetak
mahupun media elektronik. Melalui Pusat Perkembangan Kurikulum sukatan
pelajaran mata pelajaran seksual perlu diteliti dan diperhalusi supaya tidak
menimbulkan kekeliruan semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru
dijalankan. Guru tersebut hendaklah diberikan kursus yang mantap agar
penyampaian dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Modul itu bolehlah
merangkumkan pelbagai aspek seperti perkembangan manusia, perhubungan
antara jantina, perkahwinan dan kekeluargaan, kesihatan dan tingkah laku seksual
serta masyarakat dan budaya.

Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran ini boleh diajar atau diterapkan
melalui 2 pendekatan iaitu sebagai satu mata pelajaran khusus ataupun sebagai
sisipan dalam beberapa mata pelajaran lain. Contohnya, subjek Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral, Biologi dan Pendidikan Islam. Di sini,
peranan guru begitu jelas agar tidak dibebani dengan tugas mengajar mata
pelajaran Pendidikan Seksual ini secara berseorangan malahan berganding bahu
bersama guru lain. Guru PJPK boleh mengajar sistem tumbesaran fizikal dan fungsi
anggota badan. Guru Biologi boleh mendedahkan tentang sistem pembiakan dan
organ pembiakan. Guru Pendidikan Islam boleh menasihatkan anak muridnya agar
menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ia juga boleh
menimbulkan isu berkaitan dengan pemakaian yang sopan, malu untuk
mendedahkan aurat serta malu melihat perbuatan yang tidak senonoh. Aspek nilai
menghargai maruah diri perlu ditekankan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.

12
Pendidikan Seksual di Malaysia
Sebagai persediaan awal, guru- guru perlulah dilatih dengan ilmu seksualiti
secara mendalam agar tidak berlaku sebarang kekeliruan jika berhadapan dengan
para pelajar.

Badan agama dan kerohanian boleh melakukan kursus pra perkahwinan


sebagai persediaan bagi menuju alam perkahwinan. Ianya boleh dijadikan satu
panduan kepada bakal pengantin agar tidak berlakunya seks sebelum nikah.

Pihak sekolah boleh mengadakan kursus keibubapaan melalui PIBG. Ianya


boleh dijadikan satu landasan bagi mendedahkan dan memberi pengetahuan
bagaimana cara untuk menyampaikan pendidikan seks ini secara sebaik-baiknya.

13
Pendidikan Seksual di Malaysia
4.0 CABARAN DALAM MENGIMPLEMENTASIKAN
PENDIDIKAN SEKSUAL DI MALAYSIA

Antara cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk menjadikan pendidikan seksual
salah satu daripada mata pelajaran di sekolah ialah:

4.1. Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam memberikan
pendidikan seksual anak- anak mereka. Pendidikan seksual haruslah diajar
mengikut peringkat umur anak- anak kerana tahap perkembangan mereka
adalah berbeza mengikut umur. Contohnya, pada usia seawal 7-10, anak-
anak perlu diajar dengan adab- adab mulia. Pada usia 10- 14 tahun, mereka
perlulah diajar untuk menahan diri daripada hawa nafsu. Seterusnya, pada
usia 14- 16 tahun, mereka perlu didedahkan dengan adab- adab semasa
berhubungan dengan orang di sekeliling mereka [CITATION FMD96 \l 17417 ]

4.2. Kesediaan guru- guru di sekolah untuk mengajar subjek pendidikan


seksual di sekolah. Para guru perlulah menyiapkan diri terlebih dahulu
dengan segala ilmu yang diperlukan untuk mengajar pendidikan seksual di
sekolah. Kementerian Pendidikan pula perlulah menyediakan sebuah platform
yang tepat untuk melatih para guru supaya mereka dapat meluaskan lagi
pengetahuan dan teknik mengajar. Menurut satu kajian, statistik menunjukkan
bahawa 53.6% guru menjelaskan bahawa kandungan maklumat seksual dari
buku-buku di sekolah sudah cukup untuk pelajar memahami isu pendidikan
seksual. Sebaliknya, 58.2% daripada mereka menyatakan bahawa maklumat
yang diberikan dalam buku itu tidak menerangkan sepenuhnya maklumat-
maklumat penting tentang pendidikan seksual [ CITATION Azi09 \l 17417 ].

14
Pendidikan Seksual di Malaysia
4.3. Pandangan para remaja terhadap pendidikan seksual perlu diubah
agar mereka dapat melihatnya dari sudut yang lebih insani dan suci. Rakan-
rakan merupakan sumber utama dalam mendapatkan maklumat mengenai
hubungan dan seks dalam kalangan remaja [ CITATION Daw09 \l 17417 ]. Oleh itu,
dengan mempelajari ilmu pendidikan seksual, mereka akan dapat mengetahui
tentang bahaya seks bebas seperti penyakit- penyakit yang berpotensi
merebak melalui hubungan kelamin dan secara tidak langsung, mereka akan
menghindari daripada melakukan perbuatan tersebut.

15
Pendidikan Seksual di Malaysia
5.0 KESAN YANG AKAN BERLAKU APABILA
PENDIDIKAN SEKSUAL DIJALANKAN DI MALAYSIA

Antara kesan positif apabila pendidikan seksual dijalankan di Malaysia ialah,


masalah gangguan seksual kepada kanak-kanak dapat dikurangkan. Hal ini
demikian kerana, kanak- kanak akan mengetahui bahawa terdapat bahagian-
bahagian sulit yang tidak boleh disentuh oleh sesetengah pihak. Jika tidak, mangsa
pedofilia merasakan perbuatan yang dilakukan terhadap mereka itu tidak salah
sebaliknya menyeronokkan. Akibatnya, perlakuan pedofilia akan berterusan dan
menimbulkan ketagihan kepada mangsa yang masih berusia muda. Kita tidak mahu
kanak-kanak peringkat tadika menjadi mangsa pedofilia luar sedar, tanpa mereka
tahu itu adalah sentuhan tidak selamat. [ CITATION Lok16 \l 17417 ]

Seterusnya, pendidikan seksual boleh mengurangkan risiko hubungan


seksual bebas berlaku. Anggota Jawatankuasa Kluster Pembangunan Sosial Majlis
Profesor Negara, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata masalah utama
hubungan seks bebas berlaku apabila remaja tidak mempunyai ilmu tentang strategi
perkembangan seksual diri masing-masing. [ CITATION Ber16 \l 17417 ]

Selain itu, pendidikan seksual dapat menyedarkan remaja tentang implikasi


hubungan seks sebelum kahwin supaya mereka mengatakan “TIDAK” kepada
hubungan seks sebelum kahwin. Kajian yang dilaporkan oleh Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) pada 1997 membuktikan bahawa pendidikan seks telah
melambatkan usia remaja untuk melakukan hubungan seks sekali gus menurunkan
kadar perlakuan seks, kehamilan luar nikah di kalangan remaja, pengguguran bayi,
selain meningkatkan penggunaan kondom. Kajian yang dilakukan oleh penulis
bersama rakan penyelidik lain dari Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti
Sains Malaysia pada 2007. [ CITATION DrA10 \l 17417 ]

16
Pendidikan Seksual di Malaysia
Akan tetapi, terdapat juga beberapa kesan buruk yang akan berlaku apabila
pendidikan seksual ini dijalankan di Malaysia. Antaranya, merangsang keinginan
untuk mencuba melakukan hubungan seksual dalam kalangan remaja setelah
dipelajari di sekolah. Hal ini demikian kerana, seperti yang kita tahu, remaja yang
kian membesar sangat suka mencuba perkara yang mereka baru ketahui atau
belajar walaupun sudah diberi amaran oleh orang dewasa. Jadi, risiko terjadinya
hubungan seksual dalam kalangan remaja sangat tinggi. [ CITATION Wan09 \l
17417 ]

Di samping itu juga, remaja akan menggunakan kaedah mencegah kehamilan


dengan lebih kerap untuk melakukan seks bebas kerana bagi mereka ini adalah
peluang kepada mereka untuk melakukan seks bebas tanpa ada risiko yang tidak
selamat. Jadi, berkemungkinan risiko untuk terjadinya ketagihan seks dikalangan
remaja sagat tinggi. Ini juga akan memberi kesan yang buruk pada masa depan
mereka termasuklah hal pembelajaran mereka di sekolah. [ CITATION Wan09 \l
17417 ]

17
Pendidikan Seksual di Malaysia
18
Pendidikan Seksual di Malaysia
6.0 RUJUKAN
A.H., D. (2009). Pendidikan Seks Suatu Perpektif Sosial. Tanjung Malim: UPSI.

Amin, M. S. (1995). Seksualitis dan Kaunseling . Kuala Lumpur : Utusan Publication


& Distribution Sdn. Bhd.

Bernama. (2016). Pendidikan seksual perlu diperkenalkan segera. Sinar online.

D’Odeyn, F. (1996). The miracle of life: a guide on Islamic family life and sex.
Leicester: Islamic Foundation.

Encyclopedia Dictionary of Psychology . (1992).

F.M., D. (1996). The Miracle of life : A Guide on Islamic Famliy Life and Sex
Education for Young People. Leicester: Islamic Foundation.

Ghazali, W. S. (2009). Tabu atau perlu pendidikan seksual di sekolah. Utusan


online.

Ida bagus ananda bramana putra, h. s. (2011/2012). Implementasi konsep


Satsangga dalam pendidikan seks bagi remaja hindu di Bali. Didapatkan dari
Potensi Satsangga dalam pendidikan seks bagi remaja hindu di Bali:
http://www.academia.edu/6245759/IMPLEMENTASI_KONSEP_SATSANGG
A_DALAM_PENDIDIKAN_SEKS_BAGI_REMAJA_HINDU_DI_BALI

Jaafar, A., & Lee, C. S. (2009). Reka Bentuk dan Pembangunan Perisian Kursus
Multimedia Pendidikan Seksualiti Malaysia (MSE). Jurnal Pendidikan
Malaysia 34 (2), 125-142.

Jobi, N. (2018, Julai 23). mStar Online. Didapatkan dari Berita Semasa:
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/07/23/lahir-bawah-umur/

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pendidikan kesihatan Keluarga. Kuala


Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Malaysia AIDS Council. (2018). Didapatkan dari


https://www.mac.org.my/v3/resources/hiv-statistics/

Rahman, D. A. (2010). Pendidikan seksual wajar. Utusan online.

19
Pendidikan Seksual di Malaysia
Rohaty, M. M. (1998). Memahami Jiwa dan Minda Remaja. Dalam P. F. Bhd.. Shah
Alam .

Salleh, L. (2016). Setuju pendidikan seksual. Utusan online.

Sanjakdar, F. (2009). ‘Teacher talk’: the problems, perspectives and possibilities of


developing a comprehensive sexual health education curriculum for
Australian, Sex Education Vol 9 (3), 261-275.

Saputra, A. (2012, Februari 16). Pendidikan seks sejak dini. Didapatkan dari Seks
pranikah menurut pandangan agama Buddha :
http://larosberbagibersama.blogspot.com/2012/02/seks-pranikah-menurut-
pandangan-agama.html

Setiawati, D. (2010). Presepsi Remaja Mengenai Pendidikan Seks. Presepsi


Remaja Mengenai Pendidikan Seks, 29.

Tawil, O. A. (1992). Al- Tarbiyyah al- Jinsiyyah fi al- Islam li al- Fityan. Amman: Dar
al- Furqan.

Ulwan, A. N. (2015). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. PTS Media Group Sdn
Bhd.

Zainal, N. (2000). Prindip Psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling. Dalam O.


Mohamed. Serdang, Selangor: Penerbit UPM.

20
Pendidikan Seksual di Malaysia
7.0 LAMPIRAN

Figure 1: Bilangan kes- kes HIV dan AIDS di Malaysia pada 2016[ CITATION Mal18 \l 17417 ]

Figure 2: Statistik Jabatan Pendaftaran Negara[ CITATION Nat18 \l 17417 ]

21
Pendidikan Seksual di Malaysia

Anda mungkin juga menyukai